Pages

Friday, January 27, 2012

BAGAIMANA CARANYA AL-QURAN MEYAKINKAN MANUSIA TENTANG AKHIRAT.......Sambungan....


Kebangkitan atau kehidupan di Akhirat adalah suatu yang akan terjadi nanti yang pasti dan tidak diragukan lagi akan terjadinya. Sekalipun pasti dan tidak diragukan kerana kejadian itu belum terjadi maka tidak ada bukti-buktinya. Sesuatu yang belum terjadi tentu saja tidak mempunyai bukti dari terjadinya.

Sekalipun begitu, kita dapat meyakinkan akan terjadinya setelah kita mempelajari akan keterangan-keterangan yang diberikan Allah dengan Kitab Suci-Nya al-Quran kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Tidak sedikit jumlah ayat-ayat al-Quran yang membimbing kita untuk mempercayai dan meyakinkan tentang adanya kebangkitan atau Akhirat itu dengan pasti.

Perhatikanlah tentang ayat-ayat al-Quran dan kejadian-kejadian yang tersebut di bawah ini yang penuh dengan perumpamaan-perumpamaan yang membimbing pemikiran kita dengan cara-cara berfikir yang dapat meyakinkan kita tentang kebangkitan itu.

Pada suatu hari, setelah Nabi Muhammad s.a.w. memberi keterangan kepada orang banyak bahawa setiap manusia yang sudah mati akan dihidupkan kembali, maka orang banyak yang kebanyakannya terdiri atas orang-orang bodoh itu serentak mengejek dengan berteriak-teriak dan bersiul-siul sambil berloncat-loncatan.

Diantara orang banyak itu ada dua orang penting yang termasuk kaum cendekiawan dan pemimpin iaitu Ubay b. Ka'ab dan al-'As b. Wail. Kedua pemimpin ini selain tidak percaya bahawa orang-orang yang sudah mati beribu-ribu tahun akan hidup kembali, juga akan menggunakan keterangan ini untuk menjatuh atau mengalahkan Rasulullah s.a.w.

Kedua-kedua orang itu pulang kerumahnya mengambil cangkul lalu menuju ke kuburan. Kuburan itu mereka gali, mereka keluarkan tulang-belulang manusia yang terdapat di dalamnya lalu membawa tulang-tulang itu ke hadapan Rasulullah s.a.w. Dihadapan Rasulullah s.a.w., tulang-belulang itu mereka injak-injak dengan kaki sehingga hancur lebur menjadi debu. Debu itu mereka serakkan ke udara sehingga berterbangan, lalu mereka berkata kepada Rasulullah: "Engkau lah yang mengatakan bahawa Allah akan menghidupkannya kembali?"

Untuk menjawab tentangan itu, turunlah Malaikat Jibril kepada Rasulullah membawa wahyu dari Allah sebagai berikut:

"Tidakkah manusia memikirkan bahawa Kami (Tuhan) jadikan dia dari setitik mani, tetapi tiba-tiba (setelah dia keluar) menjadi pembantah yang nyata (terhadap Kami). Dia bawa kepada Kami perumpamaan (berupa tulang-belulang), tetapi dia lupa akan asal kejadiannya, lalu berkata: Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-belulang yang sudah lapuk itu? Katakanlah: Akan menghidupkannya ialah Tuhan yang telah menciptakan tulang-belulang itu pertama kali dulunya. Dan Dia mengetahui tiap-tiap bikinan-Nya. Dia telah jadikan bagimu dari pohon yang hijau akan api yang kamu nyalakan daripadanya . Apakah Tuhan yang telah menjadikan langit dan bumi tidak sanggup menciptakan yang seperti mereka...Ya, Dia amat bisa membikin dan sangat Mengetahui." (Yassin:77-81).

Dalam lain ayat, Allah berfirman sebagai berikut:

"Wahai manusia, sekiranya kamu masih ragu tentang kebangkitan itu (cubalah fikir) bahawa Kami (Tuhan) telah ciptakan kamu dari tanah (Adam), kemudian dari setitik mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari sekeping daging - ada yang jadi dan ada yang tak jadi agar Kami terangkan kepadamu - yang Kami tempatkan di dalam rahim sampai waktu tertentu, kemudian itu kamu lahir menjadi seorang anak bayi, kemudian mencapai tingkat kekuatan (menjadi kuat tangan dan kaki dan sekujurnya), ada yang mati di waktu masih muda dan ada pula yang mencapai selanjut-lanjutnya umur sehingga menjadi nyanyuk, tidak tahu apa-apa setelah mengetahui segala. Dan engkau lihat bumi yang mati tandus, setelah Kami turunkan air hujan padanya lalu menjadi lunak dan subur, dapat tumbuh padanya segala macam tumbuh-tumbuhan yang indah. Semua itu adalah bukti bahawa Allah itu benar dan bahawa Allah itu sanggup menghidupkan orang-orang yang sudah mati dan bahawa Dia dapat dan sanggup dan kuasa melakukan jua. Dan semua itu pula menjadi bukti bahawa Kiamat itu pasti terjadi , tidak ada keraguan padanya dan bukti bahawa Allah pasti akan membangkitkan orang-orang yang di dalam kubur." (al-Haj: 5-7).

