Wednesday, April 12, 2017

ISLAM ITU MUDAH...

Gambar hiasan...

ISLAM ITU MUDAH

Penjelasan Penting

Ramai yang bertanya tentang sejauh mana Islam itu "MUDAH". 

Bagi menjelaskan perkara ini secara langsung bolehlah dirujukkan kepada penegasan Allah SWT sendiri yang mengatakan bahawa Dia tidak mahu menyusahkan manusia.


Nabi Muhammad SAW sendiri pula memperkukuhkan lagi kenyataan itu dengan mengatakan bahawa sesungguhnya agama itu adalah "MUDAH".

Dalam kehidupan umum, perkara "MUDAH" dan "PAYAH" itu adalah sangat relatif. Oleh kerana itu pengukur yang paling tepat digunakan ialah sama ada perkara itu merupakan satu bebanan yang tidak mampu dijalankan oleh insan atau termasuk dalam lingkungan keupayaannya menurut keadaan biasa. Dalam Islam, semua tugas, tanggungjawab dan bebanan adalah dibuat dan dilaksanakan mengikut keupayaan kerana Allah SWT tidak membebankan ke atas seseorang hamba-Nya lebih daripada kemampuannya.
Maksudnya: "Allah tidak memberati seseorang melainkan yang terdaya olehnya. la mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya."
(Surah al-Baqarah ayat 286)

Sementara itu semua perintah dan kewajipan yang telah ditetapkan itu adalah termasuk dalam lingkungan kemampuan manusia di samping ia sesuai dengan keadaan semulajadi mereka.


Maksudnya: "Maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut- pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) "agama Allah" iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."
(Surah al-Rum ayat 30)

Semangat yang terkandung di dalam ayat di atas menunjukkan bahawa Islam memberikan ruang yang sangat luas kepada setiap muslim melakukan ibadah berdasarkan kepada kefahaman terhadap rahsia-rahsia Syara' (SIASAH SYARIYYAH) yang terus melahirkan IJTIHAD dalam Islam. Berdasarkan kepada "SIASAH SYARIYYAH" ini maka tidaklah timbul masalah bagi angkasawan atau penghuni-penghuni di Kutub Utara dan Selatan untuk bersembahyang dan sebagainya.

Setiap yang mengamalkan perintah Allah SWT dengan yakin dan sempurna akan dapat merasai nikmat kegunaan dan faedah daripada perintah-perintah itu serta merasa bahagia.

1) BENARKAH SEMBAHYANG ITU MUDAH?

Sembahyang dalam Islam tidak membebankan keupayaan semulajadi manusia, malah ia merupakan suatu amalan kerana selain dari menjadi ibadat menyembah Allah SWT, ia juga;

a. Melatih daya pemusatan fikiran;
b. Meningkatkan rasa keikhlasan;
c. Melatih diri mengamalkan kebersihan;
d. Memberikan kerehatan saraf;
e. Menyatakan pengakuan terhadap kebesaran Allah SWT;
f. Menanam rasa muhibbah dan semangat bermasyarakat menerusi sembahyang yang dilakukan secara berjemaah.

ADAKAH ANDA SEORANG YANG SIBUK?

Dalam kehidupan di zaman moden ini, setiap orang menghadapi tugas-tugas tertentu yang kadang kala menimbulkan kesukaran untuk melaksanakan ibadat sembahyang tepat pada waktunya. Hal ini terjadi disebabkan oleh sistem pengurusan yang memerlukan seseorang itu melayani pelanggan, tetamu dan sebagainya bagi mempastikan keberkesanan dalam menjalankan segala urusan. Mesyuarat, perbincangan dan persidangan kadang kala merupakan suatu urusan yang juga memerlukan seseorang itu memberikan penumpuan fikiran secara berterusan tanpa diganggu oleh urusan-urusan yang lain. Dalam kesibukan- kesibukan sebagaimana yang dibayangkan tadi masih didapati bahawa Islam bukan merupakan penghalang kepada perkembangan di zaman moden kerana tugas ibadat sembahyang itu boleh dilakukan melalui;

