Pages

Saturday, August 25, 2018

KURSUS IMAM DAN BILAL...

Sebenarnya aku dah malas nak mengikuti sebarang jenis kursus lagi. Bagi aku kursus-kursus ni tiada lagi dalam kamus hidup aku. Walaupun sebagai seorang penjawat awam, aku masih terikat dengan peraturan dan arahan perkhidmatan, tetapi kalau boleh, nama aku tak payahlah dicalonkan lagi, lebih baik 'offer' pada staf baru yang sangat dahagakan ilmu untuk bekalan dan praktikal semasa melaksanakan tugas seharian mereka di ofis.

Dalam meniti hari-hari terakhir sebelum bergelar 'YB' (Yang Bersara), aku lebih suka kalau aku dilebihkan kepada program lawatan, tak kiralah apa jenis lawatanpun janji programnya tidak memerlukan perahan otak dan fikiran dibilik-bilik kuliah selama berjam-jam hingga larut malam masih tak habis lagi. Lepas tu ada pulak sessi perbincangan untuk presantation di akhir sessi kursus nanti berdasarkan tajuk yang diberikan. 

Dulu masa aku masih muda dan semangat kerja sangat tinggi, arahkanlah apa tugas atau hantarlah aku pergi kursus ke mana sekalipun aku tidak pernah menolak atau membantah. Jika nama aku tak tercalon, aku akan menunggu peluang kalau-kalau ada staf yang menolak, maka pada ketika itu aku akan cepat-cepat menawarkan diri untuk menggantikan tempat mereka. 

Tapi itu cerita dulu, sekarang ni kalau nama aku tercalon aku akan cari berbagai alasan untuk menolaknya.   

Satu pagi bila aku sampai di ofis, aku terpandang satu sampul surat terletak di atas meja. Bila aku bukak sampul surat tu, perkara pertama yang aku baca tentulah tajuknya. Yer!!!...tajuknya yang paling aku tak suka, KURSUS...bla...bla...bla. Mood aku untuk pagi tu terus hilang bila dapat tahu aku kena pergi kursus lagi. Disebabkan itu, aku tak berminat nak baca surat tu sampai habis dan surat itu aku terus letak ke dalam 'tray'.

Masuk sessi petang selepas rehat, aku dapat call dari kawan di section lain. Umur kami lebih kurang sebaya. Dia tanya tentang arahan pergi kursus tu. Dia kata dia pun kena pergi jugak. Bila tengok senarai nama peserta, dia kata nama aku pun ada dalam senarai, sebab tu dia call  nak tanya aku pergi ke tak?. Dia kata lagi, ada ramai gang-gang kita dalam senarai tu. 

Petang tu dalam pukul 5.30 selepas waktu pejabat, aku dengan tiga officemate termasuk member tu buat plan nak jumpa di Wangsa Walk. Tujuan kami nak jumpa adalah sebab nak bincang tentang kursus tu sebelum bagi kata putus samada nak pergi atau tidak.

"Kursus yang kita nak pergi ni bukanlah satu kursus yang berat sangat. Tajuknya 'Kursus Pemantapan Profesionalisme Kepimpinan Staf'"

"Macam kita ni apa lagi yang nak mantapnya. Kita dah lalui macam-macam pengalaman dan boleh dikatakan dah mantap dah. Semua teknik kerja cara manual dan canggih kita dah lalui. Dari zaman tak canggih ke zaman sekarang yang lebih canggih, kita dapat sesuaikan diri dalam melaksanakan tugas." Kata kawan yang sorang lagi dengan bersungguh-sungguh.

"Kursus ni berkaitan dengan tatacara dan teknik menjadi seorang Imam dan Bilal dengan kaedah yang betul dan menepati seperti yang nabi ajar bukan ikut-ikutan yang kita buat selama ni" kata kawan yang lain pula sambil ketawa.

