Pages

Sunday, October 11, 2015

NORIEEN TIDAK DAPAT TIDUR LENA TERINGAT RAKANNYA...


KOTA BHARU – Seorang kanak-kanak Orang Asli, Norieen Yaakob yang kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ) di sini, memberitahu ibunya dia tidak dapat tidur nyenyak kerana terbayang rakan-rakannya yang meninggal dunia ketika mereka hilang di Pos Tohoi, Gua Musang sejak Ogos lepas.

Ibunya Midah Angah, 40, berkata Norieen, 10, memberitahu dia masih takut dan trauma dengan bau busuk mayat rakannya.

"Anak saya beritahu setiap malam dia bermimpi nampak mayat dua rakannya, Juvina dan Ika yang (didakwanya) mati di depannya.

"Malam tadi, semasa dia tidur, air matanya jatuh," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini, hari ini.

Norieen dan seorang lagi rakannya Mirsudiar Aluj, 11, ditemui selamat di tebing Sungai Perias, Pos Tohoi, pada Jumaat lepas namun tidak bermaya kerana dehidrasi dan kini dirawat di hospital itu.

Midah berkata anaknya itu semakin pulih dan meminta untuk makan nasi dan ayam goreng tetapi pihak hospital memberinya makanan lembut seperti bubur.

Beliau masih menaruh harapan agar seorang lagi anaknya Haikal, 8, akan dapat dijumpai oleh anggota pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR).

Sementara itu, bapa saudara Mirsudiar, Akid Baher, 46, berkata anak saudaranya itu kini sudah mula bercakap dan semakin berselera ketika waktu makan berbanding mula dimasukkan ke hospital itu pada Jumaat.

"Hari ni perkembangannya semakin sihat dan kami ada suapkan bubur dan bagi air suam...dia makan habis dan semakin berselera.

"Dia ada minta mahu makan ayam, nak tengok televisyen dan dengar lagu tapi dia tidak banyak bercakap," katanya.

Akid berkata anak saudaranya itu masih belum menceritakan mengenai kejadian dia dan enam rakannya hilang dalam hutan di Pos Tohoi, Gua Musang kerana masih trauma.

"Mirsudiar masih tidak bercakap banyak mungkin masih lagi letih...cuma dia ada minta untuk pulang ke kampung kerana rindu bertemu keluarga dan rakan-rakannya," katanya.

Tujuh murid Sekolah Kebangsaan Tohoi, Gua Musang itu dilapor melarikan diri dari asrama sekolah pada 23 Ogos lepas kerana takut dikenakan tindakan oleh guru selepas didapati mandi di sungai berdekatan tanpa kebenaran.

Tujuh murid terbabit ialah Juvina David, 7; Linda Rosli, 8; Sasa Sobrie, 8; Ika Ayel, 9; Haikal Yaakob, 8; Norieen Yaakob, 10, dan Miksudiar Aluj, 11; - berasal dari Kampung Gawin dan Penad.

Polis telah mengesahkan Sasa dan Ika meninggal dunia manakala dua rangka kanak-kanak yang ditemui belum dikenal pasti melalui ujian DNA manakala satu lagi masih hilang. - BERNAMA

KEGANASAN REJIM ZIONIS MEREBAK KE GAZA...


GAZA CITY 10 Okt - Konflik antara Palestin dan Israel yang tercetus di Tebing Barat, kini mula merebak ke wilayah Genting Gaza apabila askar rejim Zionis membunuh tujuh penduduk wilayah yang dikuasai pergerakan Hamas dalam siri pertempuran di sempadan, semalam.

Antara mangsa yang terbunuh dalam keganasan Israel di timur Gaza City dan Khan Younis termasuk seorang remaja lelaki berusia 15 tahun dan lebih 80 orang lagi disahkan cedera.


Setiausaha Agung Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Saeb Erekat mendakwa, kerajaan pimpinan Perdana Menteri Israel, Benja­min Netanyahu melakukan pembunuhan secara beramai-ramai di Gaza selepas konflik selama 50 hari pada pertengahan tahun lalu.

