Sunday, April 21, 2013

PROSES PENAMAAN CALON PRU 13, PARLIMEN AMPANG P. 99

"Bulan sudah mengambang, mata telah dicelikkan, roket sudah dilancarkan dan kini dacing pun sudah diseimbangkan." Begitulah ulasan ringkas yang dapat aku berikan ketika hadir di hari penamaan calon PRU 13, Parlimen Ampang, P. 99 bertempat di Dewan Dato' Ahmad Razali, Ampang, Selangor pada 20 April, 2013 jam 8 pagi.

Kemeriahan dapat dirasakan apabila penyokong-penyokong Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) bersorak ketika calon-calon mereka muncul di jalan Ampang untuk menuju ke Dewan Dato' Ahmad Razali bagi proses penamaan calon. 

Calon Pakatan Rakyat di wakili oleh Pn. Zuraida bt. Kamaruddin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) selaku penyandang, manakala ianya dicabar oleh Datuk Dr. Rozaidah Talib, calon dari  Barisan Nasional (BN).

Seawal 7 pagi aku telah meninggalkan rumah menuju ke Ampang yang suatu ketika dulu aku pernah bermastautin di sana pada tahun 1990 sehingga 1995 sebelum berpindah ke Serdang, Selangor. 

Turut bersama dalam program pagi ini ialah Tn. Hj. Ahmad Hj. Salleh dari Kajang yang sudah sedia menanti di Restoran Rasyid berhadapan Hospital Ampang Puteri. Setelah menikmati sarapan pagi di restoran tersebut, kira-kira jam 8.30 pagi, kami pun bergerak ke lokasi penamaan calon. Ketika tiba, penyokong kedua-dua calon sudahpun memenuhi jalanraya, walaubagaimanapun sekatan telah dibuat dalam jarak 50 meter dari kedua-dua arah ke dewan tersebut.

Sebelum bergerak ke dewan, penyokong Pakatan Rakyat yang diketuai oleh PAS (Parti Islam Se Malaysia) terlebih dahulu telah mengadakan solat hajat di Masjid Kg. Melayu Ampang pada jam 7.45 pagi bagi memohon restu agar mereka beroleh kemenangan pada PRU 13 ini.  

Bagi mengelakkan pertembungan, penyokong Pakatan Rakyat diletakkan dari arah Kuala Lumpur manakala penyokong Barisan Nasional dari arah Ampang. Di pihak Barisan Nasional,  mereka menaikkan semangat dengan menyanyikan lagu 'Barisan Kita' dan sesekali terdengar mereka berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. manakala di pihak PR pula mereka juga berselawat secara konsisten dan diikuti dengan laungan Takbir!!!  Takbir!!! Takbir!!!

Program berjalan dalam keadaan aman dan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak di ingini berlaku. Ini menggambarkan bahawa rakyat sebenarnya sudah matang dan jika tiada pihak yang melakukan provokasi, rusuhan dan pergaduhan tidak akan berlaku seperti ketika zaman reformasi serta perhimpunan Bersih dan Hijau dahulu.     

Pilihan raya umum Malaysia ke-13 akan diadakan pada 5 Mei 2013 setelah parlimen dibubarkan pada 3 April, 2013. Tempoh penggal parlimen mengikut Perlembagaan Malaysia ialah lima tahun sejak mula bersidang, iaitu sehingga 28 April 2013. Namun parlimen hanya akan terbubar secara automatik pada 30 April kerana 28 April ialah hari Ahad. 

Yang Di Pertuan Agong bagaimanapun boleh membubarkan parlimen lebih awal dengan nasihat Perdana Menteri bagi mengadakan pilihanraya secara serentak seluruh negara (parlimen dan DUN), 

pilihan raya perlu diadakan selewat-lewatnya 28 Mei. Pilihanraya Umum Malaysia menggunakan sistem undian pemenang undi terbanyak. Pilihan raya akan dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR). Walaupun daripada segi teori, mana-mana negeri boleh membubarkan Dewan Undangan Negerinya secara berasingan daripada Parlimen, namun secara tradisinya DUN dibubarkan sekali dengan Parlimen, kecuali Sarawak.


Pada 3 April 2013, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran parlimen menerusi ucapan khas yang disiarkan secara langsung di televisyen kira-kira pukul 11.30 pagi. Beliau juga memberi jaminan sebarang perubahan kuasa sama ada di peringkat persekutuan atau negeri akan berjalan dengan aman.


Pada 10 April 2013, SPR mengumumkan bahawa tarikh penamaan calon ialah 20 April dan pilihanraya pada 5 Mei, hari Ahad.

Saksikan gambar-gambar yang telah dirakam untuk tatapan bersama.
 
 Pn. Zuraida Kamaruddin 
Calon PR dari Parti Keadilan Rakyat (PKR)
 selaku penyandang

 
 
Berteduh di bawah sinar bulan 
yang sedang mengambang...





Muslimat PAS...












Pn. Zuraida Kamaruddin, calon PR sedang memberikan 
kata-kata semangat kepada penyokongnya sambil 
diawasi oleh pihak polis.


Pn. Zuraida Kamaruddin juga kelihatan sedang
 memperkatakan sesuatu kepada pihak polis...
































Setiap kenderaan yang lalu akan 
membunyikan 'hon' sebagai tanda sokongan...




Penyokong-penyokong Barisan Nasional (BN)...





Bersetentang dengan mereka dalam jarak 20 meter
 adalah penyokong PR...






Dramatis Liza Abdullah, hadir sebagai penyokong BN...

Hai!!!...








Wanita UMNO...








"Hati-hati bang, kalau jatuh tak dapat mengundi nanti..."

Penyokong dari MCA...








Puteri UMNO...
Terima kasih kerana sporting...

Selebrity Malaysia AC Mizal turut hadir
 sebagai penyokong BN... 




Apa sudah jadi ni BN...?


Dewan Dato' Ahmad Razali tempat penamaan calon... 

 
Sekolah Rendah Agama, Kg. Melayu Ampang...

Penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedang membaca akbar
 yang kesemuanya berkisar tentang PRU 13...


"Jangan seronok sangat"...

 
Adakalanya kita perlu ceria...

Dan ada ketikanya kita perlu serius...
"Yang belakang tu sapa nama?"

Kakak ni mungkin sedang memikirkan nasib masadepannya ...
"Jangan susah hati kak, rezeki Allah yang tentukan..."

T-shirt yang di pakai oleh penyokong PAS
bertepatan dengan perenggan pertama artikel ini iaitu:
 "Bulan telah mengambang, mata telah dicelikkan
 dan roket sudah dilancarkan..."


Terima kasih cik adik kerana sudi memberikan
 satu pose istimewa untuk blogger...

Penjual suratkhabar ni berbangsa India dan merupakan seorang
yang cacat penglihatan..Kegigihannya menjual suratkhabar
 sangat mengkagumkan...


Pemuda PR...








Seorang anggota UTK sedang bersiap sedia
 menghadapi sebarang kemungkinan...


Penyokong PR...

Muslimat PAS...