Sunday, August 28, 2011

MAJLIS KHATAM QURAN

Pada 26 Ogos, 2011, setelah kami selesai bersolat Tarawih iaitu kira-kira jam 10 malam, Majlis Khatam Quran pula diadakan.

Majlis Khatam Quran adalah acara tetap yang diadakan di Surau Al Hidayah, Taman Sri Serdang, Selangor ini dan dilangsungkan pada akhir-akhir Ramadhan iaitu sebelum jemaah pulang ke kampung masing-masing. Ianya dipengerusikan oleh Cikgu Sufian.

Ustaz Abd. Rahim Rafei yang sempat memberikan tazkirah pada 4 rakaat pertama selama 20 minit turut diberi tugas untuk memimpin majlis Khatam Quran disamping menyampaikan hadiah.

Wakil Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) turut hadir untuk memberikan ucapan dan turut menyampaikan hadiah kepada peserta-peserta, imam-Imam dan para petugas di sepanjang Bulan Ramadhan ini.

Acara pada malam itu berakhir dengan jamuan moreh dan aku pula sebagai jurugambar mengakhiri tugas dengan membayar zakat fitrah.

Saksikan rakaman gambar serta video Majlis Khatam Quran.
di Surau Al Hidayah, Taman Sri Serdang, Selangor.

SELAMAT MENONTON

Majlis Khatam Quran sedang berlangsung
di pimpin oleh Ustaz Abd. Rahim Rafei

Turut mengambil bahagian adalah kaum remaja

Salah seorang peserta kusyuk membaca Al Quran


Kanak-kanak berumur antara
10 hingga 12 tahun juga mengambil bahagian



Wakil YDP. MPSJ sedang memberikan ucapan



Jemaah dibarisan belakang yang turut mengikuti Majlis Khatam Quran



MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH


Tuan Haji Adnan Shariff selaku Imam
sedang menerima cenderahati dari wakil MPSJ

En. Meor Nazri, Pengerusi Surau juga menerima cenderahati

Ustaz Azizan, Imam muda juga menerima cenderahati

Wakil dari Surau Al Furqan (surau berhampiran)
turut dijemput untuk menerima cenderahati

Wakil peserta remaja menerima cenderahati

Wakil peserta kanak-kanak juga menerima cenderahati

En. Mohd Rafi sedang mengambil hadiah untuk
diagih-agihkan kepada anak-anak buahnya
yang menagmbil bahagian

Tn. Hj. Nordin sedang melihat hadiah
yang diterima oleh En. Mohd Rafi

Ustaz Abd. Rahim Rafie menyampaikan
cenderahati kepada wakil Muslimat

Bunga telur turut disediakan

Kain pelekat adalah antara cenderahati yang disediakan

Wakil para petugas di dapur sedang menerima bahagian mereka

Ustaz Abd. Rahim Rafei menyampaikan cenderahati
sebagai kenang-kenangan kepada wakil MPSJ.
(Maaf, tak ingat namanya)

Wakil MPSJ juga menyampaikan cenderahati kepada
Ustaz Abd. Rahim Rafei sebagai tanda kenang-kenangan

Ketua kepada peserta kanak-kanak ini sedang
membahagikan cenderahati kepada anak-anak buahnya

Para muslihat sedang memberikan perhatian
pada majlis penyampaian cenderahati

Bergambar ramai di akhir majlis


Jamuan moreh diakhir majlis

Anak- anak muda bakal memimpin
Surau Al Hidayah pada masa akan datang.
InsyaAllah

'Aku' (blogger) mengakhiri tugas sebagai jurugambar
dengan membayar zakat fitrah sebanyak RM42.00

GAMBAR VIDEO LAH PULAK...


video


video


video

video

video

Saturday, August 27, 2011

MARILAH KITA BERMAAF-MAAFAN

Petang tadi 26 Ogos 2011, kira-kira jam 3.30 pm, ketika kami semua sedang sibuk menjalankan tugas dihari-hari terakhir sebelum bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri 1432 Hijrah, terdengar satu pengumuman dibuat melalui pembesar suara meminta supaya semua staf yang masih berada di pejabat, turun ke lobby pada jam 4.00 pm nanti kerana CEO Syarikat, iaitu Tn. Hj. Juzilman Basir ingin menemui kami semua untuk mengucapkan selamat Hari Raya dan bermaaf-maafan.

Di hari yang mulia ini, kami semua amat berbesar hati dan merasa amat terharu diatas kesudian Tuan CEO untuk menemui kami semua bagi memohon maaf diatas kesilapan yang dilakukan sepanjang tahun 2011 ini.