Dalam ayat-ayat yang tersebut diatas ini, dengan contoh-contoh yang terang dan lojik sekali, Allah membimbing fikiran manusia untuk yakin dan percaya tentang kebangkitan dan Akhirat. Cubalah fikirkan berulang-ulang bahawa Allah yang sudah terbukti dapat menciptakan manusia dari tanah atau setitik air, dan Allah yang sudah dapat menciptakan bumi dan langit (bintang-bintang dan planet-planet), Allah yang sudah dapat menumbuhkan berbagai-bagai tumbuh-tumbuhan di atas tanah yang mulanya mati dan tandus. Apakah Allah yang demikian kekuasaan dan kepintaran-Nya tidak sanggup menghidupkan orang-orang yang sudah mati?

Bukan saja telah menciptakan seorang manusia atau sebatang pokok kayu, tetapi telah menciptakan beribu-ribu manusia saban hari, beribu-ribu binatang dan pokok-pokok kayu saban saat, menciptakan bumi dan langit yang amat indah dan mahaluas.

Apakah Tuhan yang demikian nyata perbuatan dan kesanggupan-Nya masih kita ragukan perkataan dan janji-Nya yang sudah disampaikan-Nya dengan ayat-ayat Kitab Suci-Nya dengan perantaraan Rasul-Rasul-Nya???

Siapa yang masih ragu, benar-benar orang yang amat bodoh dan keras kepala, orang-orang yang kerdil yang tak dapat merubah pendiriannya yang terang salah dan keliru itu. Orang yang tak percaya tentang kebangkitan di Alam Akhirat adalah seperti kambing-kambing yang ditemptkan dalam sebidang padang rumput yang dipagar kelilingnya dengan tembok yang tebal dan tinggi. Di sanalah kambing itu makan, minum, beranak dan bermain-main dengan tidak mengetahui samasekali bahawa di balik pagar yang tebal dan tinggi itu ada lagi dunia yang lebih luas penuh dengan gedung-gedung yang indah, keretapi auto dan kapalterbang, dimana terdapat segala macam keramaian dan kegembiraan.

Wahai manusia!!! percayalah bahawa kebangkitan di Akhirat itu pasti terjadi, jangan ragu-ragu lagi...

Bersambung...atas tajuk "Tanyajawab Allah Terhadap Peragu-Peragu Akhirat"...Nantikan...

Thursday, January 26, 2012

KEHIDUPAN AKHIRAT PASTI ADANYA, TIDAK ADA KERAGUAN PADANYA......Sambungan...

Kita manusia sekalipun mempunyai akal dan kekuasaan atau hartabenda yang banyak sekali, tetapi kita tidak dapat mempastikan suatu yang akan datang atau yang belum terjadi. Sekalipun dalam keadaan sihat walafiat, punya wang atau perbekalan , dan sudah mempunyai tiket keretapi untuk berangkat esok pagi ke Jakarta, tetapi tidaklah pasti bahawa keberangkatan itu akan terjadi, kerana mungkin ada halangan-halangan yang menyebabkan keberangkatan itu harus ditunda atau dibatalkan samasekali. Begitu juga lain-lain perkara, tidak ada yang pasti terjadinya, hanya ada kemungkinan-kemungkinan terjadinya.

Yang pasti terjadinya atas diri manusia ialah bahawa masing-masing kita akan mati dan sesudah mati akan dihidup dan dibangkitkan kembali dalam kehidupan Akhirat. Kehidupan di Akhirat ini adalah suatu yang pasti terjadinya atas diri setiap manusia, sesuatu yang tidak boleh diragukan, kerana demikianlah ditegaskan berulang-ulang didalam Kitab-Kitab Suci oleh Allah s.w.t. yang menciptakan segala dan Maha mengetahui akan segala perkara.

Firman Allah s.w.t. didalam al-Quran:

"Sesungguhnya Kiamat itu pasti terjadi, tidak ada keraguan padanya dan bahawa sesungguhnya Allah akan bangkitkan orang-orang yang dikubur." (al-Haj:7)

"Sesungguhnya Kiamat (kebangkitan) itu akan terjadi, hampir saja AKU rahsiakan supaya setiap orang dibalasi dengan apa saja yang ia pernah lakukan." (Toha:15)

Kalau hidup hanya satu kali, iaitu hanya hidup di dunia sekarang saja, sedang dalam kehidupan dunia sekarang ini, ada orang yang menganiaya dan ada yang teraniaya, ada yang menindas dan ada yang tertindas, ada yang memukul atau membunuh dan ada yang terpukul atau dibunuh, ada yang memfitnah dan ada yang difitnah, ada yang senang dan ada yang susah, ada yang panjang umurnya dan ada yang pendek, ada orang yang kerjanya hanya berbuat jahat semata dan ada pula orang yang berbuat baik selalu, maka sungguh tidak adil Tuhan yang menciptakan hidup atau dunia ini. Bukan saja tidak adil, tetapi juga tidak bijaksana, tidak wajar menurut pemikiran yang sihat. Tetapi...ketahuilah bahawa Tuhan itu Maha adil, Maha bijaksana. Pandang dan perhatikanlah susunan alam yang mahaluas ini, akan nampak dengan nyata akan keadilan dan kebijaksanaan Tuhan yang menciptakan dan mengaturnya.

Kerana keadilan dan kebijaksanaan Allah yang mencipta dan mengatur alam ini, maka yakinlah kita bahawa setiap penganiayaan, pembunuhan, fitnah, kejahatan yang pernah dilakukan orang terhadap orang lain dalam kehidupan dunia sekarang ini pasti akan diperiksa dan diadili, pasti akan dipertanggungjawabkan oleh setiap pelakunya, pasti akan dibalasi dengan balasan yang setimpal. Dan untuk pembalasan yang setimpal itulah Allah Yang Maha Adil dan Bijaksana itu akan menghidupkan setiap manusia yang pernah hidup di permukaan bumi ini untuk diperhitungkan segala sesuatu yang pernah dilakukan semasa hidupnya di dunia ini.

