Islamic Widget

Pendapat Anda Tentang Blog Ini....

Sunday, February 24, 2013

LAWATAN KERJA KE WILAYAH SABAH...

Seawal 3.30 pagi aku telah meninggalkan rumah untuk ke pejabat yang terletak kira-kira 25 km di Jalan Rejang, Setapak, Kuala Lumpur untuk ke Wilayah Sabah dalam satu tugas khas iaitu Lawatan Pemeriksaan Harta FELCRA Berhad Untuk Tujuan Pelupusan yang berupa kenderaan yang digunakan ladang seperti traktor, Pacuan empat roda, besi-besi dan sebagainya.     

Aku tiba di Pejabat kira-kira jam 4 pagi. Setelah mengunci kereta dan memastikan semua barang-barang keperluan telah dikeluarkan, maka aku terus ke lobi dan menuju ke mesin ATM untuk mengeluarkan sedikit wang buat perbelanjaan semasa di Sabah nanti. 

Sementara menanti En. Mohd Farizal Awang dari Bhg. Pentadbiran sebagai ketua dan En. Kamarul Hisham dari Bahagian Khidmat Teknikal tiba kira-kira jam 5 pagi nanti, aku mengambil kesempatan naik ke tingkat 5, Bahagian Inspektorat (tempat aku bertugas) untuk email kepada semua staf memaklumkan bahawa gambar-gambar Program PPSKdi Sri Makmur yang berlangsung pada 16 Februari 2013 (Sabtu) telahpun dikemaskini di dalam blog untuk dikongsi bersama.    

Walaupun hati merasa sedikit takut dan seram (jam 4 pagi beb...) berikutan gangguan makhluk halus yang sering di alami oleh ramai kawan-kawan yang 'stayback' hingga jauh malam sebelum ini, tetapi sebagai seorang lelaki macho, aku terpaksa buang sifat penakut tersebut jauh dari lubuk hati dan seterusnya bertawakkal kepada Allah supaya aku terhindar dari gangguan-gangguan tersebut. Aku meminta bantuan dari seorang pengawal keselamatan yang bertugas pada pagi itu untuk membuka pintu utama yang dikunci dan selepas pintu utama dibuka aku menggunakan kad TMS kepunyaanku pula untuk memasuki satu lagi pintu sebelum dapat memasuki pejabat.  

Alhamdulillah, setelah hampir 45 minit aku di dalamnya dan telah selesai melakukan tugas tanpa sebarang gangguan, aku mendapat panggilan telefon dari Farizal bahawa beliau, Kamarul dan Razlan (Lan) yang akan menghantar kami ke LCCT telahpun tiba. Tanpa berlengah iaitu kira-kira jam 5 pagi, Kamipun bertolak ke LCCT dan perlu check In seawal jam 6.20 pagi kerana jadual penerbangan telah di tetapkan iaitu pada 7.20 pagi yang akan mengambil masa selama 2 jam 50 minit untuk tiba di lapangan terbang Tawau.      

Lawatan selama 5 hari bermula 18 hingga 22 Februari ini akan tertumpu di Lahad Datu, Sandakan, Kudat/Kota Marudu, Kota Kinabalu dan Sipitang, manakala pejabat-pejabat yang akan dilawat pula ialah FB. Kawasan Lahad Datu dan Estet Danum (18hb), Kawasan Kinabatangan dan Telupid (19hb), Estet Perdana dan Estet Sg. Ruku-Ruku (20hb), Pejabat PBW Sabah dan Kawasan Kudat (21hb) dan akhir sekali Kawasan Beaufort (22hb). Pasukan kami akan bertolak balik ke Kuala Lumpur melalui Kota Kinabalu sebaik sahaja selesai lawatan ke Beaufort pada 22hb. nanti 

Ketibaan kami di Lapangan Terbang Tawau pada jam 10 pagi disambut oleh En. Khalil, Pengurus Pentadbiran, En. Malik, Eksekutif  Teknikal dan En. Nurdiman, Pilot yang akan membawa kami ke semua lokasi. Ketiga-tiga mereka ini bertugas di Pejabat Pengurus Besar Wilayah Sabah.

