Monday, February 3, 2014

CUTI-CUTI MALAYSIA (BERSANTAI DI PANTAI CHERATING, KUANTAN, PAHANG...)

Cuti Tahun Baru China 2014 sangat panjang kerana bersambung dengan cuti Hari Wilayah Persekutuan bermula Jumaat hingga Isnin selama 4 hari dan perlu dimanfaatkan dengan sepenuhnya kerana jika tidak dirancang dengan sebaiknya akan membuatkan kita merasa bosan. 

Aku dah berjanji dengan isteri dan anak-anak untuk pergi bercuti di pantai Cherating iaitu sebuah pantai peranginan yang sangat popular dan terkenal di sebelah Pantai Timur. Mengikut alamat surat menyurat, Cherating terletak di Kuantan, Pahang yang jauhnya lebih dari 59 km. berbanding dari bandar Kemaman, Terengganu, jauhnya hanya lebih kurang 15 km. sahaja dan mengambil masa kira-kira 15 minit dengan menaiki kereta untuk tiba di bandar tersebut.

Pantai Cherating sangat sesuai untuk dikunjungi oleh segenap lapisan masyarakat kerana di sini mempunyai semua kemudahan yang diperlukan seperti resort, chalet, restoran, kedai barangan cenderahati, surau dan sebagainya. 

Di samping pokok kelapa yang berbuai-buai, pemandangan kita akan terpaku melihat keindahan pantainya yang bersih dan air lautnya yang sangat jernih.
 
Lautnya yang luas dan menghijau menambahkan lagi keindahannya. Kelab Mediterranean (Club Med) yang pertama di Asia juga terletak berhampiran.

Pantai Cherating ini juga terkenal dengan aktiviti luncur air dan sering menjadi tumpuan pelancong Eropah untuk datang ke sini.

Walaupun banyak kemudahan resort dan chalet disediakan dengan bayaran sewa yang berpatutan, tetapi oleh kerana aku mengambil mudah dan tidak membuat tempahan awal menyebabkan aku dan keluarga tidak dapat bermalam di tepi pantai sambil mendengar bunyi ombak memukul pantai yang mengasyikkan. 

Mujurlah terdapat banyak hotel-hotel di bandar Kemaman yang boleh disewa. Kami bernasib baik kerana bilik yang disewa di hotel Mehram dan baru beroperasi kira-kira 2 tahun yang lalu sangat cantik, bersih dan selesa di samping ruang dalamnya yang luas. Walaupun sewanya RM190 sahaja semalam untuk family room, aku rasa sangat berbaloi kerana ia turut dilengkapi kemudahan WIFI sehingga ke dalam bilik serta Astro. Minuman panas percuma yang siap dibancuh di dalam mesin turut disediakan di ruang legar seperti Moca, Coppuchino, Milo, Kopi dan Nescaffee. Kita boleh minum seberapa cup yang kita suka dan boleh sambung minum di dalam bilik kerana minuman 3 in 1 turut dibekalkan. Disebabkan suasana itu aku tidak teragak-agak untuk menyewa satu malam lagi. 

MEMULAKAN PERJALANAN.

Kami memulakan perjalanan dari rumah di Serdang, Selangor pada hari Jumaat pukul 9.00 pagi melalui lebuhraya MRR2 dan sebaik tiba di pintu masuk ke lebuhraya dekat Gombak, berlaku kesesakan yang amat teruk sehinggalah melepasi Genting Sempah dan akhirnya pergerakan trafiknya semakin lancar dan kami tiba di Cherating pada jam 3.00 petang dengan jarak jauh yang direkodkan 309 km. Sebelum itu pada jam 1.40 petang, ketika tiba di surau Sg. Ular, Kuantan. Aku dan dua orang anak lelaki Afif dan Amsyar sempat menunaikan solat fardhu Jumaat bersama-sama penduduk tempatan. 

Ramainya orang sembahyang Jumaat pada hari itu sangat luarbiasa. Aku yang tiba lewat hanya mendapat tempat di tepi kolah/kolam mengambil wuduk menyebabkan seluar yang dipakai menjadi basah ketika aku duduk di antara dua sujud dan tahiyyat akhir sebelum memberi salam.  

