Pages

Wednesday, January 5, 2011

9 TIPS ELAK MAKAN BERLEBIHAN

Makan terlalu cepat membuatkan anda cenderung makan berlebihan. Kadar respons organ pencernaan tubuh lebih lambat berbanding dengan kecepatan makanan yang masuk ke dalam tubuh. Jadi, cubalah makan perlahan-lahan agar tubuh sempat memberikan signal bahawa anda sudah kenyang.


  • AMBIL NAFAS


Setelah mencuci tangan dan duduk di meja makan, jangan buru-buru mengambil makanan yang dihidangkan. Ambil masa anda dahulu dan bertenang. Ambil nafas, dan perlahan-lahan mengambil makanan sebelum dimakan. Cara ini, anda sedar apa yang dihidangkan di atas meja, dan apa yang sedang anda nikmati. Jangan jadikan meja makan gelanggang perlumbaan makanan anda.


  • BERI PERHATIAN



Lagi satu tip yang boleh anda amalkan adalah beri perhatian pada setiap makanan yang anda makan. Makanan yang enak dan menarik, tentunya bukan hanya mulut dan tekak anda sahaja yang perlu menikmatinya. Mata dan fikiran anda juga perlu sama-sama mendapat habuan untuk menikmatinya bukan. Perhatikan bentuk makanan dan komposisi warna hidangan di samping anda menikmati rasanya.


  • SELESAIKAN SETIAP KUNYAHAN



Jangan sesekali memotong makanan yang lain di dalam pinggan sebelum makanan yang sedang anda kunyah telah habis di telan. Misalnya, anda memakan stik. Pastikan bahagian yang anda sedang kunyah telah habis ditelan, barulah anda potong bahagian kecil yang lain untuk dimakan. Ini cara terbaik agar anda tidak terburu-buru menelan makanan yang belum habis dikunyah semata-mata kerana makanan di garpu tersedia untuk disuapkan ke mulut.


  • POTONGAN KECIL


Potongan kecil yang sering menjadi ukuran anda ketika menyuapkan ke mulut sebenarnya boleh dikecilkan lagi menjadi dua bahagian. Ini sebenarnya boleh membantu anda untuk lambat menyuap makanan seterusnya ke mulut. Juga, boleh melambatkan anda makan agar memberi peluang kepada tubuh memberi signal anda sudah kenyang.


  • AKTIVITI


Jangan makan sambil melakukan aktiviti-aktiviti lain seperti menonton tv, bekerja atau membaca. Makan sambil melakukan aktiviti tidak memungkinkan anda untuk memerhatikan serta menikmati makanan dengan sebaiknya. Berkemungkinan, anda sendiri telah lupa bahawa anda telah makan makanan tersebut disebabkan rasa tidak puas. Bayangkan ia berlaku, pasti anda akan makan berlebihan bukan?


  • KAWAL KUANTITI



Kendalikan kuantiti makanan yang masuk ke dalam mulut anda. Ketika di restoran, kuantitinya mungkin sukar dikawal, tetapi apa yang boleh anda lakukan adalah dengan memilih makanan yang boleh memberi ruang kepada anda untuk mengurangkan kuantitinya. Contohnya, ambil nasi berlauk. Dari nasi hingga lauk pauk yang anda pilih sendiri, pasti boleh dikawal sepenuhnya oleh anda.


  • GANTIKAN UKURAN PINGGAN



Biasanya mungkin anda menggunakan pinggan nasi yang leper dan besar. Pinggan sebegini memperlihatkan seolah-olah anda mengambil sedikit sahaja makanan kerana ilusi ruang pinggan yang besar.


Gantikanlah dengan pinggan nasi yang lebih kecil. Ilusi pinggan kecil amat berguna kerana makanan yang anda letakkan di pinggan mudah kelihatan penuh dan banyak. Ia membuatkan anda ragu-ragu untuk menambah makanan lagi bukan?


  • TUNGGU WAKTU




Sekiranya anda ingin menambah makanan setelah makanan pertama yang anda ambil tadi dihabiskan, cuba tunggu beberapa saat. Makanan yang dimakan tadi masih belum dicernakan dengan sempurna di dalam perut anda sehingga membuatkan anda berasa masih lapar. Jika dalam tempoh antara 10 hingga 20 minit anda masih terasa lapar, teruskanlah menambah makanan. Jika sudah kenyang, hentikan makan.

No comments:

Post a Comment