Tuesday, October 7, 2014

PROGRAM IBADAH KORBAN FELCRA BERHAD 1435H...

Buat julung-julung kalinya Syarikat FELCRA Berhad telah mengadakan program Ibadah Korban bagi tahun 1435H bertempat di perkarangan bangunan Ibu Pejabat pada 7 Oktober 2014 bersamaan 12 Zulhijjah 1435H bermula jam 8 pagi hingga 12 tengahari.

Sebanyak 4 ekor lembu telah dikorbankan di mana dua ekor darinya adalah dari staf sendiri manakala dua ekor lagi disumbangkan oleh Syarikat. Program Ibadah Korban ini mendapat kerjasama dari Biro Agama Felcra dan Kelab Kembara Amal Felcra.

Turut menyaksikan acara sembelihan korban ialah Y. Bhg. Dato' Ramlee b. Abu Bakar, CEO FELCRA Berhad serta Pegawai-pegawai Kanan yang lain.

Tukang-tukang sembelih adalah terdiri dari staf Syarikat sendiri iaitu Tn. Hj. Eisa b. Mohamed (Bhg. Perancang Korporat), Tn. Hj. Zainuddin Muhamat (Bhg. Sumber manusia), En. Rafia Ol Husni b. Hj. Ghazali (Bhg. Inspektorat) dan En. Azman b. Ahmad (Bhg. Kewangan). Semasa penyembelihan dibuat, mereka diawasi oleh pakar-pakar yang dibawa khas dari Selayang Baru.

Daging-daging korban selain diagih kepada peserta, turut diagih sama kepada fakir-fakir miskin di sekitar Taman Sri Rampai. Selebihnya telah dimasak untuk jamuan makan tengahari kepada para petugas dan juga kepada semua staf yang ada.  Tugas-tugas memasak diuruskan oleh Syarikat Q'sha Catering. 

Sila klik untuk mengikuti Kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi ismail...

Saksikan gambar-gambar yang sempat dirakam semasa program berlangsung. Maaf jika terdapat gambar-gambar yang sama sebab tak sempat nak pilih dan semua gambar juga tak sempat nak letak caption... 

Kepada mereka yang gambar dia banyak, jangan seronok sangat dan kepada mereka yang turut mengambil bahagian tapi gambar sekeping pun tak ada, jangan pula bersedih kerana tidak disengajakan...Diharapkan mereka ini jangan berputus asa dan cuba lagi di tahun hadapan... 

Klik pada gambar untuk lebih jelas...





























































































































































































26 comments:

  1. Terima kasih Mr. Bloger di atas usaha murni tuan untuk menjadikan bahan ini sebagai tatapan umum dan koleksi berharga FELCRA Berhad... semoga penat lelah tuan mendapat ganjaran yang setimpal dari ALLAH SWT...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Jamil bin Abu. Penghargaan tuan memberi semangat kpd saya utk terus berkarya...

      Delete
  2. Tahun depan bagi la t shirt seragam pada para petugas...baru la nampak gempark sikit. lembu korban pun hormat, jadi taklah dia mengamuk...

    T shirt mesti warna biru gelap...tulis kat belakang "Program Korban Ibu Pejabat FELCRA Berhad 2015...

    ReplyDelete
  3. Terima kasih sebab gambar aku banyak...

    ReplyDelete
  4. Macamana 2 lembu gemok, 2 lembu kurus...harga peserta bayar lain2 ke?...

    ReplyDelete
  5. Tahniah atas kejayaan program Ibadah Korban 2015...

    ReplyDelete
  6. Masa saya kerja tak dak macam ni...

    Tahniah FB
    Tahniah Biro Agama
    Tahniah Kesura
    Tahniah Blogger...

    ReplyDelete
  7. Tahun depan buat lagi tapi bagi peluang juga pada staf baru sebab semalam tengok org lama jer conquere....

    ReplyDelete
  8. 5 bintang untuk abg. AJ....

    ReplyDelete
  9. Patut kena cerita kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail bagi melengkapkan artikel ini supaya ia sentiasa segar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Artikel telah diedit dan diberi link kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail...

      Saya akan cuba memenuhi setiap permintaan dari pembaca...

      Delete
  10. Gambar2 yg dipaparkan sangat menarik dan menggambarkan kemeriahannya...
    Syabas Staf FB...

    ReplyDelete
  11. Banyakkan lagi kisah2 dari Al Quran supaya kita mendapat iktibar darinya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebanyak 24 artikel tentang kisah2 dari Al Quran ada dalam blog ini,
      Sila klik pada label Kisah Dari Al Quran pada TAJUK ARTIKEL IKUT KATEGORI...Tq....

      Delete
  12. Jangan citer jer...daging korban tak dpt pun...

    ReplyDelete
  13. Tahun depan pastikan beli lembu dari Bio Tech sebab gemok2 tapi harga mesti patut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. En. Zainuddin Mohd Yusof, Pengurus Bio Tech sila ambil maklum dan jgn jual mahal sgt...Untung sikit2 cukup la...yg pnting mendapat berkat....

      Delete
  14. Kenapa hang tak ambik gambaq CEO...
    Hang tak pandai bodek la blogger ooiiii...Hampeh.....

    ReplyDelete
  15. Laporan yg lengkap mcm buletin...
    Biasa blog tak byk gambar tapi blog ni banyak gambar2...
    Good job....

    ReplyDelete
  16. Semoga Sykt tuan diberkati Allah s.w.t....

    ReplyDelete
  17. Tahniah warga FELCRA Berhad. Juga syabas kepada tuan tanah Mr AJ atas liputan. Moga usaha tuan tuan mendapat keberkatan.

    ReplyDelete