Artikal ini adalah satu artikel yang panjang dan semua lawatan akan dimuatkan kedalam satu tajuk ini sahaja. Kepada mereka yang berminat untuk membacanya, maka silalah membaca sehingga keakhirnya dan kepada yang tidak berminat pula, sekurang-kurangnya hayatilah gambar-gambar lawatan yang sempat dirakam supaya kita sebagai staf Syarikat tahu dan insaf akan keadaan kawasan dan masalah yang di hadapi oleh mereka di sana.       

******************************************************************

 Peta Negeri Sabah...

**************************************************************************************
 
18/2/2013
  FELCRA BERHD ESTET DANUM

Estet Danum terletak di km 15, jalan Lahad Datu - Tawau. Kedudukan pejabat ladang pula adalah 13 km dari simpang Lahad Datu - Tawau. Ianya diketuai oleh Tn. Hj. Md Azizan b. Harun sebagai Pengurus Kawasan Estet dan dibantu oleh seramai 14 orang lagi staf ladang dan pentadbiran.

Jumlah projeknya adalah sebanyak 13 buah dengan tanam sawit seluas 3,265 hektar. Keadaan topografi kawasan ini adalah 20% berbukit tinggi, 40% berbukit rendah dan 40% tanah rata/pamah. 

Pada keseluruhannya, prestasi Estet Danum adalah baik tetapi beberapa perkara perlu diberi perhatian supaya pengeluaran hasil dapat ditingkatkan iaitu kerja-kerja penyelenggaraan jalan pertanian yang baik, pembajaan yang menepati jadual, membuat kerja-kerja penjarangan pokok rapat dengan segera dan menuai dengan kaedah mekanisasi yang mana dengan secara tidak langsung akan dapat meminimumkan kerosakan jalan pertanian akibat jentera berat (traktor besar) dan sekaligus juga dapat mengurangkan kos penjagaan jalan pertanian tersebut.  

Di Estet ini, kenderaan yang akan dilupuskan adalah Case 580M, Ford Transit, Hitachi Excarator EX 120, Traktor Landini (2 buah), Kioti DK 90 (2 buah), MF Traktor, Compactor Dynapac, Toyota Double Cab dan Trailer 4 tan 7 unit.


Pasukan kami tiba di Kawasan Estet Danum dari Airport Tawau 
jam 12.53 tengahari iaitu kira-kira 1 jam 30 minit perjalanan.

Pejabat Estet Danum...

Pemandangan persekitaran Estet Danum...

Papan Kenyataan Target Hasil untuk tahun 2013... 

 En. Md. Azizan Harun, Pengurus Kawasan Estet Danum, (duduk) 
diapit oleh  En. Farizal (kiri sekali) diikuti oleh Kamarul, 
Malik, AJ dan En. Khalil (duduk kanan)
 
Ladang sawit Estet Danum...


Pemandangan di dalam pejabat...

Semasa lawatan, pasukan kami bertemu 
pasukan Audit Dalam dari HQ, KL yang turut 
membuat pemeriksaan di pejabat yang sama... 
Mereka ialah dari kiri: En. Azman Yasa, En. Munawer 
dan En. Mohd Noor Basirun dan seorang staf estet...

 Tn. Hj Azizan sedang melayan kami menikmati 
makan tengahari yang disediakan oleh tukang masak pejabat...


KENDERAAN YANG AKAN DI LUPUSKAN...

 Case 580 M...

 MG Komatsu...
Buldozer D6D...

Hitachi Excarator EX 120...


 Tractor New Holland

Traktor Landini...

Toyota Double Cap

Van Hiace...

Pandangan dalam van...

Toyota Hilux


Tractor Kioti...

 Treler...

Besi buruk...




Side Discussion...


Pemeriksaan dokumen di office...


Pasukan kami selesai membuat pemeriksaan pada jam 3.30 petang dan selepas mengucapkan terima kasih kepada Pengurus Kawasan Estet dan semua staf, kami pun meneruskan perjalanan ke Pejabat Kawasan Lahad Datu untuk tugas seterusnya.

