Thursday, July 8, 2010

ANAK KAMBING ANEH MENGGEMPARKAN

Anak kambing ini dilahirkan pada hari Selasa 7 Julai 2009 di Dusun Kerajaan, Desa Jorongan , Kecamatan Leces, Kabupaten Probolingo.

Bentuk kepala anak kambing ini mirip kepala anjing, rahang bahagian atas serta hidung tidak terbentuk seperti biasanya. Muka pipih sedangkan rahang bawah tertujah kedepan.

Kedua bola matanya bersatu kerana rongga kelopak mata tidak terbentuk. Keadaan itulah yang kemudiannya menimbulkan anggapan bahawa anak kambing ini lahir mirip seekor anjing.

Meskipun keadaan kepalanya tidak normal, secara mata kasarnya tubuh anak kambing ini kelihatan normal kerana badannya seperti biasa dan berkaki empat.

Sejak anak kambing ini dilahirkan sekitar pukul 9 pagi, ribuan orang telah datang berkunjung kerumah pemiliknya iaitu En. Ahmad Farid. Anak kambing ini dilahirkan bersama dua lagi anak kambing yang normal.

No comments:

Post a Comment