Friday, March 30, 2012

LANCANG KUNING...



Filem Lancang Kuning terbitan Tahun 1962.
Semasa penggambaran filem ini dibuat
Pengarahnya M. Amin berdepan dengan berbagai halangan
dan gangguan makhluk halus.
ikuti kisahnya dibawah...


M. AMIN BERTARUNG DENGAN HANTU LAUT

M. Amin

Pengarah veteran, Mohamed Amin Haji Ikhsan, 77, lebih dikenali sebagai M. Amin, masih belum mampu melupakan kisah sedih dan gembira ketika sentuhan awalnya mengarah filem Lancang Kuning pada tahun 1962 di Singapura. "Saya bukan saja terpaksa bertarung dengan hantu laut secara ghaib, bahkan saya hampir mengangkat kaki meninggalkan studio Cathay Kris Filem Production dan menerima tindakan dibuang kerja.

"Sampai ke hari ini saya masih ingat, pada waktu itu saya benar-benar kecewa. saya patah hati kerana filem sulung arahan saya itu selain didakwa pihak pengurusan tidak bermutu, kononnya ia langsung tidak boleh disunting," ujar M. Amin. Menurutnya, hampir seminggu dia berkurung diri di dalam rumah pada waktu siang dan secara senyap-senyap pada waktu malam, dia menyunting filem Lancang Kuning di studio ikut pintu belakang. Katanya, seorang sahabatnya berketurunan India, P B Johan membantunya menyunting filem itu sehingga selesai. Kemudian beliau menyerahkan kepada pihak pengurusan.

"Sementara menanti keputusan, saya sudah berkira-kira mencari pekerjaan lain, termasuklah sebagai kelasi kapal. Ini disebabkan selain filem saya tidak diterima, jawatan saya sebagai pengarah dan gaji diturunkan secara spontan." Jelas M. Amin bersungguh-sungguh. Anak kelahiran Kuala Kangsar, Perak ini kemudian menyebut: "Mungkin Tuhan telah melorongkan rezeki saya di dunia lakonan, selang seminggu kemudian, satu petang saya dijemput dengan kereta ke studio menghadiri satu majlis keraian. Dengan hati yang berat saya terpaksa akur." "Rupa-rupanya majlis itu diadakan untuk meraikan saya.

Pihak pengurusan menganggap filem Lancang Kuning filem terbaik pernah dihasilkan oleh Cathay Kris pada waktu itu." jelasnya yang pernah dianugerahi Pingat Ahli Mangku Negara (AMN) pada tahun 1993.
Menurut M. Amin, bukan itu saja, malah Lancang Kuning juga berjaya ditayangkan ke tahap box office. Barisan pelakon filem itu termasuklah Latifah Omar sebagai Telani digandingkan dengan Nordin Ahmad sebagai Datuk Alang Yahya.

Sebelum itu M. Amin bercerita, sepanjang di lokasi penggambaran, terutama dalam adegan ketika Lancang Kuning hendak di lancarkan ke laut, pelbagai kejadian aneh terjadi. Beliau diganggu hantu laut. Bagaimanapun M. Amin dapat menghalangnya secara ghaib juga.

Saya bukan dukun, namun mengikut petua orang tua-tua, saya terpaksa lakukan apabila terdesak . Latifah yang saya tanam separuh badannya didalam pasir bagi membolehkan lancang lalu diatas perutnya, secara tiba-tiba menggigil. Mukanya pucat seperti mayat.
"Sebenarnya, saya tidak bermaksud hendak melancarkan lancang benar-benar di atas perut Latifah. Saya gantikan dengan dummy perut kambing dan darah supaya nampak benar-benar hidup."

"Penggambaran terpaksa di hentikan sekejap. Saya membasuh muka Latifah dengan air penawar sebelum penggambaran disambung semula." katanya mengingati kisah lama. M. Amin juga menyebut, sebenarnya sebelum penggambaran filem Lancang Kuning yang dibuat di tepi pantai di belakang studio Cathay Kris, dia telah meminta seorang kakitangan disitu membacakan doa selamat dan tolak bala sebagai ikhtiar mengelakkan gangguan.

