Pages

Wednesday, December 8, 2010

MESIN TERAPI ELEKTROSTATIK

Hari ini sempena cuti Maal Hijrah, aku sekeluarga telah berkunjung ke Syarikat Al Jabbar Healthcare Sdn. Bhd. yang terletak di Taman Prima Saujana, Kajang, Selangor.

Tujuan aku kesana adalah untuk melihat dan mencuba mesin terapi elektrostatik yang dikatakan mampu merawat pelbagai penyakit termasuk penyakit kronik yang berpunca daripada masalah saluran darah dan sistem saraf.

Kedatangan kami disambut mesra oleh staf Al Jabbar dan melayan kami dengan penuh ramah tamah.

Mengikut kata En. Shafik, seorang pegawai pelanggan di Syarikat tersebut, kebiasaannya pada hari cuti, ramai pelanggan yang datang mengunjungi syarikatnya untuk bertanya akan keberkesanan mesin ini. Aku lihat kebanyakan keluarga yang datang akan membawa ibu atau bapa mereka yang lebih memerlukan rawatan terapi sebegini akibat derita penyakit yang dialami sejak bertahun-tahun lamanya yang masih belum sembuh.

Setiap yang datang tidak merasa hampa kerana Syarikat Al Jabbar memberi peluang kepada setiap pelanggan untuk mencuba mesin tersebut selama 30 minit dengan 3 orang sekali rawat.

Setelah berpuashati dengan penerangan yang diberikan oleh En. Shafik, aku telah bersetuju untuk membeli sebuah mesin ini bagi kegunaan kami sekeluarga. Dengan berbekalkan wang yang secukupnya aku kini telahpun memiliki sebuah Mesin Terapi Elektrostatik.

Aku berdoa kepada Allah Subhanahuwataala supaya memelihara kesihatan kami dan memberi kesejahteraan agar kami dapat terus beribadat kepadanya. Amin.

Set lengkap Mesin Terapi Elektrostatik

Mesin Terapi sedang digunakan

Kertas risalah penerangan tentang mesin terapi
(klik 2 x untuk paparan lebih jelas)

Ibu mertua dan isteriku sedang melakukan rawatan

Ibu mertuaku sedang menggunakan mesin acupuncture



Sunday, December 5, 2010

PENCURI YANG TIDAK BERHATI PERUT

Setelah hampir sebulan aku membuat tempahan sebuah pintu jeriji besi jenis 'Wrought Iron' bagi menggantikan yang lama, maka hari ini ianya telahpun siap dan sudah sedia untuk dipasang.

Kira-kira jam 2 petang, Biras aku Borhan atau lebih dikenali sebagai Bob yang mengusahakan sebuah bengkel besi telah datang bersama pekerjanya untuk membuat pemasangan.

Sejak aku tinggal di taman perumahan ini hampir 15 tahun, sudah dua kali rumah aku dimasuki pencuri ketika kami semua tiada dirumah. Kali pertama berlaku ialah apabila pencuri masuk melalui tingkap belakang. Walaupun grill dipasang, ia dapat menanggalkannya (kerana dipasang dari luar) dan membengkokkan besi lalu meloloskan diri memasuki rumah.

Kejadian berlaku dalam tempoh empat jam sahaja kerana kira-kira jam 6 petang pada hari itu aku dan keluarga balik ke kampung kerana ada urusan penting dan sampai semula dirumah kira-kira jam 10 malam pada hari yang sama.

Keadaan bilik yang bertaburan selepas digeledah membuatkan aku berfikir tentu ada barang berharga yang dapat diambilnya. Tekaan aku tepat kerana barang kemas isteriku, sebuah kamera dan seutas jam tangan telah hilang.

Kejadian kali kedua pula berlaku kira-kira 2 tahun selepas kejadian pertama apabila pencuri memasuki rumah melalui bumbung lalu memecahkan siling dan memasuki bilik tengah. Berkebetulan didalam laci yang tidak berkunci itu (Mungkin terlupa) terdapat wang tunai sebanyak RM500.00 dan ia nya lesap dalam sekelip mata.

Dalam kejadian pada kali ini, pencuri tidak menggeledah seperti dalam kejadian pertama kerana selepas dapat mengambil wang tersebut ia terus memanjat semula dan keluar melalui bumbung itu juga.

Kejadian kecurian yang sering berlaku amat membimbangkan semua penduduk di taman perumahan ini. Selain kejadian pecah rumah, pencuri juga gemar memecahkan kereta, mencuri motosikal dan basikal walaupun ianya disimpan didalam pagar rumah.

Perkara ini juga aku alami sendiri kerana sebuah motosikal aku yang diletak didalam pagar rumah hampir dapat dicuri olehnya namun rezeki masih menyebelahiku apabila pencuri gagal mematahkan tengkok motosikal tersebut walaupun tempat kunci telahpun dapat ditanggalkannya. Walaupun gagal dirumah aku tetapi pencuri pada hari yang lain dapat juga ia sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ dari rumah jiran sebelah yang juga diletak didalam pagar rumahnya.

Basikal anakku yang dibeli juga kerap hilang. Setelah dikira, ianya berjumlah sebanyak 5 buah, sebuah hilang dirumah manakala 4 lagi ketika mereka keluar kekedai.

Anak jiran aku yang sedang menunggu keputusan SPM dan bekerja sambilan di sebuah Cyber Cafe berhampiran rumah juga pernah diikat dan dirompak wang kutipan pada malam itu.

Seperti dalam artikel yang lepas, aku ada menceritakan tentang kebanjiran pendatang asing yang tidak diketahui statusnya samada masuk secara haram atau sah. Semua jenis bangsa ada disini. Indonesia, Bangladesh, Myanmar, Vietnam, Nepal, India dan Afrika. Setiap malam mereka suka berlonggok dihadapan kedai (terutamanya pendatang Indonesia) dan berkeliaran di pekan. Semua padang-padang permainan habis dikuasai oleh mereka sehinggakan anak-anak tempatan tiada lagi tempat untuk bermain.

Kepesatan pembangunan di kawasan ini, serta terdapat banyaknya kilang-kilang, dua buah Universiti yang berhampiran antara satu sama lain (bukan pelajar yang dimaksudkan), adalah faktor-faktor yang dikenalpasti dalam menyumbang kepada kebanjiran pendatang asing ini. Kita akui akan pentingnya mereka ini dalam pembangunan Negara terutamanya yang masuk secara sah, tetapi yang masuk secara haram inilah yang banyak menimbulkan masalah. Budaya, gaya hidup, suka bergaduh, mabuk dan membuat bising adalah perkara biasa bagi kami disini.

Mungkinkah mereka-mereka ini yang melakukan kerja-kerja diatas?

Wallahuaklam.


Kerja-kerja pemasangan sedang dimulakan


Mr Bob sedang memotong besi penyelak yang panjang

Sebuah lubang perlu ditebuk untuk besi penyelak


Begitu juga dengan lubang diatas yang perlu ditebuk

Kerja-kerja menyapu cecair pengilat oleh Mr. Bob

Seorang pekerjanya juga melakukan
kerja-kerja menyapu cecair pengilat



'Sentuhan terakhir' (finishing)

Sebuah grill 'Wrought Iron' telah siap dipasang

Basikal ke 6 yang baru dibeli. 5 darinya yang sebelum
ini dimiliki habis dicuri satu persatu

Dua buah motosikal didalam pagar.
Yang berwarna merah hampir dilarikan,
namun pencuri gagal mematahkan tengkoknya yang berkunci