Monday, June 28, 2010

BAKAT KU YANG TERPENDAM

Adalah pada satu hari tu kan, ketika aku pergi bersantai dengan family di Port Dickson. Selepas penat kami bermandi dan berendam di laut maka tiba lah waktu untuk pulang.

Sebelum tu kami pergi lah round-round di pekan Telok Kemang tu dulu untuk membeli barang-barang cenderamata bagi dibawa balik sebagai tanda kenang-kenangan.

Tiba di Telok Kemang, aku perhatikan ada ramai orang berkumpul di hadapan satu pentas terbuka. Dari jauh kedengaran macam ada orang menyanyi. Dalam hati aku berkata-kata "ade pertandingan nyanyi ke?, best jugak petang-petang ni layan orang-orang yang nak menunjukkan bakat terpendam".

Memang sah. Ada pentas menyanyi karaoke. Sesiapa yang nak nyanyi bolehlah naik kepentas untuk memilih lagu dan menunggu giliran. Satu lagu harganya RM2.

Rasa-rasanya aku nak try lah nyanyi, mana tau kot-kot ada komposer yang mengintai-intai kat bawah untuk mencari bakat-bakat baru, kalau nasib baik bolehlah jadi penyanyi terkenal dan buat album.

Untuk tidak menghampakan peminat-peminat yang ada kat bawah sana tu maka akupun naik lah kepentas untuk menyumbang dua lagu. Lagu pertama bertajuk 'Kau Yang Tersendiri ' dipopularkan oleh Jay Jay dan lagu kedua 'Antara Hujan Dan Airmata' oleh Sudirman dan di beri nafas baru oleh Saleem Iklim.

Ok. Para peminatku "Selamat mendengar dan semoga terhibur dengan lagu ku ini".. layaaaaaaaaaan.



Wednesday, June 23, 2010

PENJARA PUDU TINGGAL KENANGAN

Dalam Artikel keluaran April 2010 yang lalu, aku pernah menceritakan pengalaman semasa diberi peluang oleh seorang kawan untuk membuat lawatan kedalam Penjara Pudu yang masih baru dikosongkan dan belum dibuat apa-apa perubahan lagi.

Tajuk Artikel aku itu adalah 'Aku Di Penjara Pudu'. Kepada pembaca yang masih belum membaca artikel tersebut silalah layari blog aku itu dan bacalah artikel tersebut untuk melihat gambar yang rakamkan secara eksklusif bagi tontonan ramai.
Imbang Penuh
Sepertimana yang telah kita ketahui bahawa tembok Penjara Pudu yang berusia 100 tahun dan menjadi dinding pemisah antara banduan dan orang awam telah dirobohkan mulai pukul 10 malam, pada 21 Jun, 2010 lalu bermula ditembok bersebelahan Jalan Pudu, Kuala Lumpur.

Lebih seribu warga kota telah membanjiri perkarangan Penjara Pudu di Jalan Hang Tuah untuk menyaksikan proses merobohkan tembok penjara itu malam tadi.

Dalam artikel aku bulan Mac, 2010 pula atas tajuk 'Allahyarham Ismail Nordin Dalam Kenangan', aku juga ada selitkan sedikit cerita pasal Penjara Pudu ni sebab Allahyarham adalah salah seorang warder di penjara tersebut. Dia adalah isteri kepada jiran aku di kampung. Untuk mengikuti kisahnya, sila lah juga layari blog aku bulan Mac 2010 bagi mendapatkan cerita selanjutnya.

Kita sebagai rakyat tidak lah dapat berbuat apa-apa lagi kerana Kerajaan melalui menterinya telahpun mengsitiharkan bahawa Penjara Pudu bukan warisan negara sepertimana bangunan-bangunan lain yang seusia dengannya atau kurang tetapi diistiharkan sebagai warisan negara. Mungkin Menteri kita fikir lain tidak sepertimana rakyat fikirkan.