M. Amin mula terbabit secara langsung dalam arena lakonan setelah menamatkan perkhidmatan sebagai guru undang-undang polis di Pusat Latihan Polis di Kuala Lumpur selama lima tahun bermula pada tahun 1946. Beliau berhijrah ke Singapura untuk mencari pekerjaan sehingga terbabit dalam satu uji bakat di studio Jalan Ampas. Namun begitu, M. Amin gagal dalam ujian tersebut.
Menurutnya, ketika hendak meninggalkan studio, beliau terserempak dengan pengarah L. Krishnan dan menawarkan dia berlakon dalam filem Bakti sebagai pelakon tambahan. "Saya juga dilantik sebagai guru bahasa. Saya mengajar membaca dan gaji RM50.00 sebulan. Kebetulan ketika itu ramai pelakon masih belum lancar membaca." cerita M. Amin.

M. Amin ketika di Singapura tinggal sebatang kara. Hanya dengan seniwati Kasma Booty tempat dia mengadu dan mendapatkan nasihat apabila berdepan dengan masalah ketika dalam penggambaran. Hanya pada tahun 1952, M. Amin ditawarkan pelakon tetap menjadi hero untuk filem kembar, kemudian diikuti filem pontianak, Cinta Gadis Rimba, Serangan Orang Minyak, Hang Jebat, Siti Zubaidah dan Dang Anum.

Bagaimanapun apabila M. Amin berhijrah ke Kuala Lumpur, dia berkhidmat dengan Sabah Filem dan mengarah beberapa filem iaitu Tajul Ashikin, Dua Kali Lima, Penyamun, Si Bongkok, Hapuslah Air matamu, Pendekar, Kisah Seorang Biduan dan Sumpah Semerah Padi.


Sepanjang penglibatannya 48 tahun dalam dunia filem, M. Amin pernah menghadapi peristiwa yang hampir membawa maut ketika menyertai rombongan ke Festival Filem di Taipei pada tahun 1964. Kapal terbang yang sepatutnya saya tumpangi tidak dapat saya naiki. Ini kerana tempat duduk yang saya tempah telah diambil seorang jutawan dari Taiwan untuk berlepas ke Singapura. Bagaimanapun, saya bersama beberapa orang lagi terpaksa menaiki kapal terbang lain untuk penerbangan kedua.

Ketika kami diraikan sebelum berlepas, tersebar berita kapal terbang yang sepatutnya kami naiki meletup di udara dan mengorbankan 68 penumpang termasuk anak kapal.
"Apabila menerima berita tersebut, saya beristighfar dan bersyukur terselamat daripada nahas." ujar M. Amin.

Disamping peristiwa terlepas daripada maut itu, M. Amin juga pernah mengalami peristiwa lucu. Dia menaiki kapal terbang dari Sarawak ke Kuala Lumpur dengan hanya mengenakan baju tidur.
"Masa itu saya berlakon filem Cinta Gadis Rimba di satu lokasi di pedalaman Sarawak. Oleh kerana alat-alat penggambaran semuanya berat-berat termasuk kamera, dibawa dengan rakit. Kami pula berjalan kaki menyusuri sungai. Kebetulan masa itu hari masih pagi. Saya pula masih pakai baju tidur, entah macam mana, secara tiba-tiba dalam sekelip mata saya nampak rakit berpusing-pusing, pendayungnya berusaha mengawal tetapi tidak berjaya. Akhirnya ia terbalik dan semua barang-barang peralatan shooting termasuk kain baju habis tenggelam dan dihanyuti air." "Disebabkan pakaian sudah hanyut,

Akhirnya saya balik ke Singapura hanya dengan baju tidur." ceritanya sambil tergelak besar mengingati kejadian yang berlaku pada tahun 1958.


Sumber artikel : majalah PESONA Ogos 2001
Filem di download dari youtube.

Thursday, March 29, 2012

LALUAN SUTERAKU...

video

Inilah laluan suteraku. Gambar video ini di rakam bermula
dari Terowong SMART ke Plaza Tol Sungai Besi.
Aku kini berulang alik ke pejabat dengan kereta.
Sebab apa aku dah menaiki kereta?
Untuk jawapannya bacalah kisahku di bawah ini....