Tepat jam 4.00 pm, kami semua sudahpun bersedia di lobby untuk menunggu ketibaan Tuan CEO yang pejabatnya terletak di tingkat 6. Setelah menunggu hampir 5 minit, kelihatan beliau tiba dengan diringi oleh Tn. Hj. Ramlee Bakar, Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Sumber Manusia, Tn. Hj. Jahare Bakar, Pengurus Besar Kumpulan Perancang Korporat dan Pn. Zuraidah Mohamed, Pengurus Besar Khidmat Ladang.

Saksikan rakaman gambar dan video majlis tersebut.

Pro Syarikat, En. Mohamad Abd. Rahman,
Turut kelihatan dibelakang dari kiri : En. Fairuz dan En. Hasbullah

Tn. Hj. Ramlee Abu Bakar,
Pengurus Besar Kumpulan
Pengurusan Sumber Manusia sedang
bertanya khabar dengan staf wanita

Tn. Hj. Juzilman Basir, CEO Syarikat (Tengah)

video

Monday, August 22, 2011

TANGGUNGJAWAB HATI....

Kisah 1

Seorang pemuda sedang berteleku di hadapan komputer. Tiba-tiba azan zohor berkumandang, kedua biji matanya masih ralit menatap skrin. Hatinya menggerutu.

“Alamak, kenapa awal sangat masuk waktu solat zohor? Kerja aku masih banyak! Kalau aku solat dahulu, kerja ini entah bila akan siap.” Dia menggeliat kecil dan menatap monitor komputer, hatinya warawiri antara mahu menyambung kerja atau berhenti untuk solat berjemaah.

“Bukankah solat itu dituntut agar didirikan pada awal waktu?” ilmu dan akalnya berdiskusi.
“Ah! Apa boleh buat, kerja masih banyak. Kalau tidak pergi solat berjemaahpun tidak mengapa. Selepas ini aku tetap bersolat sendirian di bilik.” Akhirnya dia memilih untuk meneruskan kerja dan meninggalkan solat berjemaah pada awal waktu.

Beberapa jam kemudian dia menuju ke tandas. Terlebih dahulu dia membuang air kecil. Kelihatan percikan najis terkena pada seluarnya. Dia tepuk dahi “Adui! Macam mana aku mahu bersolat? Seluar kotor terkena najis. Nanti solat aku tidak sah” Ilmu dan akalnya berhujah lagi. Sebaik keluar dari tandas, dia berwuduk sambil hati bercempera.

“Ah! Pedulikan saja! Aku tidak bawa kain pelekat untuk menyalin seluar. Solat sajalah dengan seluar inipun, bukan sesiapapun tahu seluar ini terkena najis. Yang penting aku bersolat.”

Kisah 2

Seorang pemudi sedang menunggu rakan sebiliknya yang menyalin pakaian. Mereka mahu keluar berjalan-jalan ke pasar raya. Beberapa minit dia menunggu kawan sebiliknya berdandan. Pemudi itu tertegun setagal apabila melihat pakaian kawan sebiliknya yang memakai tudung jarang dan berbaju ketat. Hatinya menggerutu, “Bukankah salah memakai tudung jarang? Apatah lagi memakai baju ketat. Perlukah aku tegur?” hatinya warawiri. Dia menarik nafas panjang, “Ah! Buat apa sibuk menegur, nanti bergaduh pula jadinya. Orang lain masih ramai yang berpakaian begitu. Biarkan sajalah!” dia menyerah kalah tanpa mahu mencuba dahulu.

Kawannya menghampiri si pemudi itu dan mengajaknya beredar keluar. Pemudi itu tercium bau wangi yang semerbak dari tubuh rakannya. Dia terpegun sekali lagi. Hatinya makin rimas, “Bukankah haruman yang semerbak itu dilarang oleh Islam? Bolehkah aku membiarkan rakanku keluar dalam keadaan begitu? Kasihan pula jika dia berdosa.” Sekali lagi ilmu dan akalnya berdiskusi. Dengan rasa berat hati, dia memujuk diri sendiri, “Biarlah, bukan selalu dia memakai haruman begini. Kalau berdosa, dia yang tanggung. Aku tidak peduli.” Si pemudi memujuk dirinya. Ilmu dikhianati dan nafsu dituruti. Dia tewas sebelum berjuang.

