Sunday, October 28, 2012

IBADAH QURBAN MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH...

Semenjak mendirikan rumahtangga, aku dan isteri telah sepakat pulang ke kampung kami untuk menyambut Hari Raya bersama keluarga secara bergilir-gilir samada Hari Raya Aidilfitri atau Aidiladha.  

Hari Raya Aidiladha 1433H kali ini sepatutnya giliran aku bersama keluarga pulang ke Taiping, Perak kerana pada Hari Raya Aidilfitri 1433H yang lepas kami sekeluarga telahpun pulang ke Rembau, Negeri Sembilan.

Memandangkan ibuku telahpun kembali kerahmatullah pada 24 Oktober 2011 yang lalu dan ayah pula telah lama pergi meninggalkan kami sejak 13 tahun lepas iaitu pada 17 Mei 1999 maka adalah lebih baik kami beraya di Rembau sahaja kerana ibu mertuaku masih ada manakala ayah mertuaku juga telah kembali menemui Tuhannya kira-kira 12 tahun lepas iaitu pada 21 Oktober 2000.

Oleh kerana aku dan isteri masih bekerja pada 25 Okt 2012 (Hari Raya pada esoknya) maka kami merancang untuk balik ke Rembau pada malamnya iaitu selepas solat Isyak. Sebelum itu aku mendapat info dari Suhaimi (adik ipar) ku yang tinggal di  Bandar Saujana Putra, Selangor bahawa lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban sekarang ni sesak teruk bermula dari Bangi menuju ke Selatan.

Sebagai warga kota yang telah lama bersedia dengan kemungkinan itu, aku tidaklah panik menerima berita tersebut tetapi sebaliknya merancang untuk menggunakan jalan alternatif yang lain untuk sampai di kampung. Walaupun semua arah masuk ke lebuhraya akan sesak teruk kerana warga kota pulang serentak pada malam itu tapi sifat Tawakkal dan berserah diri kepada Allah adalah kunci utama hati terasa tenang setiapkali berada di lebuhraya terutama semasa menghadapi kesesakan yang panjang.   

Tepat jam 9 malam, kamipun bertolak dari rumah di Serdang, Selangor dan aku memilih untuk menggunakan lebuhraya LEKAS (Lebuhraya Kajang - Seremban) yang baru siap dibina kira-kira 3 tahun lalu (maaf kalau tersilap) bermula dari Plaza Tol Kajang (PLUS). Walaupun hati berdebar-debar dan resah kerana takutkan jem, tapi keajaiban telah berlaku kepada kami sekeluarga kerana sepanjang aku memandu di lebuhraya LEKAS,  pemanduan aku berjalan lancar dan cuma sesak sedikit di plaza tol Mantin - Seremban, itupun disebabkan pemandu kereta yang membayar tol secara tunai telah melimpah dan menghalang ke lorong Touch and Go dan Smart Tag.

Aku yang menggunakan Touch and Go, tidak menunggu lama selepas itu kerana lorong tersebut telah kembali lancar dan mesin bayaran berfungsi dengan baik walaupun deretan kereta menunggu untuk melepasinya. Selepas itu aku menyusur keluar melalui Seremban dan memasuki bandarnya. Oleh kerana waktu ketika itu sudahpun jam 10.30 malam maka Bandar Seremban yang hiruk pikuk pada siangnya telahpun sunyi manakala bilangan kenderaan yang masih ada di jalanrayanya boleh dibilang dengan jari.    

Kira-kira jam 11.30 malam, kami sekeluarga tiba di kampung dalam keadaan selamat dan masa yang diambil adalah selama 2 jam sahaja. Berita yang diterima pada keesokan harinya bahawa pemandu-pemandu yang menggunakan lebuhraya PLUS dari Serdang menuju Selatan dalam waktu yang sama dengan kami iaitu jam 9 malam, mengambil masa 4 jam untuk sampai di Seremban , lewat kira-kira 3 jam dari waktu biasa. 