"Bahagian Latihan ni saja nak buat gempak jer, konon-konon bila sebut Kursus Pemantapan Profesionalisme Kepimpinan Staf' ni bila orang baca kira hebatlah, tapi sebenarnya Kursus Imam dan Bilal jer. Kita jangan pandang lekeh kursus ni. Walau kita dah otai tapi dalam bab agama banyak yang kita kena belajar lagi dan jangan sombong serta berlagak pandai sangat." ujar kawan yang lain pulak.

Jadi pada petang tu maka sepakatlah kami semua untuk mengikuti kursus tersebut. Balik ke rumah dan selepas solat maghrib, aku terus meneliti secara terperinci jadual program seperti dilampiran.

"Kursus Pemantapan Profesionalisme Kepimpinan Staf'" atau Kursus Imam dan Bilal ni jadualnya pada 13-15 Ogos 2018 bertempat di Hotel Tamu, Kg. Baru, Kuala Lumpur. Ia adalah kerjasama di antara Biro Agama FELCRA Berhad dan JAWI. Penceramah yang akan mengupas tajuk yang diberikan nampaknya hebat-hebat belaka berdasarkan jawatan mereka. Cuba kita tengok Jadualnya.  

13 Ogos, 2018 (Isnin) - 8.00 malam - 10.30 malam 
Tajuknya : Sejarah Azan dan Iqamah serta adab-adabnya.
Penceramah : Utz Muhammad Zuhri b. Mohd Yusof
Jawatan : Ketua Bilal Masjid Amru bin Al-Ass. Beliau juga merupakan juara Pertama Pentas Akhir Bilal Idaman 2016.

14 Ogos, 2018 (Selasa) - 9.00 pagi - 11.00 pagi 
Tajuk: Hukum Hakam Mengenai Solat Jemaah
Penceramah : Utz Umar Mukhtar b. Mohd Noor
Jawatan: Pegawai Hal Ehwal Islam, Pejabat Mufti Wilayah

11.00 pagi - 1.00 tengahari
Tajuk: Solat-Solat Sunat dan Zikir Selepas Solat serta Panduan Membaca Doa
Penceramah: Utz. Hj.Amru Al-Haz bin Adnan
Jawatan: Imam Masjid Negara

2.30 ptg - 4.30 ptg
Tajuk: Kepentingan Mazhab dan Kenapa Kita Perlu Bermazhab Ketika Beribadah
Penceramah: Utz. Mustaqim b. Mahmood
Jawatan: Guru Takmir Wilayah Persekutuan

9.00 malam - 10.30 malam
Tajuk: Pengajian Tajwid dan Tatacara Mengalunkan Bacaan Al-Quran
Penceramah: Utz. Hasan Fadhli b. Abd Rahman
Jawatan: Ketua Imam Masjid Al-Firdaus

15 Ogos 2018 (Rabu) - 9.00 pagi - 11.00 pagi
Tajuk: Konsep, Peranan dan Etika Imam
Penceramah: Utz. Haji Rohaily@ Abd. Rahman b. Abd. Hamid
Jawatan: Pegawai Takmir Wilayah

11-00 pagi - 1.00 tengahari
Tajuk: Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil
Disempurnakan oleh: Y.Bhg. Tuan Haji Yusuf b. Mamat
Jawatan: Timbalan Pengarah Operasi JAWI

Jujur aku katakan bahawa pada hari pertama aku mengikuti kursus ni, aku dapat rasakan semacam ada satu 'nur' atau 'aura' telah meresap ke dalam jiwaku. Aku seolah-olah sedang berada di dalam satu tempat yang dipenuhi oleh para ilmuan islam yang sedang berbahas dan berbincang tentang permasalahan umat  Islam yang kini sudah jauh meninggalkan tatacara melaksanakan solat dan solat jemaah dengan betul.

Rupa-rupanya selama ini baru kami tahu yang kami banyak melakukan kesalahan terutama semasa melakukan solat berjemaah di masjid.