IKHTISAR

Apa yang telah berlaku pada pemuda dan pemudi itu sebenarnya? Benar! Mereka telah mencuaikan amanah terhadap ilmunya. Mereka tahu yang baik dan buruk, mereka tahu dosa dan pahala, mereka mengetahui batas-batas syariat, malangnya mereka berlaku khianat pada diri sendiri. Lihatlah si pemuda itu, dia memungkiri temu-janjinya dengan Allah. Dia mencuaikan solat awal waktu. Apatah lagi dia rela menzalimi dirinya bersolat dalam keadaan pakaiannya bernajis. Perbuatan khianat terhadap ilmu itu membawa dosa dan kerugian kepada dirinya.

Lihat pula si pemudi tadi yang melihat suatu kemaksiatan pada rakannya. Dia mengetahui bahawa perkara itu salah, bahkan dia boleh menegur rakannya dengan cara yang lembut. Namun, kerana tidak mahu menyusahkan diri, dia membiarkan sahaja dosa itu berlaku. Sedarkah bahawa dia telah berlaku zalim pada rakannya? Dia sudah membiarkan rakannya mendapat dosa-dosa sepanjang mereka keluar bersiar-siar.

KONKLUSI

Saudaraku! Amanahlah pada ilmu. Zahirkan ilmu itu dan jangan diabaikan. Tiada amanah yang lebih besar untuk dijaga melainkan kita beramal dengan apa kita fahami. Berusahalah untuk mengamalkan setiap ilmu yang benar. Malah ajarilah ia kepada orang lain kerana itu dianggap sebagai amar makruf. Seandainya kita melihat sesuatu kemungkaran berlaku, maka cegahlah ia dengan berhemah kerana itu termasuk dalam nahi mungkar. Sesungguhnya amanah itu wujud dalam diri seseorang yang sentiasa melakukan suruhan dan menjauhi tegahan berdasarkan ilmu yang ada di dalam dadanya.

Riwayat Tabarani, Nabi s.a.w. bersabda: “Tiada iman bagi mereka yang tiada amanah dalam hatinya, tiada solat bagi mereka yang tidak bersuci, tiada agama bagi mereka yang tidak bersolat.” Mudah-mudahan kita kekal beramanah terhadap ilmu di dada kita. InsyaAllah.

Dipetik dari Majalah Gen Q.
Karangan A. Ubaidillah Alias
(Lulusan Universiti al- Azhar, Mesir)

PROGRAM RAMADHAN DI SURAU AL HIDAYAH, SERDANG, SELANGOR...

Malam tadi 20 Ogos 2011 bersamaan malam ke 21 umat Islam berpuasa, bermula jam 10, pihak Surau Al-Hidayah, Taman Sri Serdang, Selangor dengan kerjasama Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) telah mengadakan program 'Memasak dan Mengacau dodol' sebagai salah satu usaha bagi memeriah dan mengimarahkan surau pada bulan Ramadhan Al Mubarak ini.

Umat Islam yang berpuasa, kini melalui fasa yang terakhir dimana 10 malam yang terakhir ini Allah menjanjikan umatnya yang berpuasa mendapat pembebasan dari api neraka.

10 malam terakhir ini juga umat Islam dikehendaki untuk menggandakan amal ibadat mereka dengan berqiamulail dan beriktikaf di masjid dan surau-surau kerana dikatakan didalamnya terdapat satu malam (terutamanya pada malam yang ganjil) dimana akan berlakunya Lailatul Qadar iaitu satu malam beribadat dan pahalanya lebih baik dari seribu bulan atau bersamaan serta lebih dari 83 tahun 4 bulan.

Firman Allah dalam surah Al Qadr.


Program memasak dan mengacau dodol ini sebenarnya tidak ada kena mengena dengan malam Al Qadar, tetapi sebagai salah satu usaha pihak surau menarik umat Islam terutamanya penduduk kariah Sri Serdang ini hadir ke surau dan seterusnya dapat bersama-sama melakukan Qiamulail serta melakukan amal ibadat yang lain seperti membaca Al Quran dan sebagainya dengan doa dan harapan agar mereka menemui malam Al Qadr itu.

Dari pemerhatian yang dibuat, usaha Pihak Surau ini berjaya mengumpul ramai peserta terdiri dari semua golongan tua dan muda serta adik-adik dimana mereka ikut menunaikan sembahyang subuh berjemaah yang dimamkan oleh Ustaz Azizan iaitu imam muda surau ini.

Hampir keseluruhan saf-saf yang ada dipenuhi oleh para jemaah dan mereka nampaknya tidak berganjak kerana terus mengikuti kuliah subuh selepasnya yang disampaikan oleh Ustaz Abd. Rahman b. Mahmud dari UKM Bangi.