Setelah berbual-bual dengan ibu mertua dan adik iparku Yati serta suaminya Borhan (birasku) serta anak-anaknya, kira-kira jam 1 pagi aku meminta diri untuk tidur kerana pada pagi esoknya selepas sembahyang sunat Aidiladha kira-kira jam 10 pagi, ibu mertuaku serta 6 lagi yang lain akan melakukan ibadah korban dan akan menumbangkan seekor lembu yang beratnya dianggarkan 80 kilo. Untuk proses itu tenaga kami diperlukan dalam membantu untuk melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan lancar apatah lagi ianya perlu disiapkan segera kerana kira-kira jam 1 tengahari nanti akan masuk pula waktu sembahyang Fardhu Jumaat yang lebih wajib ditunaikan dari sembahyang sunat Aidiladha dan menyembelih korban (Sunat Muakkad).

Syukur Alhamdulillah, semasa aku menyediakan artikel ini, keadaan telah kembali tenang walaupun keletihan masih terasa apatah lagi pada malam itu juga kami telah mengadakan majlis kesyukuran dengan menyediakan menu masakan yang dibuat sendiri secara gotong royong tanpa khidmat katering terdiri dari nasi beriani (dimasak oleh Kak G, birasku) berlaukkan kari kambing (dimasak oleh Yati, adik iparku) yang di sembelih oleh Borhan (suaminya) dari salah seekor kambing yang dibela dikandangnya. 

Bagi memeriahkan majlis, saudara mara serta jiran-jiran terdekat telah dijemput untuk menghadirinya bagi menikmati jamuan yang disediakan dari menu yang lain seperti ikan kembong, ikan Pari, ayam, daging korban serta udang yang kesemuanya dipanggang. Adik Muiz (anak sulung Kak G) pula menyediakan Roti John. menu tambahan seterusnya ialah nugget, kentang goreng, kuih muih serta minuman koktel, air jagung serta sirap bandung. Minuman koktel disumbangkan oleh Kak Maznah, salah seorang dari birasku ..

Untuk tidak menghampakan kanak-kanak yang datang, cabutan bertuah telah dibuat dengan pemenang-pemenangnya menerima hadiah yang telah disediakan dan disumbangkan dari kalangan kami sendiri.

Majlis berakhir pada jam 12 tengah malam dimana semua para jemputan bersurai manakala tuan rumah pula bertungkus lumus membersihkan kawasan dan persekitarannya termasuklah kerja-kerja membasuh perlatan memasak sehingga selesai kira-kira jam 2 pagi.        

Walaupun penat, kami semua merasa puas terutama sekali dalam usaha merapatkan tali silaturrahim antara saudara mara serta jiran sekampung sepertimana yang sangat-sangat di tuntut di dalam Islam.

Saksikan rakaman video yang telah di upload ke Youtube serta gambar-gambar yang sempat di rakam semasa majlis berlangsung bermula dari ibadah penyembelihan korban sehingga keakhirnya.

SELAMAT MENONTON...


Rakaman video menunjukkan
 lembu qurban sedang di sembelih...

Rakaman video menunjukkan 
kerja-kerja melapah sedang dibuat....

Rakaman video menunjukkan kerja-kerja memotong, 
menimbang serta membungkus daging qurban sedang dibuat 

 
Inilah lembu yang akan dikorbankan. 
Beratnya lebihkurang 80 kilo...

Para petugas sedang membetulkan 
kedudukan lembu yang akan disembelih...

Lembu yang telah disembelih dan disempurnakan oleh
Dato' Hj. Baharom, imam masjid Pulau Mampat...

Kerja-kerja menoreh kulit lembu sedang dibuat...




Selepas kulit ditoreh barulah kerja-kerja melapah senang dibuat....



En. Ayob, imam muda masjid Pulau Besar
 turut membantu melapah lembu korban.... 

