Islamic Widget

Pendapat Anda Tentang Blog Ini....

Sunday, January 3, 2010

BERITA ALAM GHAIB SEBELUM DAN SESUDAH HARI KEMUDIAN



Ketika mengemas buku-buku bacaan aku yang lama-lama dulu terdetik juga dihati untuk berkongsi isi kandungannya dengan kau orang semua melalui blog aku ni. Selama ni apa yang aku baca, aku kaji, aku fikir dan mengamalkan apa-apa yang diajar dalam buku tu hanya untuk aku sorang je sebabnya aku tak berapa pandai nak bercerita dan bersyarah macam ustaz dan ustazah berceramah di masjid, surau atau di pejabat.

Dulu aku seorang pembaca yang setia. Setiap bulan ade je buku yang aku beli. Politik, novel, agama sehinggalah ke cerita-cerita seram yang berlambak di pasaran. Dah lama aku tak beli buku lagi sebab aku lebih banyak membaca melalui internet yang lebih terkini cerita dan maklumat yang di paparkan.

Kekadang aku rasa sedih bila baca mukadimah di kebanyakan buku yang aku beli tu sebab awal-awal lagi penerbit dah bagi warning akan menyaman mana-mana artikal, gambar dan apa-apa yang terkandung didalam buku tu dari disiarkan tanpa kebenaran. Kalau aku siar jugak mungkin aku akan menghadapi tindakan saman oleh penerbit. Mana lah aku ada duit nak bayar saman tu, bukanny sesikit, berjuta beb.

Dalam bebanyak buku yang aku tengok tu ada satu buku agama yang aku beli tahun 1991 versi Indonesia yang boleh aku kongsikan ilmu pengetahuan yang ada didalamnya dengan kau orang semua. Lagipun penerbit tak bagi warning apa-apa pun (Baguih juga Indon dalam bab agama ni walaupun banyak perangai diorang kat Malaysia yang tidak menyenangkan). Tak macam penerbit dan penulis di Malaysia ni yang siang malam pikir pasal duit je tapi tak kaya-kaya jugak. Aku tengok satu mamak jual cendol tepi jalan kat tempat kerja aku tu pun dah senang sekarang. Dia dah beli dan pindah ke satu kompleks perniagaan yang baru siap. Orang melayu pulak dari mula pacak kedai sampai kena roboh dok macam tu jugak tak maju-maju. Merepek pulak aku ni, bukan apa ‘geram’.

Berbalik pada cerita asal aku tadi, tajuk buku yang aku ingin kongsi dengan kau orang semua tu ialah ‘BERITA GHAIB SEBELUM DAN SESUDAH HARI KEMUDIAN’. Dia ada banyak tajuk tapi aku pilih tajuk untuk kau orang baca yang best-best je ceritenya. Aku cuba ringkaskan tapi takle sampai menjejaskan isi ceritanya.

BAB 1 : BERAPA TAHUN UMURNYA DUNIA?

Diceritakan bahawa ketika Nabi Musa bermunajat kepada Allah Subhanahuwataala di bukit Thursina, beliau berkesempatan bertanya kepada Allah tentang berapa umurnya dunia ketika itu. Allah lalu berfirman “Pertama-tamanya aku jadikan adalah Nur Muhammad. Dari Durratul Baidhoo’ aku jadikan 70,000 negeri/planet di cakrawalla”. (Macam sekarang ni la kita duduk atas dunia berapa banyak negara dan negeri yang ada). “setiap satu planet tu luas dan besarnya 70,000 kali bumi. Setiap planet tu pula aku jadikan penghuninya 70,000 orang yang bukannya jin, manusia atau malaikat. Kesemuanya dijadikan dengan kalimat “Kun Fayakun”. Mereka beribadat kepadaku selama 70,000 tahun”.“Lama kelamaan mereka mula derhaka kepadaku,lalu aku binasakan mereka semuanya. Kemudian aku jadikan pula 80,000 buah negeri/planet yang bertingkat-tingkat dan besarnya 10 kali dari bumi. Di planet ini aku ciptakan unggas yang memakan tumbuh-tumbuhan dan biji-bijian. Lama kelamaan unggas-unggas tu pun aku musnahkan. Kemudian aku jadikan 20,000 makhluk bangsa manusia dari cahaya dan aku musnahkan pula mereka secara beransur-ansur”.

