Pages

Wednesday, June 15, 2011

MAT MOTOR DARI THAILAND

Semasa aku hendak mengisi minyak kereta di Caltex bersebelahan Kawasan Rehat Gurun, Kedah dalam perjalanan ke Arau, Perlis pada 6 Jun, 2011, aku terpandang 2 orang pemuda yang menaiki sebuah motosikal bernombor pendaftaran dari Negara Jiran, Thailand turut mengisi minyak disitu.

Apa yang membuatkan aku ketawa hingga mengalir air mata ialah melihat sikap kelakar salah seorang darinya yang memakai topi keledar terbalik dimana cermin mukanya di terbalikkan kebelakang.

Aku tak pasti samada ianya disengajakan atau ada sebab lain yang membuatkan ia berkelakuan begitu.

Ketika kereta aku dan motosikal pemuda Thai ni bergerak menuju ke lebuhraya, aku telah mengekorinya dari belakang dan bersedia dengan kamera digital untuk merakam video peristiwa kelakar itu, walaubagaimanapun niat itu terpaksa aku padamkan kerana tak sampai hati pula untuk mengaibkan orang apatah lagi kita pun tak tahu perkara yang sebenarnya. Jadi lebih baik jangan buat fitnah.

Gambar di bawah ni bukan nak mengaibkan mereka cuma nak kongsi rasa kelakar ni bersama pembaca.




No comments:

Post a Comment