Pages

Sunday, October 24, 2010

LAGI GADIS MENYESAL KAHWIN LARI KE LOMBOK


"Saya sangat menyesal lari ikut kekasih ke Lombok...
hanya penderitaan tidak terhingga dan keperitan hidup yang dilalui
sepanjang di sana." kata Shafika Marlina Mohd Safie 16.


Gadis dari Telok Intan, Perak itu yang melarikan diri
pada 4 September lalu berjaya dikesan dan dibawa pulang
kira-kira jam 9.45 malam tadi.


Saya harap keluarga dapat memaafkan perbuatan saya
menyusahkan mereka disebabkan terlalu mengikut kata hati.
Hidup berjauhan dengan keluarga memang perit,
saya serik dan amat terasa ketiadaan keluarga," katanya
yang berhasrat meneruskan persekolahan dan melupakan peristiwa lalu.



Begitulah sebahagian dari kata-kata gadis tersebut yang disiarkan oleh Berita Harian keluaran 23 Oktober lalu.


Walaupun sudah beribu kali kisah gadis-gadis kita dibawa lari oleh pemuda Lombok yang datang mencari rezeki disini dipaparkan masih belum menjadi pengajaran kepada mereka.


Bukan nak menyalahkan sesiapa, tetapi ketahui lah para-para gadis sekelian bahawa tiada apa yang boleh dijanjikan oleh pemuda Lombok melainkan hanya kesusahan, kesengsaraan dan penderitaan yang bakal menanti apabila tiba di sana.


Kata-kata lunak, ungkapan cinta dan ayat-ayat 'power' yang digunakan untuk memikat akan lenyap begitu saja apabila sudah bergelar 'isteri' kepada mereka.


"Biar lah anak-anak muda tempatan kita bercakap kasar, tidak romantik, dan tiada kualiti untuk bergelar suami tetapi masih jauh lebih baik berkahwin dengan mereka dari berkahwin dengan pemuda-pemuda yang tidak diketahui asal dan keturunannya itu.


Jika setelah berkahwin dengan pemuda tempatan dan jika kurang bernasib baik dapat seperti perangai diatas, banyak-banyaklah bersabar, banyakkan berdoa dan berusaha membimbing mereka kembali kejalan yang benar dan diredhai Allah. (Walaupun sebenarnya tugas membimbing isteri adalah tugas suami).


Kalau anak muda tempatan tidak berkualiti dan tidak romantik...tak pa...tak pa... (loghat Utara) pakcik-pakcik, duda-duda atau bujang-bujang terlajak kat pejabat kita... atau lain-lain, masih banyak yang sudi untuk melamar dan berjanji untuk menjadi suami yang romantik, penyayang dan penyabar jauh beribu kali baik dari anak-anak muda tempatan atau jejaka Lombok.


Bagi lah peluang kepada mereka....dan renung-renungkan lah....nasihat ku ini.

1 comment:

  1. Astagfirullah hal'azimmmm...firman Allah di dalam al-qur'an surat al-hujurat ayat 12 yg artinya: Dan janganlah menggunjingkan 1 ssama lain. adakah diantara kamu yg suka memakan daging saudaranya yg sudah mati? maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. dan bertakwalah kepada Allah. sesungguhnya Allah maha penerima taubat lagi maha penyayang.
    secara garis besarnya, maksud ayat tersebut adalah ( ORANG YANG SUKA MEMBUKA AIB ORANG LAIN SAMA IBARATNYA DIA MEMAKAN BANGKAI )

    ReplyDelete