Susulan keganasan terbaharu itu, pergerakan Hamas menggesa inti­fada atau kebangkitan ketiga dilancarkan bagi membalas penindasan dan kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis.

Ketua Hamas, Ismail Haniyeh dalam khutbah Jumaat semalam berkata, penduduk Palestin perlu menguatkan keimanan dan membangkitkan semangat intifada dengan segera.

'Itu merupakan satu-satunya cara untuk membebaskan Palestin dan Gaza (Hamas) akan melaksanakan tanggungjawab membantu inti­fada di Baitulmaqdis selain bersedia berdepan konfrontasi Israel," katanya.

Dalam perkembangan terbaharu di Tebing Barat, pasukan keselamatan Israel menembak mati seorang pejuang Hamas dalam pertempuran lewat malam semalam dan kes tikaman turut mencederakan dua pen­duduk Yahudi.


Angka korban keganasan yang ter­cetus sejak 11 hari lalu meningkat kepada 16 penduduk Palestin dan empat penduduk Israel, manakala lebih 1,500 orang disahkan cedera. - afp/reuter

Sumber : Utusan Malaysia...

PERANGKAP MAUT DI KERUSI...


KEMUNGKINAN besar anda sedang membaca artikel ini sambil duduk di atas kerusi. Mungkin juga anda menyambung posisi duduk anda daripada sarapan dan bermalas di sofa sambil menonton televisyen bagi menghabiskan sisa cuti hujung minggu anda.

Tahukah anda, apa yang anda lakukan sekarang dengan duduk seharian boleh membawa maut?

Bukan sahaja pada hari cuti, hari bekerja yang kononnya terlalu sibuk untuk anda juga sebenarnya membuatkan anda seorang yang tidak aktif iaitu duduk di atas kerusi terlalu lama.

Setiap hari, kita menghabiskan masa kira-kira lebih lapan hingga 10 jam di atas kerusi. Duduk di dalam kereta mengharungi kesesakan lalu-lintas ke tempat kerja, menghadap komputer dari 9 pagi hingga 5 petang menghabiskan kerja di pejabat, sambung berdepan dengan kesesakan lalu-lintas pulang ke rumah dan apabila sampai di rumah, melepaskan penat dengan duduk di sofa menonton televisyen sehingga waktu tidur.

Apa lagi, sekarang ini hampir kesemua tugas boleh dipantau dan dilakukan menerusi telefon pintar anda daripada menyemak e-mel, membayar bil, membeli-belah dalam talian malah memesan makanan juga semuanya di hujung jari tanpa perlu meninggalkan tempat duduk yang empuk.


Aktiviti ini berbeza dengan 10 hingga 20 tahun lalu yang memerlukan kita bergerak untuk menyelesaikan kerja.

Alasannya, kesibukan kerja seharian dan teknologi perlu digunakan sebaik-baik mungkin bagi memudahkan pengguna.

Namun sebenarnya, gaya hidup banyak duduk (sedentary lifestyle) itu mengundang pelbagai masalah kepada kesihatan. Bukan saja lenguh-lenguh badan akibat otot-otot yang statik dan kurang gerakan, malah gaya hidup banyak duduk Itu merupakan perangkap maut kerana ia turut mengundang pelbagai penyakit kronik yang sebenarnya mampu dielakkan jika lebih aktif setiap hari.

Terdapat konotasi yang kuat antara duduk dan penyakit kronik. Walaupun duduk tidak boleh dikatakan punca utama kepada kemerosotan kesihatan, tetapi gaya hidup tidak aktif boleh menyebabkan obesiti dan sindrom metabolik,

kelompok penyakit yang turut berkaitan dengan tekanan darah tinggi, tahap gula yang tinggi dalam darah, lemak berlebihan di sekeliling pinggang dan paras kolestrol abnormal.

