Wednesday, September 28, 2016

KEMBARA MEDIA 50 TAHUN FELCRA BERHAD...

Ketika menerima pelawaan untuk membuat liputan sempena sambutan 50 tahun bersama media melalui 'Program Kembara Media 50 Tahun FELCRA Berhad', ianya sangat-sangat mengujakan. Gandingan bahu bersama-sama dengan wartawan dari akhbar Utusan Malaysia, Sinar Harian, Kosmo, Berita Harian dan Bernama akan menjadi satu kenangan manis dalam memori hidup. Selain wartawan akhbar, Stesen televisyen dari TV3 dan TV Al Hijrah turut dijemput untuk membuat liputan yang akan disiarkan di dalam program-program mereka. Bloggers yang aktif menulis di blog masing-masing juga turut diberi peluang menyertai kembara ini.
  
Selain merakam gambar, video dan menulis berita, aku juga turut berperanan sebagai pembantu Marshall semasa kembara 2 hari 1 malam ini bergerak dari Restoran Jejantas Sungai Buloh menuju ke destinasi yang telah dipilih untuk dibuat liputan. Lokasi-lokasi tersebut adalah Perkampungan Aman Jaya, FELCRA Berhad Kawasan Lekir, Pusat Benih Padi, FELCRA Plantation Seberang Perak, Dataran Koperasi Peserta-Peserta Rancangan FELCRA Seberang Perak Berhad dan Rumah Gen 2 juga terletak di Seberang Perak. 

Hotel Swiss Garden, Damai Laut telah dipilih sebagai tempat penginapan peserta dan jamuan makan malam turut diadakan disitu bersama Pengerusi FELCRA Berhad YB. Datuk Bung Mokhtar Radin yang sudi meluangkan masa bagi menyampaikan amanat dan harapannya kepada semua wartawan yang hadir.

Sebelum itu pada jam 7.30 pagi di Sri Pentas dalam rancangan MHI, TV3 telah mengadakan program khas iaitu program bual bicara bersama Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah YB. Dato' Sri Ismail Sabri b. Yaakob yang mengupas isu, peranan serta kejayaan Syarikat FELCRA Berhad yang telah dicapai sepanjang penubuhannya selama 50 tahun yang lalu.

Sementara menanti program tersebut selesai dan Kembara Media bermula, semua wartawan dikehendaki melapur diri kepada urusetia dan seterusnya mengambil stiker untuk dilekatkan di kenderaan masing-masing supaya mudah dikenali apabila berada di atas lebuhraya nanti. Walaupun kami akan bergerak secara konvoi tetapi tidak mustahil akan ada peserta yang tertinggal dan tersesat jalan semasa Kembara ini bergerak menuju ke destinasinya.

Pihak Pengurusan mengharapkan dengan adanya program seperti ini pihak wartawan dapat berganding bahu dan bekerjasama dalam setiap program yang sedang dan akan dilaksanakan oleh FELCRA Berhad. Semua berita yang mempunyai nilai perlu dilapor dan diketengahkan. Ini penting supaya rakyat tahu selama ini FELCRA Berhad telah banyak melaksanakan program pembangunan untuk rakyat khususnya di luar bandar dan turut berperanan membangunkan ekonomi mereka melalui peluang-peluang perniagaan seperti Industri Kecil dan Sederhana (IKS), ternakan serta tanaman yang boleh menghasilkan keuntungan lumayan.

Turut diwar-warkan ialah slogan Membandarkan Luar Bandar. Slogan ini juga amat penting bagi menggambarkan bahawa rakyat di kampung-kampung juga tidak terpinggir di arus kemodenan contohnya seperti yang terdapat di Perkampungan Aman Jaya, FELCRA Lekir dan Perkampungan Seberang Perak yang mempunyai segala kemudahan asas yang lengkap serta perkhidmatan internet berkelajuan tinggi. Wartawan juga dikehendaki supaya sentiasa jujur dan ikhlas dalam melapurkan setiap berita yang hendak dikeluarkan dan laporan yang dibuat hendaklah sepertimana fakta-fakta yang telah diberikan dan tidak bercanggah sehingga boleh mengelirukan mereka.  

Tn. Hj. Ali Sidek bertindak sebagai Ketua Marshall
sedang menulis nombor di stiker sebelum
diagihkan kepada peserta.  

En. Fauzi Ismail dilantik sebagai
pembantu Marshall...

Kelihatan beberapa orang peserta sedang melekat stiker
 di kenderaan masing-masing...

Dua Syarikat TV yang dijemput
adalah TV Alhijrah dan TV3



Salah seorang blogger yang akan membuat liputan
sepanjang kembara ini berlangsung...





En. Najib Miswan mewakili KESURA yang
diberi tanggungjawab mengendalikan
program ini bersama Korporat Com..



Kumpulan anak-anak muda terdiri dari staf FELCRA Berhad 
yang menganggotai Bikers Club dilantik sebagai pengiring 
yang berperanan untuk mengawal lalu lintas 
serta keselamatan peserta. Mereka di ketuai 
oleh Saudara Yusmizan (kiri)... 


Wartawan yang baru sampai dihendaki 
melapurkan diri kepada urusetia...




Kumpulan Bikers Club mengambil kesempatan bergambar 
dengan Wartawan TV3 Syahira Izzati Yaakob... 





KESEDAR turut menghantar wakil mereka
 dalam program ini...

En. Azman Ahmad wakil KESURA...



Tn. Hj. Hashim merupakan Ketua Media.
Semua wartawan akhbar terletak di bawah seliaannya...
Salah sebuah kenderaan Syarikat yang akan digunakan 
oleh Marshall dalam kembara ini...

En. Fauzi (kanan) sedang membantu En Faizal 
menanggal nombor stiker untuk 
dilekatkan di kenderaan... 




Wartawan penyiaran TV3, Syahira Izzati Yaakob
sedang membincangkan sesuatu dengan petugasnya...

Wartawan Kosmo sedang melekat stiker di keretanya...


Semua Wilayah turut dilibatkan. 
Mereka ini mewakili Wilayah Utara...



Peserta konvoi Wilayah Johor dan Tengah...


Konvoi Wilayah Pahang...


GAMBAR-GAMBAR SEMASA MAJLIS MAKAN MALAM 
DI HOTEL SWISS GARDEN, DAMAI LAUT...



En. Azman Hussin sedang mengambil makanannya...

















Tn. Hj. Saifuddin Omar, PBW Timur turut hadir... 










Datuk Bung Mokhtar Radin, Pengerusi FELCRA
 sedang menyampaikan ucapan...


Dari kanan ; En. Haridan b. Saad, Pengurus Besar Kumpulan Kejuruteraan dan Perkilangan
 dan Dato' Mat Roni b. Zakaria (tengah), Pengurus Besar Kumpulan Perladangan
 sedang memberikan tumpuan penuh terhadap ucapan yang sedang disampaikan.

Kiri : Tn. Hj. Ahmad b. Salleh (Pengurus Besar Wilayah Tengah) dan AJ...