Sunday, March 16, 2014

CARA MEMBUANG AIR BESAR YANG TERBAIK...


Apa jenis tandas yang anda pakai kat rumah? kalau kita duduk kat taman biasanya ada dua jenis tandas. Satu jenis bertinggung secara tradisi turun temurun yang diajar oleh tok nenek kita dan satu lagi jenis duduk sambil baca surat khabar yang diperturunkan oleh penjajah.

Kalau yang biasa di kampung membesar dalam suasana hulu. Berak bertinggung adalah perkara biasa. Bertinggung atas batang kelapa dan melepaskan bom masuk ke dalam sungai di pagi yang nyaman cukup mengasyikkan. 

Samada kita perasan atau tidak, aksi duduk bertinggung atas batang nyior (kelapa) yang melintang atas sungai dengan gaya yang cukup selamba dan selesa merupakan satu keajaiban jika dipandang oleh orang barat. Kalau tak percaya suruh seorang mat saleh yang anda kenal pergi buat aksi tersebut. Kemungkinan besar dia akan terlentang masuk dalam sungai tu. 

Bagi kita rakyat asia, bertinggung sudah dilatih sejak kecil maka ia menjadi normal dan bersahaja. Ini bukanlah satu posisi biasa bagi orang barat. 

Cerita asalnya kat sini adalah untuk mengingatkan kita agar kembali kepada posisi asal berak kita secara tradisi. Buang saja tandas jenis duduk dari rumah kita dan gantikan dengan jenis bertinggung. Sebabnya adalah lihat rajah yang saya lampirkan. 


Berak duduk membuatkan usus tercekik dan najis tidak dapat dilepaskan dengan lancar. Ini membuatkan banyak kesan kekotoran dan keracunan tertinggal dan di serap semula ke atas. Lebih parah lagi jika sering diamalkan akan ada kebocoran pada organ lain. 

Mungkin kita perasan dengan angka mereka yang terkena kanser usus yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Di negara asia yang pada suatu masa dahulu adalah tersangat-sangat jarang berlaku. Kanser usus dulu-dulu hanya banyak berlaku di kalangan orang barat. Sebabnya mereka berak duduk dan kita berak bertinggung. 

Bagi mereka dah terbiasa amalkan berak duduk sejak sekian lama, kembalilah ke pangkal jalan. Lihatlah perbezaan kesihatan anda selepas menukar posisi berak. Anda akan dapat rasakan tahap kesihatan yang jauh lebih baik hanya selepas seminggu mengamalkan berak bertinggung. 

Ajarlah anak-anak berak bertinggung. Tak payah nak perkenalkan cara berak duduk sebab ia sedikitpun tak ada faedah untuk kesihatan. 

Sumber : Tranungkite... 

6 comments:

  1. Assalam....Ahmad Jais dan terima kasih sudi jenguk blog erin yg x seberapa ni....erin daftar nuffnang dulu,
    1.http://www.nuffnang.com.my/blogger/register
    email dan password bkn yg log in blog tp yg log in email...
    isi semua information lps tu buka email dan log in melalui email....
    kalau x dpt jgk,contact ni,
    Kuala Lumpur (Malaysia) Office
    Nuffnang Sdn Bhd (762669-K)
    12B-5 & 12B-6, Heritage House,
    33 Jalan Yap Ah Shak,
    50300 Kuala Lumpur,
    Malaysia.
    Office No : +6 03 2694 8828
    Fax No : +6 03 2694 8824

    ReplyDelete
  2. Assalam Erin, terima kasih atas maklumat yang diberi.

    ReplyDelete
  3. Lutut sakit AJ, x leh cangkung lama.... he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Liza nak sakit sekejap ke nak sakit lama....

      Delete
    2. Berak bertinggung ni sunnah nabi.....banyak kebaikan

      Delete
  4. insyaAllah budak2 muda sekarang dah ada kesedaran, dan sedar tak sedar ada kawan saya pernah nasihat antara penjagaan kesihatan wanita juga berkait rapat dengan kaedah berhadas besar ni... dia pesan jarang berhadas besar dan kecil di tandas duduk..... but untuk orang yang sakit, kita kecualikan...

    ReplyDelete