Sesudah 70,000 tahun masa berlalu, baru aku jadikan Qalam, Lauhil Mahfuzh, Arsy dan Kursy serta para Malaikat. Selepas 70,000 tahun itu pula maka barulah aku ciptakan Syurga dan Neraka. Kemudian setelah itu baru aku jadikan Adam tapi bukan Adam bapakmu yang aku ciptakan di Syurga. Aku jadikan dia dari awal Adam sampai keturunannya yang terakhir 10,000 tahun lamanya. Setelah itu aku jadikan Adam yang lain pula dengan keturunan nya yang terakhir dalam masa 10,000 tahun.

Demikian seterusnya aku jadikan tiap-tiap Adam dan keturunannya dalam masa 10,000 tahun silih berganti sampai mencapai 10,000 orang Adam. Maka Adam yang sekarang inilah yang kesepuluh ribu kalinya.

Setakat yang aku cerita ni kau orang faham tak?. Macam ni , disini penulis nak ceritakan bahawa sebelum Allah menciptakan Qalam, Lauh Mahfudz, Arsy, Kursi, Syurga dan Neraka, Allah telah mencipta makhluk yang lain dulu iaitu bukan berbangsa manusia, jin atau malaikat. Datuk kita iaitu Nabi Adam Allah ciptapun adalah selepas seribu kali Adam lain diciptakan dahulu dimana beza masa dan umur diantara Adam dengan Adam yang lain adalah 10,000 tahun. Jadi kalau kita kira matematiknya bahawa dunia yang kita huni ini telahpun berumur lebih kurang sejuta tahun.

BAB 2 : ASAL USUL IBLIS

Nama sebenar Iblis ialah Azazil. Beliau telah beribadat di bumi selama 1,000 tahun. Kemudian ia memohon kepada Allah untuk dipindahkan supaya dapat beribadah di langit pertama lalu diperkenankan selama 1,000 tahun dan pindah pula ke langit yang kedua pula selama 1,000 tahun. begitulah seterusnya sehinggalah ke langit ketujuh. Ini bermakna ia telah beribadat bermula di bumi sehingga langit ketujuh selama 8,000 tahun. Lama ke tak lama kau orang rasa?.

Dengan kurnia Allah, Azazil telah mendapat penghormatan “Al Muqorrubuuun” iaitu darjat yang paling tinggi di sisi Allah Subhanahuwataala dan menjadi ketua dan imam para malaikat dan jin.

Ketika Allah menjadikan Adam dan semua para malaikat sujud kepadanya mereka semua lalu bersujud kecuali Azazil. Ia enggan sujud kerana kesombongannya maka Allah usir dia dari syurga dan dinamakan Iblis. Cerita seterusnya tak payah lah aku cerita lagi kerana kau orang semua dah tahukan.

BAB 3 : RIWAYAT NUR MUHAMMAD

Pada satu ketika Riwayat Nur Muhammad datang berkunjung kepada empat unsur iaitu air, api, angin dan tanah atas perintah Tuhan Yang Maha Esa.

Pertama-tama Nur Muhammad datang mengunjungi angin. Dikala itu ia melihat angin sedang bermegah-megah bertiup berputar-putar. Setelah mendengar Nur Muhammad memberi salam lalu ia berhenti dan membalas salamnya. Kata Nur Muhammad “ Hai angin, engkau bangga akan darjat dirimu dan bermegah-megah secara demikian itu”. Tahukah engkau kerendahan dirimu?. Jawab angin dengan rasa terkejut “ Tidak, aku merasa puas dengan diriku”.