Setiap penganiaya, penjahat dan perasuah itu akan diadili dan dibalas dengan kejahatan dan penganiayaan yang berupakan azab siksa api Neraka.

Sekiranya hidup hanya sekali, iaitu hidup didunia sekarang saja, tidak ada kehidupan lain dibalik kehidupan didunia ini maka beruntung dan berbahagia sekalilah orang-orang yang menganiaya dan penjahat-penjahat ulung, hidup yang bermewah-mewah sepanjang masa dengan harta-harta yang tidak halal, dengan hasil rompakan dan rampasan atau korupsi dengan pangkat-pangkat dan kedudukan-kedudukan yang diperolehi dengan cara yang tidak wajar.

"Tidak percaya hidup di Akhirat adalah falsafah hidup orang-orang jahat." kata Socrates.

Bersambung dengan tajuk 'Bagaimana Caranya Al-Quran Meyakinkan Manusia Tentang Akhirat"......Nantikan.....

Wednesday, January 25, 2012

HIDUP SESUDAH MATI (MENGIMANI KEHIDUPAN AKHIRAT)...

Buku 'Hidup Sesudah Mati' karya Bey Arifin ini adalah diantara buku yang berada didalam simpananku. Ianya adalah terbitan tahun 1969 dan dicetak oleh Pustaka Nasional Pte. Ltd. Singapura. Dibawah 'kata Sambutan' tercatat perkataan Djakarta, 17 Agustus 1969. Wassalam dan ditandatangani oleh M. NATSIR.

Marilah kita sama-sama berkongsi ilmu yang terdapat didalamnya dan semoga kita mendapat manfaat darinya. Alfatihah kepada pengarang buku ini semoga rohnya ditempatkan bersama-sama para solehin. Amin...

Selamat Membaca...

Tujuan yang terpokok dari terutusnya para Nabi dan Rasul yang berjumlah 124 ribu orang itu dan di turunkanNya Kitab-Kitab Suci oleh Allah s.w.t. ada dua perkara iaitu:-

  • Menerangkan kepada manusia siapa Tuhan yang sebenarnya iaitu Allah Yang Tunggal dan tidak ada Tuhan selain Allah Yang Tunggal itu.

  • Menerangkan kepada manusia bahawa sesudah hidup yang terbatas waktunya didunia sekarang ini, manusia akan dihidupkan kembali menempuh kehidupan yang kedua kalinya iaitu kehidupan yang kekal dan abadi dimana masing-masing manusia menerima pembalasan dari perbuatan apa saja yang pernah mereka lakukan selama hidup di dunia ini. Perbuatan baik akan mendapat balasan yang baik dan perbuatan jelek akan dibalas dengan kejelekan yang berupa azab siksa yang pedih.

Yang sebenarnya banyak sekali kepercayaan-kepercayaan yang diajarkan oleh Agama Islam, tetapi yang terpenting diantaranya ialah 6 kepercayaan yang dinamai Rukun Iman iaitu percaya dengan Allah, dengan Malaikat, dengan Rasul-Rasul, dengan Kitab-Kitab Allah, dengan Akhirat dan dengan Qadha' dan Qadar. Tetapi diantara 6 pokok kepercayaan yang dinamai Rukun Iman yang tersebut diatas itu, perkara yang terpokok ialah kepercayaan terhadap Allah dan kepercayaan terhadap kehidupan di Akhirat.

Dikatakan terpokok kerana kepercayaan tersebut berulang-ulang disebut sampai berpuluh-puluh kali di dalam ayat-ayat Kitab Suci al_Quran dan Hadis-Hadis Nabi Besar Muhammad s.a.w. Sebagai contoh, sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:-

"Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan Akhirat, hendaklah berlaku baik terhadap tetangganya. Dan barangsiapa yang beriman dengan Allah dan Akhirat, hendaklah menghormati tetamunya. Dan barangsiapa yang beriman dengan Allah dan Akhirat, hendaklah berkata baik atau diam."

Banyak dan sering sekali tersebut di dalam ayat-ayat al-Quran dan Hadis dimana Allah dan RasulNya berulang-ulang menegaskan untuk difahami dan diyakinkan oleh kita manusia bahawa kehidupan Akhirat itu adalah penghidupan yang amat penting jauh lebih penting dari kehidupan di dunia sekarang ini. Bukan saja lebih penting tetapi lebih besar, lebih lama (lebih kekal), dan satu kehidupan yang lebih baik, lebih moden dan lebih indah bagi orang-orang yang beriman dan berbuat kebajikan.

Didalam berpuluh-puluh ayat dan Hadis, Allah dan Rasul-Nya berulang-ulang pula menegaskan kepada kita manusia bahawa kehidupan di dunia sekarang ini dianggap satu kehidupan yang kecil, yang tidak begitu penting, satu cara hidup yang rendah, yang sempit dan yang amat terbatas.

Penghidupan di dunia ini adalah hanya merupakan satu permainan saja, sesuatu yang tidak sesungguhnya. Penghidupan di dunia ini hanya berupakan setetes air bila dibanding dengan kehidupan Akhirat yang dikatakan Rasulullah s.a.w. sebagai satu samudera luas yang tak dikenal pinggir dan dalamnya.