Penulis (baju hitam) bergambar bersama Mohamad Abd Hanif
di hadapan Pintu Penjara Pudu yang dirakam pada tahun 1996



Keratan Akhbar dari Utusan Malaysia, Berita Harian
dan Kosmo keluaran 22 Jun 2010 yang menyiarkan
kisah tembok Penjara Pudu dirobohkan.

Double click for view








Sunday, June 20, 2010

KEMALANGAN JALANRAYA

Petang itu, 17 Jun 2010 semasa pulang dari tempat kerja kerumah, dan ketika tiba berhampiran susur keluar ke Sri Petaling dan ke Bukit Jalil, kira-kira jam 7 petang, aku telah menemui satu kemalangan jalanraya yang melibatkan sebuah motosikal berkuasa tinggi dengan sebuah kereta.

Melihatkan keadaan penunggang motosikal itu yang terbaring kaku, aku menjangkakan bahawa ia telah mengalami kecederaan yang amat serius dan mungkin tidak dapat diselamatkan lagi.

Dengan tidak membuang masa, aku telah mengeluarkan sebuah kamera digital dari beg dan mula menjalankan tugas-tugas sebagai jurugambar.

Lebuhraya Kuala Lumpur ke Seremban telah mula sesak teruk walaupun kemalangan baru sahaja beberapa minit berlaku. Ini adalah disebabkan oleh sikap penunggang-penunggang motosikal yang berhenti di bahu jalan dan meninggalkan motosikal mereka dengan sesuka hati untuk menyaksikan kemalangan itu dari dekat dan menghalang lalu lintas.

Walaubagaimanapun satu sikap penunggang motosikal yang boleh dipuji ialah kerana ada diantara mereka yang secara sukarela membantu memberikan pertolongan cemas kepada mangsa, ada yang mengawal lalu lintas, ada yang menghubungi ambulan melalui telefon bimbit mereka dan yang penting sekali ada yang merakamkan gambar-gambar tersebut untuk dikongsikan bersama dengan para pembaca (macam aku buat nilah....).

Sehingga berita ini ditulis, aku tidak tahu akan nasib penunggang motosikal tersebut sama ada masih hidup atau pun telah meninggal dunia.

Jadi pesan aku kepada semua pengguna-pengguna lebuhraya supaya berhati-hati dan ikut peraturan yang telah ditetapkan. Ingat "jangan biarkan orang tersayang menantikan kepulangan anda'. Selamat Memandu.

Mat-mat motor sedang membantu mangsa kemalangan.

Salah seorang mat motor membantu mengawal lalulintas.

Ada mat motor yang memerhatikan dari jauh
sambil menghalang lalulintas.

Mangsa kemalangan terbaring dan sedang
dibantu oleh mat-mat motor.
(Sorry..gambar kurang jelas).

Sebuah kereta telah berhenti secara sukarela
untuk membawa mangsa ke hospital yang berhampiran
samada hospital Serdang atau hospital Putra Jaya atau hospital Kajang.

Salah seorang mat motor memberikan arahan
kepada seorang pemandu kereta (wanita baju biru)
yang berhenti secara sukarela untuk membawa mangsa ke hospital.
(Sorry... kedua-dua gambar diatas juga kurang jelas)

Keadaan jalanraya yang masih sesak

Kesesakan hampir pulih

Motosikal mangsa yang belum dialhkan

PENDATANG ASING TANPA IZIN YANG MENYEMAKKAN

Bercakap tentang pendatang asing khususnya yang masuk secara haram ke negara kita ni kadang-kadang memanaskan hati. Mana tidaknya, boleh dikatakan sejak kebelakangan ini kadar jenayah samada berlaku dibandar atau dikampung terus meningkat dari sehari kesehari.

Sekarang ni penduduk tempatan sering ditimpa ketakutan dan merasa risau terutama kepada suri rumah, selepas suami ketempat kerja dan anak-anak pula kesekolah. Jika pintu pagar atau pintu rumah tidak berkunci akan ada lah 'tetamu' yang tidak diundang muncul dihadapan rumah secara tiba-tiba samada untuk berniaga, minta sedekah atau yang ingin memohon pekerjaan. Tetapi niat sebenar mereka ini tidak diketahui.