Dan bermula dari tajuk pertamanya iaitu sejarah azan dan iqamah serta adab-adabnya hingga ke sessi terakhirnya iaitu Konsep, Peranan dan Etika Imam, membuatkan aku sedikitpun tidak rasa bosan untuk mengikutinya selama 3 hari 2 malam tersebut.

Aku teringat kata-kata Utz Hj. Rohaily yang mengajar kami pada pagi terakhir kursus.

"Saya rasa bangga dengan Biro Agama FELCRA yang melihat dan memilih tajuk bab solat, Imam dan Bilal dalam kursus yang dianjurkan. Jarang bab ini dipilih untuk dibincangkan secara terperinci  tetapi Biro Agama FELCRA dapat merasakan bab ini sangat penting dan perlu diketengahkan kepada golongan sasar iaitu Otai. Selama ini mereka merasakan yang mereka telah melakukan yang terbaik dan menepati etika sebagai seorang Bilal dan Imam ketika melaksanakan solat berjemaah di masjid dan surau, padahal sebenarnya masih banyak lagi kekurangan." ujarnya.  

Aku rasa setiap sessi yang berlangsung dan mengambil masa 1 jam-30 minit sangat cepat berlalu dan seperti tidak puas mendengar kupasan-kupasan yang menarik dan sangat dekat di hati para peserta.

Perbincangan dua hala juga mendapat sambutan hangat dari peserta di mana soalan yang dilontar silih berganti oleh para peserta kepada penceramahnya yang berpengalaman dan mempunyai pengetahuan yang tinggi dibidang mereka. Semua soalan yang dikemukakan dapat dijawab dengan terperinci dan memuaskan hati semua peserta.

Berdasarkan kepada keadaan di dalam bilik kuliah yang ceria, berani aku katakan yang semua peserta sangat gembira mengikuti kursus ini.

Bahagian Latihan perlu mengkaji dan mendekati hati staf apabila hendak merancang sesuatu kursus. Tajuk yang dipilih biarlah sesuai dan mengikuti perkembangan semasa samada yang berkaitan dengan tugas mereka di pejabat atau kursus-kursus motivasi yang sangat-sangat diperlukan bagi memantapkan fizikal, jiwa dan rohani mereka. Aktiviti luar juga perlu dibanyakkan supaya peserta tidak bosan. Kursus sehingga larut malam tidak memberi banyak manfaat kerana peserta sudah tidak dapat memberikan tumpuan akibat keletihan di waktu siang.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kami ucapkan kepada Biro Agama FELCRA Berhad, Bahagian Latihan dan JAWI kerana berjaya menganjur kursus ini dengan cemerlang. Adalah diharapkan supaya usaha-usaha murni ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang. In Shaa Allah. Amin.

Artikel di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tiada kaitan kepada mereka yang hidup atau mati.  

Ikuti gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang kursus berlangsung.

Hotel Tamu, Kg. Baru, Kuala Lumpur 
lokasi Kursus diadakan di tingkat 40.
Gambar ehsan dari emily2u.com... 

Pn. Liza dan Pn. Salmah  menanti 
ketibaan peserta kursus untuk pendaftaran...

Ucapan aluan oleh Urusetia Pusat Zon 4 JAWI...  

Sessi 1: Sejarah Azan dan Iqamah Serta Adab-adabnya disampaikan oleh Utz. Muhammad Zuhri b. Mohd Yusof, Ketua Bilal Masjid Amru bin Al-Ass, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur. Dalam sessi ini, Utz mengajar kami tatacara melaungkan azan yang betul. Beberapa taranum dialunkan semasa melaungkan azan.

Utz Muhammad Zuhri b. Mohd Yusof merupakan juara pertama Pentas Akhir Bilal Idaman 2016.

Para peserta sedang memberikan sepenuh tumpuan
 semasa kuliah berlangsung...



En. Zaimee (kanan) sentiasa senyum bila berposing...

Sessi 2: Hukum Hakam Mengenai Solat Jemaah oleh 
Utz. Umar Mukhtar b. Mohd Noor, 
Pegawai Hal Ehwal Islam, Pejabat Mufti Wilayah.