****************************************************************
18/2/2012
FELCRA BERHAD KAWASAN LAHAD DATU

Perjalanan ke Pejabat Kawasan Lahad Datu mengambil masa hampir 30 minit dari Estet Danum. Keadaan jalan yang tidak rata dan berlopak-lopak membuatkan kami merasa sedikit letih di tambah pula dengan banyaknya sekatan jalanraya dilakukan oleh pasukan keselamatan  berikutan insiden pencerobohan oleh sekumpulan warga asing bersenjata yang dilaporkan membuat dua tuntutan daripada Kerajaan Malaysia iaitu mereka mahu diiktiraf sebagai Tentera DiRaja Kesultanan Sulu dan yang keduanya menggesa Kerajaan Malaysia agar tidak menghantar balik rakyat berketurunan Sulu yang tinggal di Sabah.

Usaha memujuk kumpulan bersenjata tersebut supaya meninggalkan kawasan itu sedang giat dijalankan oleh pasukan keselamatan. Sepanjang operasi tersebut, pihak ATM membantu dari segi operasi pemantauan ke atas kumpulan tersebut di samping bersedia menghadapi segala kemungkinan yang bakal berlaku. 

 Pasukan ATM bersedia 
menghadapi segala kemungkinan...

Adalah di harapkan semua krisis ini akan dapat diselesaikan dengan cara yang baik oleh pasukan keselamatan demi kepentingan dan keselamatan rakyat dan negara.
 
FELCRA Berhad Kawasan Lahad Datu diketuai oleh En Ramli b. Mat sebagai Pengurus Kawasan dan dibantu oleh stafnya seramai 7 orang iaitu 2 orang staf ladang, 4 orang staf Pentadbiran dan seorang staf sosial.

Keseluruhan kawasan bertanam adalah 723.31 hektar dengan jumlah projek sebanyak 8 buah. 

Keadaan ladang bagi kebanyakan projek P&P adalah baik dan terkawal, kecuali kerja Memelihara Kawasan Tanaman (MKT) yang memerlukan tindakan susulan kerana terlewat jadual. Penubuhan Pasukan 'Fertilizer Rapid Team' atau 'FIRST' yang akan bertindak sebagai pasukan gerak pantas kearah menyelesaikan kerja-kerja pembajaan selepas bekalan diterima bagi semua projek.     

Kenderaan ladang yang hendak dilupuskan di Kawasan ini adalah sebanyak dua buah iaitu Mitsubishi Pajero dan traktor John Deer.

Pejabat Kawasan Lahad Datu terletak 
di sebuah rumah kedai di pekan Lahad Datu...

En. Ramli Mat, Pengurus  Kawasan (baju merah) 
sedang menunjukkan dokumen kenderaan 
yang hendak dilupuskan...    


Bandar Lahad Datu terletak di tepi laut....


 Pada sebelah malam, kami diraikan makan malam 
oleh Tn. Hj. Md. Azizan dengan makanan seafood...


Udang, ketam dan sotong sedia untuk direbus dan dibakar...


En. Ramli Mat (baju biru) Pengurus Kawasan
 FELCRA Bhd. Lahad Datu...


 Tempat penginapan kami di Lahad Datu...

 *************************************************************************
19/2/2013
FELCRA BERHAD KAWASAN KINABATANGAN 

Selepas bersarapan di cafe hotel, kira-kira jam 8 pagi, pasukan kami pun bergerak ke FELCRA Berhad Kawasan Kinabatangan yang mengambil masa 1 jam 30 minit untuk sampai di ladangnya iaitu projek Koperasi Sukau kerana di sini terdapat 3 buah kenderaan ladang yang hendak dilupuskan iaitu 2 buah Isuzu Invader dan sebuah lagi Traktor John Deer. 

FELCRA Berhad Kawasan Kinabatangan mempunyai 2 buah projek iaitu Koperasi Karamunting dengan luas tanamannya 381.250 hektar dan Koperasi Sukau seluas 427.850 hektar. Jumlah keseluruhan kawasan bertanam adalah 809.10 hektar.

Kawasan ini di ketuai oleh seorang Pengurus Kawasan yang masih muda iaitu En. Johar b. Mohd Noh dan dibantu seramai 5 orang staf iaitu 2 orang staf ladang, 2 orang staf pentadbiran dan seorang lagi bertindak sebagai staf sosial. 

Terdapat seramai 20 orang tenaga buruh Indonesia untuk kerja-kerja MKT dan 45 orang untuk kerja-kerja penuaian dan loader manakala jumlah pekerja Am dan Mandor pula adalah seramai 12 orang. 

