Pages

Sunday, November 21, 2010

KAMPUNG YANG SEMAKIN SUNYI

Suatu petang, ketika aku dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Rembau, Negeri Sembilan, aku telah merakamkan beberapa buah rumah yang aku rasakan terbiar kosong dan tidak berpenghuni lagi.

Rumah-rumah tersebut ada yang kelihatan sangat uzur dan menanti hari untuk rebah menyembah bumi dan ada yang masih elok dan dijaga rapi oleh keluarga berkenaan, cumanya, ia tidak dihuni lagi berkemungkinan orang tua mereka sudah tiada dan anak-anak pula tiada yang berminat untuk terus tinggal di kampung.

Berkemungkinan juga adat perpateh yang diamalkan oleh orang Negeri Sembilan menyebabkan banyak rumah-rumah yang ditinggal kosong kerana mengikut adat pepateh. rumah pusaka akan diwarisi oleh anak perempuan bongsu mereka.

Apabila anak perempuan yang bongsu tadi berkahwin dan mengikut suami yang bekerja di daerah lain rumah yang diwarisi olehnya tadi akan ditinggalkan begitu sahaja. Selepas suami bersara dan berminat untuk tinggal di kampung isteri, rumah yang ditinggalkan sekian lama itu akan diperelokkan semula, tapi kalau suami tidak berminat untuk tinggal di kampung isterinya maka tinggal terbiarlah rumah itu untuk selama-lamanya.

Kepada kumpulan Seekers atau pemburu hantu, apa kata kalau aku syorkan kepada anda kalian datang ke rumah-rumah kosong tersebut bagi merakamkan gambar-gambar hantu yang aku rasakan tentu ada ramai didalamnya.

Mereka sekarang ini aku perhatikan sedang berpesta di dalamnya. Wallahuaklam.

Salah sebuah rumah yang ditinggalkan oleh pewarisnya

Sebuah rumah usang seolah-olah berada di dalam hutan

Adakah ini sebuah rumah atau sebuah dangau
di dalam kebun buah-buahan

Sebuah rumah berbentuk minangkabau terbiar sepi

Jika di Kuala Lumpur, rumah ini tentu harganya bernilai tinggi
sebab kedudukannya di tepi jalan

No comments:

Post a Comment