Pages

Wednesday, July 11, 2012

MOTOR HUNT 2012...

900 Join in nation's biggest hunt



Aktiviti aku pada hari Ahad lepas 8 July 2012 adalah  menyertai pertandingan Motor Hunt 2012 anjuran The News Straits Times Press Berhad.


Turut serta bersama aku ialah Ali Sidek, Suhezrenshah Solomon dan Mohd Hafiz Abd. Rahman. Kumpulan kami didaftarkan atas nama 'Mission Rejang' sempena tempat kami bertugas di Jalan Rejang, Setapak Jaya, Kuala Lumpur.

Seawal pukul 5 pagi dalam keadaan hujan lebat, aku telahpun bergerak menuju ke perkarangan Ibu Pejabat dan sebelum itu sempat singgah bersembahyang Subuh di Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah (Masjid Taman Sri Rampai). Selesai sembahyang aku terus mendapatkan kawan-kawan yang telahpun sedia menanti di perkarangan Ibu Pejabat. Tepat jam 6.15 pagi kamipun terus menuju ke Pejabat NST di Jalan Riong, Bangsar untuk memulakan cabaran pada jam 8 pagi nanti.

Setibanya kami di NST kira-kira jam 7 pagi, kami agak terkejut kerana pasukan yang menyertai pertandingan ini telahpun bersedia mengambil tempat masing-masing. Kereta-kereta mereka telahpun di tampal pelekat nombor giliran dan telah sedia disusun di tempat pelepasan. Pemakluman di buat bahawa jumlah yang mengambil bahagian pada pertandingan ini adalah sebanyak 231 team. Ini bermakna kereta yang tersusun di tempat pelepasan adalah sebanyak 231 buah dengan jumlah keseluruhan peserta seramai 924 orang. Sebuah kereta diwakili oleh 4 orang peserta dengan yuran sebanyak RM200 bagi sebuah kereta.

Tepat jam 8.30 pagi, kereta kami dengan nombor giliran 32 yang telahpun bersedia di garisan permulaan telah diberikan satu sampul surat yang mengandungi kertas soalan serta panduan arah jalan yang perlu di tuju, selepas itu kereta kami telah dilepaskan oleh pegawai pelepas yang bertugas.

Sebaik-baik kertas soalan dibuka, kami dikehendaki untuk terus menuju ke Bandar Baru Bangi yang terletak kira-kira 35 km dari Pejabat NST tadi kerana disitu terdapat 4 soalan yang perlu dijawab. Aku yang ditugaskan memandu kereta tidak mengalami masalah kerana jalan itulah yang aku gunakan setiap hari menuju ke pejabat.      

Hampir 30 minit memerah otak di Bandar Baru Bangi untuk mencari  dan memikirkan  jawapan, kami dan semua peserta diarahkan untuk memasuki Lebuhraya semula melalui Plaza TOL Bandar Baru Bangi untuk ke lokasi seterusnya iaitu Bandar Tasik Permaisuri yang terletak di Cheras kerana disitu terdapat 4 soalan lagi yang perlu dijawab.  

Lokasi kami seterusnya ialah di Alam Damai, Cheras kerana disitu terdapat 2 soalan lagi. Lokasi seterusnya ialah di Bukit Jalil, sebanyak 2 soalan dan soalan-soalan seterusnya terletak di Subang Jaya dan Shah Alam yang kesemua soalan dalam pertandingan ini berjumlah 30 soalan. Terdapat juga soalan-soalan tambahan lain yang perlu juga di jawab yang terdapat di akhbar News Straits Times keluaran pada hari pertandingan.

Kira-kira jam 2.30 petang, pasukan kami selamat tiba di garisan penamat iaitu di Hotel Holiday Villla dimana kertas jawapan perlu diserahkan dan seterusnya semua peserta dihidangkan dengan makan tengahari, dan minuman petang sebelum pengumuman pemenang dan penyampaian hadiah di buat.

Hadiah utama dalam pertandingan ini ialah Sebuah kereta Volkswagen Polo Sedan yang bernilai RM100,00 beserta wang tunai RM5,000.00 bagi johan pertandingan, RM3,000 tempat kedua dan RM1,500 bagi tempat ke tiga.

Bagi cabutan bertuah pula, hadiah lumayan yang ditawarkan adalah tiket pelancongan ke Osaka, Jepun dan  juga ke Sydney, Australia. lain-lain hadiah cabutan bertuah ialah TV LCD 42", penginapan di hotel-hotel mewah, Blackberry, kamera digital, printer, barang-barang elektrik dan banyak lagi.         

