Saturday, June 4, 2011

SUKAN MAKSPEN KALI KE 11 2011

Mulai Isnin 6 hingga 12 Jun 2011, pasukan kami dari Syarikat FELCRA Berhad akan berangkat ke Arau, Perlis bagi menyertai kejohanan Sukan MAKSPEN yang sudah ditetapkan untuk diadakan setiap 2 tahun sekali.

Pada tahun 2009, FELCRA Berhad telah dipilih menjadi tuan rumah bagi temasya kali ke 10 dimana ianya telah diadakan di Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang, Selangor dengan jayanya dan pada kali ke 11 ini, MARA pula akan mengambil gilirannya.

Walaupun temasya sukan ini akan berlangsung sebenarnya mulai 8 Jun, 2011, tetapi pasukan kami akan berangkat awal iaitu pada 6 Jun 2011 menuju ke Universiti Utara Malaysia (UUM) terlebih dahulu bagi meneruskan latihan disamping menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca yang dikatakan panas dan kering sekarang ini terutamanya disebelah utara Semenanjung.

Semasa sukan MAKSPEN ini berlangsung nanti, kontinjen FELCRA Berhad seramai 300 orang termasuk pemain, pegawai, jurulatih dan para petugas akan di menginap di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau, Perlis.

Insya Allah aku akan merakamkan semua aksi pertandingan yang sedang berlangsung melalui video dan gambar-gambarnya. Ianya akan dimasukkan kedalam blog ini dari semasa kesemasa.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk melayari blog aku untuk mendapat liputan terkini setiap hari semasa kejohanan ini berlangsung.

Contoh gambar video adalah seperti di bawah.

'Majulah Sukan Untuk Negara'



Senarai acara sukan dan tempat pertandingan
(Sila klik untuk lebih jelas)

19 agensi di bawah
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW)
yang akan mengambil bahagian dalam temasya ini.
(Sila klik untuk lebih jelas)




Gambar video ini menunjukkan ketika Syarikat mengadakan
pertandingan sukan Indoor games pada tahun 2007
bagi mencari pemain yang berkebolehan.

2 comments:

  1. tak sabar nak tengok aksi2 kontijen felcra... ;p

    ReplyDelete
  2. Salam bro,
    nanti teman amik report dari blog yeop yer untuk blog kesura.

    ReplyDelete