Sepanjang 3 hari dua malam di Cherating, kami sempat juga melawat Jeti LKIM Kuala Kemaman dan dapat melihat suasana kesibukan penduduk tempatan dan pelancong dalam negeri membeli ikan segar yang baru dinaikkan. Turut dilawat ialah gerai menjual dan membuat keropok lekor dan akhir sekali sebelum pulang ke Kuala Lumpur, kami menghabiskan masa kira-kira satu jam melawat tempat pembiakan penyu.

Kami merasa sangat puas menghabiskan cuti yang panjang pada kali ini tambahan pula negeri Pahang dan Terengganu yang dikunjungi sangat terkenal sebagai negeri pelancungan. Ianya mesti dikunjungi oleh mereka-mereka yang belum pernah tiba di sini. 

Seperti kata pepatah Melayu 'Tak kenal maka tak cinta'

Suasana di dalam bilik sewa di hotel Mehram, Kemaman, Terengganu...


Niat asal nak menyewa di salah satu Resort atau chalet yang disediakan
seperti gambar-gambar di bawah ini tapi apakan daya disebabkan
 tidak membuat tempahan awal maka semuanya penuh... 



































Aku dan isteri...





Anak-anak seramai 4 orang...
Dari kiri: Afif (24), Asfarini (16), Alia (21) dan Amsyar (15)...

Gerai menjual layang-layang...
Harganya serendah RM5 hingga RM15...

Aktiviti biasa di tepi pantai iaitu bermain bolasepak pantai,
 bola tampar dan bermain layang2...




Ada juga yang bermain papan luncur...



Kepada mereka yang haus, bolehlah menikmati minuman air kelapa muda...

Gerai menjual pakaian...


Gerai menjual berbagai jenis topi...



Keindahan pantainya yang bersih dan air lautnya yang jernih
membuatkan  pengunjung yang datang tidak
melepaskan peluang untuk bermandi manda...







Matahari yang hampir terbenam merupakan
satu keindahan semulajadi yang mengasyikkan...

Langit yang membiru...



Pelancung dari Serdang, Seri Kembangan, Selangor
yang memang sukakan pantai peranginan...


GAMBAR LAWATAN KE LKIM KUALA KEMAMAN...
















LAWATAN KE GERAI MEMBUAT DAN MENJUAL KEROPOK LEKOR...











LAWATAN KE SANCTUARY PENYU...
























11 comments:

  1. keluarga bahagia...barakallah...

    ReplyDelete
  2. info yang sangat berguna tq..

    ReplyDelete
  3. Dhani Hayukka Tour Bandung agustus 12, 2015 at 11.15 am

    salam sejahtera tuan/puan semoga senantiasa semua diberikan kesihatan dan dimurahkan rezekinya,amiin.
    Kami disini nak menawarkan sewa kereta tuk Bandung/Jakarta city tour.
    BAgi sesiapa tuan/puan yang dah ada plan tuk bercuti di Bandung/Jakarta dan memerlukan kereta untuk transportasi semasa di bandung/Jakarta boleh
    Call : +6282214441280
    WhatsApp : +6282214441280
    Email : dhanihayukka_1974@yahoo.com
    Fb : dhani hayukka
    dijamin kami bagi harga yang sangat berbaloi & service yang terbaik/layanan 5 bintang ***** insyaAlloh kami Dhani Hayukka
    Mohon maaf tuan/puan apbila ada ayat yang kurang berkenan dalam promotion yang kami tawarkan...


    Nb : yang lebih mahal banyak yang lebih murah pon ada,tapi kami jamin yang terbaik tetap Dhani Hayukka (insyaAlloh)
    jom jom bercuti di Bandung murah jer. TERIMAKASIH

    ReplyDelete
  4. Ustaz Homestay Kuantan ( 013-3604802 )... menawarkan penginapan sebuah rumah RM150 semalam....malam kedua RM 100 ( diskaun )...kami menawarkan malam keempat dan seterusnya cuma RM 50 saja....terima kasih kerana anda membaca hebahan ini.

    ReplyDelete
  5. maaf sy nk tanya...chalet ad tepi pantai x ?? chalet yang murah2..dan selesa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang byk chalet2 di tepi pantai selain gambar2 yg dipaparkan cumanya puan kena booking awal terutamanya di musim cuti sbb pengunjung lebih suka chalet di tepi pantai sbb murah dan sejuk.

      Delete
  6. Terima kasih Tuan. This is what we call sharing.

    ReplyDelete