Pages

Saturday, February 6, 2010

OSAMA BEN LADEN HIDUP ATAU MATI

Gambaran yang boleh diberikan tentang bentuk tubuh fizikal Osama ialah beliau bertubuh kurus tinggi dengan ukuran antara 6 kaki 4 inci hingga 6 kaki 6 inci dengan berat badan 160 paun. Beliau suka bergambar dengan machine-gun AK-47.

Dia berkeadaan uzur, buah pinggangnya menghadapi masalah dan kerana itu dia terpaksa bertongkat apabila berjalan. FBI, dalam poster orang-orang yang dikehendaki, memperincikan Osama sebagai seorang yang bersuara lembut, teratur pergerakannya dan mempunyai sepasang mata yang lembut dan berkedip-kedip.

Dilaman Web FBI pula pada bahagian bawah nama Osama terdapat bermacam-macam nama lain 'alias' yang diberikan kepadanya seperti the Director, the Prince, the Shaykh dan berbagai nama gelaran lain yang pernah diguna atau diberikan kepadanya oleh pengikut-pengikutnya.

Bagi mereka yang pernah bertemu Osama mendakwa beliau seorang yang pemalu dan pendiam. dia suka merendah diri, tidak banyak bercakap dan lebih suka mendengar.

Bekas guru bahasa Inggerisnya, Brian Fyfield Shayler, memberitahu sebuah akhbar di Britain bahawa Osama yang dikenalinya adalah murid yang pendiam, pemalu dan sangat bersopan melebihi kesopanan murid-murid yang lain didalam kelas. Dari segi fizikal beliau lebih menyerlah kerana lebih tinggi, kacak dan putih berbanding pelajar lain. Dia juga sangat murah hati dan mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi.

Beberapa gambaran lain mengenai diri jutawan Arab ini ialah dia seorang yang suka membaca dan gemar menyendiri. Kecintaannya lebih terarah kepada puisi.

Seorang wartawan sebuah program televisyen BBC, Jane Corbin yang berusaha menjejaki lelaki yang paling dikehendaki di dunia ini sejak tahun 1998 menceritakan bagaimana jiran-jiran Osama semasa di Sudan memberitahunya bahawa Osama seorang lelaki yang sangat baik, pendiam, taat beragama dan hidup dalam keadaan yang serba sederhana. Rumahnya di Sudan tidak dihiasi sebarang perabut selain permaidani yang menutup lantai." cerita wartawan itu.

Pendek kata semua gambaran yang diberikan itu menjurus pada kesimpulan yang sama bahawa perwatakan Osama tidak mencerminkan watak seorang militan yang ganas.

Dari peribadi lahiriahnya tidak terdapat sebarang tanda bahawa dia tergamak menaja serangan-serangan yang meragut begitu banyak nyawa orang yang tidak berdosa. Tetapi disebalik kelembutan itu Osama mempunyai watak lain yang hanya difahami oleh para pengikutnya sahaja. Gambaran wataknya itu boleh di tonton dalam sebuah video sepanjang 100 minit yang memaparkan propaganda mengenai perjuangan jutawan tersebut.

Klip video tersebut menunjukkan Osama sedang menembak menggunakan senjata AK-47 dan pada bahagian lain pula dia sedang menyeru orang islam supaya terus meningkatkan serangan keatas musuh.

"Walaupun kita serba kekurangan, tetapi dengan keyakinan yang tinggi kita akan dapat menumpaskan kuasa tentera yang paling kuat di zaman moden ini." Katanya. " Amerika tidaklah segagah yang kita sangka.".

Dalam satu seruan lain, Osama mengajak para pengikutnya supaya bersedia mengorbankan nyawa demi perjuangan. "Kamu tak akan mati sia-sia." Katanya penuh semangat. "Kamu akan hidup di sisi Allah Taala."

Dalam wawancara dengan John Miller dari ABC pada tahun 1998, Osama berkata "Keganasan boleh dihargai dan boleh juga dipuji. Keganasan yang kami praktiskan adalah jenis yang boleh dipuji dan ia mensasarkan kepada mereka yang angkuh dan memusuhi Allah."

Kepada wartawan CNN yang mewawancaranya setahun sebelum itu, Osama menegaskan, "Terbunuh atau dibunuh kerana Allah adalah penghormatan besar yang hanya dicapai oleh mereka yang terpilih. Kami menyintai kematian untuk Allah sama sebagaimana kamu semua menyintai kehidupan ini. Kami tak mempunyai apa-apa yang perlu ditakuti. Kami memang mengharapkannya (Kematian seperti itu."

Bagi sesetengah pihak, apa yang tergambar didalam video propaganda tersebut serta ucapan dan kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Osama adalah pancaran terhadap dirinya 'yang satu lagi. iaitu 'diri sebenar' yang terlindung disebalik watak pemalu, pendiam dan lemah lembutnya. Dengan perkataan lain, mereka melihat Osama yang sebenar adalah manusia yang keras, tegas dan tidak mengenal nilai tolak ansur.

Ahmad Shah Masood - Singa yang digeruni.
Pembunuhannya juga dikaitkan dengan Osama

Mohamad Fahim - pengganti Ahmad Shah Masood
sebagai Menteri Pertahanan Perikatan Pakatan Utara

Najibullah- Presiden terakhir rejim komunis Afghanistan
yang digantung sampai mati di khalayak ramai oleh Taliban

Burhanuddin Rabbani - Pemimpin Perikatan Utara...
Penentang utama Taliban

Gulbuddin Hekmatyar - Bekas penentang Rabbani yang akhirnya
bersekutu dengan pemimpin Perikatan Utara

4 comments:

  1. Buku ni ada tak kalau boleh saya nak beli kat admin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buku ni masih lagi ada dijual di kedai2 buku terutamanya di KL.

      Delete
    2. Saya boleh tolong carikan di kedai2 buku dan poskan pada tuan.

      Delete