Pages

Sunday, March 18, 2012

AKU BERBEKAM...

Kata-kata Doktor yang membacakan keputusan ujian darahku tempohari masih lagi terngiang-ngiang di telingaku: "Encik punya kolestrol tinggi, encik kena kawal pemakanan, kena kurangkan garam, minyak dan elakkan memakan makanan laut, jangan makan organ dalaman binatang ternakan dan elakkan makan telor yang kuning. Kolestrol yang tinggi boleh menyebabkan sakit jantung dan stroke." Kata-kata itu seakan-akan hampir membunuh semangatku.

Seumur hidupku aku sangkakan yang aku sihat sepenuhnya, manakan tidak, aku sangat jarang ditimpa penyakit seperti demam, sakit kepala, batuk, lemah-lemah badan, selsema dan sebagainya, disebabkan itu, tentulah aku jarang sekali malah tidak ada langsung memakan ubat-ubat yang diambil di klinik-klinik kesihatan, bahkan sebiji panadol pun aku tidak jamah selama beberapa tahun, dengan itu juga aku berfikiran darahku tentulah tidak mengandungi bahan-bahan kimia akibat terlalu banyak memakan ubat. Syukur Alhamdulillah kepada Allah Subhanahuwataala kerana menganugerahkan kesihatan yang baik padaku.

Tapi aku lupa satu perkara, iaitu aku amat gemar memakan makanan yang mengandungi asid urik yang terkandung di dalam makanan laut (seafood) yang boleh dikatakan selang tiga hari sekali aku mesti memakannya. Satu lagi yang aku lupa bahawa makananku juga sepanjang hari banyak mengandungi minyak, garam, gula dan sebagainya yang kesemuanya boleh mengundang kepada penyakit terutama kolestrol yang tinggi. Minuman kegemaranku juga banyak mengandungi kafein, tapi walaupun begitu seperti yang aku katakan tadi bahawa aku jarang di timpa penyakit seperti kebanyakan orang lain yang akan cepat menerima kesannya. Mungkin juga antibodiku kuat dan masih boleh menutralkan bahan-bahan tersebut menyebabkan aku sihat setakat ini.

Hari Sabtu lepas, aku
bersama keluarga mengunjungi Pantai Port Dickson untuk menikmati angin laut yang aku amat gemarkannya. Setibanya di sana kira-kira jam 5 petang, pengunjung-pengunjungnya sangat ramai. Di setiap inci pantainya di penuhi manusia yang datang bersama keluarga manakala anak-anak muda pula bersama pasangan masing-masing.

Kemeriahan semakin bertambah kerana Majlis Daerah Port Dickson mengadakan expo sempena musim cuti sekolah. Dalam banyak-banyak gerai jualan dan pamiran yang diadakan, aku amat tertarik dengan satu gerai yang menawarkan khidmat kesihatan urutan Refleksologi, Berbekam, Resdung dan Elektro Akupuntur. Aku menghampiri gerai tersebut untuk melihat dari dekat rawatan yang sedang dibuat keatas pengunjung yang mengalami masalah kesihatan. Kebanyakan mereka mendapatkan rawatan urutan refleksologi iaitu urutan kaki yang boleh membantu melancarkan darah serta dapat mengesan masalah dan punca penyakit melalui titik saraf yang mencerminkan keadaan keseluruhan dalam badan.

Memandangkan keadaan tumit kaki kananku yang sakit, terutama semasa bangun pagi , maka aku bercadang untuk membuat urutan refleksologi tersebut. Aku mengambil tempat di kerusi yang disediakan dan tukang urut mula mengurut dan memicit tapak kakiku disamping menerangkan kedudukan anggota badan yang semuanya berpusat di tapak kaki. Apabila ia memicit tumit kaki kananku yang sakit ia lantas berkata bahawa aku mempunyai masalah kolestrol. Keadaan ini dengan sendirinya mengesahkan bahawa aku memang mengalami masalah kolestrol. Ia menyarankan aku supaya membuat rawatan berbekam kerana ianya boleh mengeluarkan darah kotor, toksid, asid, kolestrol, angin serta mampu merawat 72 penyakit yang lain.

Selepas setengah jam melakukan urutan refleksologi kedua-dua belah kaki, aku bersetuju pula untuk berbekam di belakang badanku kerana tertarik dengan kesan baik yang akan diperolehi selepas melakukannya. Aku lantas memasuki bilik dan di dalamnya tersedia sebuah katil dan tilam yang aku perlu meniarap di atasnya. Tukang bekam memberitahuku bahawa ia mengesan sebanyak 25 tempat yang perlu di bekam kerana di situlah banyak terkumpul darah kotor yang perlu di keluarkan. selepas di kira jumlah kos yang perlu dibayar termasuk urutan refleksologi maka proses berbekam pun bermula dan ia mengambil masa selama 30 minit. Rawatan berbekam aku selesai jam 9.30 malam dan kami sekeluarga meninggalkan Pantai Port Dickson jam 11 malam untuk menziarahi ibu mertuaku di kampungnya di Rembau, Negeri Sembilan.

Kelihatan badanku di tekup dengan cawan sebanyak 25 buah
untuk membuang darah kotor yang seumur hidup
aku tidak pernah membuangnya.

Darah di tempat berbekam mula dikeluarkan

Sewaktu badan dicucuk, ianya tidak lah terasa sakit sangat...

Semasa rawatan dibuat aku dihiburkan dengan lagu-lagu
dari 8 orang peserta yang sedang bertanding dalam
pertandingan akhir bintang karaoke di pentas utama
dihadapan gerai rawatanku ini...

Nasib baik aku sedang melakukan rawatan,
kalau tidak 8 orang peserta tu tak boleh cari makan
kerana aku pernah naik kepentas tu untuk menghiburkan pengunjung.
Tak percaya search artikel aku yang bertajuk 'Bakatku yang Terpendam'

Darah yang dikeluarkan sangat banyak, pekat dan ada yang seperti tali...

Darah yang dilap dengan tisu dibuang kedalam tong sampah...



Kelihatan ketulan-ketulan darah dapat dikeluarkan...



Kesan-kesan yang terdapat dibadanku selepas rawatan dibuat...

Inilah gerai tempat aku melakukan urutan refleksologi dan berbekam...


Papan iklan rawatan seperti yang dipamirkan
di dinding gerai bagi menarik perhatian pengunjung...

4 comments: