Pages

Saturday, January 16, 2016

LAWATAN KERJA KE KAWASAN LUBUK SIREH, PERLIS...

Projek Tasoh telah mendapat kelulusan untuk Program Tanam Semula getah ke getah yang akan dilaksanakan secara pakej. Kerja-kerja pembelian/pengeluaran kayu getah dan Pertanian Am getah akan dilaksanakan di dalam satu kontrak yang telah ditawarkan kepada FUESB.

Tarikh mula LA kerja-kerja pembelian/pengeluaran kayu getah adalah pada 1 Oktober 2015 dan tarikh siap LA pada 30 Jun 2016. Bagi kerja-kerja Pertanian Am (PA) getah pula adalah pada 1 Disember 2015 dan siap LA pada 30 April 2017.

Kerja-kerja pengeluaran kayu getah telah bermula di lapangan pada 12 November 2015 dan sehingga kini ia telah mencapai 1% daripada luas keseluruhan 150.48 hektar.

Walaubagaimanapun, Program Tanam Semula di projek ini dari getah ke getah tidak dipersetujui oleh peserta kerana projek Tasoh yang terletak berhampiran Empangan Timah Tasoh, Perlis Fasa 2 yang dijangka siap pada tahun 2017 akan memberi kesan kepada projek ini di mana kenaikan air untuk Empangan Timah Tasoh selepas dinaiktaraf adalah pada Reduce Level (RL) 31.0 meter iaitu kenaikan 1.9 meter daripada paras asal 29.1 meter. Keadaan ini akan menyebabkan pokok-pokok getah yang akan ditanam nanti boleh terjejas dan situasi ini telah membimbangkan peserta.

Berikutan itu, peserta projek Tasoh telah memohon supaya Program Tanam Semula dari getah ke getah yang akan dilaksanakan nanti dapat ditukar daripada tanaman getah ke tanaman sawit. Disamping itu, keyakinan tinggi mereka terhadap tanaman sawit adalah kerana terdapat kebun sawit bersebelahan (bukan Felcra) telah menunjukkan pertumbuhan sawit yang baik dan telahpun mengeluarkan hasil. Ini membuktikan bahawa kawasan ini juga sesuai untuk diusahakan ladang sawit. Walaubagaimanapun potensi pengeluaran hasil bergantung kepada pelbagai faktor seperti kesesuaian agroiklim, kesuburan tanah dan lain-lain.

Bagi memberikan gambaran yang lebih jelas, satu lawatan kerja telah dibuat ke projek tersebut pada Khamis 14 Jan 2016 jam 10 pagi yang melibatkan pegawai ladang dari Ibu Pejabat iaitu Tn. Hj. Maruan b. Kadis dan En. Faiz b. Muhijan. Pegawai dari pejabat PBW Utara, En. Mohd Zaiful Anuar b. Zulkifli dan En. Zumaini b.Mohd Yasim. 

Pegawai dari Lembaga Getah Malaysia (LGM) iaitu En. Samsusah Mohd Tan dan Pn. Nur Atrah turut serta dalam lawatan ini untuk memberikan nasihat dan cadangan berhubung dengan permintaan peserta yang inginkan pertukaran tanaman dari getah ke sawit. 

Pengurus Kawasan Lubuk Sireh selaku tuan rumah iaitu En. Nordin b. Jaafar serta Pengurus-Pengurus Projeknya telah mengiringi lawatan ini yang memakan masa hampir 2 jam.

Hasil dari tinjauan yang dibuat, terdapat beberapa perkara yang ditemui dan perlu diberi perhatian. Cadangan serta pengesyuran akan dikemukakan ke Pengurusan Tertinggi untuk diteliti secara lebih terperinci sebelum sebarang keputusan dibuat.    

Pejabat baru Kawasan Lubuk Sireh...

Pemandangan di dalam pejabat...

Kaunter pertanyaan...

Pejabat lama Kawasan sedang dalam proses perobohan...