Menurut Pakar Perubatan Keluarga dan Ketua Pusat Pemeriksaan Kesihatan dan Kesejahteraan, Pusat Kepakaran Antarabangsa Beacon, Dr. Raja Ahmad Shaharul Raja Abdul Malek, gaya hidup banyak duduk merupakan punca kepada pelbagai penyakit kronik sejak dulu lagi namun trend ini kelihatan semakin meningkat dan amat membimbangkan.


"Kajian di negara Barat sekitar 1950-an terhadap pemandu dan konduktor bas dalam bas yang sama mendapati pemandu bas lebih banyak penyakit daripada konduktor walaupun kedua-duanya bekerja waktu dan tempoh yang sama serta makan makanan yang sama.

"Ini kerana konduktor bas sentiasa bergerak di dalam bas manakala pemandu hanya statik di kerusi pemandu membuatkan pemandu tersebut lebih banyak mengalami masalah kesihatan.

"Kajian tersebut merupakan kesimpulan kepada permasalahan yang semakin teruk kini apabila lebih banyak pekerjaan komersial seperti bekerja di pejabat, pekerja kilang yang berada dalam satu stesen kerja sahaja, pemandu jarak jauh seperti pemandu lori dan juruterbang berbanding dahulu yang mana banyak pekerjaan yang membuatkan pekerja aktif seharian seperti pertanian.

"Masalah ini turut menyebabkan pelbagai masalah berkaitan yang disebut seating disease yang mampu membawa maut untuk jangka masa panjang. Ia bukan bermakna duduk 24 jam sehari tetapi satu istilah am penyakit yang datang akibat gaya hidup tidak aktif terutama di tempat kerja, antara tempat yang paling banyak masa dihabiskan seharian yang mengundang risiko untuk mendapat penyakit kronik lebih tinggi," ujarnya ketika ditemui di Pusat Kepakaran Antarabangsa Beacon, Petaling Jaya, baru-baru ini.

MEMANDANGKAN waktu harian kebanyakannya habis di tempat kerja, perubahan gaya hidup perlu dilakukan di pejabat dan bukan sahaja tanggungjawab individu, ia turut perlu mendapat sokongan majikan.

Selain bergerak atau melakukan regangan badan selang sejam ketika di pejabat dan menggunakan tangga menggantikan lif, majikan turut perlu memberi sokongan bagi menggalakkan pekerja menjalani kehidupan yang lebih sihat.

Menurut Dr. Raja Ahmad Shaharul, kesedaran kesejahteraan korporat di Malaysia masih kurang sedangkan ia amat penting bagi meningkatkan produktiviti syarikat selain pulangan yang lebih.

"Sepatutnya majikan perlu menyediakan suasana kerja yang menyihatkan pekerja seperti menyediakan gymnasium untuk pekerja bersenam, menganjurkan aktiviti sukan, memastikan makanan-makanan yang menyihatkan di kantin dan lain-lain.

"Secara am, jika pekerja sihat, produktiviti turut meningkat selain kurang cuti sakit dan belanja perubatan pekerja. Semua ini satu pelaburan untuk syarikat tersebut.

"Ada kajian di AS, setiap AS$1 yang dilaburkan dalam kesejahteraan korporat, mereka akan mendapat pulangan sebanyak AS$3 kerana secara jangka masa panjang, majikan dapat jimat dari segi kos perubatan. Bayangkan jika dapat mengelak satu serangan jantung dari usaha kesejahteraan korporat sahaja, majikan dapat jimat ribuan ringgit," terangnya.

Ujarnya, pengalaman bekerja di United Kingdom selama 15 tahun membuka matanya terhadap usaha majikan-majikan di sana yang amat mementingkan kesejahteraan korporat yang jauh beza di Malaysia.

Terdapat beberapa syarikat di Malaysia yang boleh menjadi contoh kerana menjaga kesejahteraan korporat. Dr. Raja Ahmad Shaharul memberi contoh pejabat Google yang menggalakkan pekerjanya untuk berjalan, menyediakan program senaman dan kafeteria yang terdiri daripada makanan yang menyihatkan.