Sudah 22 tahun aku berulang alik ke pejabat bersama isteriku dengan menaiki motosikal. Hujan ke, panas ke, aku tak kira, aku tetap juga nak naik motosikal ke pejabat. Kalau hujan, kami pakai la baju hujan yang aku beli brand GIVI, ini adalah bagi memastikan kami tiba di pejabat sebelum waktu kerja bermula jam 8 pagi bagi diriku dan 8.30 pagi bagi isteriku. Walaupun ramai penunggang motosikal yang akan berteduh di bawah jambatan semasa hujan, tetapi aku tidak minat untuk berbuat demikian. Pada aku, perbuatan tersebut sangat membahayakan diri dan satu lagi, ia boleh menyesakkan jalanraya yang dah memang sentiasa jem dan sesak tu...

Kalau bermotosikal, aku bertolak dari rumah di Serdang, jam 7 pagi dan masa yang diambil lebihkurang 45 minit untuk tiba di destinasi yang jaraknya 25 km. Kelajuan semasa menunggang, hanyalah sekitar 60km/sejam, itupun kadang-kadang lebih perlahan sebab Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban yang aku harungi setiap pagi, petang atau malam terlalu sesak ditambah pula dengan ribuan penunggang motosikal yang juga melalui lebuhraya tersebut. Setiap inci lebuhraya padat dengan kenderaaan sehingga laluan kecemasan yang biasa digunakan oleh penunggang motosikal kadang-kadang dicerobohi oleh pemandu kereta yang hendak cepat. Lokasi yang paling disukai oleh pemandu kereta untuk menceroboh masuk ialah di kawasan Desa Petaling.

Kadang-kadang nasib mereka tidak baik kerana polis traffik sudah bersedia untuk menyaman mereka. Denda kesalahan bagi kereta yang melalui lorong kecemasan maksimum adalah sebanyak RM300.00. Walaupun begitu, mereka ini tidak juga serik-serik untuk melakukannya. Polis trafik pun bukan selalu ada di situ dan mereka juga tidak konsisten menjaga kawasan tersebut, sebab kadang-kadang mereka ada menunggu disitu dan kadang-kadang tidak, ini yang menyebabkan pemandu kereta bergantung pada nasib, 'Kalau ada, kenalah saman dan kalau tak ada, Nasib mereka baiklah pada hari itu'.

Satu hari tu, macam biasa, aku naik motosikal dengan isteriku untuk pulang kerumah ketika tiba di jalan Kinabalu, berhampiran Bangunan Dayabumi, tiba-tiba isteriku cakap dia terasa hendak pitam. Aku ingin segera memberhentikan motosikal bagi menurunkannya tetapi dalam keadaan posisi aku di tengah jalan yang sibuk, tidak mungkin aku boleh memberhentikan motosikalku dengan tiba-tiba, dalam keadaan yang genting begitu, aku sempat juga ketepi jalan dalam keadaan motosikal yang masih bergerak. Pada masa itulah isteriku pitam dan pelukannya terungkai dari pinggangku dan ia terus jatuh dari motosikal di tepi jalan.

Aku menjadi cemas. Setelah memberhentikan motosikal, aku terus bekejar mendapatkan isteriku yang jatuh tadi, aku lihat dia terbaring di dalam keadaan terlentang, namun topi keledarnya masih lagi tidak tercabut dari kepalanya.

Aku menepuk-menepuk badannya untuk menyedarkannya, namun tidak mendapat sebarang reaksi darinya membuatkan aku menjadi panik.

Keadaan trafik secara mendadak terus menjadi sesak dan jem teruk kerana beberapa penunggang motosikal yang melalui jalan tersebut telah memberhentikan motosikal mereka untuk memberikan pertolongan kecemasan kepada kami. Seorang dari mereka telah menghulurkan sebotol air mineral yang dibawanya kepadaku untuk aku merenjis-renjiskan kemuka isteriku dengan harapan ia boleh menyedarkan isteriku yang pengsan tadi.

Hampir 15 minit aku merenjis air sambil terus menepuk-nepuk bahu isteriku, maka dengan perlahan-lahan isteriku mula memberi respon dan membuka matanya secara perlahan-lahan. Aku segera mendudukkanya di atas bahu di tepi jalan itu sambil menahannya supaya ia tidak rebah semula. Air yang masih berbaki aku sapukan kemukanya supaya ia lebih segar.

Aku terus menggosok dan mengurut badannya dengan harapan ia boleh membantu melancarkan perjalanan darahnya. Alhamdulillah tidak beberapa minit kemudian, isteriku telah pulih sepenuhnya walaupun badannya masih lemah. Ingatannya juga telah pulih seperti sediakala.

