Sunday, September 23, 2012

MINI MAHA UPM 2012...

Jika semalam aku menghadiri program Karnival Komuniti Zon Bersih MPSJ 2012 di Taman Tasik Sri Serdang, Selangor maka pada hari ini pula 23 Sept 2012 (Ahad) aku berada di Kolej Serumpun UPM kerana menghadiri Pamiran MINI MAHA UPM 2012 yang berlangsung pada 22 - 23 Sept. 2012 bermula jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.


Begitulah rutin hidupku pada setiap hujung minggu, jika tiada apa-apa program yang perlu aku hadiri maka aku suka melakukan aktiviti yang dapat memberikan faedah buat diriku dan keluarga.

Bercakap tentang pamiran MINI MAHA UPM 2012 ini, Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia telah menyusun beberapa program yang difikirkan sangat berfaedah kepada semua golongan dan lapisan masyarakat untuk mengunjunginya kerana selain pamiran, pengunjung boleh membeli beberapa produk pertanian serta beberapa minuman dari jus buah-buahan yang baik untuk kesihatan.

Untuk info yang lebih jelas, maka dibawah ini disenaraikan program MINI MAHA UPM 2012.

Tarikh :  22 - 23 Sept 2012
Masa  : 10.00 Pagi - 10.00 Malam
Tempat : Dewan PJST Kolej Serumpun, UPM, Serdang, Selangor
Aktiviti - Aktiviti:
  • Jualan produk industri asas tani
  • Jualan hasil-hasil petanian
  • Jualan buah-buahan segar
  • Pamiran Jabatan dan Agensi di bawah MOA
  • Pemadanan perniagaan (Business Matching)
  • Seminar MYAGROSIS
  • Seminar Motivasi Keusahawanan bersama Rosyam Nor
  • Ceramah Agama
  • Acara Merentas Kampus
  • Pertandingan memancing

Saksikan gambar-gambar yang sempat di rakam di pamiran yang berlangsung pada hari ini.  


 




























 




 


 








 








No comments:

Post a Comment