Sunday, August 28, 2011

MAJLIS KHATAM QURAN

Pada 26 Ogos, 2011, setelah kami selesai bersolat Tarawih iaitu kira-kira jam 10 malam, Majlis Khatam Quran pula diadakan.

Majlis Khatam Quran adalah acara tetap yang diadakan di Surau Al Hidayah, Taman Sri Serdang, Selangor ini dan dilangsungkan pada akhir-akhir Ramadhan iaitu sebelum jemaah pulang ke kampung masing-masing. Ianya dipengerusikan oleh Cikgu Sufian.

Ustaz Abd. Rahim Rafei yang sempat memberikan tazkirah pada 4 rakaat pertama selama 20 minit turut diberi tugas untuk memimpin majlis Khatam Quran disamping menyampaikan hadiah.

Wakil Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) turut hadir untuk memberikan ucapan dan turut menyampaikan hadiah kepada peserta-peserta, imam-Imam dan para petugas di sepanjang Bulan Ramadhan ini.

Acara pada malam itu berakhir dengan jamuan moreh dan aku pula sebagai jurugambar mengakhiri tugas dengan membayar zakat fitrah.

Saksikan rakaman gambar serta video Majlis Khatam Quran.
di Surau Al Hidayah, Taman Sri Serdang, Selangor.

SELAMAT MENONTON

Majlis Khatam Quran sedang berlangsung
di pimpin oleh Ustaz Abd. Rahim Rafei

Turut mengambil bahagian adalah kaum remaja

Salah seorang peserta kusyuk membaca Al Quran


Kanak-kanak berumur antara
10 hingga 12 tahun juga mengambil bahagian



Wakil YDP. MPSJ sedang memberikan ucapan



Jemaah dibarisan belakang yang turut mengikuti Majlis Khatam Quran



MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH


Tuan Haji Adnan Shariff selaku Imam
sedang menerima cenderahati dari wakil MPSJ

En. Meor Nazri, Pengerusi Surau juga menerima cenderahati

Ustaz Azizan, Imam muda juga menerima cenderahati

Wakil dari Surau Al Furqan (surau berhampiran)
turut dijemput untuk menerima cenderahati

Wakil peserta remaja menerima cenderahati

Wakil peserta kanak-kanak juga menerima cenderahati

En. Mohd Rafi sedang mengambil hadiah untuk
diagih-agihkan kepada anak-anak buahnya
yang menagmbil bahagian

Tn. Hj. Nordin sedang melihat hadiah
yang diterima oleh En. Mohd Rafi

Ustaz Abd. Rahim Rafie menyampaikan
cenderahati kepada wakil Muslimat

Bunga telur turut disediakan

Kain pelekat adalah antara cenderahati yang disediakan

Wakil para petugas di dapur sedang menerima bahagian mereka

Ustaz Abd. Rahim Rafei menyampaikan cenderahati
sebagai kenang-kenangan kepada wakil MPSJ.
(Maaf, tak ingat namanya)

Wakil MPSJ juga menyampaikan cenderahati kepada
Ustaz Abd. Rahim Rafei sebagai tanda kenang-kenangan

Ketua kepada peserta kanak-kanak ini sedang
membahagikan cenderahati kepada anak-anak buahnya

Para muslihat sedang memberikan perhatian
pada majlis penyampaian cenderahati

Bergambar ramai di akhir majlis


Jamuan moreh diakhir majlis

Anak- anak muda bakal memimpin
Surau Al Hidayah pada masa akan datang.
InsyaAllah

'Aku' (blogger) mengakhiri tugas sebagai jurugambar
dengan membayar zakat fitrah sebanyak RM42.00

GAMBAR VIDEO LAH PULAK...












3 comments:

  1. Aku sunggoh kagom mlihat sambutan dan penyertaan dari gulongan belia/bliawanis terhadap majlis tadarus Al-Quraan di Surau al-Hidayah,taman Sri serdang....AJK surau pastinya cukup didikasi,penoh tanggongjawab dlm mengerakkan majlis berkenaan hingga berjaya melahirkan watak2 belia/beliawanis yg warak...anugerah dari ALLAH hanya kpd hamba2nya yg terpilih.Semoga sinar kecermerlangan ini btrusan stiap tahun.Syabas AJK surau AL- Hidayah!

    ReplyDelete
  2. Besar ye surau kamu, kalau kat kampong kami ni,
    macam masjid.

    Jemaahnya pun ramai, harap2 lepas Ramadhan hidupkan lah macam ni jugak sesuai dengan ayat 'Laallakum tattaqun...

    ReplyDelete