a) Waktu

Walaupun sembahyang di awal waktu itu lebih baik (afdal), tetapi ia masih boleh dilakukan atau ditunaikan dalam lingkungan masa yang telah ditetapkan. Itulah salah satu RAHSIA yang terdapat dalam penentuan masa bagi seseorang melakukan sembahyang. Sebagai contohnya; sembahyang Zohordan Asar, boleh dilakukan dalam tempoh lebih dari dua jam dikira dari selepas masuk waktunya. Begitu juga sembahyang-sembahyang lain seperti Maghrib, Isyak dan Subuh. Waktu yang panjang itu adalah dianggap satu kurniaan Allah kepada umat Islam. Kerana itu wajarlah bagi kita menghargai kelonggaran ini dan tidak menolaknya. la menunjukkan sembahyang itu mudah.

b) Wuduk /air sembahyang

Air sembahyang boleh diambil di manra-mara sahaja kerana air bukan merupakan sattu masalah khiususnya bap negara seperti Malaysia ini. Walaupum demikian, Itslam telah mengambil kira

bahawa dalam keadaan tertentu sekiranya tidak terdapat air seperti yang dihadapi oleh penduduk-penduduk di kawasan- kawasan tertentu yang sukar memperolehi air, maka kelonggaran telah diberikan oleh Islam dengan melakukan TAYAMMUM sahaja.

c) Pakaian

Pakaian yang sedia ada dipakai itu boleh digunakan untuk bersembahyang, kecuali apabila jelas didapati najis terlekat pada pakaian itu. Bagi lelaki pakaian yang menutup badan menurut kebiasaan tradisi masyarakat Islam di Malaysia (anggota badan antara pusat dan lutut adalah tertutup), adalah sesuai untuk digunakan. Bagi wanita mereka tidak perlu menukar pakaian yang sudah bersih dan sesuai yang sedang dipakai itu. Kain tudung kepala dan stokin panjang boleh digunakan untuk mempastikan aurat tertutup (kecuali apabila anda mempunyai masa yang cukup menukar seluruh pakaian).

d) Jadual waktu

Untuk mengetahui jadual waktu sembahyang, dalam kalendar, akhbar-akhbar, internet mahupun khidmat pesanan ringkas (SMS) boleh diperolehi maklumat tersebut.

e) Arah kiblat

Sekiranya anda menghadapi masalah untuk mengetahui arah Kiblat, (bagi kawasan di Malaysia ini) arah matahari jatuh boleh menjadi panduan untuk menentukannya. Sekiranya anda tidak mempunyai sebarang panduan seperti cuaca kelam kerana kabus atau berada di tengah-tengah hutan rimba yang tebal anda bolehlah memilih mana-mana arah yang anda putuskan.

f) Tempat

Sebarang lantai sama ada yang dihampar dengan tikar atau permaidani tidak menghalang anda melakukan sembahyang selagi tidak terdapat di atasnya najis. Mana-mana penjuru yang tidak

diganggu oleh laluan boleh dipilih untuk melakukan serahyang di situ dan apabila selesai memberi salam anda boleh meruskan kerja-kerja seperti biasa.

ANDA HANYA PERLUKAN BEBERAPA MINIT SAHAJA UNTUK MENUNAIKAN SEMBAHYANG.

3) ANDA SEORANG MEKANIK

Kerja seorang mekanik adalah salah satu kerja yang baik, walaupun ia mungkin sentiasa terlibat dengan kekotoran minyak yang agak sukar dibersihkan. Kalaupun dibersihkan kesan-kesan kekotoran minyak masih terdapat di badan khususnya pada anggota wuduk seperti di hujung kuku dan sebagainya. Kesan kekotoran inilah yang menjadi masalah bagi seorang mekanik.

Keadaan kerja yang dihadapi oleh seorang mekanik tidaklah menghalangnya daripada melakukan ibadat sembahyang kerana setakat ini kotoran yang didapati melekat pada anggota di badan seseorang mekanik bukanlah najis (kecuali telah disahkan bahawa kotoran itu terdapat unsur-unsur yang disifatkan sebagai najis). Apa yang perlu dilakukan oleh seseorang mekanik itu ialah:

a) Bersihkan anggota wuduk supaya air dapat sampai ke anggota berkenaan bila mengambil wuduk sekadaryang terdaya; dan

b) Anda tidak semestinya membersihkan anggota lain (bukan anggota wuduk).

