Pages

Wednesday, June 23, 2010

PENJARA PUDU TINGGAL KENANGAN

Dalam Artikel keluaran April 2010 yang lalu, aku pernah menceritakan pengalaman semasa diberi peluang oleh seorang kawan untuk membuat lawatan kedalam Penjara Pudu yang masih baru dikosongkan dan belum dibuat apa-apa perubahan lagi.

Tajuk Artikel aku itu adalah 'Aku Di Penjara Pudu'. Kepada pembaca yang masih belum membaca artikel tersebut silalah layari blog aku itu dan bacalah artikel tersebut untuk melihat gambar yang rakamkan secara eksklusif bagi tontonan ramai.
Imbang Penuh
Sepertimana yang telah kita ketahui bahawa tembok Penjara Pudu yang berusia 100 tahun dan menjadi dinding pemisah antara banduan dan orang awam telah dirobohkan mulai pukul 10 malam, pada 21 Jun, 2010 lalu bermula ditembok bersebelahan Jalan Pudu, Kuala Lumpur.

Lebih seribu warga kota telah membanjiri perkarangan Penjara Pudu di Jalan Hang Tuah untuk menyaksikan proses merobohkan tembok penjara itu malam tadi.

Dalam artikel aku bulan Mac, 2010 pula atas tajuk 'Allahyarham Ismail Nordin Dalam Kenangan', aku juga ada selitkan sedikit cerita pasal Penjara Pudu ni sebab Allahyarham adalah salah seorang warder di penjara tersebut. Dia adalah isteri kepada jiran aku di kampung. Untuk mengikuti kisahnya, sila lah juga layari blog aku bulan Mac 2010 bagi mendapatkan cerita selanjutnya.

Kita sebagai rakyat tidak lah dapat berbuat apa-apa lagi kerana Kerajaan melalui menterinya telahpun mengsitiharkan bahawa Penjara Pudu bukan warisan negara sepertimana bangunan-bangunan lain yang seusia dengannya atau kurang tetapi diistiharkan sebagai warisan negara. Mungkin Menteri kita fikir lain tidak sepertimana rakyat fikirkan.

Penulis (baju hitam) bergambar bersama Mohamad Abd Hanif
di hadapan Pintu Penjara Pudu yang dirakam pada tahun 1996



Keratan Akhbar dari Utusan Malaysia, Berita Harian
dan Kosmo keluaran 22 Jun 2010 yang menyiarkan
kisah tembok Penjara Pudu dirobohkan.

Double click for view








3 comments:

  1. paktam, "dia adalah isteri kepada jiran aku di kampung" ni sape?allahyarham ismail nordin tu ke?laki ke ppuan? Ani kompius hehehee

    ReplyDelete
  2. Allahyarham Ismail Nordin tu menantu Makcik Remah (Nama sebenarnya Rahimah) yang tinggal disebelah rumah opah di Simpang, Tepen. Anak Makcik Remah tu kami panggil dia 'Kak Jah'.

    Makcik Remah ni telahpun meninggal dunia di rumah anaknya Kak Jah yg kini tinggal di flat Bandar Tun Razak, Cheras. kira-kira 2 tahun lepas. Pak Tam hadir masa pengkebumian dia di tanah perkuburan Islam, Jalan Kuari, Cheras, Kl.

    Allahyarham Ismail Nordin ni sebelum bersara, bertugas sebagai warder di Penjara Pudu dan selepas bersara merekapun berpindah dari Qrts penjara Pudu ke flat Bandar Tun Razak.

    Harap Ani tak comfuse lagi selepas mendapat penjelasan diatas.

    ReplyDelete
  3. Pembetulan.

    ayat "dia adalah isteri kepada jiran aku di kampung" hendaklah dibaca seperti berikut:-

    "dia adalah suami kepada jiran aku di kampung"

    kesilapan amat dikesali. Terima kasih.

    ReplyDelete