Saturday, September 7, 2013

MAJLIS MERAIKAN BAKAL HAJI STAF FELCRA BHD. 2013...

Musim Haji tahun 2013 bersamaan 1434H datang lagi, semua bakal-bakal haji yang telah mendapat surat kelulusan dari Lembaga Tabung Haji telah bersiap sedia. Setelah menunggu bertahun-tahun lamanya berikutan senarai menunggu yang panjang, akhirnya mereka-mereka yang telah dijemput Allah ke rumahNya mengucap syukur kerana hasrat dan cita-cita untuk menunaikan Rukun Islam yang ke lima akhirnya tercapai juga.

Kalau kita pergi ke masjid atau di surau-surau, kita boleh melihat tulisan di papan-papan kenyataan yang menjemput semua jemaah untuk menghadiri khenduri kesyukuran dan bacaan surah Yassin di rumah-rumah mereka sempena pemergian mereka ke tanah suci. Adakalanya kerana di satu-satu taman perumahan itu ramai yang terpilih dan mereka membuat majlis pada tarikh yang sama, terpaksalah pengerusi surau membuat pengumuman untuk membahagi-bahagikan jemaah, siapa yang perlu pergi ke sesebuah rumah itu dan rumah ini. Walaubagaimanapun, jemaah boleh mengunjungi rumah yang lagi satu selepas majlis yang dihadiri selesai atau mengunjungi pada keesokan harinya. Ini adalah bagi mengelakkan supaya tuan rumah tidak kecil hati dan hubungan silaturrahim perlu di jaga.

Sepertimana yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, bahawa pada tahun ini kira-kira 23,000 bakal haji Malaysia akan menunaikan rukun Islam kelima. Pihak Tabung Haji akan memastikan aspek keselamatan jemaah menjadi keutamaan dan dipertingkatkan terutama di kawasan strategik.

Penerbangan pertama jemaah haji ke Mekah ialah pada 7 September 2013 manakala penerbangan akhir pada minggu ke dua bulan Oktober 2013.

Bagi Syarikat FELCRA Berhad, stafnya seramai 19 orang telah terpilih untuk menunaikan Fardhu Haji pada tahun ini iaitu terdiri dari 9 orang di Ibu Pejabat manakala 10 orang lagi bertugas di Wilayah. Di Ibu Pejabat, mereka yang terlibat ialah En. Azhari Yahya (Bhg. Pengurusan Sistem Maklumat), En. Ali Mohamed (Operasi Kilang), En. Azhar b. Ahmad (FELCRA Processing Sdn. Bhd), En. Abdullah Sohaini (Cawangan Pembangunan Institusi), En. Mohd Hanafiah b. Ambar (FELCRA Bekalan dan Perkhidmatan), Abd. Malek Jalor (FELCRA Bekalan dan Perkhidmatan), Tn. Hj. Rusli Saidi (FELCRA Urus Estet Sdn. Bhd.), Pn. Fauziah Jaafar (Cawangan Tanah dan Institusi) dan Cik Rabiatul Adawiyah bt. Hj. Rusli (Caw. Aplikasi dan Sistem Maklumat).

Majlis bacaan Yassin untuk mereka di Ibu Pejabat telah diadakan di surau Syarikat pada 6 September 2013 (Jumaat) dipimpin oleh Ustaz Drs. Sapawi b. Che Mat yang dijemput khas dalam program ini. Turut hadir ialah CEO FELCRA Berhad, Dato' Hj. Ramlee b. Abu Bakar serta semua Pengurus-Pengurus Besar Kumpulan.

Selepas bacaan Yassin selesai, Ustaz Drs. Sapawi b. Che Mad yang berpengalaman luas di dalam bidang Pengurusan Haji telah menyampaikan tazkirah ringkas, memberi panduan serta nasihat kepada bakal-bakal haji ketika berada di Tanah Suci nanti. 

Majlis berakhir pada jam 11 pagi dan diikuti dengan jamuan ringan.

Saksikan rakaman video bacaan Yassin serta gambar-gambar sepanjang majlis berlangsung...

Video bacaan Yassin yang telah diupload ke Youtube...


Majlis bacaan Yassin dipimpin oleh 
Ustaz Drs. Sapawi b. Che Mat (jubah putih)...

Di antara staf lelaki yang hadir...

Ustaz Drs. Sapawi b. Che Mat (jubah putih) dan 
CEO FELCRA Berhad Dato' Ramlee Abu Bakar 
sedang membaca surah Yassin...

Kaum Muslimat...






  














Selesai bacaan Yassin, CEO FELCRA Berhad
 menyampaikan sedikit ucapan...





CEO juga berkenan untuk menyampaikan sedikit 
sumbangan berupa wang tunai kepada bakal haji...
Bakal Haji pertama En. Azhari Yahya...

Bakal haji kedua : En. Ali b. Mohamed...

Bakal Haji ke 3 : En. Abdullah Sohaini b. Hassan...

Bakal Haji ke 4 : En. Mohd Hanafiah b. Ambar...

Bakal Haji ke 5 : En. Abdul Malek b. Jalor...

Bakal Haji ke 6 : En. Azhar b. Ahmad... 

Bakal Haji ke 7 : Tn. Hj. Rusli Saidi...

Bakal Haji ke 8 : Pn. Fauziah Jaafar...

Bakal Haji ke 9 : Cik Rabiatul Adawiyah bt. Hj. Rusli...

1 comment: