Pages

Sunday, July 4, 2010

POTRET MISTERI BANDUAN AKHIR

Baru-baru ini aku dihubungi oleh seorang wartawan dari akhbar Kosmo bernama Khairul Azril Ismail melalui panggilan telefon. Beliau memaklumkan bahawa tertarik dengan artikel dalam blog aku mengenai Penjara Pudu, terutamanya tentang penceritaan mengenai gangguan yang dialami oleh warden-warden semasa mereka menjalankan tugas.

Katanya beliau akan menerbitkan satu rencana mengenai Penjara Pudu khususnya mengenai kejadian misteri yang berlaku sepanjang Penjara Pudu beroperasi selama 115 tahun pada keluaran Ahad, 4 Julai, 2010 ini.

Selain aku, beliau turut menemubual beberapa lagi orang awam yang mengetahui atau ada pengalaman sendiri tentang kisah-kisah misteri yang berlaku di Penjara tersebut.

Bagi aku, tidak mustahil kejadian-kejadian ini berlaku kerana seramai 180 orang banduan telah menjalani hukuman gantung sampai mati di penjara ini. Kebanyakan kesalahan yang mereka lakukan adalah kerana mengedar dadah.

Tajuk 'Potret Misteri banduan akhir' yang dipilih adalah berkemungkinan dari salah satu foto yang aku rakamkan semasa melawat penjara tersebut pada tahun 1996 dahulu. Banduan itu adalah seorang wanita dan katanya ia sendiri yang melukis wajahnya itu sebelum digantung sampai mati. Wallahualam.

Akhbar Kosmo yang diterbitkan atas tajuk
'Potret Misteri Banduan Akhir'. Perenggan pertama
hingga perenggan tiga adalah hasil temubual wartawan tersebut
dengan aku. Sebahagiannya pula dipetik oleh beliau dari blog aku.



Mungkin gambar inilah yang dimaksudkan
sebagai banduan wanita yang melukis gambarnya
sendiri sebelum menjalani hukuman digantung sampai mati.

3 comments:

  1. amboi-amboi mat gua caya la sama lu...
    wartawan pun cari lu... bebaloi gak blog yg
    awak buat ni. Lepas ini kalau pencen jadi
    wartawan bebaslah yee..

    ReplyDelete
  2. Insyaallah...banyak lagi kene belajar nie... he...he...he...

    Tq Kosmo.

    ReplyDelete