Aku, Suhezrenshah dan Hafiz mengucapkan tahniah kepada rakan kami iaitu Ali Sidek kerana memenangi cabutan bertuah berupa Hi Tea untuk 2 orang di One World Hotel di One Utama, Damansara.

Walaupun pasukan kami tidak memenangi sebarang hadiah, tetapi pengalaman, pengetahuan serta dapat berkenalan serta bertukar-tukar pandangan dengan peserta-peserta yang mengambil bahagian dari berbagai bangsa sangat mengujakan kami yang nilainya tidak sama dengan hadiah-hadiah yang ditawarkan. Kami berjanji akan memberikan cabaran lagi pada pertandingan Treasure Hunt ini pada masa-masa akan datang.

Semasa pendaftaran dibuat, setiap team mendapat 
Sebotol minyak pelincir Petronas bernilai RM100 lebih
 kad petrol bernilai RM50, Pen Drive 4 gig (setiap orang), body lotion (setiap orang), 
T shirt (setiap orang) dan 4 tin minuman Revive dan Excell (setiap orang) 

Sehari sebelum pertandingan, aku menghantar kereta ke pusat servis
bagi memastikan kereta sentiasa berada didalam keadaan baik dan tip top...

Selepas kereta dah siap servis, aku hantar pula ke tempat membasuh kereta
supaya ianya kelihatan bersih sesuai untuk pertandingan yang sangat hebat ini 

 
Inilah team kami yang di gelar 'Mission Rejang' yang dianggotai
oleh aku (kiri sekali), di ikuti Ali sidek, Suhezrenshah dan Mohd Hafiz.

Diantara kereta-kereta yang mengambil bahagian  

Hafiz (kiri) dan Shah bergambar disisi kereta kami

Aku yang bertindak sebagai pemandu
sudah bersedia untuk memberikan cabaran...

Semua peserta berkumpul di perkarangan
pejabat NSTP untuk taklimat terakhir...









Selepas taklimat, semua peserta menuju
ke kereta masing-masing untuk memulakan cabaran...

Ali Sidek (kiri) bergambar bersama kenalan kami ketika kami
sama-sama menyertai Johor Explore Treasure Hunt tahun lalu...



Ali Sidek memberikan sedikit taklimat sebelum kami berlepas...


Syarikat yang menaja pertandingan ini diabadikan di T Shirt para peserta
 yang terdiri dari Volkswagen, Holiday Villa, Petronas,Bank Pembangunan,
 Felda Global Venture (FGV), Sime Darby, TESCO, Star Cruise,
Blackberry, Kingston, Air Asia, Phileo, The Datai Langkawi,
Lactacyd,  Best Western Premier, Hyatt Regency,
Ri-Yaz, Revive dan A'Famosa...

Para peserta telah tiba di lokasi pertama iaitu
di Bandar Baru Bangi  untuk menjawab 4 soalan yang ada disitu

Para peserta sedang mencari jawapan kepada soalan yang diberikan...
Hanya mereka yang pernah menyertai Treasure Hunt
 yang dapat menghayati suasana begini












Signboard ini adalah jawapan bagi satu soalan yang dikemukakan.





Pasukan kami kini berada di Bandar Tasik Permaisuri, Cheras
 untuk soalan seterusnya. Kelihatan Shah dan Hafiz sedang meneliti soalan
manakala Ali pula search melalui internet...

Ali ni search maklumat ke layan facebook....


Setiap gambar yang diambil di kawasan perniagaan yang diarahkan adalah kerana
semua jawapan berada disitu, cuma nak memilih yang mana satu jawapannya.
Ianya sangat memeningkan kepala kerana soalannya susah untuk difahami.








Signboard ini juga adalah jawapan kepada salah satu soalan
 yang dikemukakan...ianya terletak di Bukit Jalil...



Di bilik pamiran Volkswagen ini juga terdapat jawapan.
Tak payah pening-pening kerana jawapannya telah ditulis
di whiteboard, peserta hanya perlu menyalinnya sahaja...

Semua peserta telah mengambil tempat masing-masing
 di Hotel Holiday Villa untuk jamuan tengahari dan penyampaian hadiah...



Pentas utama...

Shah sedang menikmati jamuan...


Satu pos istimewa dari team 'Mission Rejang'

Acara dimulakan dengan cabutan bertuah berdasarkan
 nama-nama peserta seramai 924 orang yang ada didalam kotak...

