Pages

Saturday, June 12, 2010

SOLAT HAJAT

Apabila seseorang menghendaki sesuatu yang baik atau berhajatkan sesuatu benda atau perkara, maka ia hendaklah memohon pertolongan kepada Allah s.w.t. Untuk itu, dia disunatkan Bersolat Hajat dua rakaat.

Maksud hadis Rasulullah s.a.w (Riwayat At Tarmizi) berbunyi :-

Barangsiapa yang mempunyai sesuatu hajat disisi Allah atau disisi anak Adam, hendaklah ia berwuduk dengan sempurna dan seterusnya Solat Hajat dua rakaat. Jika seseorang itu mempunyai hajat yang tersendiri, maka solat perseorangan adalah lebih baik baginya. Dan sesiapa yang mempunyai hajat tertentu sebaik-baiknya hendaklah ia sendiri yang mengerjakannya, tidak semata-mata mengharapkan orang lain mengerjakannya.

Waktu Solat Hajat yang lebih sesuai menurut sebahagian ulamak ialah pada waktu malam kerana keadaannya yang sunyi dan tidak diganggu oleh suasana bising dan sibuk.

Namun demikian Solat Hajat boleh juga dilakukan pada siang hari. Yang penting hendaklah dilakukan dengan rasa khusyuk dan tawadduk.

Lafaz niat solat hajat adalah seperti berikut :-

Mengenai bacaan-bacaan surah dan lain-lainnya, terdapat beberapa kaedah yang telah disusun oleh para Ulamak. Diantaranya adalah seperti berikut : -

Kaedah 1

Rakaat Pertama

Selepas membaca surah Al Fatihah, bacalah ayat Kursi sebanyak 7 kali seperti berikut :-

Rakaat Kedua

Selepas membaca surah Al Fatihah, bacalah Surah Al Ikhlas sebanyak 11 kali seperti berikut :-

Dalam sujud yang terakhir sekali, bacalah doa seperti dibawah sebanyak 40 kali seperti berikut :-

Setelah selesai membaca doa diatas, dalam keadaan masih bersujud, niatkan didalam hati hajat yang hendak dipohonkan kepada Allah s.w.t.

Kemudian bangkit dari sujud, baca Tahiyat dan memberi salam.

Kaedah 2

Rakaat Pertama

Selepas membaca surah Al Fatihah, bacalah Surah Al Kafirun sebanyak 10 kali atau sekurang-kurangnya 1 kali seperti berikut :-

Rakaat Kedua

Selepas membaca surah Al Fatihah, bacalah Surah Al Ikhlas sebanyak 1 kali seperti berikut :-

Selepas memberi salam (iaitu selepas solat), maka teruslah sujud kepada Allah dan membaca tasbih seperti berikut :-

No comments:

Post a Comment