Tukar gaya hidup dengan menjadi lebih aktif terutama 
ketika di tempat kerja kerana ia merupakan antara 
tempat paling lama kita luangkan masa dalam sehari...

Walaupun disarankan bersenam 30 minit sebanyak lima kali seminggu, individu perlu mengekalkan kehidupan seharian yang aktif bagi mengekalkan manfaat senaman tersebut.

Begitu juga mereka yang aktif bersenam pada hari minggu, ia menjadi sia-sia jika tidak konsisten aktif pada hari lain kerana manfaat senaman itu akan berkurangan.

"Kesedaran pada masyarakat amat penting dan tidak boleh diambil mudah kerana apa yang kita lakukan sekarang dari segi kesihatan, ia hanya akan terlihat 20 hingga 30 tahun lagi, bukannya sekarang.

"Saya pasti anda tidak mampu berjalan pada usia 60 tahun akibat penyakit kronik seperti lumpuh. Jangka hayat kita juga dilihat semakin panjang yang mana secara purata jangka hayat kita menginjak hingga 76 tahun tetapi jika penyakit kronik datang lebih awal tidakkah ia akan membuatkan hidup merana dalam masa panjang," ujarnya.

Kanak-kanak

Kata Dr. Raja Ahmad Shaharul, penyakit duduk ini bukan sahaja berada di kaJangan orang dewasa, ia turut dilihat melibatkan kanak-kanak memandangkan kanak-kanak zaman sekarang kurang aktif berbanding dahulu.

Perkembangan teknologi dengan gajet dan permainan komputer sebagai permainan utama membuatkan kanak-kanak tidak aktif bermain dan melakukan aktiviti fizikal seperti dahulu dan ini boleh dilihat dari saiz badan kanak-kanak sekarang yang obes berbanding dahulu.


"Sebanyak 30 peratus kanak-kanak yang kurang aktif akan menjadi obes. Mengikut kajian, kanak-kanak obes akan tidak hadir ke sekolah lebih dua hari berbanding kanak-kanak biasa dan secara am, markah ujian mereka juga rendah.

"Ada kajian menunjukkan jika kita sebagai ibu bapa tidak aktif, anak-anak akan berisiko tinggi untuk lebih tidak aktif. Kanak- kanak begitu cepat mengikut apa yang dilihatnya. Jika kita tidak memberi contoh yang baik kepada mereka, ia akan memudarat mereka dalam jangka masa panjang," terangnya.

Ibu bapa memainkan peranan yang penting kerana gaya hidup akan dibawa sehingga ke dewasa dan ia akan menyusahkan mereka bukan sahaja dari segi kesihatan tetapi sosial dan ekonomi.

Lebihkan masa bersama anak-anak dengan membawa mereka bermain di taman kerana selain mereka dapat bergerak aktif, anda dapat menggunakan masa tersebut untuk bersenam bersama, ujarnya.

Sunday, October 4, 2015

KURSUS ASAS PEMANDUAN 4X4...

Untuk menjadi seorang pemandu pacuan empat roda, ketahanan mental dan fizikal kena kuat. Satu lagi ciri dan sikap yang perlu ada kepada pemandu pacuan empat roda ialah mereka perlu berhemah semasa mengendalikannya bagi mengelakkan kemalangan dan sekaligus dapat menyelamatkan nyawa dengan mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

Dalam pemanduan sukan lasak 4X4, beberapa prinsip telah diguna pakai sebagai satu pegangan oleh setiap pemandu 4X4. Dua perkara yang mesti diketahui oleh pemandu 4X4 ialah diri mereka sendiri dan yang keduanya mereka perlu tahu kenderaan yang hendak dipandu dan tempat yang hendak dituju.