Didada-dada akhbar pula jangan dikiralah, kerana perbuatan jenayah oleh warga asing ini tidak terkira banyaknya dilapurkan dan entah bila akan ada penyudahnya. Walaupun akhbar sering melapurkan, mereka seolah-olah tidak ambil peduli akan kisah mereka yang dipaparkan walaupun ianya akan menjatuhkan nama baik negara mereka dimata dunia.

Apa yang lebih menghairankan kita ialah walaupun berpuluh-puluh operasi telah dijalankan dan berita penangkapan dilapurkan tetapi kita tidak tahu sejauh mana tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa kita untuk 'menghapuskan' mereka ini samada dihantar balik kenegara asal atau dihukum penjara kerana menceroboh masuk kenegara ini,

Kerapkali juga diberitakan bahawa pasukan Polis dan RELA seringkali menemui kegagalan setiap kali membuat serbuan kerumah-rumah kongsi mereka kerana mereka seolah-olah sudah tahu akan operasi yang akan dijalankan dan segera lari meninggalkan rumah kongsi yang telah kosong untuk bersembunyi. Dihati kecil kita sering juga berkata bahawa "tentu ada orang dalam yang telah memberikan maklumat akan operasi tersebut."

Mereka-mereka yang terlibat ini bolehlah dicap sebagai pengkhianat negara dan boleh juga dikatakan sebagai sebahagian dari penjenayah-penjenayah yang ada dan patut di ISA kan kerana mengancam keselamatan negara.

Pendatang-pendatang asing ini kita boleh kenal akan jenayah yang mereka lakukan seolah-olah seperti ada kepakaran tersendiri seperti contoh berikut :-

Indonesia, pakar pecah rumah, pukau, bunuh, merompak, merogol dan melarikan anak-anak gadis. Vietnam dan Myanmar, pakar merusuh, bergaduh serta membunuh sesama sendiri. China, pakar dalam pelacuran, salah guna pas pelawat terutama bagi pelajar-pelajarnya. Bangladesh, pakar dalam mengganggu gadis-gadis tempatan dan mencabul kehormatan, Iran, pakar dalam penyeludupan dadah serta memperdayakan gadis-gadis tempatan, Afrika pakar memikat gadis-gadis tempatan melalui siber, merakam gambar lucah, mencetak wang palsu, mabuk dan membuat bising, Pakistan, pakar mengganggu ketenteraman suri rumah dengan menjaja barang-barang perhiasan seperti karpet, tikar, buku-buku agama serta bingkai ayat-ayat Al Quran semasa ketiadaan suami dan akhir sekali, kelihatan anak-anak kecil Myanmar yang meminta sedekah di kedai-kedai makan dan restoran.

Seperti yang kita ketahui bahawa, kemasukan tenaga kerja asing ini biasanya, jika warga Indonesia, permit kerja mereka adalah sebagai pembantu rumah untuk wanita dan pekerja binaan bagi kaum lelakinya, Tenaga Kerja India pula sebagai pekerja di restoran mamak, warga Vietnam dan Myanmar sebagai Pengawal keselamatan dan perkilangan, manakala lain-lain negara kebanyakannya adalah sebagai pelajar-pelajar di Universiti Tempatan.

Tetapi apa yang kita lihat sekarang ini ialah mereka ini bersepah disetiap tempat dengan menjalankan perniagaan membuka gerai makan, menjual barang-barang perhiasan, VCD cetak rompak, peniaga pasar malam pekerja dikedai-kedai perabut dan sebagainya, walaupun ada yang mendakwa mereka ini bekerja sebagai 'out sourcing' tetapi kebanyakannya adalah diragui.

Jika kedatangan mereka ini tidak dibendung maka kemungkinan suatu hari nanti negara kita akan hilang identitinya kerana orang-orang Melayu akan pupus dibumi sendiri kerana ada gadis-gadis kita yang terpikat dengan 'ke handsoman' warga asing ini lalu berkahwin dan melahirkan anak-anak kacukan. Ini akan melahirkan satu generasi baru yang sedikit demi sedikit akan menghilangkan 'Melayu Asli' di bumi Malaysia ini.