Utz. Umar Mukhtar b. Mohd Noor...
Pegawai Hal Ehwal Islam, Pejabat Mufti Wilayah
sedang menyampaikan kuliah...



Sessi 3: Pn. Hjh. Zamila bt. Fauzi selaku pengacara majlis untuk sessi 3 mengalu-alu kedatangan Utz. Hj. Amru Al-Haz b. Adnan, Imam Masjid Negara dengan membacakan sedikit biodata mengenai dirinya. Utz akan menyampaikan tajuk: Solat-Solat Sunat dan Zikir Selepas Solat Serta Panduan Membaca Doa.

Utz. Hj. Amru Al-Haz b. Adnan, Imam Masjid Negara
 sedang menyampaikan kuliah...

Milah senyum lawa...ha...ha..ha...



Tn. Rafia Ol Husni b. Haji Ghazali bagi pihak Biro Agama Felcra
menyampaikan cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada Utz. 

Sessi 4: Pn. Hjh. Zailifah bt. Md. Rani selaku Pengacara majlis untuk sessi 4, mengalu-alu kedatangan Utz. Mohd Mustaqim b. Mahmood, Guru Takmir Wilayah Persekutuan dengan membacakan sedikit biodata mengenai dirinya. Utz akan menyampaikan tajuk: Kepentingan Mazhab dan Kenapa Kita perlu bermazhab ketika beribadah.

Utz. Mohd Mustaqim b. Mahmood,
Guru Takmir Wilayah Persekutuan
 sedang menyampaikan kuliah...


Tn. Hj. Zainuddin b. Muhamat mewakili Biro Agama Felcra 
menyampaikan cenderahati sebagai penghargaan kepada utz.

En. Anuar Ramli berminat untuk mendapatkan
 tandatangan utz di buku agamanya...   

Dari kiri: En. Zulkifli Mamat, Utz Mohd Mustaqim 
En. Anuar Ramli dan En. Afzal Al Amin...

Duduk dari kiri: Rafia Ol Husni, Ishak Hamat, Ismail dan Anuar Ramli
Berdiri dari kiri: Rosli Waris, Hj. Zainuddin Muhamat 
dan Mohd Hafiz Razak... 

Sessi 5 : Pn. Hjh. Wan Norasiah bt. Wan Jaafar selaku Pengacara majlis untuk sessi 5, mengalu-alu kedatangan Utz. Hassan Fadhli b. Abd Rahman, Ketua Imam Masjid Al-Firdaus, Segambut Luar, Kuala Lumpur dengan membacakan sedikit biodata mengenai dirinya. Utz akan menyampaikan tajuk: Pengajian Tajwid dan Tatacara Mengalunkan Bacaan Al-Quran. Dalam sessi ini Utz mengajar kami tatacara membaca Al-Quran dengan bertajwid. Utz juga mengalunkan bacaan quran dengan contoh taranum seperti Baiyati, Hijaz, Soba, Rast, Jiharkah, Sika dan Nahawand. Sedap suara utz ketika mengalunkan bacaan al quran dengan bertaranum membuatkan kami semua terpegun.


Utz. Hassan Fadhli b. Abd Rahman, 
Ketua Imam Masjid Al-Firdaus, Segambut Luar, KL...



Apa yang kelakar sangat tu Zahid?...

Dari kiri: Pn. Hjh Halimah, Pn. Hjh. Esah Abas dan Pn. Hjh. Haliza 
sedang memberikan tumpuan terhadap kuliah yang disampaikan... 


Salah seorang peserta sedang menyemak bacaan utz
 melalui I-Pad yang dibawa...

Tn. Hj. Zailani Yusoff  salah seorang peserta 
yang banyak mengajukan soalan kepada utz...


Tn. Hj. Ali Sidek mewakili Biro Agama Felcra 
sedang menyampaikan cenderahati 
kepada Utz sebagai tanda penghargaan...

