Saturday, July 30, 2016

SUASANA MERIAH HARI RAYA DI TINGKAT 5 WISMA FELCRA......

Sambutan Hari Raya anjuran Ibu Pejabat FELCRA Berhad telahpun diadakan pada 15 Julai 2016 bersamaan 10 Syawal 1437H di perkarangan Wisma FELCRA diikuti dengan pejabat Wilayah di seluruh Negara. Tak cukup dengan itu, setiap Bahagian di ibu pejabat turut mengadakan sambutan Hari Raya Aidil Fitri masing-masing yang dibuat di lantai biru kerana ia memang disediakan khas bagi mengadakan sebarang majlis kerana ruangnya yang luas dan dapat menampung kehadiran tetamu jemputan yang ramai.

Syawal sudah sampai ke penghujungnya, sebagai penutup sambutan, Kumpulan Kejuruteraan dan Perkilangan, Kumpulan Perladangan dan Syarikat Permodalan Sdn. Bhd yang berpejabat di tingkat 5 telah bersepakat untuk mengadakan sambutan Hari Raya secara bersama. Untuk itu, satu mesyuarat telah diadakan yang dipengerusikan oleh Tn. Hj. Mohd Hanafiah b. Ambar, Pengurus Besar Pentadbiran dan Perolehan Kumpulan Perladangan. Hasil dari mesyuarat tersebut sebuah jawatankuasa kecil sambutan telah ditubuhkan bagi merealisasikan hasrat untuk mengadakan sambutan Hari raya tersebut.

Kata sepakat telah dicapai dan tarikh 29 Julai 2016 bersamaan 24 Syawal 1437H telah dipersetujui untuk sambutan Hari Raya ini diadakan. Tempat yang dipilih dan sesuai bagi sambutan ini ialah di VIP Lounge yang terletak di tingkat 5, Wisma FELCRA.  

Menu yang telah dipilih untuk hidangan para tetamu yang dipertanggungjawabkan kepada Kumpulan Perladangan ialah Nasi Beriani Gam, Lemang serta rendang, kueh mueh, buah-buahan seperti rambutan dan mata kucing serta minuman panas dan sejuk.

Bagi Kumpulan Kejuruteraan dan Perkilangan, menu yang akan disediakan oleh mereka ialah nasi impit, mee kari, laksa, satay dan cendol manakala Permodalan Sdn. Bhd pula bersetuju untuk menghidangkan nasi arab, air dan juga buah-buahan.

Hari yang ditunggu-tunggu telahpun tiba, seawal jam 7 pagi, staf yang bertugas telah mengambil tempat masing-masing bagi melaksanakan tugas yang telah dipertanggungjawabkan. Hasil dari gerak kerja yang tersusun, tugas-tugas menghidang telah selesai dibuat pada jam 9 pagi dimana acara akan bermula pada jam 10 pagi nanti.

Sambutan Hari Raya ini telah dirakam video dan 
kemeriahannya dapat dilihat dari rakaman tersebut... 


Sementara menanti kehadiran para tetamu, kami mengambil kesempatan untuk bergambar. setelah selesai bergambar kami sebagai tuan rumah dibenarkan untuk makan terlebih dahulu kerana selepas ini kami akan sibuk melayan tetamu yang dianggarkan dalam 300 orang yang kebanyakan terdiri dari penghuni Wisma FELCRA ini. 

Oleh kerana jurukamera iaitu Mr. AJ bertugas di Kumpulan Perladangan jadi sudah tentulah ia akan memfokus gambar staf Kumpulan Perladangan terlebih dahulu. Lagipun Kumpulan Perladangan mempunyai staf wanita yang ramai serta cun melecun disamping staf lelaki yang tak kurang hensemnya.     








Selesai merakam gambar staf Kumpulan Perladangan, kamera beliau seterusnya memfokuskan pula kepada staf Kumpulan Kejuruteraan dan Perkilangan serta Permodalan Sdn. Bhd. Ternyata staf wanita kumpulan ini juga tak kurang cantiknya dan staf lelakinya juga macho.































Bagi melancarkan sambutan ini, Pn Norlisuzaimah dan En. Rosli Mat Waris dari Perkilangan telah dipilih menjadi pengacara majlis. Kedua-duanya ternyata berjaya mengendalikan majlis ini dengan baik. 




























































Staf yang bertugas sebagai penyambut tetamu telah bersiap sedia 
untuk menyambut para tetamu jemputan yang akan hadir di pintu masuk...







Tetamu khas dari Bhg. Perolehan iaitu Pn. Hatimah Abdullah
 yang lebih dikenali sebagai Pn. Tinny...


En. Rafiuddin (kanan) dari Kumpulan Perladangan 
turut bergambar bersama COO FELCRA Bhd.

En. Rosli Mat Waris, pengacara majlis berganding dengan Pn. Norli...

Pn. Aznur Azmia dari Bhg. Perkilangan 
di antara staf dan petugas yang paling ceria di pagi ini...

Staf wanita dari Kumpulan Kejuruteraan dan Perkilangan 
sudah siap sedia di gerai mereka yang menyediakan
hidangan laksa, satay dan mee kari...


En. Azizan Md. Akhir (kiri) dari Bhg. Teknikal
 bergambar bersama Tn. Hj. Ahmad Shaari...