Berdasarkan kepada prinsip-prinsip tersebut maka lahirlah prinsip 4X4 yang dikenali sebagai T.I.P.S iaitu singkatan kepada 4 prinsip yang perlu ditekan kepada setiap seorang pemandu iaitu :

  1. T - Tanggungjawab - iaitu kepada diri sendiri, apa yang dibawanya, harta benda dan keadaan persekitarannya.
  2. I - Ilmu - Ilmu pemanduan, ilmu tentang kenderaan, ilmu tentang keselamatan, ilmu lalulintas, ilmu tentang alam sekitar dan cuaca
  3. P - Peka - sentiasa waspada, berhati-hati, membuat jangkaan berdasarkan penelitian, kepekaan dan kewaspadaan atau dengan kata lain 'Defensive Driving'
  4. S - Sabar - Setiap seorang yang bergelar pemandu amat penting untuk melatih diri agar sentiasa sabar dalam apa jua keadaan.
Dengan semua elemen-elemen yang ada dalam T.I.P.S, maka lahirlah seorang pemandu yang berhemah dan selamat dan ini akan dapat mengurangkan kemalangan dan seterusnya menyelamatkan jiwa.

Selain T.I.P.S, yang perlu ada pada pemandu, K.I.T.S pula merupakan 4 perkara yang perlu ada pada kenderaan iaitu:

  1. K - Keupayaan kenderaan
  2. I - Imbasan/Inspection - pemeriksaan ke atas kenderaan
  3. T - Tempat - Tempat tuju, jarak jauh, tempoh masa dan keadaan tempat yang hendak dituju
  4. S - Sokongan - Iaitu lebih kepada peralatan yang boleh digunakan semasa kenderaan mengalami masalah.
Begitulah serba ringkasnya apa yang telah dapat dicatat tentang teori berkenaan dengan kursus ini. 

Tatkala aku menerima pelawaan dari Tn. Hj. Ali dari Bahagian Khidmat Teknikal untuk sama-sama mengikuti kursus penting ini bagi membuat laporan, merakam gambar-gambar serta video untuk dimuatkan ke dalam blog dan dikongsi dengan semua staf, aku menerima pelawaan ini dengan berbesar hati. Walaupun aku bertugas di Bahagian Perladangan manakala program ini program Bahagian Khidmat Teknikal, peluang yang diberikan ini  tidak boleh disia-siakan dan aku perlu gunakan dengan sebaik-baiknya bagi menambah ilmu pengetahuan.   

Pihak Konsultant yang diberi tanggungjawab untuk mengendalikan kursus ini ialah Blackwind Adventure Team yang diketuai oleh Pengurusnya En. Dalim Othman yang turut sama menyampaikan ceramah kepada semua peserta.  

Seramai 50 orang staf telah dipilih untuk mengikuti kursus ini yang terdiri dari Pegawai-pegawai Khidmat Teknikal Ibu Pejabat, MTO (Maintainance Transport Officer) serta pemandu-pemandu kenderaan yang dipilih dari seluruh Kawasan dan Wilayah Felcra Berhad. Tempat yang dipilih dan sesuai untuk mengadakan kursus ini ialah di D'Pulau Tibang Camp and Chalet, Ulu Slim, Slim River, Perak bermula dari 1-3 Oktober 2015.

Perasmian program diadakan di perkarangan Wisma Felcra dan ianya telah dirasmikan oleh En. Haridan b. Saad, Pengurus Besar Kumpulan Kejuruteraan dan Perkilangan pada jam 9 pagi diikuti dengan acara flag-off kepada setiap kenderaan. 

Kursus ini merangkumi dua segmen iaitu pelajaran teori di dalam kelas dan praktikal cara-cara mengendalikan kenderaan pacuan empat roda di ladang, hutan, sungai, paya dan sebagainya. 