Sedikit taklimat telah diberikan oleh En. Zaiful Anuar, Pengurus Pertanian
Pejabat PBW Utara (baju merah) sebelum bergerak ke kawasan lawatan
 iaitu projek Tasoh. Turut kelihatan ialah En. Faiz, Tn. Hj. Maruan
 dan Pn. Atrah (LGM)

Dari kiri: Pn. Atrah, En. Samsusah Mohd Tan (LGM), 
En. Nordin Jaafar, (Peng. Kawasan) dan 
 En. Zumaini, Pengurus Perladangan
 (Pej. PBW.Utara)... 


Para pelawat telah tiba di projek Tasoh dan 
sedang mendengar taklimat dari PK...



Empangan Timah Tasoh yang akan dinaik taraf ke fasa 2 
Reduce Level (RL) 31.0 meter iaitu kenaikan air 1.9 meter 
dari paras asal 29.1 meter....


Jurulapor....






Pokok getah telah ditebang untuk Program Tanam Semula. 
Kontrak pembelian/pengeluaran kayu getah telah diberi kepada FUESB... 

Pokok getah yang telah berusia 20 tahun dan 
perlu ditebang untuk ditanam semula...

Kawasan yang telah dibersihkan untuk program tanam semula... 


Longgokan kayu getah yang sudah sedia untuk dibakar...

Dua buah bukit yang boleh memberikan seribu makna...


Post istimewa dari Mr. Zali dari Pejabat PBW Utara... 


Bergambar ramai berlatarbelakang dua bukit dengan panorama yang indah...



Pegawai dari Kumpulan Perladangan Ibu Pejabat 
En Faiz Muhijan (kiri)  dan Tn Hj. Maruan Kadis...

Pejabat baru KPR Lubuk Sireh...

Lawatan diakhiri dengan jamuan makan tengahari yang diraikan oleh 
En. Wan Mokhtar b. Wan Muda, Pengurus Besar Wilayah Utara...
Terima kasih diucapkan kepada beliau kerana 
sudi meluangkan masa untuk kami....

En. Nordin Jaafar (PK Lubuk Sireh) membacakan doa sebelum makan...


LAWATAN KERJA KE KAWASAN KUBANG KENYENG, KEDAH...

FELCRA Berhad Kawasan Kubang Kenyeng mempunyai 4 projek di mana 2 di antaranya projek Kubang Kenyeng 1 berkeluasan 141.15 hektar dan Kubang Kenyeng 2 berkeluasan 53.31 hektar daripada luas keseluruhan kawasan seluas 302.16 hektar.

Pokok-pokok getah yang terdapat di projek Kubang Kenyeng 1 telahpun berumur 24 tahun manakala pokok-pokok getah yang terdapat di projek Kubang Kenyeng 2 berumur 17 tahun. Topografi bagi kedua-dua projek ini adalah rata dan terdapat sebatang anak sungai yang merentasi kawasan projek Kubang Kenyeng 1. Infrastruktur jalan dan perparitan berada di dalam keadaan yang baik. 

Projek Kubang Kenyeng 1 dan 2 telah mendapat kelulusan Mesyuarat  untuk Program Tanam Semula getah ke getah. Kerja-kerja pembelian/pengeluaran kayu getah masih belum dibuat tawaran kontrak secara pemberian terus kepada Anak Syarikat Felcra Berhad. 

Walaupun keputusan Mesyuarat telah memutuskan supaya Program Tanam Semula dari getah ke getah telah dibuat, semua para peserta bagi kedua-dua projek tersebut yang berjumlah seramai 77 orang tidak bersetuju dengan tanaman getah yang hendak dilaksanakan tetapi sebaliknya mereka berkehendakkan supaya ianya ditukar kepada tanaman sawit.