Kata Nur Muhammad “ tahukah engkau hai angin meskipun engkau mempunyai kekuatan yang luar biasa akan tetapi engkau pada suatu ketika nanti akan dapat diperintah oleh manusia dan engkau akan melayani kehendak manusia”. Kata angin, “Jika begitu engkaulah makhluk yang tiada cacat celanya dan mempunyai mertabat yang tinggi”. Jawab Nur Muhammad, “ Tidak hai angin, aku adalah makhluk yang tidak sunyi daripada kesalahan. Hanya Allah Tuhan Yang Maha suci daripada sifat kerendahan dan kekurangan”.

Kemudian Nur Muhammad pergi mengunjungi api. Dilihatnya api sedang berkobar menyala-nyala dengan dahsyatnya. Maka setelah mendengar Nur Muhammad memberi salam lalu ia berhenti serta menjawab salamnya.

Kata Nur Muhammad “Mengapa engkau membangga diri dengan kekuatanmu, apakah engkau tidak tahu bahawa pada suatu ketika nanti kekuatan mu yang begitu luar biasa dan tenagamu yang begitu dahsyat akan digunakan untuk kepentingan hidup manusia”.

Mendengar kata Nur Muhammad maka terkejutlah api kerana ada lagi makhluk yang lebih kuat daripadanya. Kata api “Kalau begitu beruntunglah engkau. Rupanya engkaulah makhluk yang mulia disisi Tuhan”. Kata Nur Muhammad, “Tidak, aku adalah makhluk ciptaan Tuhan. Hanya Dialah yang Maha Mulia dan Maha Besar yang patut mendapat pujian dari makhluknya”.

Kemudian Nur Muhammad datang mengunjungi air. Dilihatnya air sedang memuaskan dirinya dengan memperlihatkan tenaga dan kekuatannya. Mendengar Nur Muhammad memberi salam lalu ia berhenti dan menjawab salamnya. Kata Nur Muhammad “ Hai air, tahukah engkau akan kekurangan dirimu?”. “Tidak”, jawab air dengan terkejut. Kata Nur Muhammad “Tahukah engkau pada suatu ketika nanti pada saat yang sangat lama, engkau akan digunakan tenagamu untuk kepentingan hidup manusia”. Kata air, “Jika demikian engkaulah makhluk yang paling mulia”. Kata Nur Muhammad, “Tidak, aku tidak lebih hanya sebagai makhluk Allah. Hanya Allah lah yang patut menerima pujian dan sanjungan dari makhluknya”.

Kemudian Nur Muhammad pergi mengunjungi bumi. Dilihatnya bumi tenang-tenang saja tidak nampak sifat sombong dan bongkaknya. Ia membalas salam dengan hormat ketika Nur Muhammad mengucap salam.

Kata Nur Muhammad “Akulah Nur Muhammad yang kelak akan menjadi kekasih Tuhan Rabbul Alamin. Diantara keempat-empat unsur makhluk Tuhan, hanya engkaulah yang mempunyai sifat tawaddhu’ dan merendah diri”.

Kemudian Nur Muhammad kembali kehadrat Tuhan untuk melapur kunjungannya kepada keempat-empat unsur makhluk Tuhan itu.
Imbang Penuh
Kata Tuhan “Semuanya Aku sudah ketahui”. Oleh kerana itu aku bermaksud untuk menjadikan tubuh Adam dari tanah (bumi) dan akan aku campurkan pula dengan tiga unsur tadi iaitu air, angin dan api”.

Demikianlah riwayat Nur Muhammad.

