Pages

Monday, July 4, 2011

BUKAN KETUA YANG SAKIT...

Petang sewaktu pulang dari makan tengahari, para pekerja di sebuah syarikat terperanjat apabila melihat sebuah nota dilekatkan pada cermin pintu masuk. Nota itu memberitahu, salah seorang ketua yang selama ini menyusah dan menyekat prestasi mereka sedang sakit tenat. "Anda semua boleh menziarahinya di dalam bilik khas, sebelah bilik mesyuarat utama."

Daripada sedih, kemudian timbul pula perasaan gembira di kalangan para pekerja tersebut kerana yang sakit tenat itu adalah ketua yang selama ini banyak menyusah dan menghalang kejayaan mereka. "Baguslah, kata para pekerja itu, kalau dia mati, lagi bagus." Masing-masing tersenyum.

Bagaimanapun, apabila mereka semakin hampir dengan bilik khas tersebut, para pekerja ini mula saling bertanya, "Siapa ketua yang sakit itu?"

Pintu dibuka, seorang demi seorang masuk. Tiba-tiba mereka terdiam. Para pekerja itu berdiri memerhatikan sesuatu.


Sebenarnya, didalam bilik itu tiada sekujur tubuh ketua yang sedang sakit tenat seperti yang mereka harapkan. Yang ada hanyalah sebuah cermin dan sesiapa yang memandang cermin besar itu akan melihat dirinya sendiri. Didalam cermin itu pula terdapat sebuah nota tertulis, 'ANDA'.

"Andalah yang mengubah hidup anda sendiri. Hanya andalah saja yang mampu menjadikan anda ceria dan mencapai cita-cita yang diinginkan. Hidup anda tidak akan bertukar apabila ketua, atau syarikat dan kawan-kawan anda bertukar. Sebaliknya, hidup anda akan bertukar dan berubah apabila anda sendiri yang menukar sikap dan berubah; apabila anda melakukan sesuatu dengan baik, jujur dan lebih daripada yang diharapkan; dan apabila anda menyedari bahawa andalah satu-satunya manusia yang bertanggungjawab kepada diri dan hidup anda sendiri."

No comments:

Post a Comment