Wednesday, October 24, 2012

LAWATAN KE SYKT. PENERBITAN TELAGA BIRU....

Satu lawatan ke Syarikat Penerbitan Telaga Biru Sdn Bhd bertempat di Damansara telah diadakan pada 23 Oktober 2012 yang terdiri daripada12 staf lelaki dan 26 orang staf wanita.  Rombongan menaiki bas yang disediakan oleh pengurusan Felcra Berhad.

Tujuan lawatan ini adalah memberi pengetahuan kepada peserta-peserta bagaimana operasi sebuah syarikat bumiputera yang baharu menceburkan diri dalam perindustrian penerbitan elektronik berunsurkan Islamik.  Para peserta telah didedahkan diri dengan sumber ilmu serta memupuk minat kepada pembacaan buku-buku dan bahan bacaan yang berguna dalam kehidupan.  

Taklimat disampaikan oleh Ketua Jabatan  Korporat syarikat, Encik Farok dan juga Pengarah Urusan Dato’ Haji Subhi bin Haji Bai.  Penceramah terkenal Dr. Haji Zahazan Mohamed (penceramah tetap Radio Ikim setiap 7.30 pagi)  menyelitkan motivasi ringkas kepada para peserta lawatan ketika memberikan latar belakang penubuhan syarikat disamping memperkenalkan  produk dan buku-buku yang baharu diterbitkan.

Terima kasih diucapkan kepada Tn. Hj. Abd. Majid Kamaruddin kerana menyediakan laporan lawatan serta gambar-gambar yang dirakam. 


 Di hadapan pejabat Syarikat Telaga Biru Sdn Bhd. 

Dari kiri: Fairuz, Hj. Zainuddin, 
Suhezren Shah, Tn. Hj. Ali dan Farizal
 
 Taklimat dan kata-kata aluan Encik Farok, 
ketua Jabatan Korporat.

  Kelihatan antara peserta lelaki.
 

Para hadirin tekun mendengar taklimat.   
Peserta yang telah bersara (Hajah Rapiah) pun turut hadir

Dari kiri: Mahanom, Latifah, Hajjah Hamidah dan Mariam...

Turut kelihatan dihujung sudut sana 
ialah orang kuat PSM iaitu Pn. Siti Hawa Suratman...



Dato’ Haji Subhi bin Haji Bai

(Pengarah Urusan)

Tn. Hj. Majid dan En. Fauzi

Peserta lawatan khusyuk meneliti pamplet yang diberikan...


 Dr. Haji Zahazan Mohamed 
memperkenalkan diri dan syarikat Telaga Biru Sdn Bhd

 Penyampaian Cenderahati kepada FELCRA Berhad
 melalui Tuan Haji Rosli Saidi

 Penyampaian cenderahati kepada 
Telaga Biru oleh Encik Eisa Mohamed.

 Dari kiri: Fairuz Saruji, Us. Zahazan Mohamad 
dan Tn. Hj. Majid Kamanruddin.


Dari kiri: Aisamuddin, Hj. Zahazan Mohamad, 
Eisa Mohamed dan Anuar Ramli...

 Peserta wanita juga mengambil peluang bergambar kenangan.
Dari kiri depan : Pn. Hamisah Mohd, Tn. Hj. Zahazan, Normah Shaari,
Berdiri belakang: Haliza, Mazlin dan Hanis Fazlina... 


Pn. Rapiah Khusnan (2 dari kanan) yang telahpun 
bersara turut mengikuti lawatan yang dibuat


Peserta lawatan menikmati jamuan yang disediakan.








 Kelihatan staf memilih buku dan
bahan-bahan bacaan di bilik pameran


3 comments:

  1. Salam.. Syarikat Telaga Biru ini cukup popular pada tahun-tahun 90an kerana telah berjaya menerbitkan album-album nasyid yang diminati ramai dari kumpulan-kumpulan nasyid seperti Hijjaz, InTeam, Saujana dll.
    - Harun (MIS)

    ReplyDelete
  2. Assalam. macam mana ya nak contact pihak telaga biru ni? adakah tempatnya menarik utk dijadikan tempat lawatan sekolah? - sekadar bertanya

    ReplyDelete
  3. urang mau karangan itu gambar

    ReplyDelete