Sessi 6 : Tn. Hj. Eisa Mohamed selaku Pengacara untuk sessi 6, mengalu-alu kedatangan Utz. Haji Rohaily @ Abd Rahman b. Abd Hamid, Pegawai Takmir Wilayah dengan membacakan sedikit biodata mengenai dirinya. Utz akan menyampaikan tajuk: Konsep, Peranan dan Etika Imam. Dalam sessi ini Utz memberi penerangan tentang peranan seorang imam, Adab-adab Imam sebelum, ketika dan selepas solat.

Utz. Haji Rohaily @ Abd Rahman b. Abd Hamid, 
Pegawai Takmir Wilayah Persekutuan
sedang menyampaikan kuliah.


En. Fauzi Ismail (Kanan) sentiasa kusyuk bila utz sampaikan kuliah.
"Entah...dia faham ke tak, aku pun tak pasti".ha...ha..ha...






En. Zulkifli b. Mamat mewakili Biro Agama Felcra 
menyampaikan cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada Utz.

Sessi Penutup: Tn. Haji Mohd Nazri b. Talib, 
Imam Masjid Abu Ubaidah b. Al-Jarrah (Masjid Seri Rampai)
 mewakili Pusat Zon 4 sedang menyampai ucapan...  

Tn. Haji Eisa b. Mohamed, Pengerusi Biro Agama Felcra
 sedang menyampaikan ucapan penghargaan 
dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat... 

Y.Bhg. Tn. Haji Yusof b. Mamat, 
Timbalan Pengarah Operasi Jawi 
sedang meyampaikan ucapan penghargaan dan 
terima kasih serta melakukan upacara penutup
 Kursus Imam dan Bilal... 



Perkenalkan peserta wanita di barisan belakang:
Dari kiri: Hjh Wan Norasiah, Hjh Salmah Mansor 
dan Hjh. Zamila Fauzi (Org kuat kursus ni)...



Perkenalkan juga dua peserta wanita di barisan depan
Dari kiri: Pn. Hanis Fazlina dan
Pn. Zawiyah Hamdan (juga org kuat kursus ni)...

Raja Faisal (kanan), Pengurus baru bertukar 
dari Felcra Lubuk Sireh, Perlis 
ke Bhg. Pengurusan dan Guna Tenaga, Ibu Pejabat...



En. Afzal Al Amin, mewakili peserta lelaki 
sedang menerima sijil tamat kursus 
dari Y. Bhg. Tn. Haji Yusof b. Mamat, 
Timbalan Pengarah Operasi JAWI 
sambil diperhatikan 
oleh Tn. Haji Wan Yusof b. Wan Ishak, 
Penolong Pengarah Kanan (PPK) Zon 4 JAWI... 

Pn. Hajjah Zailifah Mad Rani pula mewakili peserta wanita 
sedang menerima sijil tamat kursus 
dari Y. Bhg. Tn. Haji Yusof b. Mamat, 
Timbalan Pengarah Operasi JAWI 
sambil diperhatikan oleh Tn. Haji Wan Yusof b. Wan Ishak, 
Penolong Pengarah Kanan (PPK) Zon 4 JAWI 
dan Tn. Hj.Eisa Mohamed, Pengerusi Biro Agama Felcra... 

Tn. Haji Eisa Mohamed, Pengerusi Biro Agama Felcra 
sedang menyampaikan cenderahati berupa hamper 
kepada Y.Bhg.Tn. Haji Yusof b. Mamat, 
Timbalan Pengarah Operasi Jawi
 sebagai tanda penghargaan...

Tn. Haji Eisa Mohamed, Pengerusi Biro Agama Felcra 
sedang menyampaikan cenderahati berupa hamper 
kepada Tn. Haji Wan Yusof b. Wan Ishak, 
Penolong Pengarah Kanan Zon 4 JAWI
 sebagai tanda penghargaan...

Semua peserta lelaki bergambar ramai selepas tamat kursus...


Semua peserta wanita juga bergambar ramai selepas tamat kursus...