Wednesday, June 22, 2011

AIR TERJUN SG. TALAN, BINTONGAN, REMBAU

Cuaca panas yang tidak menentu sekarang ini membuatkan aku merasa rimas dan badan cepat merasa penat apatah lagi jika kurang minum air.

Pulang kerumah setiap petang dalam keadaan letih lesu setelah mengharungi kesesakan jalanraya hampir satu jam setiap hari membuatkan aku tidak dapat menjalankan aktiviti lain selain dari tidur sahaja setelah beberapa rutin harian dirumah telah diselesaikan.

Alangkah seronoknya jika aku tinggal dan bekerja di kampung kerana jauh dari hiruk pikuk dan kesibukan kota yang tidak pernah ada kesudahannya.

Dalam keadaan ini, teringat aku akan sebuah sungai yang terletak berhampiran dengan rumah ibu mertuaku yang terletak di hujung kampung dimana airnya sangat dingin serta dikelilingi pokok-pokok kelapa yang meliuk lintuk apabila ditiup angin dan anak-anak sawit yang baru ditanam.

Setiap hujung minggu jika ada kelapangan, aku sekeluarga akan pulang ke Rembau untuk menziarahi keluarga dan menghabiskan masa disiang hari dengan berendam di sungai bersama isteri dan anak-anak sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur pada malamnya.

Kali terakhir aku berkesempatan mandi di sungai tersebut adalah pada Disember 2010. Walaupun aku ada pulang beberapa kali selepas itu tetapi masa tidak mengizinkan untuk aku dan keluarga mengunjungi tempat perkelahan itu lagi.

Aku rindukan kedamaian desa, sungai-sungai yang mengalir lesu dengan airnya yang dingin, kehijauan pokok-pokoknya, binatang-binatang ternakan yang lepas bebas meragut rumput dan kanak-kanak yang sedang bermain dengan penuh keriangan.

Bilakah masanya aku dapat mengunjungi lagi sungai tersebut, bermandi manda dan berendam dengan sepuasnya? Wallahuaklam...

Saksikan rakaman video dan gambar-gambar semasa aku membawa anak-anak mandi disungai tersebut pada penghujung tahun lepas.






Papan tanda peringatan kepada pengunjung
yang mengunjungi tempat perkelahan ini

'keris' simbol kekuatan pahlawan Melayu di zaman silam...
sekarang yang tinggal adalah keris tidak bersarung...
Dimana aku pernah tengok...?

Jalan masuk ke tempat perkelahan

Anak-anak riang dapat mandi sungai

Aku belum nak mandi lagi, layari internet dulu....
tapi ade ke line dalam hutan tu?


kebun kelapa sawit terletak berhampiran sungai

Pokok-pokok kelapa meliuk lentok ditiup angin

Sebuah surau terletak di hujung kampong

19 comments:

  1. tempat tu tak tercemarke sebab ada kebun sawit dekat situ..sinonim nya mereka guna kimia...

    ReplyDelete
  2. TAK ,, SAWIT DI BAWAH SUNGAI,, TEMPAT BERKELAH DI ATAS,, SOO JGN RISAU LAA

    ReplyDelete
  3. Salam Tuan,

    Boleh bertanya. Bagaimana hendak kesana dari Pekan Rembau? Kereta boleh sampai ke kawasan perkelahan? Terima Kasih.

    ReplyDelete
  4. Assalam Naz Villa.
    Dari Pekan Rembau, tn tuju ke Kg. Batu dan akan jumpa masjid, Dari masjid tn terus pandu ke dalam dan akan jumpa perkampongan dan di penghujungnya tn akan jumpa air terjun ini. Kereta boleh sampai sehingga ke tepi sungai. Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masjid kg batu kotor sangat tandas nya. Pernah singgah situ utk solat. Tandas perempuan sampah bersepah. Harap penduduk pulau bintongan kalau ada yg membaca sila ambil peduli

      Delete
  5. ini kg saya... rumah saya dekat dengan surau tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada satu komen kata tandas masjid Kpg Batu tu kotor. Betulke?

      Delete
    2. Yer tn. Saya pernah solat zohor kat surau yg tn maksudkan tu

      Delete
  6. Itu kampung, sungai yang Tuan pergi tu namanya lubuk sungai, ada satu lagi tempat mandi , letaknya atas lagi daripada sana. Kena berjalan kaki untuk kesana, nama tempat mandi itu lubuk talan,

    ReplyDelete
    Replies
    1. ade ikan tk klu nk memancing huhuh...tangkap dan lepas je

      Delete
    2. Ada sungai ada la ikan cuma tak tau jenis dan saiznya.

      Delete
    3. In Shaa Allah nanti saya roger Lubuk Talan. Thanks atas perkongsian maklumat

      Delete
    4. Masa saya g mac 2021 byk ikan. Siap goreng… ikan mahal tu pun ada.

      Delete
  7. Nk Tanya boleh..sekarang dah ramai orang ke. Dan kena bayar ke

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. Skrg tlh diupgrade Kwsn perkelahan ni tn. Mcm2 kemudahan dah disediakan. Cuba la pergi utk bermandi manda bersama family

      Delete
  9. Dari masjid utk sampai ke sg tu dlm bpe km ye?masjid yg kt selekoh tajam tu kn kg batu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer betul masjid kat selekoh tu. Utk ke sungai dari masjid dlm 2km jer. Wallahuaklam

      Delete