Dahulu padang bola ini adalah tempat bermain
bagi anak-anak tempatan, tetapi sekarang ini
ianya telah dikuasai oleh Pendatang Asing.
Kesudahannya anak-anak tempatan melepak
dan merempit ditempat-tempat awam.

Kalau dibuat spot check,
tentu ada yang masuk secara haram

Ada yang bermain dan ada yang menjadi penonton.
'Aku' seolah-olah bukan berada di bumi sendiri.

Padang ini juga adakalanya digunakan untuk
majlis-majlis keagaamaan bukan Islam

Padang ini juga terletak berhampiran pekan
dalam kawasan taman perumahan

Keratan akhbar dibawah ini menggambarkan
bahawa jenayah di Malaysia yang dilakukan oleh warga asing
amat membimbangkan jika tidak dikawal.




Monday, June 14, 2010

SUP EKOR DAN KHASIATNYA


Sup ekor...

Khasiat sup ekor merangsang tenaga batin semakin diyakini. Hakikat itu terbukti bukan sahaja untuk lelaki tetapi juga wanita.

Khasiat luar biasa sup ekor itu dirasai sendiri oleh salah seorang penggemar sup ekor, Othman (bukan nama sebenar), 51. Sambil menghirup sup dan dengan peluh berjurai didahi dan badannya, Othman berbisik kepada penulis, “Cerita ni tak boleh cakap kuat-kuat. Malam itu saya tengok isteri saya lain macam, tiba-tiba dia terus…..Saya rasa seperti di perkosa”.

Selepas bersama, saya pergi kedapur untuk minum. Terkejut saya apabila ternampak semangkuk sup ekor yang telah habis dimakan. Rupa-rupanya isteri saya yang makan sup ekor tu. Barulah saya tahu kenapa saya diperkosa”.

Othman yang menjadi penggemar sup tersebut sejak 10 tahun lalu memberitahu, sup ekor merupakan salah satu makanan kegemaran beliau sekeluarga. Biasanya beliau memakan sup tersebut pada waktu petang selepas habis bekerja.

Menurutnya, sejak menjadi penggemar sup ekor, keupayaan seksnya begitu menakjubkan. “Walaupun umur saya sudah separuh abad, tapi ‘stamina’ saya semasa bersama isteri semakin lama semakin baik. Sekarang ini saya boleh mengulanginya selepas berehat sekejap,” kata bapa kepada tiga orang anak.

Othman yang tinggal di Kg. Baru, Kuala Lumpur menambah, beliau menggemari semua jenis sup, sup kambing, ayam, lidah, ‘torpedo’, lembu dan sebagainya. Tapi semuanya tidak dapat menandingi kehebatan sup ekor. 

Othman merupakan salah seorang dari 50 orang pelanggan tetap gerai sup ekor kepunyaan Syed Rawther Ghani Ibrahim Shah yang terletak berhampiran Pasaraya Keramat, Kuala Lumpur. Gerai itu kini dikendali oleh anak Ghani, Abdul Rahman, 32. Gerai berkenaan menjual pelbagai jenis sup termasuk sup ekor, kambing, ayam, lidah dan ‘torpedo’.

Abdul Rahman memberitahu, sejak gerai berkenaan dibuka pada 1982, beliau mendapati sup ekor merupakan sup yang paling banyak penggemarnya. Kata beliau, kira-kira 200 orang pelanggan datang kegerainya setiap hari. Daripada jumlah itu beliau mempunyai 50 orang pelanggan tetap.

Malah jelas Abdul Rahman, terdapat seorang pelanggannya yang makan sup ekor digerainya itu selama enam hari berturut-turut. Semua pelanggannya mengakui sup ekor berjaya merangsang tenaga seks mereka.

Selain lelaki, terdapat juga wanita yang menjadi pelanggan tetap gerai berkenaan. Bukan sedikit juga pelanggan gerai itu yang mempunyai lebih daripada seorang isteri dan mempunyai lebih 10 orang anak. Kerana tuntutan keupayaan tenaga batin yang agak mencabar itu, mereka menjadikan sup ekor di gerai Abdul Rahman sebagai pemangkin. 