Alasan yang dikemukakan dan faktor yang mempengaruhi mereka hendak menukar tanaman tersebut di antaranya ialah untuk mengurangkan risiko kecurian hasil, keperluan tenaga kerja yang sedikit disamping dapat menjimatkan kos berbanding getah. Selain itu pengutipan hasil juga tidak dipengaruhi oleh faktor cuaca dan sebagainya. Satu lagi alasan yang dikemukakan secara lisan ialah mereka melihat kebun dan pokok sawit milik pekebun kecil persendirian bersebelahan projek mereka tumbuh di dalam keadaan yang baik dan telahpun mengeluarkan hasil.   

Oleh itu kesemua mereka telah melahirkan kesepakatan dengan menandatangani satu surat persetujuan untuk penanaman semula dari getah kepada kelapa sawit. Surat persetujuan tersebut telah diserahkan kepada Pengurus Kawasan untuk dipanjangkan ke Ibu Pejabat.  

Bagi memberikan gambaran yang lebih jelas, satu lawatan kerja telah dibuat ke projek tersebut pada Khamis 14 Jan 2016 jam 10 pagi yang melibatkan pegawai ladang dari Ibu Pejabat iaitu Tn. Hj. Maruan b. Kadis dan En. Faiz b. Muhijan. Pegawai dari pejabat PBW Utara, En. Mohd Zaiful Anuar b. Zulkifli dan En. Zumaini b.Mohd Yasim.  Pegawai dari Lembaga Getah Malaysia (LGM) iaitu En. Samsusah Mohd Tan dan Pn. Nur Atrah turut serta dalam lawatan ini untuk memberikan cadangan dan nasihat berhubung dengan permintaan peserta yang inginkan pertukaran tanaman dari getah ke sawit.

Pengurus Kawasan Kubang Kenyeng iaitu En. Othman b. Ismail bersama pengurus projeknya telah mengiringi lawatan ini bagi meninjau kedua-dua projek tersebut. 

Hasil dari tinjauan yang dibuat, terdapat beberapa perkara yang ditemui dan perlu diberi perhatian. Cadangan serta pengesyuran akan dikemukakan ke Pengurusan Tertinggi untuk diteliti secara lebih terperinci sebelum sebarang keputusan dibuat.  

Sign board Kawasan Kubang Kenyeng, Kedah... 

Pengurus Kawasan, En. Othman Ismail sedang
memberikan penerangan kepada pegawai-pegawai pelawat di biliknya...

Dari kiri : Pn. Atrah, En. Samsusah dari LGM, En. Zumaini,
En. Zaiful Anuar, dari PBW Utara dan
En. Rosli Bakar, 5P Kanan Kawasan K. Kenyeng...



Pokok getah di projek Kebang Kenyeng 1 yang telah berusia 20 tahun dan perlu
ditebang untuk program tanam semula...

Berhampiran projek ini terdapat ladang ternakan ayam yang
menyebabkan kawasan pejabat dan warung berhampiran dipenuhi lalat...






Sunday, January 3, 2016

KISAH NYATA : TERLEWAT NIKAH...



Kisah Nyata : Terlewat Nikah

Aku telah menamatkan zaman kuliahku dan kini aku bergelar seorang wanita yang berkerjaya. 

Lamaran pinangan terhadap diriku untuk menikah juga datang tidak putus-putus, tetapi aku merasakan tiada seorang pun yang dapat menarik minatku. Kemudian kesibukan kerja dan cita-citaku  membuatkan aku leka dan hanyut dalam duniaku sendiri sehinggalah aku berusia 34 tahun. Ketika itulah baru aku sedar bahawa betapa susahnya lewat bernikah.

Pada suatu hari, datang seorang pemuda meminangku. Usianya tua 2 tahun dariku. Dia berasal dari keluarga yang kurang mampu. Tapi aku ikhlas menerima dirinya seaadanya. Kami mulai menghitung waktu pernikahan. Dia meminta kepadaku salinan KTP untuk menguruskan surat-surat pernikahan. Aku segera menyerahkan semua yang diperlukan.