Kira-kira jam 9.30 pagi, tetamu khas yang ditunggu-tunggu iaitu Pengerusi FELCRA Berhad Yang Berhormat Datuk Bung Moktar Radin tiba untuk sama-sama memeriahkan sambutan ini. Beliau diiringi oleh CEO iaitu En. Zulkarnain b. Mohd Eusoff dan COO En. Zainal Abidin b. Shariff. Kehadiran mereka disambut oleh En. Haridan b. Saad, Pengurus Besar Kumpulan Kejuruteraan dan Perkilangan. Mereka telah mengambil tempat di pentas khas untuk acara seterusnya iaitu bacaan doa yang akan dipimpin oleh En. Rafia Olhusni Hj. Ghazali dari Kumpulan Perladangan. 




Datuk Bung sedang bersalam dan beramah mesra dengan Para tetamu...

En. Rafia Ol Husni tidak melepaskan peluang untuk bergambar 
dengan CEO FELCRA Berhad, En. Zulqarnain Mohd Eusoff...




En. Rosli Mat Waris meneruskan majlis dengan 
mengumumkan acara membaca doa...  



Dari Kiri: Dato' Mat Roni Zakaria, Tn. Hj. Jahare Abu Bakar dan 
Tn. Hj. Ahmad Shaari turut berada di pentas utama


YB. Datuk Bung Moktar Radin, Pengerusi FELCRA Berhad dan 
CEO FELCRA Berhad En. Zulkarnain Mohd Eusoff... 

En. Zainal Abidin Shariff, (kiri) COO FELCRA Berhad...

En. Rafia Ol Husni sedang memimpin bacaan doa 
sambil diaminkan oleh para tetamu...











Selesai bacaan doa, En. Haridan Saad telah menyampaikan ucapan alu-aluan...



Pn. Hajjah Zuraidah, Pengurus Besar Inspektorat (no. 2 dari kiri) 
bergambar bersama teman-teman setianya...

Kelihatan para tetamu terdiri dari staf dari Bahagian lain
 telahpun memenuhi ruang majlis...

Ain (kiri) bergambar bersama Pn. Fiza Esrakh. 
Kedua-duanya dari Permodalan Sdn. Bhd.

En. Zulqarnain Mohd Eusoff, CEO FELCRA Berhad 
sedang menyampaikan ucapan...


En. Ismi (kiri) dan Tn. Hj Mohd Azmi b. Desa memberikan 
tumpuan sepenuhnya terhadap ucapan CEO...

Sebahagian dari jelitawan FELCRA Berhad di Ibu Pejabat yang turut hadir...


Selepas ucapan CEO, majlis diteruskan dengan 
acara potongan kek salam Aidilfitri sumbangan 
Permodalan Sdn. Bhd. yang akan disempurnakan oleh Datuk Bung...








Dato' Md. Ghazali Abd. Karim, Pegawai Tugas-tugas khas 
di antara tetamu yang diundang...






Acara majlis telah bermula. Kelihatan para tetamu
sedang menikmati hidangan...






Kehadiran tetamu semakin ramai. Keadaan ini menunjukkan 
sambutan Hari Raya di tingkat 5 mendapat sambutan hangat...





Pn. Norhazwani Nadiah diantara tulang belakang yang paling penting. 
Beliau bertanggungjawab menguruskan tetamu jemputan dari kalangan VIP... 






YB. Datuk Bung sedang menikmati jamuan...

En. Sulaiman dari MNE bersama
Tn. Hj. Maruan dari Kumpulan Perladangan...

Pn. Norli terus melontarkan ucapan
memberikan info dari masa ke semasa...



Para tetamu semakin ramai dan mereka kelihatan beratur 
untuk mengambil menu utama iaitu nasi beriani gam...
















Hai Fieza sila makan dan jangan malu-malu yer...

Hai Liana dan Ayu... Jangan malu-malu yer sila lah makan...
buat macam rumah sendiri...





Mek Kelate menunjukkan menu kesukaannya nasi beriani gam..


Pn. Shikin (Kanan) bersama kawan-kawannya dari Kumpulan Peserta.. 

Banyaknya mek ni ambik. Tapi ia bukan untuk dirinya sendiri 
tapi akan dikongsi bersama dengan kawan-kawannya 
yang sedang menunggu di meja makan...

En. Shaiful Azhar sedang membantu Pn. Zaiton 
menuang kuah laksa ke dalam mangkuknya 












Tetamu dari Bhg. Bajet yang diketuai oleh Pn. Gee (tudung kining)....   



Tetamu dari Bhg. Sumber Manusia diketuai oleh En. Nizwan (tengah)...



Tetamu dari Bhg. Kewangan iaitu En. Sazali (tengah) dan En. Najib (kanan). 
Yang kanan tu tak ingat nama...










Pn. Zabidah Ibrahim (tudung coklat) sedang melayan tetamunya 
dari kiri Siti Khatijah, Bedah dan Rohaya...




Satu pos istimewa dari Pn. Melly dan Akilah... 

En. Zainal dan Julia dari Bhg. Khidmat Teknikal...







Pn. Esah Abas (kiri) dari Kawalan Kredit turut hadir sebagai tetamu...

En. Sauki tetamu dari Bhg. Peserta...


Tn. Hj. Ahmad Salleh tetamu dari Usahawan Desa...

En. Samsudin Jumian tetamu dari FELCRA Bina...

Mek dua orang ni tetamu dari FELCRA Niaga
 (Nama kedua-duanya penulis tak tahu)...

En. Hafiz, staf paling hensem di Ibu Pejabat setakat ini. 
Beliau bertugas di Kumpulan Perladangan

Pasangan suami isteri paling ideal di Ibu Pejabat 
En. Isamruddin dan Aznur Azmia...

Senyuman manis dari Cik Ain (Bajet) dan Pn. Azah (Teknikal)... 

Pn. Siti Hawa bertugas di bahagian minuman...