Monday, April 19, 2010

KAMPUNG KU

Hari Jumaat 16 April, 2010, pukul 8 malam, aku seisi keluarga pulang ke kampung di Simpang, Taiping, Perak bagi menziarahi ibu yang telah uzur. Perjalanan dengan kereta melalui lebuhraya mengambil masa selama 3 jam. Kali terakhir aku pulang ialah pada bulan lepas.

Setiap kali pulang ke kampung, aku selalu berharap untuk berjumpa kawan-kawan sekolah dahulu tetapi tidak pernah dapat menemui mereka dan tak pasti dimana mereka sekarang ini berada. Aku juga mencuba mengesan mereka melalui facebook tetapi tetap juga hampa.

Pekan Simpang terletak kira-kira 6 km dari Bandar Taiping, 4 km ke Kuala Sepetang, 30 km ke Kuala Kangsar dan 80 km ke P. Pinang. Sebelum Lebuhraya Utara Selatan dibina, Pekan Simpang adalah laluan utama semua kenderaan dari Selatan menuju ke Utara. Pada sebelah malam kelihatan berpuluh-puluh lori treler membawa muatan melalui jalan ini menuju ke Pelabuhan Pulau Pinang. Manakala pada waktu siang bas-bas express pula beroperasi sehingga keawal pagi.

Kemalangan maut juga banyak berlaku disepanjang jalan ini menuju ke utara terutamanya di musim -musim perayaan. Kemalangan ngeri yang pernah aku saksikan telah berlaku pada tahun 70an dulu dimana sebuah kereta telah melanggar penunggang basikal dan penunggang basikal tersebut telah tercampak lalu tertusuk besi jambatan yang kebetulan dilaluinya. Tubuh beliau telah terlekat selama beberapa minit pada besi tersebut dan meninggal dunia sebaik-baik sahaja di tarik keluar. Pak cik 'malang' itu kami semua kenal kerana ia berniaga 'sayur-sayur dan ulam-ulam kampung' dengan menunggang basikal sehinggalah tragedi meragut nyawanya berlaku. Alfatihah untuk beliau.



Rumah keluarga aku di alamat no. 28,
Rancangan Perumahan Awam, 34700 Simpang, Taiping, Perak

Anakku yang sulung dan yang bongsu
sedang 'bergumpal' di rumah opah mereka



Surau Al Hidayah dulunya dua tingkat
diperbuat dari kayu dibina pada tahun 1975.
Kini telah dibina semula kira-kira 3 tahun lalu.
Terletak 10 meter dari rumah mak

Gambar dirakam pada hari Sabtu 17 April, 2010
selepas selesai sembahyang Zohor.
Dari kiri : Tn. Hj Zahari Yusof, Sdra. Bahadrolsham Rashid,
Ahmad Jais dan Tn. Hj. Ahmad Yacob

Dari Kiri : Tn. Hj. Zahari Yusof, Sdra. Bahadrolsham Rashid,
Tn. Hj. Ismail Salleh dan Tn. Hj. Ahmad Yacob

Pekan Simpang yang pesat membangun




Pasar Simpang yang dibina pada tahun 1965.
Kini telahpun berusia 45 tahun

Balai Polis Simpang terletak
bersebelahan Surau Al Hidayah

Sekolah Kebangsaan Simpang yang juga berwajah baru

Masjid lama Pekan Simpang yang tidak digunakan lagi.
Dibiar kekal sehingga ke hari ini

Masjid baru Pekan Simpang menggantikan masjid lama.
Dikenali sebagai Masjid Al Ikhwaniah

Gambar menunjukkan masjid lama dan baru.
Kedua-duanya terletak berhampiran

Tanah perkuburan Islam wakaf 2
yang terletak bersebelahan masjid Al Ikhwaniah

Tanah perkuburan Islam Wakaf 2
yang sentiasa dijaga kebersihannya

Kubur ayahku yang dimakamkan pada 17 Mei, 1999

Sekolah Kebangsaan Matang
yang terletak 2 km dari pekan Simpang

Inilah kedai mee udang Mak Teh yang terkenal
dan telah dipromosikan oleh TV3. Ianya terletak
kira-kira 2.5 km dari Pekan Simpang.
Ini adalah kunjungan ku bagi kali ke 3


Mee goreng udang

Mee Udang banjir

Muzium Matang atau lebih dikenali dengan Kota Ngah Ibrahim

7 comments:

  1. AKU DAH cuba mee udang tuh...aku rasa yg aku buat lagi sedap! aku punya resepi, asli yg ku cipta sendiri.Original resepi....!

    ReplyDelete
  2. Aku dah cuba mee udang tu semasa PRK Bukit Gantang dulu....ta le sesedap mana pun.Aku punya mee udang mungkin yg lebeh menarik krana ianya dari resepi yg asli ciptaan sendiri! nak cuba sila lah datang ke Omti Deli,sg buloh.

    ReplyDelete
  3. asal usul kampong aku,kampong batu tegoh,adik beradik aku masih ramai kat simpang,abang aku dulu anggota polis balai simpang hj mohd shah tapi kini dah pencen dan tinggaldi kg jelapang,paksu aku cikgu sharif,kak hjh hasnah dan adik nya salmah othman dulu membesar di rumah awam simpang,jiran kamu tu,pakngah aku othman dan isterinya makngah jariah,sedara mara aku masih ramai lagi kat sana,aku masa2 bujang2 dulu tinggal kat batu teguh,tolong tokcik aku buat bendang kat matang road,masa tu thn 70-73,aku tertarik dgn kisah pekan simpang ni,tempat aku selalu pekena ice kacang,bul;am march aku akan pi ke rumah abg aku di kg jelapang,anak sedara aku nak melangsungkan perkahwinan di sana,wassalam....TAIPING SENTIASA DALAM INGATAN KU

    ReplyDelete
  4. Ruamh tuan ni kat rumah Ustaz Samad la ya? anak dia Khairul Nizam tu kawan saya masa sekolah SK Simpang 1984-1989 dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer dkt la dgn rmah Utz Samad. Kalau tak salah rmh utz samad sebelah rumah arwah hj Shaharom. Saya kalau balik bercuti waktu mgrib pergi surau sempatlah mengaji kalau utz samad ada mengajar mlm tu. Amri kotiau koboi tu adik saya...

      Delete
  5. Arwah bapak saya pun dikebumikan kat tanah wakaf sebelah masjid tu. Dia meninggai pada 12 Okt 2010.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Arwah ayah saya meninggal pada 17/5/1999 dan arwah mak mnggal pd 24/10/2009 kebumi sblah mnyebelah di tnh perkuburan tu. Tn ni anak sapa?...

      Delete