Wednesday, September 5, 2012

PERSIAPAN MAJLIS MESRA AIDILFITRI FELCRA BERHAD 2012 BERSAMA PM DI DATARAN PEKAN, PAHANG...

Selepas FELCRA Berhad Wilayah Perak menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri 1433H dengan tetamu kehormatnya YB. Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri pada 2 September 2012 di Tapak Perumahan Generasi ke 2, FELCRA Seberang Perak, Kg. Gajah, kini FELCRA Berhad akan menganjur satu lagi Majlis Hari Raya 1433H. Kali ini  bersama YAB. Datuk Seri Mohd Najib  Tun Hj. Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, bertempat di Dataran Pekan, Pahang pada 15 September 2012 yang akan datang ini.

Jadi, sepertimana biasa, kerja-kerja persiapan majlis kini sedang berjalan lancar. Beberapa Jawatankuasa Kecil ditubuhkan khas untuk majlis ini dengan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan.

Pada Isnin lepas, 3 September 2012, 3 Jawatankuasa bagi persiapan majlis ini iaitu Jawatankuasa Persiapan Pentas dan Dekorasi yang diketuai oleh Tn. Hj. Jahare b. Abu Bakar, Jawatankuasa Hidangan dan Makanan, yang diketuai oleh Tn. Hj Abd Muis Damuri dan Jawatankuasa Pengangkutan yang diketuai Tn. Hj. Abdul Rahman Ahmad, telah melawat ke tapak majlis di Dataran Pekan, Pahang bagi memulakan tugas-tugas persiapan. Kemudian Jawatankuasa ini akan mengadakan mesyuarat kecil selepas lawatan ke tapak kira-kira jam 2.30 petang nanti.

Bagi Jawatankuasa Hidangan dan Makanan yang diketuai oleh Tn Hj Abd Muis, lawatan ke tapak bermula jam 12.30 tengahari, diikuti satu mesyuarat dengan katerer yang dilantik pada jam 2.30 petang dan diakhiri dengan mesyuarat bersama ahli jawatankuasa pada jam 4 petang sehingga jam 6 petang.

Saksikan gambar-gambar yang sempat dirakam semasa lawatan Ahli Jawatankuasa Kerja ke tapak Majlis Hari Raya FELCRA Berhad di Dataran Pekan, Pahang pada 3 September 2012 lalu......
 

PRO Sykt. En. Mohamad Abd. Rahman 
sedang meneliti plan tapak majlis...

Turut kelihatan ialah pegawai-pegawai 
dari Ibu Pejabat dan Pejabat Kawasan...

Pengerusi Jawatankuasa Persiapan Pentas dan Dekorasi, 
Tn. Hj. Jahare Abu Bakar (baju kuning) sedang
memberikan taklimat kepada yang hadir... 

Staf dari Pejabat Kawasan Anak Endau, Ubai, Hulu Satak, 
Pahang Tenggara, Kedaik, Sri Makmur dan Kg. Bantal
 sedang menunggu arahan dari urusetia... 

Jam besar yang terdapat di Dataran Pekan
menunjukkan waktu sekarang jam 10.42 pagi ...

Pn. Noraini Khushairi, Pengurus Besar Perancangan Bisnes (baju biru), 
Pn. Yasmin Fazlina, Pengurus Pertanian (baju merah) dan 
En. Mohd Ridzuan Mohd Nor juga Pengurus Pertanian (kanan)
 dari Kumpulan Perladangan Ibu Pejabat adalah
Ahli Jawatankuasa Hidangan dan Makanan...


En. Ridzuan bersama Ir Mazlan Ahmad
(Pengurus Kanan Unit SBU Teknikal)

Turut kelihatan ialah En. Idris Lasim (bertopi), 
Pengurus Kanan Pembangunan Ladang, Ibu Pejabat...

En. Azizan Ashaari (baju putih),
Pengurus Kawasan Pahang Tenggara 
mendengar arahan dari Tn. Hj. Jahare dan En. Mohamad...

  Blogger pun nak ler menyelit jugak...

Pengurus-Pengurus Kawasan yang menganggotai 
3 Jawatankuasa masing-masing yang disebutkan....

  Blogger pun nak ambik tau jugak
perkara-perkara yang dibincangkan....



Kerja-kerja mengukur tapak perkhemahan 
dibawah pentas utama sedang dibuat...


Semasa majlis nanti, Kereta jenazah turut disediakan, 
mana ler tahu kot-kot ade yang terlebih makan ke, tercekik tulang ke...
faham-faham ajelah kemane van jenazah nak bawak mereka-mereka tue....

Inilah semangat yang patut dicontohi, 
Gambar menunjukkan En. Mohammad Abd. Rahman (PRO)
turut ringan tulang membantu kerja-kerja pengukuran
 walaupun itu bukanlah tugas beliau... 


Ketibaan Tn. Hj. Muis Damuri (topi merah), 
Ketua Jawatankuasa Hidangan dan Makanan 
disambut oleh pegawai-pegawai beliau...

Tn. Hj. Nordin Saad, Pengurus Kanan Hartanah, 
menganggotai jawatankuasa pengangkutan...

En. Azhari b. Yahya, Pengurus Besar
Sistem Maklumat juga turut kelihatan di tapak majlis...


 
Pekerja Majlis Bandaran Pekan merupakan 
orang penting dalam memastikan kebersihan tapak majlis.
Turut kelihatan membelakangkan kamera
 ialah En. Shafie (kiri) dan En. Jamaluddin Othman (kanan).
Kedua-dua mereka adalah ahli Jawatankuasa
 Persiapan Pentas dan Dekorasi...
 



En. Hazmi Teh, (2 dari kiri), Pengurus Kawasan Anak Endau, 
Ahli Jawatankuasa Hidangan dan Makanan
 sedang memperkatakan sesuatu kepada Tn. Hj. Muis ...

En. Hassan Hood,
Pengurus Kawasan Hulu Satak (baju merah)
 bersama dengan staf beliau...

Staf Kawasan Bohor Bharu...

Tn. Hj. Nordin Haion, Pengurus Kawasan Sri Makmur (baju putih)
 adalah tenaga penting dalam jawatankuasa Hidangan dan makanan... 

Staf Kawasan Hulu Satak...

Tn. Hj. Abdullah Othman,
Pengurus Kanan Tanah dan Ukur (baju hitam)
 Ahli Jawatankuasa Pengangkutan baru tiba dari Kuala Lumpur.
Turut kelihatan ialah En. Mohd Ishak Ayub (pegang perut)
Pengurus Kawasan Kg. Bantal...

Kerja-kerja mengukur pentas utama sedang dijalankan...



SEGMEN KEDUA...

Mesyuarat Bersama antara
Jawatankuasa Hidangan dan Makanan
dengan Syarikat CHAH CATERING serta WADIRA.
Kedua-dua syarikat ini adalah diantara 9 Syarikat yang dilantik
dalam penyediaan makanan...


 



 



SEGMEN KETIGA...

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Hidangan dan Makanan
yang di Pengerusikan oleh  Tn. Hj. Muis Damuri
di bilik mesyuarat Pejabat Pengurus Besar Wilayah Pahang...




4 comments:

  1. Letihnya....la, ulang alik kl - kuantan - pekan

    ReplyDelete
  2. Program Peghabih duit...

    ReplyDelete
  3. program sedekah duit...

    ReplyDelete
  4. Ni dari Lombok Indonesia,oernah kerja di Felcra bhd hulu satak,mohon ditamoilkan profil felcra hulu satak.

    ReplyDelete