Program seterusnya selepas ini ialah Majlis Khatam Al Quran dan penyampaian hadiah kepada para petugas yang bertungkus lumus memberikan khidmat bakti mereka dalam program yang diatur bermula dari sebelum majlis berbuka puasa, solat Isyak, solat Tarawih diikuti dengan 'moreh' yang ditaja sebulan penuh oleh orang perseorangan serta golongan-golongan korporat disepanjang bulan Ramadahan ini.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pengurusan dan Pentadbiran Surau Al Hidayah kerana berjaya mengadakan program ini dan diharapkan usaha ini diteruskan lagi pada bulan Ramadhan yang akan datang.

Adalah diharapkan juga ketika Solat Zohor nanti, surau juga akan penuh sepertimana ketika program memasak dan mengacau dodol serta solat subuh pagi tadi.

Saksikan rakaman gambar dan video klip yang sempat aku ambil semasa program ini berlangsung bermula jam 10 malam sehingga 7 pagi.

Sila klik pada gambar untuk lebih jelas.


Surau Al Hidayah terletak di tengah-tengah
Taman Perumahan Sri Serdang, Fasa 1

Jemaah surau sedang memberikan perhatian
ketika perasmian program 'mengacau' dodol oleh
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)

Para petugas memulakan tugas dengan
menyediakan peralatan memasak

Tn. Hj. Maamor membantu memasukkan
bahan-bahan untuk membuat dodol


En. Tumiran (kiri) dan Che Mat diantara jemaah yang sentiasa
istiqomah dalam mengerjakan solat berjemaah 5 waktu

Api dapur telahpun dinyalakan sebagai tanda kerja-kerja
memasak dan mengacau dodol akan bermula sebentar saja lagi...

1 dari 4 buah kawah telah disediakan untuk
kerja-kerja memasak dan mengacau dodol...

Tn. Hj. Adnan (Imam surau) sedang memperkatakan
sesuatu kepada Tn. Hj. Maamor sambil diperhatikan
oleh salah seorang rakan mereka

Kaum muslimat memainkan peranan penting dalam program ini

Adik-adik kita ni bersemangat untuk belajar
cara-cara membuat dodol di kawah no. 3

Group baju kuning mewakili kawah
yang ke 4 sedang membuat persiapan

Group baju biru, kawah no. 2

Tn. Hj. Murtaza bertindak sebagai 'Ketua' dalam penyediaan
makanan dan minuman serta 'moreh' untuk jemaah
yang hadir serta para petugas program mengacau dodol

Group baju kuning melakukan kerja-kerja
menapis santan untuk dimasukkan kedalam kawah

Saat-saat yang meletihkan...
Dodol yang sedang dimasak perlu sentiasa
dikacau bagi mengelakkan ia menjadi keras...

YDP MPSJ (baju kelabu) turut membantu mengacau dodol




Abang Shidie, (baju hijau) adalah salah seorang jemaah yang sentiasa
'ringan tulang' setiap kali majlis yang dianjurkan surau diadakan.

Dapur no. 3 masih belum memulakan kerja-kerja
memasak dodol kerana ada sedikit problem pada tungkunya...

En. Meor Nazri (baju coklat) adalah Pengerusi Surau Al Hidayah

Ustaz Azizan (tengah) adalah salah seorang
Imam muda Surau Al Hidayah...

Salah seorang petugas group baju biru
sedang mengacau dodol yang sedang dimasak

Gula merah adalah salah satu bahan
yang perlu disediakan semasa membuat dodol


Makcik ni sedang masak gula merah...

Gula merah dicampurkan kedalam dodol yang sedang dimasak

Beginilah rupa dodol apabila dicampurkan dengan gula merah

Comelnye anak Che Mat yang berusia 2 tahun nie..
Besar nanti jangan lupe berbakti pada Agama....

Remaja belasan tahun turut memeriahkan program ini


Dodol yang hampir siap dimasak

Kerja-kerja 'packing' dodol yang telah siap dimasak


Walaupun rupanya tidak secantik Almond London,
tapi keenakkan sukar ditandingi





Satu kawah dapatlah lebihkurang 50 buah
tupperware untuk diagih-agihkan...

Semua dodol-dodol ini akan dimasukkan kedalam kotak untuk
diagihkan kepada penduduk kariah Sri Serdang ini


GAMBAR VIDEO LAH PULAK!!!

video

video

video

video

video

video

video

video

video

video

video

video