Abdul Rahman menceritakan, terdapat pelanggan tetapnya yang berkahwin sebanyak tiga kali dan mempunyai lapan orang anak. Lelaki itu memberitahu beliau, dia memakan sup ekor digerai berkenaan untuk memastikan keupayaan tenaga batinnya sentiasa memuaskan.

Abdul Rahman juga menjadikan sup ekor sebagai salah satu makanan tetapnya setiap hari. Bagaimanapun, beliau mempunyai resipi istimewa untuk menambahkan lagi kehebatan sup tersebut. Bapa kepada lima orang anak itu memberitahu, bagi menambahkan ransangan seks, sup tersebut dicampur dengan buah badam dan biji gajus yang telah dihancurkan.

Sup ekor yang dicampur dengan buah badam dan biji gajus juga merupakan makanan tetap lima lagi kakak dan abangnya serta anak-anak saudara mereka. Hasilnya, bapanya kini mempunyai 32 orang cucu! Tambah Abdul Rahman, beliau selalu menyarankan kepada rakan-rakannya yang menghadapi masalah tenaga batin supaya memakan sup ekor. Salah seorang daripadanya adalah rakan beliau yang berkahwin pada hari yang sama dengannya. Dia mengadu kepada saya tentang masalahnya. Jadi saya sarankan kepada kawan saya itu supaya memakan sup ekor setiap hari. Alhamdulillah, tidak lama kemudian isterinya hamil dan dia memberitahu saya, keupayaan tenaga batinnya semakin memberangsangkan.”

Sup ekor katanya, mempunyai banyak khasiat untuk tubuh badan. Bagaimanapun, khasiatnya yang paling utama adalah merangsang dan memelihara keupayaan tenaga batin.

Apakah yang membolehkan sup ekor memangkin tenaga batin?. Abdul Rahman memberitahu, ia berpunca daripada sejenis lendir yang terdapat pada ekor tersebut. Ini ditambahkan lagi dengan ramuan dan rempah ratus yang digunakan, khususnya jika dicampur dengan buah badam dan biji gajus.

Tenaga batin juga terangsang kerana sup tersebut memanaskan badan orang yang memakannya. Ini menyebabkan badan mereka menjadi segar, perjalanan darah menjadi lancar dan sentiasa bersemangat untuk melakukan apa juga kerja. Sup ini paling baik dimakan pada waktu petang dan malam. Lebih elok lagi dimakan ketika hujan,” Jelas Abdul Rahman.

Abdul Rahman menegaskan beliau tidak segan silu untuk berkongsi pengalaman dan berbincang mengenai ransangan sup ekor terhadap tenaga batin kerana baginya, ia adalah salah satu mauduk yang penting. Tidak kira samada mereka itu lelaki atau perempuan, lebih-lebih lagi yang sudah berkahwin.

“Tuntutan batin adalah antara perkara paling utama dalam hidup pasangan suami isteri. Kita tahu banyak perceraian berpunca daripada kegagalan suami menunaikan tuntutan batin isterinya. Ini perlu diketahui oleh semua lelaki dan mereka mesti mencari jalan untuk mengelakkan daripada berlaku keatas diri mereka. Bagi saya salah satu cara yang terbaik adalah dengan memakan sup ekor.”

Berbalik kepada gerainya, Abdul Rahman dan bapanya memilih untuk menjual sup di kawasan berkenaan apabila mendapati gerai-gerai yang sediaada disitu semuanya menjual nasi campur.

Pada mulanya gerainya kurang mendapat sambutan kerana masyarakat masih belum begitu kenal dengan keenakan dan khasiat sup. Ketika itu, harga ekor lembu hanyalah RM5 sekilogram. Bagaimanapun, perniagaan mereka semakin meningkat pada pertengahan tahun 1980an. Ketika itu pelanggan semakin berpusu-pusu kegerainya. Jumlah pelanggan tetap juga semakin meningkat.

