Thursday, May 26, 2011

MAJLIS KESYUKURAN

Hari ini 25 Mei, 2011, jam 1 tengahari aku telah mengadakan sedikit jamuan makan tengahari untuk kawan-kawan seperjuangan sebagai tanda kesyukuran ku terhadap beberapa peristiwa yang berlaku sepanjang bulan Mei ini.

Ianya sangat penting dalam diari hidupku kerana ianya ada yang pahit, manis, gembira dan sedih yang dicatatkan seperti berikut :-

  1. Selamat pindah ke office baru di tingkat 5 bermula 7/5
  2. Selamat dalam kemalangan motosikal berhampiran bulatan Kelab Lumba Kuda, Sg. Besi pada 11/5/2011 ketika pulang dari kerja (kecederaan lutut dan tangan)
  3. Selamat pulang dari laut ketika mencandat sotong pada 16 & 17/5
  4. Ulangtahun kelahiranku - 19/5
  5. Anakku Alia selamat mendaftar masuk di UITM, Arau, Perlis pada 20/5/2011
  6. Ibuku dalam keadaan sihat ketika aku pulang menziarahinya pada 21 & 22/5
Jamuan makan tengahari telah diadakan di Restoran Haslam, Jalan Pahang, Kuala Lumpur dengan dihadiri serama 13 orang staf Bahagian Inspektorat dan Pembangunan Ladang.

Kesemua mereka amat bermakna bagiku kerana banyak membantu dalam urusan kerja-kerja seharian di pejabat. Jika salah seorang dari mereka ini cuti, maka kami yang lain akan merasa sunyi dan merasa kehilangan.

Apa yang dibelanjakan pada hari ini tidak dapat membalas jasa-jasa mereka kepadaku. Semoga persahabatan kami berkekalan sehingga ke hujung nyawa.

Menu :-
  1. Kari ikan tenggiri
  2. Ayam masak merah
  3. Ayam kampong goreng
  4. Ikan kembong dan ikan keli bakar
  5. Sup Cendawan
  6. Sayur goreng
  7. Ulam
  8. Buah-buahan
  9. Fresh orange
  10. Nasi puteh
Selamat Menjamu Selera.

Kaum wanita dari kiri : Fiza, Liyana, Ramlah, Amal, Idah dan Aishah
Kaum lelaki yang turut serta : Sulaiman, Rahman, Hashim, Zainol, Azizi dan Nizwan.
Tidak dapat hadir : Rafia Olhusni (Menghadiri Bengkel Odit di Hotel Flamingo)
dan Mahawa (tidak dapat meninggalkan bantal peluk tidornya waktu rehat tengahari)


Restoran Haslam terletak berhampiran
Hospital Tawakal, Kuala Lumpur.


Restoran Haslam juga terletak berhadapan
dengan Pejabat Parti Islam Se Melaysia (PAS)
Takbir...Takbir...Takbir...
Anakku Alia no 4 dari kiri bergambar bersama kawan-kawannya
di Hari Graduasi di Sekolah mereka sebelum bertolak ke Stadium Bukit Jalil


6 comments:

  1. Kenapa laa aku tak bekerja di Bhg. Inspektorat, kalau tidak, dapatlah aku joint makan sekali.
    Tengok menu pun dah terliur...

    ReplyDelete
  2. Memberi makanan kepada org adalah salah satu tanda syukur padaNYA namun yg lebih penting tanda syukur kita padaNYA ialah dengan tambah ibadah2 khusus contoh puasa sunat, tahajud, tadabur al-quran dan lebih utama iman dan taqwa kita bertambah dengan kejayaan ataupun musibah yang menimpa itu. Allah sahaja yang maha mengetahui.

    ReplyDelete
  3. Tahniah bro. Semoga ALLAH melimpahkan rezeki dan rahmat kepada BRO.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kepada semua yang memberi respon. Segala nasihat yang diberi akan dijadikan panduan dan pedoman hidup.

    ReplyDelete
  5. Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat menyambut hari lahir kepada saudara semoga dimurahkan rezeki dan mendapat keredhaan Allah SWT.

    Hari lahir yang keberapa tahun ni?

    ReplyDelete
  6. Sedapnya makanan ini sampai menjilat jari.. moga-moga rezeki akan melimpah atas kebaikan yang telah dilakukan.

    ReplyDelete