Berdasarkan tinjauan dan temubual yang dibuat dengan para peserta, aku dapati mereka semua melahirkan rasa syukur dan berterima kasih terutamanya kepada Pengurus Besarnya iaitu Tn. Hj Zikri, Pengurus Kanannya, Tn. Hj. Amin, Pengurusnya Tn. Hj. Azizan dan En. Isamruddin Muda yang turut hadir dan sama-sama mengambil bahagian (kecuali Tn. Hj. Zikri) semasa program dijalankan di kelas dan lapangan. Setinggi-tinggi tahniah juga mereka ucapkan kepada Tn. Hj. Mohd Ali Ibrahim iaitu pegawai yang bertanggungjawab melaksanakan program ini dengan jayanya dan telah memilih mereka untuk mengikuti kursus yang sangat bermanfaat dan penuh ilmu pengetahuan ini.   

Tidak lupa juga mereka mengucapkan terima kasih kepada Pengurus Blackwind iaitu En. Dalim Othman dan tenaga pengajar yang terdiri En. Lokman, En. Saiful Affendi, 'Che-Kok', 'Botak' dan 'Atok' serta nama-nama yang tidak dapat disebutkan di sini yang telah mencurahkan segala ilmu ciri-ciri mengendali dan pemanduan kenderaan pacuan empat roda tersebut.

Mereka semua mengharapkan agar kursus-kursus yang sebegini diperbanyakkan lagi dan sangat baik kerana ianya bersesuaian dengan keadaan di ladang-ladang Felcra Berhad.

Saksikan rakaman video serta gambar-gambar sepanjang kursus ini berlangsung dan selamat menonton. 
  


Video latihan praktikal di lapangan
yang telah diupload ke Youtube....


Sessi pendaftaran peserta di Ibu Pejabat...

 Jurulatih dari Blackwind Adventure Team...

Keperluan asas peserta seperti tuala, 2 helai baju T, 
nota kursus, buku catatan, pen, air minuman dan roti 
diberi selepas pendaftaran telah dibuat...



Sarapan pagi disediakan selepas pendaftaran... 
Kelihatan En. Ibrahim (Megat) dan En. Raslan 
sedang menikmati sarapan di lantai biru...

Kenderaan pacuan 4 roda sudah bersiap sedia 
untuk membawa peserta ke lokasi ...


Pegawai dan jurulatih dari Syarikat 
Konsultant Blackwind Adventure Team 
diberi tanggungjawab untuk mengendalikan kursus ni...

En. Ibrahim (Megat) dari Pejabat PBW Pahang dan 
En. Idris dari Bhg. Teknikal bergambar bersama 
salah sebuah kenderaan yang telah disediakan...

Jurulatih dari Syarikat Blackwind Adventure Team 
yang akan mengendalikan latihan kepada peserta nanti...

En. Zulkifli dari Pejabat PRO diberi tugas 
sebagai MC dalam upacara perasmian sebentar nanti...

En. Hafiz dari Khidmat Ldg, (kiri) turut membantu 
dalam penyediaan sistem peralatan komunikasi.
Turut kelihatan ialah En. Kamarul Hisham 
dari Bhg. Khid. Teknikal yang merupakan 
salah seorang peserta kursus.

En. Zaimee (kiri) dan En. Zahid turut teruja untuk 
bergambar bersama kenderaan pacuan 4 roda...

En. Fitri, jurukamera Sykt. Blackwind bertanggung jawab 
untuk merakam gambar bagi pihak Syktnya.

En. Haridan Saad, (Kanan), PBK. Kejuruteraan dan Perkilangan 
akan merasmi dan melakukan flag-off pelepasan konvoi peserta.
Di kiri beliau ialah Tn. Hj. Ali Ibrahim dan 
En. Amin (tengah) dari Bhg. Khidmat Teknikal

En. Kamarul Hisham (kanan) sedang membacakan doa memohon 
keselamatan dan kesejahteraan kepada semua yang hadir...

En. Mat Ros Kamat, salah seorang otai dari kalangan 
semua pilot yang ada di Felcra...

En. Haridan Saad sedang menyampaikan ucapan. 
Disebelah kanan beliau, Tn. Hj. Zikri Ibrahim, 
Pengurus Besar Bhg. Khid. Teknikal...

Peserta kursus sedang memberikan perhatian 
terhadap ucapan yang disampaikan...



Bergambar ramai sebelum berlepas...