Semua ladang ditanam dengan kelapa sawit dan telah berhasil 10-11 tahun lalu. setiap projek mempunyai pejabat ladang masing-masing manakala Pejabat Pentadbiran Pengurus Kawasan terletak di Pekan Kinabatangan.  

Pejabat ladang Koperasi Sukau...


Sebuah lagi Isuzu Invader yang hendak dilupuskan...

Traktor John Deer ini juga akan dilupuskan...

 Pandangan dari sisi kiri...

Pandangan dari sisi kanan...

Projek Koperasi Karamunting...

Isuzu Invader yang akan dilupuskan...

 Pandangan dari dalam kenderaan Isuzu Invader....

 Mini Traktor Kubota yang masih digunakan...


Hasil sawit yang sudah dikumpulkan untuk dihantar ke kilang...

Bergambar ramai selepas tugas-tugas pemeriksaan selesai.
dari kiri: Supardi Latif (Pengurus projek), Kamarul Hisham, AJ, 
Mohd Farizal,  Johar Mohd Noh (Pengurus Kawasan) dan En. Khalil...

Selepas mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengurus Kawasan, Pasukan kami pun bergerak meninggalkan Kawasan Kinabatangan pada jam 12.05 minit tengahari untuk menuju ke Kawasan Telupid yang mengambil masa 2 jam 30 minit untuk tiba di sana.

***********************************************************************************************
19/2/2013
FELCRA BERHAD KAWASAN TELUPID 

Keadaan jalan yang berselut dan berlumpur akibat hujan lebat menyukarkan perjalanan kami menuju ke pejabat Kawasan dan kuarters penempatan staf. Sebelum itu kami terpaksa menyeberang Sungai Meliau dengan perkhidmatan feri yang disediakan terlebih dahulu untuk tiba di tebing bagi meneruskan perjalanan ke Kawasan. Jaraknya adalah lebih kurang 150 ke 200 meter. tambang yang dikenakan adalah sebanyak RM15 bagi sehala dan RM30 bagi dua hala.   

Ketibaan kami pada jam 2.30 petang disambut mesra oleh Pengurus Kawasan iaitu En. Muhammad Hairulizam b. Muhammad Nor dan semua staf kawasan yang ada. Apa yang lebih menggembirakan aku ialah apabila bertemu kawan lama iaitu En Mustafa Abdul Latif, berjawatan Penolong Eksekutif Kanan yang sudah hampir 20 tahun tidak bertemu. Kami pernah bertugas di Ibu Pejabat yang ketika itu terletak di Jalan Bunus, Kuala Lumpur sekitar tahun 1984 dahulu. Ketika itu En. Mustafa bertugas di Bhg. Kewangan tingkat 4, manakala aku di Cawangan Perjawatan di tingkat bawah bangunan yang sama.  

FELCRA Berhad Kawasan Telupid mempunyai keluasan tanaman seluas 995.35 hektar dengan tanaman kelapa sawit dan telah berhasil sejak 7 - 9 tahun lalu. Pejabat Kawasan terletak di dalam ladang beserta dengan kuarters staf. Ini merupakan satu kelebihan 'Strength' kerana membolehkan mereka bekerja dan memantau ladang sepenuh masa.

Laporan greding 3C (Crop, Cost & Conditioned) bagi suku tahun ke 3 menunjukkan kawasan berada di tahap Terbaik dengan markah 91% berbanding tahap terkawal semasa laporan suku tahun kedua dikeluarkan.iaitu dengan markah 89%.  

Kawasan Telupid mempunyai 3 projek iaitu projek Kg. Kiabau (592.84 hek), Kg. Ansuan (82.780 hek) dan Kg. Baba (319.728 hek). Jumlah keseluruhan luas bertanam Kawasan Telupid ialah 995.350 hektar.

Jumlah Staf adalah seramai 6 orang terdiri dari seorang Pengurus Kawasan iaitu En. Mohd Hairulizam b. Mohd Noor, dibantu 3 orang staf ladang, dan 2 orang staf pentadbiran. 

Di Kawasan ini terdapat 2 buah kenderaan yang akan dilupuskan iaitu Isuzu Rodeo dan Isuzu Invader.

Jalan perhubungan melalui 
Sungai Meliau dengan feri yang disediakan...


Papan tanda yang dipasang Kawasan Telupid... 