Akibatnya , harga ekor lembu menjadi semakin mahal. Harganya terus melambung tahun demi tahun apabila jumlah penggemarnya semakin banyak. Sekarang harganya meningkat kepada RM12 sekilogram.

Akibat jumlah penggemar sup ekor yang semakin banyak juga, kata Abdul Rahman, beliau pernah menghadapi keputusan stok selama seminggu kerana ekor lembu habis ditempah oleh peniaga-peniaga lain.

Apakah yang menyebabkan para pelanggannya menganggap sup ekor digerai itu lain daripada yang lain?. Bagi Abdul Rahman, keistimewaan itu terletak pada ramuan kuah sup yang dicampur dengan empat jenis rempah.

Rempah-rempah itu (dirahsiakannya) dibuat sendiri oleh beliau dan bapanya. Ramuan lain adalah barli, kacang dal, cili padi dan tomato. Resipi ini direka oleh bapanya yang sebelum itu mempunyai pengalaman selama berpuluh-puluh tahun dalam bidang masakan.

Kehebatan tongkat ali, jarum mas, gamat dan dhab sudah menjadi cerita lama. Sup ekor adalah sumber baru yang dinanti-nantikan kerana ia bakal menjadi makanan keluarga abad 21. 

Dipetik dari Mastika keluaran Disember 1996. Mukasurat 45-49.

Sunday, June 13, 2010

ASHABUL KAHFI

Kisah Ashabul Kahfi disebutkan didalam Al Quran bertujuan untuk membuktikan kepada manusia bahawa Allah SWT sanggup membangkitkan orang-orang yang sudah mati.

Kisah Ashabul Kahfi ini juga adalah untuk memberitahu bahawa Allah sanggup merubah hukum alam. Misalnya menurut biasanya manusia akan mati jika tidak makan dan minum selama beberapa hari tetapi Allah sanggup menjadikan orang tidak makan dan minum hidup selama tiga ratus tahun lebih.


Pemuda Ashabul Kahfi ini hidup pada zaman pemerintahan raja Romawi. Raja itu zalim dan cukup keras. Semua rakyatnya dipaksa untuk menyembah berhala. Sesiapa yang tidak sujud kepada berhala akan dihukum dan dibunuh.


Rupanya diantara rakyatnya masih ada orang yang murni akidahnya, yakni mengamalkan ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa a.s.


Beberapa orang pemuda yang murni akidahnya ini tidak mahu menyembah berhala. Mereka yakin bahawa tidak ada tuhan yang disembah selain Allah dan mereka beribadat kepada Allah secara rahsia.


Menyedari bahawa keadaan mereka sudah diketahui raja yang zalim itu serta mereka sudah mendengar khabar bahawa raja akan membunuh mereka jika tidak mahu menyembah berhala, maka mereka pun mengambil keputusan lebih baik lari dari kampungnya dan pergi ketempat sunyi untuk beribadat kepada Allah.


Mereka pergi kesebuah gua yang tidak berapa jauh dari kampungnya. Dalam perjalanan menuju gua itu mereka berjumpa dengan seorang pengembala. Setelah menceritakan keadaan raja dan mengapa mereka lari meninggalkan negerinya, akhirnya lelaki pengembala itupun turut menyertai mereka. Pengembala itu membawa seekor anjing yang berperanan menjaga mereka.


Sesampainya tempat yang dituju, mereka masuk kedalam gua sementara anjingnya menunggu diluar pintu gua. Didalam gua itu mereka memuaskan kehendak hatinya yang selama ini selalu dihalang dan diancam. Mereka bermunajat kepada Allah dan memohon supaya dicucuri rahmatNya serta dijauhkan dari gangguan dan ancaman raja yang zalim itu. Allah memperkenankan doa mereka dan tidak lama kemudian mereka pun tertidur selama tiga ratus tahun lebih.


Pendek ceritanya, raja yang zalim itupun mati. Rakyatnya ada yang lahir dan ada yang mati. Satu generasi ditukar dengan generasi yang lain sehingga pada satu masa, yang menjadi raja dinegeri itu seorang yang beriman kepada Allah bernama Theodoseus dan sudah kembali mendalami agama samawi iaitu yang dibawa oleh Al Masih Isa b. Maryam.