Setelah dua hari berlalu, ibunya menghubungiku melalui telepon. Beliau memintaku supaya bertemu secepat mungkin. Aku segera menemuinya. Tiba-tiba ia mengeluarkan salinan KTPku. Dia bertanya kepadaku apakah tarikh lahirku yang terdapat di KTP itu benar?

Aku menjawab: Benar.

Lalu ia berkata: Jadi umurmu sudah mendekati usia 40 tahun?!

Aku menjawab: Usiaku sekarang sebenarnya 34 tahun.

Ibunya berkata lagi: ya, sama saja. Usiamu sudah lewat 30 tahun. Ertinya  kesempatan untuk memiliki anak sudah semakin tipis. Sementara aku nak sangat menimang cucu.

Dia tidak mahu diam sampai ia mengakhiri proses pinangan antara diriku dengan anaknya.

Masa-masa sukar itu berlalu sampai 6 bulan. Akhirnya aku memutuskan untuk pergi melaksanakan ibadah umrah bersama ayahku, supaya aku boleh menyembuhkan  kesedihan dan kekecewaanku di Baitullah.

Akupun pergi ke Mekah. Aku duduk menangis, berlutut di depan Ka'bah. Aku memohon kepada Allah supaya diberi jalan terbaik.

Setelah selesai solat, aku melihat seorang perempuan membaca al Qur'an dengan suara yang sangat merdu. Aku mendengarnya lagi mengulang-ulangayat:

(وكان فضل الله عليك عظيما)

"Dan karunia Allah yang dilimpahkan kepadamu itu sangat besar".

(An Nisa': 113)

Air mataku menitis  dengan derasnya mendengar alunan ayat itu.

Tiba-tiba perempuan itu merangkulku ke pangkuannya. Dan ia mulai mengulang-ulang firman Allah:

(ولسوف يعطيك ربك فترضي)

"Dan sungguh, kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu, sehingga engkau menjadi puas".

(Adh Dhuha: 5)

Demi Allah, seolah-olah aku baru kali pertama mendengar ayat itu seumur hidupku. Pengaruhnya sangat luar biasa, jiwaku menjadi tenang.

Setelah seluruh ibadah umrah selesai, aku kembali ke Cairo. Di pesawat aku duduk di sebelah kiri ayahku, sementara disebelah kanan beliau duduk seorang pemuda.

Sesampainya pesawat di bandara, akupun turun. Di ruang tunggu aku bertemu suami kepada salah seorang sahabatku. Kami bertanya kepadanya, dalam urusan apa ia datang ke bandara? Dia menjawab bahwa ia sedang menunggu kedatangan sahabatnya yang menaiki pesawat yang sama dengan kami naiki.

Hanya beberapa saat, tiba-tiba sahabatnya itu datang. Ternyata ia adalah pemuda yang duduk di kerusi disebelah kanan ayahku tadi.

Seterusnya aku berlalu dengan ayahku.....

Setibanya aku sampai di rumah dan menukar  pakaian, sedang berehat, sahabatku yang suaminya tadi kebetulan bertemu di bandara menghubungiku. Terus saja ia menyatakan bahawa sahabat suaminya yang kebetulan menaiki pesawat  denganku sangat tertarik kepada diriku. Dia ingin bertemu denganku di rumah temanku itu dimalam itu juga. Atas alasan urusan yang baik perlu disegerakan.

Jantungku berdegup  sangat kencang akibat kejutan yang tidak pernah aku bayangkan.

Lalu aku meminta pendapat kepada  ayahku terhadap tawaran suami sahabatku itu. Beliau memberi semangat untuk untuk aku menerima perlawaan tersebut. Boleh jadi dengan cara itu Allah memberiku jalan keluar.

Akhirnya.....aku pun datang ke rumah temanku itu.

Setelah beberapa hari selepas kunjungan kerumah itu, pemuda tadi pun datang melamarku secara rasmi. Hanya satu bulan setengah setelah pertemuan itu kami betul-betul sudah menjadi pasangan suami-istri. Jantungku betul-betul berdegup kencang dengan pengharapan kebahagiaan.