Pemandangan indah Kawasan Telupid...


Kuarters staf... 

Jalan masuk ke ladang...

Rumah rehat...

Ladang Kawasan...

Muhammad Hairulizam b. Muhammad Nor, 
Pengurus Kawasan Telupid, baju hijau, 
manakala En. Mustafa Abdul Latif (2 kiri) 
kawan lama yang sudah hampir 20 tahun
 tidak bertemu.Beliau berasal dari Beranang, Selangor
dan kini mempunyai 2 isteri...(ayat mesti power)...

Isuzu Rodeo yang hendak dilupuskan...


Isuzu Invador juga hendak dilupuskan...


Semakan dokumen sedang dibuat...

Sekolah FELCRA Telupid...

Kedai Runcit Tetap Untung....

Pandangan di dalam Pejabat Kawasan Telupid...

2 orang anak staf yang sudi bergambar....
Terima kasih anak-anakku, besar nanti 
berbakti untuk agama dan negara...

Selepas mengucapkan terima kasih kepada Pengurus Kawasan dan semua staf, pasukan kami bergerak meninggalkan Kawasan jam 4 petang menuju ke Bandar Sandakan untuk bermalam di The Pavilion Hotel yang mengambil masa 4 jam untuk tiba.

 The Pavilion Hotel...

 ******************************************************
 20/2/2013
FELCRA BERHAD ESTET PERDANA

Estet Perdana terletak di km. 26, jalan Sandakan - Telupid iaitu kira-kira 30 km dari Pekan Telupid. Kedudukan pejabat ladang adalah 11 km dari simpang Sandakan - Telupid. Estet ini terletak di Daerah Beluran, Sandakan, Sabah.

Estet Perdana diketuai oleh En. Mohd Pauzi b. Salleh sebagai Pengurus Kawasan Estet yang baru bertukar kesini lebih kuran 5 bulan yang lalu. Beliau dibantu oleh 7 orang lagi staf yang terdiri dari 4 orang staf ladang, 2 orang staf pentadbiran dan seorang kondaktor.   

Estet ini mempunyai 13 fasa dan keluasan bertanam keseluruhannya adalah seluas 1,573.50 hektar dengan tanaman sawit. Keadaan topografi kawasan ini adalah 38% berbukit tinggi, 58% berbukit rendah dan 4% tanah rata/pamah.

Pada keseluruhannya prestasi Estet Perdana meningkat tetapi perlu ditingkatkan lagi dengan beberapa perkara yang perlu diambil perhatian seperti penyelenggaraan jalan pertanian yang baik, pelepah tidak di pangkas berlebihan, pembajaan yang menepati jadual dan kadarnya dan melakukan kerja-kerja penjarangan pokok dengan segera.

Terdapat 7 jenis kenderaan yang hendak dilupuskan di sini iaitu Toyota Hilux, Ford 5640, Landini Atlas 85 (2 buah), Treler 200 gelen, Treler 4 tan dan leveleg bucket.

Papan tanda Estet Perdana dipasang di pintu masuk...


 Pejabat Kawasan Estet Perdana...

Kawasan persekitaran Estet Perdana...


Peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh pekerja.... 

Toyota Hilux yang hendak dilupuskan...

Bengkel kenderaan...

 
Traktor yang hendak dilupuskan...





 

 En. Mohd Pauzi Saleh, Pengurus Kawasan Estet 
di bengkel kenderaan...

Kedai makan dan kedai runcit...

Papan tanda mengucapkan selamat jalan
 kepada pelawat-pelawat yang datang...

***************************************************
20/2/2013
FELCRA ESTET SG. RUKU-RUKU

Estet Sg. Ruku-Ruku terletak bersebelahan Estet Perdana, walaubagaimanapun perjalanan menujunya mengambil masa 2 jam 30 minit berikutan jalan masuknya yang terlalu sukar, tidak rata dan berbukit-bukit. 

Ia diketuai oleh Pengurus Kawasan yang masih muda iaitu En. Mohd Bukhari b. Talim dan dibantu seramai 6 orang staf yang terdiri dari 3 staf ladang, 2 staf pentadbiran dan 1 orang kondaktor ladang.