En. Haridan Saad sedang melakukan flag-off...



Tn. Hj. Amin turut membuat flag-off...


Deretan pacuan 4 roda menanti di luar pagar 
menunggu flag-off yang belum selesai untuk berkonvoi...





Kenderaan pacuan 4 roda sedang bergerak ke lebuhraya DUKE 
dan akan menyusur ke lebuhraya PLUS untuk menuju ke
D'Pulau Tibang Camp and Chalet, Ulu Selim, Slim River, Perak,
tempat berlangsungnya Kursus Asas Pemanduan 4X4 
selama 3 hari bermula dari 1-3 Okt 2015...


En. Ashraf, peserta kursus dari Kawasan 
Durian Daun, Rembau, Neg. Sembilan...

Konvoi berhenti rehat di RNR Rawang...


Peserta bergambar di hentian sebelah Tg. Malim...





Tol Behrang...

Semua peserta sudah tiba di Camp dan 
akan check in selama 3 hari 2 malam...


Para peserta menuju ke chalet untuk penginapan...

Buah relai yang gugur perlu dikutip... 



Di hadapan chalet kami terdapat 
anak sungai yang mendamaikan...

Aku belanja satu gambar untuk yang tinggal di HQ...







En. Dalim Othman, Pengurus Sykt. Balckwind Adventure Team 
sedang memberikan taklimat...



Dewan tempat berkursus...



Semua jurulatih sedang memasang khemah dan mereka akan 
bermalam di sini sepanjang kursus berlangsung..








Makan tengahari yang disediakan di chalet...





Tempat penginapan peserta...






En. Isamruddin Muda, Pengurus Bhg. Khid. Teknikal,
menantu kesayangan Pn. Azni...

En. Isaroddin Selamat, Fahmee dan Raslan 
sedang berehat di bilik penginapan...



Para peserta sedang memberikan perhatian 
terhadap kursus yang sedang berlangsung...






En. Dalim Othman, Pengurus Sykt. Blackwind 
juga merupakan seorang penceramah... 

AJ dan Fitri berganding bahu dalam merakam gambar 
dan video semasa kursus dan latihan sedang berlangsung...

En. Saiful Affendi (Chip), merupakan salah seorang penceramah 
dan pakar dalam pengendalian kenderaan 4X4...

En. Azizan Mat Akhir, Pengurus Khid. Teknikal dan merupakan
pegawai yang bertanggungjawab dalam menjayakan kursus ini...




Tn. Hj. Azizan turut menyampaikan ucapan 
alu-aluan bagi pihak Pengurus Besar Khidmat Teknikal 
kepada para peserta...


En. Saiful Affendi ('Chip') sedang memberikan penerangan
tentang tatacara pengendalian kenderaan ketika
mengalami masalah dan kerosakan semasa digunakan...  


Chip sedang menunjukkan cara-cara nak jack kenderaan 4X4
dengan menggunakan peralatan khas...



En. Lokman, juga merupakan seorang pakar 
dalam pengendalian kenderaan 4X4. 
Beliau sedang memberikan  penerangan tentang 
alat-alat bantuan jika 4X4 mengalami masalah...















En. Lokman sedang menunjukkan cara-cara nak menarik 
4X4 yang tersangkut dan terbenam menggunakan peralatannya...






































Seorang pakar motivasi dari UIA  turut dijemput untuk 
memberikan sedikit motivasi kepada peserta... 





Pihak D'Pulau Tibang turut mengendalikan program 
'Water Rafting' di sini kepada yang berminat...



En. Norashidee (Shidee) dilantik untuk 
mengendalikan senaman pagi kepada peserta...










Program pagi ini, kami akan ke lapangan untuk 
latihan praktikal  cara-cara mengendalikan kenderaan 4X4...












Dah sampai di lapangan...

En. Ilias Mahdi bersama 4X4 yang akan beliau kendalikan...