Kehidupan berkeluarga berjalan lancar dengan optimis  dan detik-detik kebahagiaan. Aku mendapatkan seorang suami yang aku impikan. Dia seorang yang sangat baik, penuh cinta, lemah lembut, dermawan, mempunyai akhlak yang subhanallah, ditambah lagi keluarganya yang sangat baik dan terhormat.

Namun sudah beberapa bulan berlalu belum juga ada tanda-tanda kehamilan pada diriku. Perasaanku mulai diselubungi cemas. Apalagi usiaku waktu itu sudah memasuki 36 tahun.

Aku minta kepada suamiku untuk membawaku supaya melakukan  pemeriksaan diri di hospital. Aku bimbang kalau-kalau aku tidak boleh hamil. Kami pergi menjalani  pemeriksaan dengan seorang doktor yang sudah terkenal dan berpengalaman. Dia minta kepadaku untuk buat ujian darah.


Ketika kami menerima keputusan ujian darah, ia berkata bahawa tidak perlu aku meneruskan pemeriksaan berikutnya, karena hasilnya sudah nyata. Terus sahaja dia mengucapkan "Tahniah, anda hamil!"

Hari-hari kehamilanku pun berlalu dengan selamat, sekalipun aku mengalami kesusahan yang lebih dari orang biasanya. Mungkin kerana aku hamil di usia yang sudah agak berumur.

Sepanjang kehamilanku, aku tidak punya keinginan untuk mengetahui jatina anak yang aku kandung.
Kerana apa pun yang Allah kurniakan kepadaku semua adalah nikmat dan kurniaan-Nya. Setiap kali aku mengaduk bahawa rasanya kandunganku ini terlalu besar, dokter itu menjawab: Itu karena kamu hamil di usia lewat 36 tahun.


Seterusnya tibalah hari-hari yang ditunggu, hari saatnya melahirkan.

Proses bersalin secara caesar berjalan dengan lancar. Setelah aku sedar, doktor masuk ke bilikku dengan senyuman manis di wajahnya sambil bertanya tentang jenis jatina anak yang aku harapkan. Aku menjawab bahawa aku hanya mendambakan kurniaan daripada  Allah. Tidak penting bagiku jenis jatinanya. Lelaki atau perempuan akan aku sambut dengan ribuan kesyukuran.


Aku dikejutkan dengan pernyataannya: 

"Bagaimana pendapatmu kalau kamu mendapat Hasan, Husen dan Fatimah sekaligus?

Aku tidak paham apa  yang ia katakan. Dengan penuh tanda tanya aku bertanya apa yang ia maksudkan?

Lalu ia menjawab sambil menenangkan ku supaya jangan terkejut dan histeria bahawa Allah telah mengurniakan 3 orang anak sekaligus. 2 orang bayi lelaki dan seorang perempuan.

Seolah-olah Allah mahu memberiku 3 orang anak sekaligus untuk mengejar ketinggalanku dan lantaran kelewatan  umurku.

Sebenarnya doktor itu telah mengetahui bahawa aku mengandung anak kembar 3, tapi dia tidak menyampaikan berita itu kepadaku supaya aku tidak cemas menjalani masa-masa kehamilanku.

Lantas aku menangis sambil mengulang-ulang ayat Allah:

(ولسوف يعطيك ربك فترضى)

"Dan sungguh, kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu, sehingga engkau menjadi puas". (Adh Dhuha: 5)

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

(وَاصْبِرْ لِحُكْمِ رَبِّكَ فَإِنَّكَ بِأَعْيُنِنَا )

"Dan bersabarlah menunggu ketetapan Tuhanmu, karena sesungguhnya engkau berada dalam pengawasan Kami..." (Ath Thur: 48)

Bacalah ayat ini penuh taddabur dan menghayatinya, teruskan berdoa dengan hati penuh yakin bahawa Allah tidak pernah dan tidak akan pernah membiarkanmu.

Bila status ini ada manfaatnya silakan share.

Jazaakumullahu khairan