Perhatikan firman Allah:

"Dan tidaklah kehidupan di dunia ini kecuali hanya sebagai permainan belaka, sedang kehidupan Akhirat itulah yang lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Apakah kamu tidak mahu memikirkannya?" (al-An'am:32).

Sabda Rasulullah s.a.w. :

"Perbandingan kehidupan dunia dan kehidupan Akhirat ialah seperti seorang berjalan dilaut, lalu memasukkan satu jarinya ke laut, lalu mengangkatnya, maka air yang melekat pada jari itulah dunia ini. (Sedang air masih tertinggal di lautan luas itulah kehidupan Akhirat)."

Begitulah perbandingan kehidupan dunia dan kehidupan Akhirat. Kehidupan dunia bagi masing-masing manusia umumnya hanya dalam jangka waktu antara 60 dan 70 tahun kurang atau lebih. Letaklah umpamanya ada yang berumur sejak Nabi Adam sampai Hari Kiamat yang lamanya mungkin 100 atau 200 abad, Nah! jangka waktu sekian lama itu dianggap oleh Allah amat pendek, amat kecil dan amat terbatas bila dibandingkan dengan kehidupan di Akhirat yang lamanya tak terbatas yang kekal dan abadi itu.

Alangkah ruginya kita manusia, bila dalam kehidupan yang kecil di dunia ini kita hidup senang dan bahagia, bergembira ria, tetapi dalam kehidupan di Akhirat yng kekal dan abadi, kita susah dan sengsara, terbakar hangus dalam Neraka buat selama-lamanya.

Untuk menghindarkan kita manusia dari nasib sengsara yang maha hebat itulah Allah mengutus Nabi-Nabi dan Rasul-RasulNya yang berjumlah 124 ribu orang banyaknya itu sejak Nabi Adam yang pertama sampai kepada Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Nabi dan Rasul terakhir.

Semua mereka para Nabi dan Rasul itu telah menghabiskan segenap umur mereka, segena. tenaga dan fikiran yang ada pada mereka, segenap harta dan kemampuan yang ada pada mereka, menyerukan segenap umat manusia agar sama-sama mengimani akan Allah dan mengimani pula akan kehidupan Akhirat yang maha penting dan maha besar itu.

Sekalipun sudah demikian Allah mengutus Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul-Nya, namun masih ada diantara manusia yang belum mengimani kehidupan Akhirat itu, mereka hanya percaya hidup satu kali, iaitu hidup didunia sekarang ini saja. Kehidupan Akhirat sebagai yang diterangkan oleh seluruh Nabi dan Rasul itu, mereka anggap satu kepercayaan yang tak masuk akal sama sekali, satu dogma semata-mata atau hanya berupakan dongengan orang-orang purbakala semata.

Firman Allah:

"Dan alangkah hebatnya sekiranya engkau melihat tatkala mereka disuruh berdiri dipinggir Neraka, lalu mereka berkata menyesal: Alangkah baiknya sekiranya kami dikembalikan hidup didunia sekali lagi, kami tidak lagi akan mendustakan akan ayat-ayat Allah, dan kami akan menjadi orang-orang yang benar-benar beriman. Bahkan telah nyata bagi mereka apa yang dulunya tersembunyi (ghaib) bagi mereka. Sungguhpun begitu, sekiranya mereka dikembalikan dapat hidup sekali lagi didunia, mereka pasti kembali kafir, kembali melakukan apa yang pernah mereka lakukan. Sesungguhnya mereka itu adalah pembohong . Mereka berkata: Tidak ada kehidupan selain kehidupan di dunia ini dan tidaklah kita akan dihidupkan kembali." (al-An'am: 27-29).

Alangkah hebat dan besarnya sesal yang menimpa mereka nanti. Sesal yang tak mungkin dapat ditebus lagi kecuali dengan azab siksa Neraka. Agar manusia jangan sampai menyesal demikian rupa maka Allah mengutuskan Nabi dan Rasul-Nya. Allah turunkan Kitab-Kitab Suci-Nya yang menerangkan akan datangnya kehidupan kedua itu, iaitu kehidupan Akhirat yang tak boleh diragu-ragukan lagi kerana sudah diterang dan diajarkan oleh semua Nabi dan Rasul-Rasul-Nya.

Bersambung.....atas tajuk 'Kehidupan Akhirat Pasti Adanya Tidak Ada Keraguan Padanya'.... Nantikan....


Sunday, January 15, 2012

BERSIMPUH DALAM DOA DAN MUNAJAT...


Suatu ketika, Ibrahim b. Adham ditanya: "Mengapa kami berdoa, tetapi doa kami tidak dimakbulkan? padahal Allah berfirman: "Berdoalah kalian kepadaKu nescaya akanKu kabulkan doa kalian." "Beliau menjawab: "Kerana hati kalian mati."

"Apa yang mematikannya?" Ibrahim berkata: "Kalian tahu hak-hak Allah tetapi kalian tidak menunaikannya. Kalian telah membaca Al-Quran tetapi tidak kalian laksanakan ajaran-ajarannya. Kalian mengatakan bahawa kalian takut mati tetapi tidak mempersiapkannya."

Allah berfirman: "Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagimu" tetapi kalian bersekongkol dengan syaitan dalam melakukan maksiat. Kalian berkata: "Kami takut neraka," tetapi kalian menganiaya diri kalian sehingga pantas masuk kedalam neraka.

