Saturday, November 16, 2013

ANAK BAPAK...

 

Boss aku sangat suka sedutan filem Anak Bapak ini. Dia minta aku edit filem P. Ramlee ini dan ambil part, P. Ramlee pergi melawat ladang getah milik bapanya A.R Tompel. Boss aku kata semasa dia beri kursus motivasi kepada Pengurus-Pengurus Kawasan dia akan jadikan sedutan filem ini sebagai motivasi kepada mereka supaya mengambil berat akan permasalahan yang dihadapi oleh buruh ladang dan beri bantuan apa yang boleh kepada mereka.

Atas bantuan rakan setugasku En. Anis Abdol Rahman, maka video ini berjaya diedit sepertimana yang dikehendaki oleh boss. 

Pada pandangan aku, buruh-buruh yang ada di Syarikat tempat aku bertugas telah diberi segala kemudahan yang secukupnya. Kemudahan rumah kongsi yang selesa, gaji yang dibayar sangat lumayan dengan syarat mereka mesti rajin bekerja, 

Tapi jangan buruh saja yang diberi perhatian, kebajikan Pengurus-Pengurus ladang juga hendaklah diambil berat kerana mereka inilah yang menjadi nadi syarikat. Jika mereka boikot  kerana tidak berpuashati, maka Syarikat akan menanggung rugi.

1 comment:

  1. Semoga Allah memberi kebaikan ke atas roh Tan Sri P. Ramlee yg filmnya byk beri pengajaran pada masyarakat utk dijadikan pedoman.

    ReplyDelete