Sunday, May 12, 2013

PERMAINAN KERETA KAWALAN JAUH DI TAMAN TASIK TITIWANGSA, KUALA LUMPUR...

Selepas bersarapan pagi bersama keluarga di sebuah restoran yang terletak di tepi Lebuhraya Kajang Silk, aku memberitahu anak-anak bahawa kita akan menuju ke Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur yang terletak kira-kira 15 km dari tempat kami bersarapan untuk menyaksikan permainan kereta kawalan jauh yang biasanya diadakan setiap pagi dan petang di hujung minggu.

Taman Tasik Titiwangsa merupakan taman tasik kedua terbesar yang terdapat di Kuala Lumpur selepas Taman Tasik Perdana manakala taman tasik ketiga yang terbesar di Kuala Lumpur ialah Taman Tasik Permaisuri yang terletak di Bandar Tun Razak, Cheras. 

Kali terakhir aku mengunjungi Taman Tasik Titiwangsa ialah kira-kira 8 bulan yang lalu iaitu ketika aku berjogging pada setiap petang selepas waktu pejabat bermula jam 5.30 sehingga 7.00 petang untuk latihan fizikal bagi persiapan mendaki Gunung Kinabalu pada bulan Oktober 2012.


Ketika kami tiba di litar permainan kira-kira jam 11 pagi, keadaan cuaca panas terik. Walaubagaimanapun ia tidaklah menjadi masalah kerana tempat duduk berbumbung disediakan kepada para penonton. Disamping itu rimbunan pokok-pokok yang di tanam di sekeliling litar membolehkan juga para penonton berteduh di bawahnya dan dapat menyaksikan perlumbaan kereta kawalan jauh dari jarak dekat.

Permainan kereta kawalan jauh memerlukan perbelanjaan yang besar kerana harga sebuah kereta boleh mencecah sehingga RM3,000 hingga RM5,000 sebuah. Apa yang aku perhatikan bahawa setiap pemain bukan sahaja mahir dalam mengendalikan kereta di litar yang berliku-liku tetapi mereka juga bertindak sebagai mekanik dan sangat mahir membaikinya serta merta. Jika berlaku kerosakan teknikal atau ketika kereta lumba terlibat dalam kemalangan seperti terpelanting, terbalik atau berlanggar sesama sendiri sehingga menyebabkan badan kereta pecah atau retak, mereka akan menggantikan dengan badan kereta yang dibawa sebagai alat gantinya.

Peralatan membaiki kereta sangat canggih seolah-olah sepertimana peralatan kereta lumba sebenar yang digunakan di mana-mana litar F1 seluruh dunia. Mereka hanya mengambil masa beberapa minit sahaja untuk membaikinya dan seterusnya meneruskan perlumbaan.         


Sebanyak 4 buah klip video telah diupload ke dalam Youtube tetapi hanya 3 buah sahaja yang boleh dicopy paste kedalam artikel ini. 1 buah lagi klip video mengalami masalah teknikal dan Insyaallah akan di masukkan kemudian.


Brother ni sedang membaiki kereta lumbanya 
yang mengalami sedikit masalah di bahagian injinnya....  


Peralatan membaiki kereta yang serba lengkap serta canggih...

Sebuah lagi kereta lumba yang sedang disiapkan 
sebelum memasuki litar perlumbaan...

Badan kereta sebagai alat ganti turut dibawa jika badan kereta
 yang sedang berlumba pecah atau retak akibat perlanggaran...

Litar lumba yang disediakan di Taman Tasik Titiwangsa...

Dua orang pemain kereta lumba kawalan jauh merangkap mekanik 
sedang berehat setelah selesai melakukan pembaikan 
terhadap kereta masing-masing...   


   
Menara khas untuk pengendali kereta kawalan jauh 
semasa sedang berlumba...

Sebuah kereta lumba bersaiz kecil tetapi sangat laju 
ketika berlumba sehingga boleh mencecah 200 km sejam...


Sebuah lagi kereta lumba bersaiz besar sedikit...

Badan kereta 'stand by' oleh pemiliknya... 

Keadaan kereta yang tidak berbodi...

Badan kereta lumba jarak jauh berbentuk 'Aerodinamik'

Minyak sintetik khas ibarat petrol yang digunakan
 untuk menggerakkan injin kereta 






Spray pembuang habuk juga bertindak 
sebagai pengering jika berlaku over flow...




Bengkel mekanik...

Litar lumba kereta kawalan jauh di Taman Tasik Titiwangsa 
berlatarbelakangkan Menara Kembar Kuala Lumpur...

*********************************************************************************

Video Klip








2 comments:

  1. Salam... Laaaa... ingat betul-betul F1.. rupa-rupanya F1 kemetot... huhuhu...

    ReplyDelete
  2. Ada jual bot kontrol pakai minyak kh..

    ReplyDelete