Kalian berkata: "Kami ingin masuk syurga," tetapi kalian tidak berbuat sesuatu untuk mendapatkan syurga. Bila kalian bangun tidur, kalian membuang mata kalian kebelakang-belakang. Kalian suka mencari aib orang lain sehingga kalian dimurkai Tuhan, lalu bagaimana mungkin doa kalian dikabulkan?"

*************************************************************************************
Allah adalah zat yang Maha Kuasa, Maha Pengasih dan Maha Penyayang yang telah berfirman dalam Al-Quran:

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhiKu dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran."(QS. Al-Baqarah:186).

Kedekatan Allah kepada hambaNya adalah jaminan bahawa Dia Maha Mengetahui keinginan, perasaan, fikiran, kata-kata yang diucapkan, bisikan, bahkan apa saja yang tersembunyi dalam hati kita. Dengan demikian, Allah mendengar dan mengetahui setiap orang yang bermunajat dan berdoa kepadaNya. Inilah kurnia Allah kepada manusia dan sebagai wujud kasih sayang, rahmat dan kekuasaanNya yang tiada batas.

Dialah pemilik segala sesuatu di seluruh alam semesta. Setiap makhluk, mulai dari orang yang nampaknya paling kuat hingga orang yang terlemah dari binatang yang sangat besar hingga yang terkecil, semuanya milik Allah dan berada dalam kehendak serta pengaturanNya yang mutlak.

Bila kita meyakini kebenaran ini, maka kita boleh berdoa kepada Allah mengenai apa saja sambil meyakini bahawa Dia akan mengabulkan doa kita. Bila kita mengalami ketakutan atau kecemasan kita boleh berdoa kepada Alah agar terbebas dari ketakutan dan kecemasan itu. Begitu pula bila kita menghadapi kesulitan dalam menyelesaikan pekerjaan maka kita boleh menghadapkan hati dan jiwa kita kepada Allah untuk menghilangkan kesulitan itu. Inilah yang telah ditekankan Rasululullah s.a.w. dalam sabdanya:

"Mahukah aku beritahukan kepadamu suatu senjata yang dapat melindungi dari kejahatan musuh dan agar rezekimu bertambah"? Mereka berkata: " Tentu sahaja wahai Rasulullah." Baginda bersabda: "Serulah Tuhanmu siang dan malam, kerana doa merupakan senjata bagi orang yang beriman."

Namun demikian, ada rahsia lain dibalik apa yang diungkapkan dalam Al-Quran yang perlu kita bicarakan dalam masalah ini sebagaimana Allah telah menyatakan dalam firmanNya:

"Dan manusia berdoa untuk kejahatan sebagaimana ia berdoa untuk kebaikan dan manusia itu tergesa-gesa."(QS. Al-Isra': 11).

Tidak semua doa yang dipanjatkan oleh manusia bermanfaat. Misalnya seseorang memohon doa kepada Allah agar diberi harta dan kekayaan yang banyak untuk anak-anaknya kelak. Akan tetapi Allah tidak melihat adanya kebaikan dalam doanya itu. Di 'mata' Allah, kekayaan yang banyak itu justru dapat melalaikan anaknya dari Allah. Dalam hal ini, Allah pasti mendengar doa orang tersebut, menerimanya sebagai ibadah dan mengabulkannya dengan cara yang sebaik-baiknya.

Contoh lainnya, seseorang berdoa agar tidak terlambat dalam memenuhi perjanjian. Namun tampaknya lebih baik baginya jika ia sampai ditujuan setelah waktu yang ditentukan kerana ia dapat bertemu dengan seseorang yang memberikan sesuatu yang lebih bermanfaat untuk kehidupan yang abadi. Allah mengetahui masalah ini dan Dia mengabulkan doa bukan berdasarkan apa yang difikirkan orang itu, tetapi dengan cara yang terbaik. Allah pasti mendengar setiap doa tetapi jika Dia melihat tidak ada kebaikan dalam doanya itu Dia akan memberikan apa yang terbaik baginya meskipun berbeza dengan yang dimintanya. Tentu saja hal ini merupakan rahsia yang sangat penting.

Ketika doa tidak dikabulkan, banyak orang yang tidak menyedari rahsia ini, mereka mengira bahawa Allah tidak mendengar doanya. Pemahaman seperti ini adalah keliru kerana "...Allah itu lebih dekat kepada manusia daripada urat lehernya sendiri."(QS, Qaf : 16).

Dia maha mengetahui perkataan apa saja yang diucapkan, apa saja yang difikirkan dan peristiwa apa saja yang dialami seseorang. Bahkan ketika seseorang tertidur. Allah mengetahui apa yang ada dalam alam mimpinya. Allah adalah yang menciptakan segala sesuatu. Oleh kerana itu bila saja seseorang berdoa kepadaNya dia harus menyedari bahawa Allah akan menerima doanya pada saat yang paling tepat dan akan memberikan apa yang terbaik baginya.

Disamping sebagai bentuk amal ibadah, doa juga merupakan kurnia Allah yang sangat berharga bagi manusia kerana melalui doa Allah akan memberikan kepada manusia sesuatu yang Dia pandang baik dan bermanfaat bagi dirinya. Allah menyatakan pentingnya doa dalam sebuah ayat:

"Katakanlah: Tuhanku tidak mengindahkan kamu, andaikan tidak kerana doamu. Tetapi kamu sungguh telah mendustakanNya kerana itu kelak azab pasti menimpamu." (QS. Al-Furqan:77).