Borhan (Bob) akan menghantar paha lembu 
yang telah dipotong ketempat pemotongan....

Shaari dan Suta menggantong paha lembu 
bagi memudahkan pemotongan dibuat...

Ujang dan Bob tekun melakukan kerja-kerja pemotongan...



Adik Azam turut melakukan kerja-kerja 
penghantaran ketempat pemotongan.....

Hanya petugas yang pakar didalam kerja-kerja melapah sahaja 
yang dibenarkan melakukan kerja-kerja tersebut...



Sebahagian dari daging korban yang telah dipotong....


Setelah dipotong kerja-kerja menimbang pula 
dibuat untuk pengagihan samarata....


Tugas-tugas melapah mengambil masa
 yang agak lama untuk disiapkan dan perlu berhati-hati...

Kepala lembu ....

Kerja-kerja melapah hampir selesai...



Hati lembu....



Bob mengasah pisau yang telah hampir tumpul....

Tugas-tugas menimbang dan
 membungkus dilakukan oleh Ujang dan Shaari...


Suhaimi (baju biru) juga turut membantu....

Kapak turut digunakan untuk memotong
 tulang lembu korban dan ianya dibuat oleh Azhar...




Pakcik ni ditugaskan untuk membersihkan tali perut lembu korban...


Mamat mana pulak yang menyemat dengan baju jalur tu?.






Kerja-kerja pembungkusan hampir selesai...

Kulit lembu korban yang telah dibersihkan...

Perut lembu korban...


Hati lembu korban juga perlu dipotong untuk pengagihan...


Azhar mengakhiri tugasnya dengan 
membersihkan pisau yang digunakan...

Ekor lembu yang bernilai tinggi di pasaran...

*********************************

GAMBAR-GAMBAR MAJLIS KESYUKURAN...

Udang galah yang akan di panggang untuk jamuan....

Daging ayam sedang di bakar oleh Shaari dan di bantu oleh Afif....

Adik Uzair membantu abangnya Muiz dalam penyediaan Roti John...



Ikan kembung dan cencaru yang akan di bakar....


Udang galah juga akan di bakar...

Selain ikan kembung dan cencaru, ikan pari juga turut disediakan....

Ayam yang di bakar telahpun masak dan sedia untuk dihidangkan...

Bahan-bahan untuk roti john...

Muiz diberi tanggungjawab untuk menyediakan roti John...

Ikan yang hendak dibakar perlu dibungkus dalam daun pisang...

Udang, ikan dan ayam di bakar bersekali supaya cepat dihidangkan....


Daging korban turut dibakar oleh Shafiki...




Nasi beriani berlaukkan kari kambing 
adalah menu utama yang menyelerakan....


Para tetamu mula mengambil makanan masing-masing....



Anakku yang bongsu iaitu Muhammad Amsyar 
sedang mengopek kulit udang sebelum dimakan...


Roti John yang telah siap untuk dihidangkan...

Tiga beranak dari kiri: Kak Zizah, Ulong Maheran dan Kak Ton
 sedang mengambil makanan kegemaran mereka...


Turut kelihatan ialah Kak Maznah (tengah) dan Salina (kanan)...


Ayob (kiri) dan Azhar....

Jiran sebelah rumah turut diundang....


Ibu mertuaku (kiri sekali) bersama bisannya Ulong Maheran...





Brother baju melayu tu macam berlakon jer...he..he..he...









Koktel dan air jagung dah licin 
yang tinggal hanya sirap bandung saja lagi....




 Perut dah kenyang apalagi yang boleh dibuat....

**************************************************

GAMBAR-GAMBAR CABUTAN NOMBOR BERTUAH...

Para tetamu diminta untuk mengambil nombor bertuah...






















Acara paling popular ialah teka kacang didalam botol....












Menimbang bola adalah salah satu acara yang dipertandingkan...

Adik Syira berumur 2 tahun dengan aksinya yang tersendiri....


Bergambar bersama ibunya Kak Ida...