4) ANDA SAKIT ATAU CEDERA

Banyak jenis penyakit atau kecederaan yang boleh merumitkan seseorang mengambil wuduk dan menunaikan sembahyang. Kadangkala pada zahirnya nampak seseorang itu sihat tetapi boleh membahayakan dirinya apabila terkena air, seperti luka atau patah yang memerlukan balutan atau belat atau simen pada anggota wuduk.

Kadang-kadang penyakit atau kecederaan seseorang itu tidak menghalang dari terkena air, tetapi terpaksa menunaikan sembahyang dalam keadaan yang tertentu.

Bagaimana Anda Berwuduk Ketika Berbalut Atau Bersimen Atau Berbelat?

Jika anda berbalut atau bersimen atau berbelat (pada anggota wuduk) yang boleh dibuka, tetapi dikhuatiri membahayakan jika terkena air, anda hendaklah:

a) Mengambil wuduk bagi anggota yang tidak sakit; dan
b) Bertayammum pada bahagian anggota berkenaan untuk menggantikan air.

Jika luka anda berbalut atau bersimen atau berbelat (pada anggota wuduk) yang tidak boleh dibuka, anda hendaklah:

a) Membasuh anggota yang tidak sakit, kemudian;
b) Sapu air ke atas balut atau simen atau belatan; dan
c) Bertayammum bagi menggantikan air pada bahagian yang berkenaan di bawah balutan atau simen atau belatan tersebut.

Jika anda sakit yang sama sekali merbahaya jika terkena air, anda harus bertayammum.

5) ANDA SEMBAHYANG KETIKA SAKIT

Sembahyang ketika sakit memang berbeza dengan sembahyang ketika sihat:

a) Anda HARUS sembahyang dalam keadaan duduk kalau tidak kuasa berdiri (Qiyam).

b) Anda HARUS sembahyang dalam keadaan berbaring dengan kedua-dua kakinya menghala ke arah Kiblat sekiranya anda tidak berupaya untuk duduk.

c) Sekiranya tidak boleh sembahyang dalam keadaan- keadaan duduk, berbaring dan sebagainya anda boleh sembahyang melalui isyarat dengan kelopak mata.

6) ANDA SEMBAHYANG BILA MENGGUNAKAN KENDERAAN AWAM

Kenderaan awam yang dimaksudkan ialah kenderaan yang memberi perkhidmatan kepada orang ramai dan menjalankan operasi mengikut jadual yang telah ditetapkan seperti kapal terbang, keretapi, bot dan Iain-Iain.

Apabila menggunakan kenderaan tersebut, setelah anda berwuduk, anda hendaklah:

a) Boleh sembahyang sambil duduk.

b) Berikhtiar bagi mengetahui arah Kiblat bagi memulakan sembahyang. Bagi kenderaan yang mempunyai tempat duduk yang tetap seperti kapal terbang dan sebagainya maka bolehlah anda bersembahyang dalam keadaan duduk.

c) Setelah bersedia dengan sepatutnya (berwuduk, berpakaian yang dikehendaki dan tempat yang bersih) - Sembahyanglah.

d) Jangan hiraukan sebarang perubahan hala kenderaan.

e) Sembahyang anda tidak batal dengan sebarang perubahan hala perjalanan kenderaan, dan

f) Pergerakan yang diperlukan hanyalah dengan menundukkan kepala untuk menggantikan ruku' dan membongkokkan badan sebagai ganti sujud.

Tetapi, jika anda menumpang sesuatu kenderaan dan anda tidak dapat berwuduk sedangkan waktu sembahyang itu akan terluput, maka:

a) Sembahyanglah dalam keadaan duduk di kerusi anda dalam kenderaan berkenaan.

b) Kiblat anda dalam kenderaan itu adalah mengikut arah perjalanan kenderaan.

PERHATIAN

Tetapi ingat, dalam perkara seperti ini, anda mesti ganti (qadha) sembahyang yang anda lakukan itu di masa lain. Sembahyang itu hanya boleh ditunaikan semata-mata kerana menghormati waktu sembahyang berkenaan.