Allah pasti akan mengabulkan doa orang yang menderita dan berada dalam kesulitan kerana dengan berdoa seseorang boleh merasakan dekatnya dengan Allah. Sebagai hamba Allah, kita sangat memerlukan Dia. Kerana ketika kita berdoa, kita akan menyedari betapa lemah dan hinanya kita di hadapan Allah. Ketika berdoa , kita juga menyedari bahawa tidak seorang pun yang dapat menolong kecuali Allah.

Keikhlasan dan kesungguhan kita dalam berdoa bergantung kepada sejauh mana kita merasa memerlukan apa yang kita minta. Misalnya, ketika kita berdoa kepada Allah untuk memohon keselamatan didunia, maka doa akan lebih khusyu' ketika kita benar-benar berada dalam situasi yang gawat seperti di tengah medan pertempuran atau terancam bahaya, Allah menceritakan keadaan ini dalam sebuah ayat:

"Katakanlah: Siapakah yang dapat menyelamatkanmu dari bencana didarat dan dilaut yang kamu berdoa keoadaNya dengan berendah diri dengan suara yang lembut: Sesungguhnya jika Dia menyelamatkan kami dari (bencana) ini tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur." (QS. Al-An'am:63)

Di dalam Al-Quran, Allah juga telah memerintahkan kita agar berdoa dengan merendahkan diri:

"Berdoalah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas." (QS. Al-A'raf: 55).

Dalam ayat lainnya, Allah menyatakan bahawa Dia mengabulkan doa orang-orang yang teraniaya dan orang-orang yang berada dalam kesusahan:

"Atau siapakah yang mengabulkan doa orang yang dalam kesulitan apabila dia berdoa kepadaNya dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu sebagai khalifah di bumi? Apakah ada tuhan lain selain Allah? Sedikit sekali kamu yang memperhatikannya." (QS. An-Naml:62).

Sumber: Agar Allah Memberi Jalan Keluar.

Monday, January 2, 2012

CARA MENGUBATI SAKIT MENTAL MENURUT ISLAM...

JENIS-JENIS SAKIT MENTAL

Sebenarnya dalam diri manusia, terdiri daripada beberapa komponen yang dapat diklasifikasikan seperti berikut:-

  • Hati
  • Nafsu
  • Rohani
  • Akal
  • Jasad
Sekiranya rosak salah satu daripada komponen tersebut akan rosaklah sistem akal. Apabila akal rosak ia mengakibatkan rosaknya hati dan hati adalah punca kesihatan jasmani. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:

"Apabila rosaknya maka rosak jasad semuanya (tubuh) dan apabila sihat jasad sihat semuanya (tubuh), iaitu hati."

Namun menurut Wan Husin Azmi (1983), kesihatan jasad berkait rapat dengan kesihatan hati iaitu rohani. Antara penyakit rohani yang sering dialami manusia ialah rasa kebimbangan dan takut iaitu takut miskin, takut mati, takut bencana dan takut malapetaka, disamping penyakit lain seperti dukacita (depression), merana, rasa bersalah (guilty), sukar buat keputusan dan terlalu panik (nervous), terperanjat dan takutkan suasana meriah atau ramai (phobia).

Jalan keluar daripada terus tenggelam dalam keadaan begini hanya ada beberapa pilihan untuk ditentukan. Rawatan melalui cara 'agama' adalah diantara rawatan yang tidak kurang pentingnya, iaitu beriman kepada Tuhan yang merupakan satu kekuatan yang luarbiasa.

Manusia sering mengalami penanggungan yang diluar kemampuannya. Menanggung keluarga yang ramai dengan ukuran saiz yang besar sementara pendapatan tidak seberapa merupakan beban yang membawa kesukaran hidup.

Anak yang belajar tanpa dibekalkan dengan kemudahan dan peralatan yang secukupnya akan menimbulkan rasa bimbang atau gelisah di hati kedua-dua ibu bapa mereka.

Kemelut hidup yang menuntut pelbagai keperluan yang tidak dapat dielakkan, boleh menjejaskan perkembangan jiwa. Ini kerana, diri mereka sentiasa tertekan, bimbang dan akhirnya ramai yang menanggung kesengsaraan batin dan berakhir dengan penyakit darah tinggi serta lemah jantung. Semua keadaan diatas menunjukkan adanya tanda takut. Takut demikian tidak dituntut oleh Islam. Menurut ilmu tasawuf, takut sebenarnya ialah melenyapkan rasa selain terhadap Allah S.W.T. Walau bagaimanapun ia tidak mungkin tercapai melainkan menyucikan hati (rohani) terlebih dahulu berdasarkan firman Allah S.W.T yang bermaksud:

"Sesungguhnya telah berbahagialah mereka yang menyucikan dirinya dan sentiasa mengingati Allah, lalu ia mengerjakan solat." (Al-A'laa: 143-15).

Berdasarkan ayat diatas itu jelaslah sekali bahawa manusia yang sihat mentalnya terlebih dahulu perlu menyucikan dirinya (takziah nafsi). Dalam jasad manusia terdapat seketul darah hitam (hati kasar) dan didalamnya pula terletaknya roh dan didalam roh itu terletaknya nur. Sementara dalam nur terdapatnya sir (keinginan) yang dipanggil aku (kawasan aku).

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

"Allah lah yang memberi cahaya kepada seluruh langit dan bumi, perumpamaan cahaya Allah seperti longgokan lampu yang di dalamnya ada pelita dan pelita itu pula di dalam sebuah kaca, kaca-kaca itu seperti bintang...hingga akhir hayat." (An-Nur:35).