Setelah mengucapkan ribuan terimakasih kepada rakan-rakan yang menolong terutama dari pemuda yang memberikan air (menurut katanya ia bertugas di Balai Polis Dang Wangi) aku pun menyuruh isteriku menaiki motosikal semula untuk kami bergerak menuju ke Masjid Negara yang letaknya kira-kira 50 meter dari tempat kejadian untuk kami berehat. Pemuda tadi menawarkan diri untuk mengiringi motosikalku sehingga ke bulatan Masjid Negara kerana katanya ia takut isteriku pitam lagi. Aku bersetuju dan setelah memastikan kami selamat maka ia pun terus mengangkat tangan memberi isyarat untuk beredar ke destinasinya dan aku pula membalas lambaiannya sebagai ucapan terima kasih sekali lagi.

Isteriku terus berehat di tempat yang disediakan di perkarangan Masjid Negara lebih kurang 10 minit, tapi akhirnya kami membuat keputusan untuk meneruskan perjalanan dan berhenti di stesen minyak ESSO di tepi lebuhraya bersetentang dengan Nirwana Memorial Park kerana aku tahu di situ ada disediakan surau. Dan yang penting sekali ada disediakan kerusi dan meja bagi membolehkan pelanggannya mengisi perut dan menikmati minuman panas yang dibancuh sendiri iaitu serbuk minuman berpeket 3 in 1 yang disediakan.

Kira-kira setengah jam berehat di situ dengan keadaan isteriku pun yang telah pulih sepenuhnya, maka kami pun menuju ke surau yang disediakan untuk menunaikan sembahyang Maghrib. Setelah selesai segalanya maka kamipun bergerak untuk pulang ke rumah, tapi sebelum itu kami singgah di klinik di kawasan perumahan kami terlebih dahulu untuk isteriku mendapatkan rawatan selanjutnya. Doktor yang merawat memberitahuku bahawa kesihatan isteriku berada dalam keadaan baik tapi punca yang menyebabkan ia pitam adalah akibat letih dan stress. Itu memang aku akui kerana sudah beberapa minggu isteriku bekerja hingga ke malam.

Setelah kejadian itu, kami tidak lagi ke pejabat dengan menaiki motosikal sebaliknya menaiki kereta yang selama ini aku fobia dengannya.

Kawan-kawan yang mendengar cerita aku ke esokan harinya telah melontarkan beberapa soalan cepumas kepadaku seperti berikut :

Kenapa ada kereta tapi tak nak bawa ke pejabat?
Kenapa sayang sangat dengan kereta?
Rugi saja bayar roadtax tapi kereta tak jalan...
Kata mereka lagi, "umur hang dah semakin meningkat, kudrat dah kurang, naik motosikal boleh membahayakan diri".

Aku sebenarnya ada jawapan balas untuk mereka tapi tak pa lah biar aku saja yang tahu !!! Aku malas nak menjawab, hati kawan-kawanpun kena jaga jugak...Tak gitu....

Kejadian di atas berlaku pada hari Rabu kira-kira sebulan yang lalu...

Monday, March 26, 2012

JORAN GRAND PRIX SELANGOR 2012...

Hari ini aku dan keluarga ke pertandingan Memancing Joran Grand Prix Selangor 2012 bertempat di Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi kira-kira 7 km dari kediaman kami di Serdang, Selangor.

Saksikan rakaman video dan gambar-gambar yang sempat diambil untuk dikongsi bersama.

Selamat Menonton....


Pertandingan yang menawarkan hadiah lumayan
kepada pemenang-pemenang pada kali ini...

LAYAN GAMBAR VIDEO INI....
(Kalau pakai line Streamyx atau Unify, aku jamin laju,
begitu juga dengan broadband Maxis 6 gig (RM90/bulan)...

video




Para peserta sedang memancing...

Dalam pertandingan memancing,
sikap sabar dan tenang adalah perkara wajib...

Ikan yang di lepaskan di dalam kolam
sebelum pertandingan adalah sebanyak 1 tan...

2 orang Marshall sedang bertugas...

Hari yang semakin panas menyebabkan ada pemancing
yang terpaksa memakai kain penutup kepala...

Ada juga yang berpayung...

