Sunday, February 26, 2012

ASAL USUL BANGSA MELAYU

Asal usul bangsa Melayu adalah campuran Monggol, China, India, Parsi dan Arab. Keujudan Bangsa Melayu telah ada sejak zaman Nabi Ibrahim as. Agama orang Melayu sebelum kedatangan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw adalah Majusi puja dewa, Hindu puja dewa, Buddha puja dewa dan Orang Asli puja dewa. (maksud dewa adalah jin).

Agama Islam sampai ke Asia Tenggara sekitar tahun 78 ke 80 Hijrah. Islam berkembang melalui sistem pondok. Seratus tahun kemudian, golongan istana menerima Islam hanya dengan membuang nama-nama yang hodoh dan berhala, tetapi ilmu dan amalan dalam hidup dan kehidupan tidak mengikut Islam.

Mereka mengutamakan adat sebelum Islam dalam hidup dan kehidupan harian. Sehingga sekarang golongan orang awam tidak dapat membezakan diantara adat sebelum Islam dan perilaku ajaran gama Islam dalam hidup dan kehidupan seharian.

Islam memasuki istana sebagai pemerintah selepas 200 tahun kemudian. Begitulah yang berlaku di Fatani (Kerisik), Kampung Cam (Kemboja), Sulu, Borneo, Sulawesi, Maluku, Jawa, Sumatera dan Tanah Melayu.

1 comment:

  1. Dengan campuran 5 jenis bangsa, tentulah melayu itu hebat...tapi kenapa dibodohkan oleh ameno selama 50 tahun.

    ReplyDelete