Dalam masalah menyucikan hati sebagai prasyarat untuk mengembalikan kesihatan mental menurut Imam Al-Ghazali (1983), beliau telah menyentuh beberapa faktor penting untuk difahami. Bagi beliau, menyucikan diri (takziah nafsi) bererti menyuci rohani, hati, roh dan akal keseluruhannya.

Bagi mereka yang tidak menyucikan rohaninya daripada maksiat, sukar bagi mereka untuk mengatasi masalah penyakit mental kerana penyakit mental berhubung rapat dengan pembersihan diri.

Sebagai rumusannya, nyata kepada kita bahawa manusia yang sering dihantui kebimbangan dan ketakutan adalah kerana ia tidak menjadikan agama sebagai landasan kehidupannya. Oleh itu, jelas bahawa iman merupakan prasyarat dalam menghadapi pertarungan jiwa yang membelenggu kehidupan masyarakat masa kini.

'Sindrom Kurang Daya Tahan Iman' merupakan fenomena baru yang dialami oleh kebanyakan orang sehingga menimbulkan pelbagai krisis sosial. Terjadinya kes-kes seperti ketegangan, kebimbangan, kecelaruan dan kerosakan mental yang mengganggu kerasionalan minda seseorang banyak bertolak daripada kurangnya daya tahan iman.

Manusia mudah mengalah dan tersungkur di bawah arus pengaruh kesyaitanan, akhirnya berlakulah fenomena-fenomena seperti minuman keras, dadah, pelacuran, lari dari rumah (untuk menyelamatkan diri dari tekanan keluarga), buang anak, dera anak, bohsia, penyelewengan dan pelbagai lagi insiden lain yang berhubung rapat dengan kes sindrom kurang daya tahan iman itu.

Menurut Dr. Wan Husin Azmi (1983), cara untuk mengatasi masalah yang sering menekan jiwa manusia seperti kebimbangan atau takut, pergolakan jiwa dan keadaan terpinga-pinga (tidak tahu apa yang harus dilakukan) yang merupakan faktor utama kepada gangguan mental itu, adalah dengan kembali 'mengimani hanya kepada Allah s.w.t.'


Dipetik dari buku Manusia dan Personaliti.

TENTERA BERBAJU PUTIH BINGUNGKAN ISRAEL!!!


Perang di Gaza dan penindasan terhadap rakyat Palestin sekian lama di lakukan Israel, namun sehingga kini rejim Zoinis itu masih gagal menakluki Tanah Suci umat Islam itu walaupun menggunakan pelbagai senjata serba canggih berbanding para mujahidin Palestin.

Sebenarnya, banyak kisah berkaitan kebesaran Allah yang berlaku di bumi Gaza yang tidak pernah diketahui umum kecuali setelah sukarelawan bertemu sendiri para pejuang berkenaan serta para keluarga mereka yang terlibat.

Peliknya, pelbagai kejadian aneh dan ajaib ini diakui sendiri oleh tentera Israel sehingga ada yang mengatakan terdapat pasukan ghaib berbaju putih atau ‘halimunan’ di Gaza.

  • Dikatakan ada pasukan ghaib membantu para mujahidin Palestin dan ia turut diakui oleh pasukan Israel. Pada Januari 2009, askar Israel menerobos masuk ke sebuah rumah keluarga Palestin di Gaza. Anak lelaki keluarga itu ditahan. Askar Israel bertanyakan tentang ciri pakaian para pejuang al-Qassam, salah satu kumpulan mujahidin di Palestin.

Lelaki itu menjawab jujur bahawa pejuang al-Qassam mengenakan pakaian serba hitam. Jawapannya itu membuatkan tentera Israel marah dan menuduhnya penipu. Lalu lelaki itu dipukul bertalu-talu sehingga pengsan.

Selama tiga hari berturut-turut lelaki itu akan ditanya soalan yang sama dan lelaki itu tetap jujur memberi jawapan yang sama. Dan setiap kali itu juga dia akan dipukul sehinggalah akhirnya tentera Israel mengalah dengan lelaki itu dan menjerit memberitahu: “Engkau penipu!” (merujuk kepada mujahidin al-Qassam yang dilihat tentera Israel).

  • Dalam satu kisah lain pula, sebuah van ambulans dalam perjalanan ke hospital. Sekumpulan tentera Israel telah menghentikan van itu lantas bertanya kepada pemandunya adakah dia daripada kelompok Hamas atau Fatah?

“Aku bukan dari kelompok mana-mana pun. Aku seorang pemandu ambulans,” jawab pemandu itu. Lantas tentera Israel itu bertanya: “Jika begitu, siapakah pasukan berpakaian serba putih yang mengikuti kamu tadi?”

Pertanyaan tentera Israel itu membuatkan si pemandu tersebut kebingungan kerana hakikatnya, dia hanya memandu van itu berseorangan tanpa diiringi sesiapa pun.

  • Kisah ini turut disampaikan oleh khatib yang memberi ceramah di masjid dalam Wilayah Nashirat di Gaza. Ceritanya, seorang mujahidin Palestin telah menanam seunit ranjau peledak untuk menghalang kemasukan tentera Zionis Israel. Lalu dia bersembunyi untuk menjaga kawasan tersebut. Datang beberapa helikopter Israel dan menurunkan sejumlah besar pasukannya beserta kereta kebal yang berisi pelbagai senjata hebat.Melihat jumlah pasukan Israel yang besar itu, mujahidin itu merasakan ranjau yang ditanamnya tidak akan mampu memusnahkan pasukan tersebut. Impak ranjau itu terlalu kecil untuk pasukan sebesar itu. Maka dia mengambil keputusan untuk pulang semula ke markasnya.