Masyarakat ketika itu sedang hangat-hangatnya mempersoalkan masalah berbangkit dari kubur nanti, apakah roh manusia saja yang dibangkitkan atau dengan tubuhnya sekali. Raja pun tidak tahu mana satu yang betul hingga akhirnya memohon petunjuk kepada Allah. Kemudian Allah membangunkan Ashabul Kahfi dari tidurnya selama 309 tahun sebagai gambaran bahawa yang dibangkitkan itu adalah roh dan jasad.


Sebaik sahaja mereka tersedar dan bangun, mereka menyangka bahawa mereka baru satu hari tinggal didalam gua itu. Perut pun sudah terasa lapar. Mereka menyuruh salah seorang dari mereka pergi ke kota untuk mencari makanan yang halal, sedap dan bagus. Berangkatlah ia ke kota yang sudah lama ditinggalkan. Melihat keadaan kota yang sudah banyak berubah itu, dia bimbang dan seolah-olah tidak percaya bahawa itu adalah kota tempat lahirnya.


Melihat keadaannya yang lain dari warga kota serta melihat wang syiling yang dimilikinya, pengawal istana membawanya kehadapan raja dan raja itu pun lalu menyoalnya.


Setelah mendengar segala keterangannya yang nampak jujur itu, orang-orang yang ada ditempat itupun terkenang akan kisah sekumpulan pemuda yang lari meninggalkan kota atau kampungnya disebabkan tidak suka dibawah pemerintahan raja yang zalim dan pemuja berhala itu.


Akhirnya raja meminta pemuda tersebut menunjukkan gua tempat persembunyian mereka dan berangkat bersama pengawal-pengawalnya. Sesampainya didepan gua, pemuda tersebut meminta kepada raja dan pengawalnya supaya menunggu dipintu gua dan jangan ikut kedalam, ini adalah untuk memberitahu kawan-kawannya bahawa ada orang-orang yang ingin melihat mereka didalam gua.


Setelah lama menunggu tetapi tidak ada yang keluar, akhirnya raja beserta pengawal-pengawalnya masuk kedalam gua itu. Rupanya Allah telah mencabut kesemua roh pemuda Ashabul Kahfi tersebut.


Kemudian ada dua orang soleh yang mengukir nama pemuda-pemuda tersebut pada sekeping tembaga lalu menyimpannya dibangunan yang dibina dipintu gua itu.


Menurut satu versi yang diambil dari sumber agama masehi, pemuda Ashabul Kahfi ini hidup dizaman Diqyanus pada tahun 249-251 Masehi.




Gambar Atas : Papan kenyataan yang diletakkan disebelah pintu gua.
Gambar bawah : Pemandangan di Jabal Raqim, susunan batu seperti tembok
yang kelihatan itu adalah kesan-kesan masjid yang dibina diatas gua

Gambar diambil dari dalam gua

Kubur Ashabul Kahfi.
Dalam gambar nampak empat kubur,
sedang kubur-kubur lain dijumpai disebelahnya

SATU PERINGATAN

Kehidupan di dunia ini hanya baru di alam ketiga sesudah kita berada di alam arwah atau sebuah alam dimana kita berada pada peringkat di dalam ilmu Allah sahaja, ketika itu kita belum pernah disebut dan belum keluar dialam nyata.

Sesudah di alam ketiga didunia yang fana ini, samada kita mahu atau tidak, kita akan pindah pula kealam keempat iaitu alam barzakh dimana perkuburan sebagai pintunya.

Khalifah Uthman b. Affan r.a. memberitakan bahawa beliau pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : "Sesungguhnya kubur itu ialah penginapan pertama antara penginapan akhirat, maka sekiranya seseorang itu terlepas dari seksaannya, maka apa yang akan datang kemudiannya akan lebih mudah lagi, dan seandainya seseorang itu tidak terlepas daripada seksaannya, maka yang akan datang sesudahnya akan lebih sukar."