Pages

Wednesday, May 12, 2010

MY EVERGREEN FRIENDS

Sudah lama aku tidak menziarahi kawan-kawan seperjuangan. Walaupun kami bekerja satu bumbung tetapi kekangan tugas memaksa kami tidak dapat berjumpa selalu. Peluang terbaik untuk berjumpa ialah apabila pihak Syarikat mengadakan aktiviti yang melibatkan semua staf, itupun kalau mereka hadir.

Mungkin ramai yang tidak percaya bahawa kebanyakan staf Syarikat tinggal jauh dari pejabat yang terletak di wangsa Maju. Ada yang berulang setiap hari dari Tg. Malim, Rawang, Seremban, Bangi, Shah Alam, Nilai, Serdang dan tidak kurang juga ada yang 'Weekend Husband. ' Hari Jumaat adalah hari yang dinanti-nantikan kerana selepas waktu pejabat pukul 5 petang mereka yang berkenaan akan bergegas menuju ke perhentian bas, teksi, memandu kereta sendiri atau berkongsi kereta atau apa sahaja pengangkutan yang boleh membawa mereka pulang berjumpa anak isteri yang tercinta. Mereka-mereka ini ada yang akan pulang ke Alor Setar, Terengganu, Kelantan, Johor Bharu atau Ipoh.

Begitulah routine hidup mereka setiap minggu. Walaupun begitu prestasi kerja tetap tidak terjejas malah makin meningkat.....

Jamal (kanan) dan Kem (kiri)
memberikan pos istimewa untuk kawan-kawan

Tengahari tadi, aku luangkan sedikit masa berjumpa kawan-kawan yang tinggal di tingkat 6. Disitu aku berjumpa dengan Kem dan Jamal. Kedua-dua mereka ini adalah sebahagian dari kawan aku yang paling akrab sekali. Aku dan Kem sama-sama melapur diri bekerja pada tahun 1983 manakala Jamal pula lebih awal lagi iaitu tahun 1980. Diantara kami bertiga, Jamal lebih 'evergreen' berbanding aku dan Kem. Percaya atau tidak bahawa 'saham' kami tidak pernah jatuh dan sentiasa 'maintain' sehingga ke hari ini walaupun dengan kehadiran staf baru.

Disatu sudut yang lain, kelihatan Badri dan Awie asyik bermain karom. Disaat kawan-kawan yang lain sibuk mengisi perut, mereka berdua lebih bahagia dengan bermain karom. Berkat kesungguhan mereka ini maka Syarikat kami telah berjaya menjuarai pertandingan karom didalam satu temasya sukan MAKSPEN yang telah diadakan di UPM baru-baru ini.

Awie (kanan) sedang membuat satu
pukulan 'pancung' untuk menewaskan Badri (kiri)

Badri (kiri) tetap tidak mahu mengalah dan
menggunakan skilnya bagi menewaskan Awie (kanan)

Petang pada hari yang sama aku telah meluangkan masa melihat kawan-kawan membuat latihan bagi menghadapi sukan sepaktakraw antara rumah yang akan berlangsung pada Sabtu ini 15 Mei, 2010 di Pusat Sukan Kg. Pandan.

Oleh kerana petang tersebut berlaku hujan lebat maka ramai pemain tidak dapat turun. Walaubagaimanapun pemain-pemain yang fanatik dengan sukan tersebut hanya dapat melakukan latihan menimbang bola.


Dari kanan : Ali, Rosli, Mustakim dan Megat
sedang berlatih menimbang dan mengawal bola

Mustakim sedang mengawal bola menggunakan kepala

3 comments:

  1. ni bkn evergreen da tue da 2 hahahaha..tp yg pntg due2 da CC (bkn Cybercafe taw) hahahaha....

    ReplyDelete
  2. Feeder thailand tahun 1980 baju oren (En Ali Talib)
    walaupun lahir di Melaka (negeri cencalok) hehehehe.....

    ReplyDelete
  3. HAI KAWAN BILA NAK PANDAI KALAU TRAININGPUN CUMA EMPAT ORANG SAJA. MANA YANG LAIN. KALAU BERANI GUA TURUN BOLIH TUNJUK BAKAT LAMA TAPI KENA BATING COKE

    ReplyDelete