7) ANDA SEORANG TENTERA / POLIS ATAU SEBAGAINYA YANG SEDANG MENJALANI OPERASI

Keselamatan diri adalah merupakan perkara yang utama dalam Islam. Berikutan dengan itu tindakan untuk mempertahankan diri juga adalah merupakan satu perkara yang dituntutoleh Islam sendiri. Bagi seorang tentera, polis, anggota pasukan bomba dan sebagainya yang sedang menjalankan sesuatu operasi tertentu yang melibatkan nyawa diri atau keselamatan nyawa orang lain, perlulah mengutamakan keselamatan diri atau nyawa sekalipun terpaksa menangguhkan ibadat sembahyang. Ini bererti bahawa ibadat sembahyang tidak boleh dijadikan sebab yang boleh membawa kemusnahan kepada diri atau nyawa seseorang. Di sinilah terletak rahsia kelonggaran yang diberikan kepada seseorang untuk melakukan ibadat sembahyangnya pada masa-masa yang begitu panjang. Sekiranya urusan mempertahankan diri dan keselamatan itu boleh menyebabkan luput wakktu sembahyang itu, maka sembahyang hendaklah diganti (Qadha). Sesuntu operasi

yang tidak membahayakan, maka giliran untuk bertugas bolehlah disusun untuk membolehkan kumpulan yang terlibat dalam operasi itu mengambil kesempatan untuk menunaikan sembahyang.

Mengikut Islam, seluruh bumi Allah SWT ini adalah suci dan ia boleh dijadikan sebagai tempat untuk melakukan ibadat sembahyang kecuali sekiranya jelas kelihatan tanda-tanda najis. Ini menunjukkan bahawa mereka yang terlibat di dalam sesuatu operasi boleh melakukan ibadat sembahyang di mana-mana tempat sahaja dan dalam keadaan-keadaan yang tertentu ia boleh juga dilakukan dalam keadaan berlari, berbaring, duduk dan sebagainya dengan menggunakan isyarat badan untuk menunjukkan tanda pergerakan dalam sembahyang. Bagi mengambil wuduk (air sembahyang), seseorang tentera tidaklah perlu membuka kasutnya, hanya memadai dengan disapu kasut itu dengan air dari luar sahaja, sebagaimana yang diterangkan dalam Bab "Menyapu Khuf (kasut) dengan syarat anda hendaklah berwuduk dahulu pada masa kasut itu dipakai sebelum menjalankan operasi.

8) ANDA SEORANG NELAYAN ATAU PELAUT

Kerja seorang nelayan adalah suatu kerja yang mulia dan baik sekalipun sekali-sekala terpaksa menggadai nyawa untuk mendapatkan rezeki yang halal terutamanya bila musim laut bergelora.

Sungguhpun begitu, sembahyang yang difardukan oleh Allah SWT itu mesti ditunaikan juga. Air untuk berwuduk, mencari arah kiblat serta ruang untuk bersembahyang tidak menjadi masalah. Kemudahan yang diberikan adalah sama dengan "Perjalanan dengan kenderaan" bagaimana yang diterangkan. Anda HARUS menunaikan sembahyang dalam keadaan duduk jika dikhuatiri sembahyang dalam keadaan berdiri boleh menyebabkan bot anda karam.

9) ANDA SEDANG BERMUSAFIR

Musafir ertinya suatu perjalanan sama ada melalui jalan darat, laut atau udara. Sebagai seorang musafir anda HARUS mengamalkan kemudahan "Sembahyang Musafir":

a) Pastikan anda musafir tidak kurang dari 92 km.
b) Pastikan musafir anda bertujuan baik.
c) Anda musafir bukan bertujuan untuk menetap di destinasinya.
d) Anda HARUS sembahyang musafir dalam tempoh empat hari setelah berada di sesuatu destinasi (termasuk malam), tetapi tidak termasuk hari-hari dalam perjalanan; dan
e) Bila anda sembahyang musafir anda tidak boleh berjemaah dengan orang yang bermukim (orang tempatan).

No comments:

Post a Comment