Luas bertanam kelapa sawitnya adalah 1,581 hektar. Pencapaian hasil kawasan sehingga Sept 2012 adalah 17,228.96 mt. iaitu 104.55%, pendapatan bagi tempoh yang sama adalah RM3,432.464.81 manakala keuntungan bagi tempoh yang sama juga adalah RM494,740.00.

Tenaga kerja yang ada berjumlah 162 orang terdiri dari warga tempatan seramai 3 orang dan tenaga kerja Indonesia 159 orang.Kesemua tenaga kerja tinggal di rumah pekerja yang baru siap dibina manakala rumah pekerja yang lama akan dirobohkan. Pada masa ini semua staf masih tinggal di kuarters staf yang diperbuat dari kayu sementara menanti rumah batu yang baru sudah hampir siap dibina yang akan memberikan keselesaan kepada mereka.

Bekalan air adalah tadahan dari air bukit yang mengalir dan ditakungkan dan ianya tidak dirawat manakala tenaga elektrik menggunakan genset.

Terdapat 15 pintu rumah tenaga buruh akan dilupuskan, ramp kayu 2 bay, Toyota Hilux 2.8 Double Cab, Toyota Single Cab, Treler 3 tan 2 unit, Traktor New Holland 2 buah dan sebuah Traktor Landini 

Papan tanda Estet Sg. Ruku-Ruku...

Rumah pekerja yang akan dilupuskan berjumlah 15 pintu...


 Bekalan air bukit yang ditakungkan...

Istilah cinta yang difahami oleh penghuni rumah ini...


Rumah pekerja yang baru siap dibina dari batu 
menggantikan rumah kayu yang akan dirobohkan.... 




Pandangan persekitaran Estet Sg. Ruku-Ruku...

 Kandang budak atau nursery...
Tadika untuk anak-anak staf dan pekerja Estet Sg. Ruku-Ruku...

Ladang sawit Estet Sg. ruku-Ruku...



Rumah untuk staf Estet yang hampir siap dibina... 




Ramp...


Pandangan dari atas bukit dan kawasan rumah baru
 ke kawasan persekitaran Estet...

Kenderaan ladang yang akan dilupuskan...


Surau Al Iman... 

Sebahagian lagi kenderaan yang akan dilupuskan...


Rumah genset...


Stor baja...

Rumah kedai yang baru siap dibina dan belum digunakan lagi...

Stor kimia dan peralatan Estet...

Kantin Estet...

Pejabat Estet...

Rumah Pengurus Kawasan Estet dan Penolong Pengurus. 
Rumah ini akan dijadikan rumah rehat apabila 
mereka berpindah kerumah baru nanti...

En. Mohd Bukhari Talim, Pengurus Kawasan 
Estet Sg. Ruku-Ruku (2 dari kanan)
 bergambar bersama team pelupusan.  

Sebuah lagi rumah yang dihuni oleh staf Estet...

Sebelum pulang, kami dijamu makan tengahari 
di rumah Pengurus Kawasan Estet... 

Ramp yang masih digunakan...

Papan tanda yang mengucapkan selamat jalan 
kepada kami pada jam 2.32 minit petang.
*******************************************************************
21/2/2013
FELCRA BERHAD KAWASAN KUDAT 

FELCRA Berhad Kawasan Kudat  mempunyai 5 buah projek di bawah pentadbirannya iaitu Koperasi Kumbatang (83 hek), Kg. Sebayan (102 hek), Kg. Marudu Laut (115 hek), Kg. Rosob (174.56 hek) dan Kg. Pakuh (132.63 hek). Jumlah luas keseluruhan kawasan bertanamnya adalah 607.27 hektar. 

Kesemua fizikal ladang adalah berpotensi untuk menyumbang kepada penghasilan yang tinggi dengan syarat pihak ladang mesti mematuhi segala amalan agronomi dengan betul seperti mengekal dan meningkatkan mutu MKT, memastikan pruning sentiasa terkawal, penuaian merangkumi keseluruhan kawasan, pengurusan air dengan sempurna dan pembajaan mengikut sepertimana pengesyuran. 

Kawasan Kudat diketuai oleh En. Ismail Hasanon yang bertindak sebagai Pengurus Kawasan dan dibantu oleh 8 orang staf iaitu 2 orang staf ladang, 4 orang staf pentadbiran, 1 orang staf sosial dan 1 orang pemandu.