Tetapi sebaik saja mujahidin itu mahu bangun, dia terdengar satu suara berkata: “Utsbut tsabatkallah.” Maknanya, tetapkanlah di tempatmu, maka Allah akan membantumu. Ucapan itu kedengaran sebanyak tiga kali.

Puas mujahidin itu mencari dari mana datangnya suara itu. Anehnya tiada sesiapa di sekelilingnya. Jadi siapa yang bersuara itu?

Kerana kata-kata itu, mujahidin itu duduk semula di tempat persembunyiannya. Dan ketika itulah dia melihat apabila pasukan Israel itu melalui perangkap ranjau yang dipasangnya, sesuatu yang tidak dijangka berlaku.

Peledak yang dipasangnya meletup dan kesan letupannya amat dahsyat, ibarat berpuluh peledak diletupkan sekaligus. Akibatnya, seluruh pasukan zionis itu terjejas teruk dan terpaksa pulang semula ke pengkalan mereka.

Bagaimana peledak biasa yang ditanamnya boleh berfungsi sedemikian rupa? Itulah pertolongan Allah!

  • Di daerah selatan Gaza, para mujahidin memasang peledak. Tetapi, belum sempat kabel ranjau peledak itu disiapkan, muncul beberapa pesawat peninjau Israel di udara menyebabkan para mujahidin segera bersembunyi. Tidak lama kemudian, muncul kereta perisai dan tentera Israel.

Pasukan Zionis itu berhenti di kawasan tempat para mujahidin memasang peledak tadi. Sayangnya mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana peledak itu tidak boleh berfungsi berikutan wayarnya yang belum disambung.

Mujahidin itu sekadar mampu berdoa yang bermaksud: Ya Allah, sebagaimana Engkau tidak memberi kesempatan kepada kami menghadapi mereka, jadikanlah mereka juga tidak memiliki kesempatan yang serupa!

Dan tidak lama kemudian, berlaku keajaiban. Berlaku satu letupan dahsyat di kawasan pasukan Israel itu yang mengorbankan ramai tenteranya hingga memaksa mereka berundur dari kawasan itu.

Setelah itu , para mujahidin datang semula kelokasi tersebut. Mereka terkejut, peledak yang mereka pasang masih utuh tidak meletup. Jadi, dari mana datangnya letupan yang berjaya mengundurkan tentera Israel tersebut?

  • Seorang lagi pejuang bercerita sewaktu dia melakukan kawalan di sempadan Gaza berseorangan. Ketika itu, dia terdengar sayup-sayup suara orang yang sedang berzikir dan beristighfar. Puas dia mencari di sekelilingnya untuk mencari dari mana datangnya suara itu sedangkan tiada sesiapa di sekelilingnya. Dan seketika barulah dia tersedar, suara-suara itu datangnya dari celah-celah batu dan pasir di sekitar nya. Subhanallah!

  • Di sebuah kawasan perumahan di Wilayah Tal islam pula, beberapa pejuang Palestin yang cedera kelihatan menangis di tepi rumah-rumah penduduk. Lantas mereka bertanya, “Mengapa kalian menangis?” Dan jawab mujahidin itu, “Kami menangis bukan kerana kami takut dengan musuh, sebaliknya kerana, bukan kami yang bertempur, ada ‘pasukan’ lain yang sedang menentang musuh kita dan kami tidak tahu dari mana mereka datang.

  • Ada juga kisah yang diceritakan sendiri oleh tentera Israel dan disiarkan di saluran televisyen Negara Yahudi tersebut. Menurut seorang bekas tenteranya, sewaktu dia sedang melakukan kawasalan di Gaza, entah dari mana muncul seorang tentera berpakaian serba putih lalu membaling pasir ke wajahnya, ketika itu juga matanya jadi buta sehingga kini.

  • Di kawasan lain di Gaza, ada tentera Israel juga bercerita, mereka berperang dengan sekumpulan pejuang berpakaian serba putih dan berjanggut panjang. Anehnya, bila ditembak, pejuang serba putih itu sedikit pun tidak cedera hingga tentera Israel menggelar pejuang itu sebagai ‘halimunan’. Siapakah tentera berbaju putih yang dimaksudkan Israel itu.

  • Jenazah seorang mujahidin bernama Musa Hasan yang syahid kerana serangan udara Israel. Sepotong kain yang terkena darah mujahidin itu masih berbau harum walaupun telah dicuci berulangkali.

  • Antara bulan Disember 2008 hingga Januari 29009, Israel melakukan pelbagai serangan yang menyasarkan golongan wanita dan kanak-kanak dengan tujuan akan berkurangnya generasi Palestin dimasa akan datang. Dalam tempoh itu, hampir seribu lima ratus nyawa terkorban. Ajaibnya, mengikut takrif yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Gaza, 3,700 bayi lahir dalam tempoh tersebut. Ibaratnya dua ribu nyawa yang dikorbankan Israel, Allah memberi empat ribu nyawa baru sebagai gantinya.

Bantulah umat Islam di Gaza. Hentikanlah penindasan Israel di bumi Palestin.

Allahuakbar!
Allahuakbar!
Allahuakbar!


Sumber : Mastika Jan 2012.