AJ dan Ali




Gambar video yang dirakamkan ini menggambarkan
 betapa meriahnya suasana di dalam hotel
semasa acara cabutan bertuah...







Gambar dan rencana dibawah ini adalah di petik 
dari NST pada keesokan harinya Isnin 9 Julai yang
 memuatkan gambar-gambar pemenangnya 
 

Leader of Primera team, systems analyst Muhammad Sani Mohd Noor (right), and his teammates, (from left) auditor Zatul Hayanie, system analyst Redzuan Taib and finance Master’s student Noriza Esa, with their grand prize of a Volkswagen Polo Sedan and RM5,000 after winning the New Sunday Times Motor Hunt 2012 beginner category. Pix by Fariz Iswadi Ismail


NSTP group managing editor Abdul Jalil Hamid (right) 
and Volkswagen Group Malaysia Sdn Bhd managing director Ricky Tay
 flagging off the New Sunday Times Motor Hunt 2012 yesterday.


Abdul Jalil Hamid (fifth from left) and New Sunday Times editor Chok Suat Ling (seventh from left) with the winners for the regular category.




KUALA LUMPUR: THE New Sunday Times Motor Hunt 2012, held for the first time  yesterday, attracted 231 teams with more than 900 participants, marking it as the biggest motor hunt in the country in recent years.

Primera, a team of four colleagues which won the hunt's beginner category, led by Muhammad Sani Mohd Noor, took home the grand prize -- a Volkswagen Polo Sedan valued at about RM100,000, together with RM5,000.

"This is so unexpected. I don't know what we're going to do with this yet.
"Maybe we'll take it for a spin first and then decide."

There were three categories: regular, beginner and members of the media/sponsors.
The Penang Laksa KL Curry Mee and Close One Eye teams won the regular and media/sponsor categories respectively.

The winning team of each category took home RM5,000 and the grand prize winner was selected from a lucky draw among the winning teams.

Those who did not win any of the top prizes still returned home with gifts from sponsors from a special lucky draw.

Gifts included return air tickets to Japan and Australia, gadgets like Samsung Note, BlackBerry Curve, Canon cameras and printers, luxurious beachfront hotel stays and many more.

"This is seriously one of the most luxurious treasure hunts I've ever participated in. The gifts are fantastic," said Razi Abdul Hashim from Seremban.

Although he didn't win anything, Razi vowed he would be back next year.
"I hope to get at least one lucky draw prize. I will mandi bunga first."

Describing the hunt as truly challenging, corporate banker Ng Cho Keat said he learnt a lot of new words and went to many places around the city which he wouldn't have visited on his own.

With the overwhelming response from the public, NSTP group managing editor Abdul Jalil Hamid promised that the inaugural hunt would be turned into a yearly affair.

"Next year, we will make it better and bigger," he said to cheers from the floor during the prize presentation ceremony.

Participants were flagged off from the New Straits Times Press Bhd headquarters in Jalan Riong, Bangsar, at 8am, where they were sent off to various parts of Klang Valley in search of answers to some tricky riddles.
The motor hunt, with Purple Antz as the clerk of course, was sponsored by BlackBerry smartphones developer RIM (Research in Motion Malaysia Sdn Bhd), Felda Holdings, AirAsia X Sdn Bhd, Star Cruises, Sime Darby, Tesco, Bank Pembangunan Malaysia Bhd, Kingston, Celcom, Maybank, LG Electronics Malaysia, Canon Malaysia, Epson, Lactacyd, Julie's Biscuits, Permodalan Nasional Bhd and TomTom, supplier of in-car location and navigation products and services.

The fuel sponsor was Petronas, while Holiday Villa Hotel and Suites Subang was the official hotel. Among the major hotel sponsors were: Best Western Premier, Dua Sentral, Philea Resort and Spa in Malacca, A' Famosa Resort Malaysia and Datai, Langkawi.

Other hotels which sponsored rooms, food and beverage vouchers and merchandise were Putrajaya Shangri-La, Hard Rock Hotel Penang, G Hotel Penang, DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur, Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur, Impiana KLCC Hotel, Federal Hotels International, Putrajaya Marriott Hotel and Spa, Holiday Villa Hotels and Resorts and One World Hotel.

Besides getting the thrill of the hunt, participants also took part in charity, as the multitude of treasures they "hunted down" that were stowed in various locations throughout the route -- mostly necessities and food items -- were donated to Rumah Bakti Al Kausar of Bandar Baru Bangi.