Tenaga buruh yang ada berjumlah 86 orang iaitu 40 orang untuk kerja penjagaan/am dan 46 orang untuk kerja-kerja penuaian.

Jumlah kenderaan ladang yang hendak dilupuskan adalah sebanyak 3 buah iaitu 2 buah Isuzu Rodeo dan sebuah Toyota Hilux.

Pejabat Kawasan Kudat dan Pantai Barat Utara 
terletak di rumah kedai di pekan Kota Marudu...

Pemandangan di dalam pejabat...

Isuzu Rodeo yang hendak dilupuskan...



Sebuah lagi Isuzu Rodeo yang hendak dilupuskan...



Sebuah Toyota Hilux yang hendak dilupuskan...



Bangunan yang dalam perancangan untuk 
dijadikan pejabat Kawasan Kudat yang baru kerana 
mempunyai ruang yang lebih besar dan selesa...  


 Ia terletak di satu kawasan perdagangan 
yang baru berhampiran pejabat lama...



 En. Rimbun b. Nursaid, Pen. Eks. Ladang (baju oren)  
dan Enn. Mohd Ghazali (baju kuning) mengiringi 
lawatan kami semasa di Kawasan Kudat  

Selepas mengucapkan terima kasih kepada mereka, pasukan kami pun bergerak untuk menuju ke Pejabat Pengurus Besar Wilayah Sabah yang terletak di Kota Kinabalu yang mengambil masa 2 jam 30 minit untuk sampai kerana terdapat 3 buah Isuzu Invader yang hendak dilupuskan di sana.


  ***************************************************

21/2/2013
PEJABAT PENGURUS BESAR WILAYAH SABAH

Pejabat Pengurus Besar Wilayah Sabah...




 Gambar di atas menunjukkan 3 buah Isuzu Invader
 yang hendak dilupuskan...
 

Bergambar di kaunter pertanyaan...
dari kiri: Cik Lisa (Unit Program Bantuan Rumah (PBR), 
Pn. Muryati Munir (Unit Perolehan), AJ dan Farizal...  

Hotel Grand Borneo tempat kami menginap 
ketika di Kota Kinabalu...

*************************************************************
22/2/2013
FELCRA BERHAD KAWASAN BEAUFORT

FELCRA Berhad Kawasan Beaufort di ketuai oleh En. Mustafa b. Abdullah sebagai Pengurus Kawasan dan dibantu oleh 5 orang staf yang terdiri dari 2 orang staf pentadbiran, 2 orang staf ladang dan 1 orang staf sosial.

Projek-projek di bawah pentadbirannya ialah Ulu sipitang, Batu 6, Gantua dan Sapok. Keseluruhan luas bertanam ialah 831.07 hektar.

Tenaga kerja bagi kerja-kerja MKT ialah 19 orang, Penuai + Loader 39 orang dan pekerja Am dan Mandor 28 orang.

Pejabat Kawasan Beaufort...

Carta Organisasi Kawasan Beaufort...





 Kisah-kisah kejayaan Syarikat
 diabadikan di papan kenyataan...


En. Erwan b. Jaimin, Pen. Eks Kanan (Ptd) 
mengiringi semasa lawatan kami dibuat...
Pejabat Kawasan terletak di rumah kedai pekan Beaufort


Projek Ulu Sipitang dibawah pentadbiran Kawasan Beaufort...

Ladang Ulu Sipitang...

Traktor Kubota L 2500 DT yang hendak dilupuskan...






Stor baja...

Tandan sawit yang sudah dituai menanti untuk dipungut...



Bergambar ramai setelah tugas-tugas selesai... 

Bergambar bersama 2 orang pekerja...

Selepas mengucapkan terimakasih kepada En. Erwan, maka kamipun meninggalkan kawasan Beaufort untuk menuju ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu untuk pulang ke Kuala Lumpur dengan penerbangan pada jam 4.20 petang.  

Ketibaan kami di LCCT pada jam 6.50 minit petang disambut oleh En. Razlan yang sebelum itu turut menjemput En. Yusof Razali dari Bahagian Perolehan di KLIA yang mengiringi Pegawai dari Kementerian Luar Bandar yang turut membuat lawatan ke Sabah pada tarikh yang sama dengan pasukan kami.  

Sekian.