Sunday, October 11, 2015

KEGANASAN REJIM ZIONIS MEREBAK KE GAZA...


GAZA CITY 10 Okt - Konflik antara Palestin dan Israel yang tercetus di Tebing Barat, kini mula merebak ke wilayah Genting Gaza apabila askar rejim Zionis membunuh tujuh penduduk wilayah yang dikuasai pergerakan Hamas dalam siri pertempuran di sempadan, semalam.

Antara mangsa yang terbunuh dalam keganasan Israel di timur Gaza City dan Khan Younis termasuk seorang remaja lelaki berusia 15 tahun dan lebih 80 orang lagi disahkan cedera.


Setiausaha Agung Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Saeb Erekat mendakwa, kerajaan pimpinan Perdana Menteri Israel, Benja­min Netanyahu melakukan pembunuhan secara beramai-ramai di Gaza selepas konflik selama 50 hari pada pertengahan tahun lalu.

Susulan keganasan terbaharu itu, pergerakan Hamas menggesa inti­fada atau kebangkitan ketiga dilancarkan bagi membalas penindasan dan kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis.

Ketua Hamas, Ismail Haniyeh dalam khutbah Jumaat semalam berkata, penduduk Palestin perlu menguatkan keimanan dan membangkitkan semangat intifada dengan segera.

'Itu merupakan satu-satunya cara untuk membebaskan Palestin dan Gaza (Hamas) akan melaksanakan tanggungjawab membantu inti­fada di Baitulmaqdis selain bersedia berdepan konfrontasi Israel," katanya.

Dalam perkembangan terbaharu di Tebing Barat, pasukan keselamatan Israel menembak mati seorang pejuang Hamas dalam pertempuran lewat malam semalam dan kes tikaman turut mencederakan dua pen­duduk Yahudi.


Angka korban keganasan yang ter­cetus sejak 11 hari lalu meningkat kepada 16 penduduk Palestin dan empat penduduk Israel, manakala lebih 1,500 orang disahkan cedera. - afp/reuter

Sumber : Utusan Malaysia...

No comments:

Post a Comment