Sebahagian dari para pemancing sedang sabar
menunggu umpan di pancing mereka di pagut ikan...

Gambar di rakam dari atas bukit...






2 orang adik beradik ini memenuhi masa yang terluang dengan melukis...






Para pengunjung yang datang untuk menyaksikan
pertandingan ini memeriahkan lagi suasananya...

Ada yang berteduh di bawah pokok...



Diantara alat memancing kepunyaan salah seorang peserta...



Bila dah ramai dalam satu tempat,
tali pancing yang bersimpul adalah perkara biasa...



Taman Tasik Cempaka adalah tempat riadah yang popular
kepada penduduk Bandar Baru Bangi dan kawasan sekitarnya...





Kebanyakan yang datang adalah bersama keluarga...


Seorang peserta sedang memasang umpan...


Brother ini sedang memotong roti sebagai salah satu umpan
di samping umpan-umpan lain yang di bawanya...

Ikan yang dapat di pancing...





Ikan pacu yang baru dinaikkan....



Cameraman sedang mencari angel yang baik untuk penggambarannya.





Wak ini sedang menunggu marshal
yang bertugas untuk menimbang berat ikannya

Aku agak berat ikan ni mesti tak kurang dari 20 kilo...he...hee...heee

Seekor ikan Talapia Merah menunggu untuk di timbang...

Pos istimewa dari pemuda handsome niii...
Nasib baik memancing di tasik, kalau di darat
agak-agaknya berapa orang awek yang akan rebah...???

Rakaman curi...

Kasih kakak terhadap adiknya...
Sedang ayah dan ibu sibuk memancing,
tanggungjawabnya menjaga adik tetap tidak diabaikan...

Isteriku Salina bersama anak no. 3 kami Asfarini (13 thn)
dan yang bongsu (12 thn) Muhammad Amsyar...





Rezeki ada di mana-mana...
Kelihatan seorang brother ni sedang membawa minuman tin
untuk di jual kepada pengunjung-pengunjung yang dahaga...

DJ yang bertugas dalam memberikan info dari semasa ke semasa...
Lagu-lagu yang di pasang olehnya sedap di dengar
kerana ada lagu terkini dan ada lagu-lagu retro...

Hamper untuk cabutan bertuah....



Brother ni dapat ikan, tapi dia lepaskan semula ke tasik
kerana ikan tu kecik jer dan dia rasa tak ada harapan untuk menang kot...


Inilah yang dikatakan frust tertiarap...
Kalau frust bercinta tak macam nie keadaannya,
bukan frust tertiarap tapi frust menonggeng...

Yang bawak khemah ni mesti dah bermalam
sebelum pertandingan bermula esok pagi...datang dari jauh kot...

Kompleks PKNS berdiri megah sebagai mercu tanda Bandar Baru Bangi...

Pertandingan dah selesai, abang-abang ni sedang melepaskan lelah
sementara menunggu keputusan pertandingan di umumkan...
Alamat blog aku dah bagi, jangan tak bukak yer!!!

Brother ni pun sama sedang menunggu keputusan,
walaupun penat tapi tetap ceria semasa berposing...

Semua peserta berada di dalam khemah di hadapan pentas utama
untuk menanti keputusan dengan penuh debar...

YB. Yaakob Sapari sedang memberikan ucapan.
Semasa belum menjadi ADUN dan EXCO Pertanian Negeri Selangor,
beliau adalah jiranku di Taman Seri Serdang.
Dah lama kita tak jumpa...Entah-entah dah tak kenal aku lagi,
Dulu kita sama-sama berjemaah di Surau Al Hidayah....

Pemenang bagi kategori wanita sedang menerima hadiah...


(Klik pada gambar untuk imej lebih jelas)


2 Rakaman Video di bawah ni adalah acara
Pancing Robot yang turut diadakan untuk kanak-kanak...

video

video







Turut diadakan adalah Majlis Pelancaran Kelab Lumba Basikal Bangi...





Pengerusi Kelab sedang memberikan kata-kata aluan...


Cenderahati untuk para petugas yang bertungkus lumus
dalam menjayakan majlis pelancaran ini...


Hadiah hamper kepada adik-adik yang menang dalam pertandingan...

Deretan basikal menanti ahli-ahli kelab...

Bergambar ramai setelah majlis berakhir...