Pages

Tuesday, August 7, 2012

PETUNJUK-PETUNJUK CEMERLANG...


Gambar hiasan...  

Al Hassan Al Bashri ra. berkata kepada salah seorang muridnya. Katanya, "Ambillah surat ini wahai muridku! Ini lebih berharga bagimu dari seribu kitab."

Setelah dibuka, ternyata surat itu berisi petunjuk-petunjuk yang amat cemerlang dan amat berharga. Hassan Al Bashri di dalam surat untuk muridnya itu berpesan:

  • Janganlah engkau tergiur dengan tempat yang baik. Ketahuilah, tidak akan ada tempat yang lebih baik dari syurga. Bukankah bapa kita Adam telah menerima akibatnya kerana ia tertipu dengan iblis yang menghasut.
  • Janganlah engkau tergiur dengan banyaknya ibadah. Ketahuilah, iblis pada mulanya tidak kurang ibadahnya tetapi bagaimana nasib peruntungannya.
  •  Janganlah engkau tertipu dengan orang yang soleh. Ketahuilah, tidak ada orang soleh yang lebih besar dari Nabi Muhammad saw.. Namun orang-orang kafir dan munafik tidak mendapat keuntungan daripadanya.
  • Janganlah engkau tergiur dengan banyaknya ilmu kerana Bal'am b. Bau'ra jauh pandangannya dan banyak mengetahui kitab-kitab, tetapi lihat, bagaimana nasib peruntungannya.
Pada suatu ketika, Luqman Al Hakim menasihati puteranya. "Wahai puteraku, kalau engkau ragu-ragu dengan kematian, jangan engkau tidur kerana tidur itu hampir serupa dengan kematian. Kalau engkau ragu-ragu dengan hari kebangkitan, jangan kau bangun dari tidurmu kerana bangun tidur itu hampir serupa dengan kebangkitan sesudah kematian."

Abdullah b. Abbas ra. berkata. "Orang yang bijak bistari, tidak akan tergelincir, kalau ia tergelincir, ia akan menemukan pegangan." Selanjutnya ia berkata, "Ketika wang dirham dan dinar di cetak, iblis mengambilnya dan meletakkan wang itu pada matanya seraya berkata, "Engkau buah hatiku dan kesenangan mataku. Dengan engkau, aku akan menyesat, mengkafir dan memasukkan orang ke dalam neraka!"

Syyidina Ali Karamallahu Wajhah berkata, "Kepada kaum mukminin di zaman ini aku nasihatkan, apabila di saji makanan dan minuman, jangan langsung dimakan tetapi berdoalah dahulu kepada Allah dengan doa sebagai berikut:

Ya Allah, kalau makanan dan minuman ini ada syubhat keharaman, lindungilah aku daripadanya. Kalau tidak, janganlah kau biarkan ia mendekam dalam perutku. Kalau tidak, peliharalah aku dari maksiat yang timbul kerana memakannya. Kalau bukan Engkau yang melindungiku, darimana aku boleh bertaubat nasuha? Kalau Engkau tidak memberiku taubat, kasihanilah aku dan jangan aku didosakan, wahai Allah, ya Akromal Akromin, ya Arhamar Rohimin."

Di riwayatkan, Muawiyah mengirim surat kepada Aishah untuk meminta nasihat yang singkat. Lalu Aishah membalas surat. Katanya, "Salamun alaika, amma ba'du. Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang mengharap redha Allah, meskipun orang membencinya maka Allah akan melindunginya dari manusia dan siapa yang mengharap redha manusia meskipun Allah membencinya, maka Allah akan menyerahkannya kepada manusia." (HR. At Tirmizi)

Pada suatu hari, Malik b. Dinar ra berkata kepada para muridnya. "Kalau pada suatu hari kamu melihat kalbumu mengeras, badanmu melemah dan rezekimu kurang, maka sedarilah bahawa kamu telah banyak berbicara yang sia-sia yang tidak ada sangkut pautnya dengan kepentingan dirimu!"

Pada satu kesempatan, Al-Fudhail b. 'Iyad menasihati para sahabatnya baik yang muda maupun yang tua, Katanya : "Wahai para pemuda! Berapa banyak tanaman yang rosak dan musnah sebelum masa tuainya. Wahai para orang tua! Bukankah buah itu di petik sesudah tua dan matang? Kalau demikian, apa pula yang kamu tunggu, bukankah Allah Ta'ala telah berfirman:

"...Dan apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan apakah tidak datang kepada kamu pemberi peringatan?... (Faathir:37) 


Di petik dari buku "Kisah-kisah penghibur hati"

No comments:

Post a Comment