Tuesday, April 13, 2010

MAJLIS PERPISAHAN

Tengahari tadi 13 April 2010, jam 1 tengahari satu majlis ringkas dan kecil-kecilan telah diadakan di Medan Selera AU4, Taman Keramat, Kuala Lumpur bagi meraikan perpisahan En. Mohd Nizwan b. Mohd Shah yang akan bertukar tempat bertugas dari Cawangan Pembangunan Ladang ke Cawangan Latihan, Bahagian Sumber Manusia, Ibu Pejabat berkuatkuasa 15 April 2010.

Majlis yang dibuat atas inisiatif En. Mohd Redza b. Mohd Yusof telah dihadiri oleh 8 orang staf sahaja kerana kebetulan pada hari tersebut kebanyakan pegawai dan staf yang lain bercuti dan ada yang bertugas di luar daerah.

Kami semua mengucapkan selamat bertugas di tempat baru kepada En. Mohd Nizwan dan berharap semoga beliau bergembira dan dapat memberikan komitmen yang tinggi, mencetus idea-idea baru, merangka dan mengenalpasti apa-apa peluang latihan yang boleh diberikan kepada semua staf demi memajukan diri dan kecemerlangan organisasi.

Dari kiri : Mohd Nizwan, Rafia Olhusni
dan Mohd Redza memberikan pos yang istimewa

Dari kiri : Aishah, Sa'idah dan Mohd Nizwan
sedang menanti ketibaan makanan



En. Baharudin (baju coklat) sentiasa
menceriakan bagi setiap majlis yang dihadirinya.
Ini dapat digambarkan sepertimana
tiga keping foto diatas

Aishah dan Sa'idah sedang menikmati hidangan

Dari kiri : Liyana, Aishah dan Sa'idah penyeri
Cawangan Inspektorat dan Pembangunan Ladang


Antara menu yang dihidangkan

1 comment: