Pages

Monday, July 5, 2010

MEMBUKA RAHASIA ALAM MALAIKAT BHG. 2


MALAIKAT MIKAIL AS.

Malaikat Mikail adalah satu diantara empat malaikat yang menjadi pembesar seluruh malaikat. Ia diciptakan oleh Allah swt. sesudah malaikat Israfil dengan selisih kira-kira lima ratus tahun. Ia dijadikan dari Nur (cahaya).

Mulai dari kepala hingga kedua telapak kakinya, berbulu za’faron. Diatas setiap bulu-bulunya terdapat muka (wajah) sebanyak satu juta. Setiap satu wajahnya mempunyai satu juta mata. Pada hal tiap-tiap mata sentiasa menangis untuk memohon rahmat bagi orang-orang mukmin yang berdosa. Selain itu tiap-tiap wajah mempunyai mulut sebanyak satu juta sedang tiap-tiap mulut mempunyai lidah sebanyak satu juta pula. Tiap-tiap satu lisan boleh mengucapkan satu juta macam bahasa. Padahal tiap-tiap lisan sentiasa beristighfar untuk orang-orang mukmin yang berdosa.

Kemudian tiap-tiap mata menitiskan air mata tujuh ribu titisan, lalu tiap-tiap titisan itu menciptakan malaikat satu yang serupa dengan bentuk malaikat Mikail. Tugas mereka adalah membaca tasbih hingga hari kiamat. Mereka itu bersama Karuubiyyuun. Disamping bertasbih, mereka itu bertugas sebagai pembantu malaikat Mikail menjalankan tugas menurunkan hujan, menjaga tumbuh-tumbuhan, memberi rezeki dan buah-buahan.

Disebutkan bahawa setiap sesuatu yang berada didalam laut, buah-buahan yang berada dipohon dan tumbuh-tumbuhan yang berada diatas bumi, diutus malaikat satu untuk menjaganya. Jadi tiap sebiji buah misalnya, ada malaikat satu yang ditugaskan untuk menjaganya.

Disamping malaikat Mikail bertugas sebagai pemberi rezeki dan hujan, ia sering mendampingi malaikat Jibril dalam melaksanakan tugas-tugasnya. Diantaranya :-

Waktu malaikat Jibril menjalankan tugas membelah dada Nabi Muhammad saw. untuk dicuci hatinya kerana akan diisi dengan iman, Islam, yaqin dan sifat hilim. Ketika itu peranan malaikat Mikail tidak kalah pentingnya, ia datang dan pergi untuk mengambil air Alkautsar/air zam-zam untuk mencuci hati Nabi Muhammad saw.

Waktu malaikat Jibril menjalankan tugas membelah dada Nabi Muhammad saw. untuk dicuci hatinya kerana akan diisi dengan iman, Islam, yaqin dan sifat hilim. Ketika itu peranan malaikat Mikail tidak kalah pentingnya, ia datang dan pergi untuk mengambil air Alkautsar/air zam-zam untuk mencuci hati Nabi Muhammad saw.

Waktu Nabi Muhammad saw. Isra’ dan Mi’raj, Malaikat Mikail bersama-sama Malaikat Jibril ikut mendampingi beliau selama dalam perjalanannya.

Disebutkan bahawasanya Malaikat Mikail juga sebagai pesuruh untuk menyampaikan lembaran kepada malaikat Maut dari sisi Allah. Dalam lembaran itu terrtulis nama orang yang diperintahkan untuk mencabut nyawanya, tempatnya dan sebab musabab pencabutannya.


No comments:

Post a Comment