EMPAT UNSUR YANG ADA DALAM TUBUH MANUSIA

i) Amarah dari unsur api
ii) Nafsu dari unsur angin
iii) Cita-cita dari unsur air
iv) Sabar dari unsur tanah (bumi)

9 comments:

  1. woi panjang menjelo-jelo loteh org nakbaca
    nak ingat alamat blogspot hang pun susah amendalah.

    sok aku cuti EL pasal nak bwk bini aku g ospital serdang pasal rujuk kat klinik pakar an nur dia kata suspek ada kanser.

    ntah aku pun tak paham sat mula-mula Dr. kata kandungan awal yang tak jadi gugur besar penumbuk jgk la ni kata ada kenser pulak.

    aku ingat Dr. tu x betul lah sok aku nak bwk g klinik pakar sakit puan lain pulak tengok dorang ckp apa pulak.

    pasal sblm g klinik an nur kat bangi tu aku ada pg KPMC tp Dr. pakar tu sendiri ckp masalah hormon aje.

    Lain Dr. Lain jwp yg mana satu pun aku tak tau tapi sok aku nak g Klinik pakar lain dng hospital serdang

    k slmt ber blogger

    http://zkusaini.blogspot.com

    wahahaha

    ReplyDelete
  2. Tahniah. Panjangye, banyak idea nampak

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...
    Saya berbesar hati kalau En. Ahmad dpat scan kandungan buku ini ke email saya Junaidah. Harun@grey.com. Saya kehilangan buku ini pada awal 80an warnanya biru gelap. Buku ini mengupas hal-hal ghaib yangtidak ada pada buku yang lain. Sudah bertahun saya mencarinya di toko buku tapi satu pun tiada.

    ReplyDelete
  4. Kalau di Indonesia, buku ni masih ada, dicetak ulang dengan perubahan warna covernya menjadi biru muda. Tapi cuma di toko buku tertentu saja, misalnya toko yg menjual khusus buku2 agama islam.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Pn. Junaidah.

    Terima kasih kerana sudi membaca blog saya. Berkenaan dengan permintaan puan supaya saya scan buku ini dan email kepada puan, saya rasa tak mungkin dapat saya lakukan kerana masa tidak mengizinkan untuk saya berbuat demikian.

    Terima kasih.

    Assalamualaikum En. Syahrul.
    Terima kasih juga kerana sudi membaca blog saya. Adalah menjadi harapan saya supaya setiap ilmu yang diterima dari setiap sudut dapat dikongsikan bersama untuk amalan sepanjang masa.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  6. bagus ilmu yg menfaat,t/kaseh

    ReplyDelete
  7. Salam Tuan Ahmad Jais..

    Lama skali ana mencari buku nie, Alhamdulillah ketemu juga d sini.. jika Tuan x keberatan ana ingin sgt3 utk membaca buku nie, klu dpt yg d fotocopy pn sudah cukup, ttg kos ny, insya Allah ana akan cuba usahakn utk membayarny..

    ReplyDelete
  8. Wassalam, Tn. UninX diatas kesudian tuan membaca blog saya ni...

    Selepas saya memasukkan artikel diatas yang dipetik dari buku tersebut, saya pun terlupa dimana saya menyimpan buku itu dan sehingga sekarang masih belum menemuinya lagi.

    Begitu juga dengan muka depan buku tersebut yang saya scan untuk tatapan umum, tapi sayang juga sebab saya telah ter delete dari Picasa Web menyebabkan imej muka depan buku tersebut menjadi seperti diatas.

    Saya akan berusaha untuk mendapatkan buku itu semula dan akan cuba membuat fotocopy supaya tuan dapat memilikinya.

    Sila sertakan alamat penuh tuan supaya saya dapat mengirimkannya melalui pos jika sudah menjumpainya.

    Terimakasih.

    ReplyDelete
  9. saya sangat teruja dapat membaca artikal ini. Artikal ini baik untuk kita semua dalam mencari erti sesebuah kehidupan. terima kasih yang tidak terhingga kepada penulis blog ini kerana dapat memberi cetusan dan berkongsi idea yang amat bagus untuk tatapan kita semua.

    ReplyDelete