En. Amin, Peng. Kanan Khid. Teknikal datang pagi ini 
dari HQ untuk memerhati dan memberikan kata-kata semangat
kepada peserta kerana latihan hari ini amat mencabar...



Bergambar dulu sebelum memulakan latihan...



Tn. Hj. Ali Ibrahim juga pegawai yang 
bertanggungjawab A-Z dalam menjayakan program ini...



En. Idris Osman datang kursus ini untuk mengembalikan semula 
semangatnya untuk terus berbakti kepada Syarikat...

En. Lokman sedang memberikan 
penerangan sebelum latihan bermula...




























Sebuah 4X4 tersangkut di dalam lopak 
yang dalam semasa latihan...





Latihan meniti di antara latihan yang
sangat mencabar kepada peserta...

















Teknik menarik 4X4 yang tersangkut 
dan terbenam di dalam lopak...
















En. Ibrahim (Megat) dari Pejabat PBW Pahang sedang 
menarik kenderaan yang terbenam di dalam lopak...

En. Jefri dari Pejabat PBW Sabah turut membantu...





































Selepas penat menjalani latihan, kebanyakan peserta 
mengambil kesempatan mandi dan berendam di dalam sungai 
depan bilik penginapan sementara menanti waktu maghrib, 
makan malam dan sambung kuliah sebelah malam...




Petang ini diadakan pertandingan praktikal 
untuk teknik Winchi, Hi-lift jack dan menjawab soalan. 
Sebanyak 3 kumpulan dibentuk untuk bertanding.
 Di akhir pertandingan, kumpulan 1 (gambar di atas)
telah dipilih sebagai pemenang oleh pihak juri...






Team work yang baik dari kumpulan 1 ini 
akhirnya membuahkan kejayaan menjadi juara dan 
membawa pulang sebuah hamper...




Latihan ini dikendalikan oleh Che-Kok, 
salah seorang instruktur Sykt. Blackwind...


Menjawab soalan secara lisan yang dikendalikan oleh 'botak'...



Kumpulan 1 sedang menjawab soalan lisan...










Dua anak orang asli sedang menjala ikan di sungai...

Latihan yang sangat mencabar iaitu meredah sungai
dengan pacuan 4 roda oleh para peserta...











Malam terakhir pihak chalet mengadakan BBQ untuk kami...

Hot dog...

Ayam, kambing dan ikan sedang dibakar...








Semua peserta dikehendaki membuat penilaian kursus 
di dalam borang yang disediakan...















Upacara penutup...

Setiap ketua bagi 8 kumpulan dikehendaki 
untuk memberikan ucapan... 













AJ, Ketua Kumpulan 1 bersama ahli-ahlinya, Fahmee, 
Fareez, Ashraf, Zaimee dan sorang lagi lupa namanya 
menerima hadiah  berupa sebuah hamper kerana berjaya 
menjadi juara dalam pertandingan yang di adakan 
petang semalam... 

En. Zulkifli dari Kumpulan 8 pula diistiharkan sebagai 
peserta individu terbaik. Beliau juga menerima hadiah sebuah hamper...

En. Isamruddin Muda, Wakil Pengurus Besar 
Bhg. Khidmat Teknikal diberi penghargaan untuk 
menyampaikan sijil tamat kursus kepada setiap peserta...













































Aku turut menerima sijil tamat kursus yang 
disampaikan oleh En. Isamruddin Muda...


AJ dan Fitri...


Di akhir program semua peserta bersalam-salaman
 dan berselawat Nabi...



Bergambar ramai sebelum pulang ke destinasi masing-masing...




Kumpulan 1 sedang menikmati hamper yang dimenangi...


Kami semua nak pulang dah...

Bergambar bersama 'Atok' salah seorang instruktur...












Pacuan 4X4 ini mengalami kerosakan semasa latihan dan 
memerlukan belanja yang besar untuk membaikinya...



Berhenti rehat di RNR Ulu Bernam...


Dah sampai HQ...






En. Jaafar didatangkan khas ke HQ untuk membawa 
En. Azman pulang ke Johor Bharu...