Pages

Friday, January 7, 2011

10 CARA KRITIK RAKAN SEKERJA

Dalam satu organisasi, pasti ada diantara rakan-rakan sekerja yang melakukan kesalahan samada tidak sengaja ataupun yang disengajakan. Akibatnya, secara tidak langsung ia mengganggu ketenteraman para pekerja yang lain


Mahu atau tidak, anda yang merupakan sebahagian daripada komuniti tersebut perlu mengingatkan rakan-rakan sekerja yang bemasalah ini atau memberi sedikit teguran. Ikuti tip di bawah untuk menyampaikan kritikan yang lebih berkesan:

1. Kenal pasti perilaku yang ingin anda kritik. Pastikan tujuan kritikan tersebut terhadap kelakuannya dan bukan kepada orangnya. Sebaiknya, anda perlu menilai kritikan yang ingin dibuat itu secara rasional supaya mencapai sasaran.

2. Perlu menyatakan kritikan yang lebih spesifik dengan menyebutkan peristiwa yang lebih terperinci. Cara itu, rakan tersebut dapat memahami dan menerima teguran itu dan seterusnya memperbaiki apa yang salah selama ini.


3. Tunjukkan bahawa anda juga bersedia membantu dan menyelesaikan masalah bersama dengan mengucapkan perkara dengan merujuk ‘kita’ kepada ‘anda’ kerana ia boleh menjejaskan hubungan rakan sekerja.


4. Mengenali perilaku yang dijadikan sasaran itu merupakan sesuatu yang dapat diubah seperti tingkah laku seseorang. Ini kerana perkara-perkara lain yang berkaitan dengan perniagaan tidak selalu dapat diubah.


5. Pastikan orang yang anda kritik itu tahu alasannya mengapa dia dikritik. Anda perlu menyampaikan kritikan itu secara konkrit. Tidak perlu mengada-adakan cerita bagi menjadikan ia lebih sensasi.


6. Tidak perlu berkias-kias atau menyindir rakan tersebut. Ungkapkan kritikan anda dengan kata-kata singkat jelas kerana ia lebih berkesan dan mudah diterima.


7. Jangan sesekali menaikkan intonasi suara anda. Suara yang kedengaran seperti kasar atau marah sangat kurang efektif. Hasilnya bukan positif, malah menjadi suatu yang menyakitkan hati dan menimbulkan kemarahan.



8. Tawarkan bantuan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Jangan hanya menyampaikan kritikan tetapi tidak memberikan penyelesaian kepada permasalahannya.


9. Jika anda mahu membuat kritikan secara bertulis, tenangkan diri terlebih dahulu sebelum mulai menulis. Hasilnya tulisan anda lebih rasional. Jangan letakkan surat tersebut di sebarang tempat atau di tempat yang terbuka bagi mengelakkan ia boleh ditemui oleh rakan sekerja yang lain.


10. Tunjukkan sikap bahawa anda memahami apa yang rakan tersebut rasakan. Pertimbangkan baik-baik. Anda juga boleh meletakkan diri anda di tempatnya yang secara tidak langsung akan menjadikan anda memahami tindakan yang dilakukannya.


Praktikkan tip di atas nescaya anda dapat memberikan kritikan yang sempurna. Mungkin anda akan menjadi tempat rakan-rakan sekerja yang bermasalah mengadu masalah mereka.


Artikel ini dipetik dari
Majalah Mingguan Wanita Jan 2011 m/s 82

No comments:

Post a Comment