Pagi Isnin 8 April 2013, seperti biasa saudara Jamaluddin b. Abdul Aziz, 47 hadir ke pejabatnya di Cawangan P&P (Penyatuan dan Pemulihan) & Tanam Semula, tingkat 6 untuk menjalankan tugas-tugas harian beliau.
Pada kebiasaannya, wajah beliau nampak ceria dan tenang. Semua orang tahu beliau seorang yang peramah. Setiap orang yang bertemunya akan disapa dan ditanya khabar walaupun baru pertama kali berjumpa. Sikapnya yang peramah membuatkan ia disenangi oleh semua rakan-rakan di pejabat.
Satu lagi sifatnya yang harus dipuji ialah, beliau sangat suka menolong kawan-kawan yang di timpa masalah di jalanraya seperti kerosakan kereta atau kemalangan. Jika kita menghubunginya untuk meminta bantuan, ia tidak pernah menolaknya dan segera datang untuk membantu sehingga masalah yang di hadapi selesai. Minatnya di dalam sukan permotoran terutamanya motosikal berkuasa tinggi membuatkan ia ramai kawan diluar sana. Keadaan ini memudahkan beliau menghubungi kawan-kawanya bagi meminta pertolongan yang berkaitan masalah di jalanraya.
Beliau sering melibatkan diri di dalam aktiviti sosial yang dianjurkan oleh kelab sukan atau aktiviti persendirian. Kelibatnya sering di lihat di semua aktiviti dan ada ketikanya beliau akan mengambil bahagian dalam acara-acara pertandingan yang di gemarinya.
Namun di pagi isnin itu, wajahnya kelihatan pucat dan tidak bermaya, kawan-kawan yang bertemu dengannya dapat merasakan perubahan itu. Ada yang menasihatkan supaya pergi mendapatkan rawatan doktor. Kepada kawan-kawan rapatnya, dia mengakui bahawa dirinya tidak berapa sihat kerana mengalami sakit perut.
Selepas hampir dua jam di pejabat kerana menyelesaikan beberapa tugas penting, Ia dapat merasakan keadaan kesihatannya semakin meruncing walaupun kawan-kawan yang berhampiran tidak menyedarinya. Ia lalu mengambil keputusan untuk berjumpa ketua jabatannya bagi memohon kebenaran pulang ke rumahnya yang terletak lebih kurang 1 kilometer dari pejabat iaitu di Blok C14, Seksyen 10, Bandar Baru Wangsa Maju untuk berehat sebelum ke klinik bersama isterinya yang kebetulan bercuti pada hari itu.
Namun takdir Allah telah menentukan segala-galanya. Kira-kira jam 10.30 pagi, kami semua di kejutkan dengan berita bahawa En. Jamaluddin b. Abdul Aziz yang baru bersama-sama kami sebentar tadi telah pergi menemui Ilahi buat selama-lamanya. Ia di serang penyakit jantung secara tiba-tiba ketika tiba dirumah dari pejabat dan rebah lalu meninggal dunia di pangkuan isteri dan anak-anak tercinta.
Ramai rakan-rakan yang bertemunya pagi tadi seakan tidak percaya dengan berita yang baru di terima malah ada yang menganggapnya sebagai satu gurauan. Ada yang terus percaya dengan berita tersebut dan tidak dapat menahan sebak lalu menangis teresak-esak mengenangkan seorang rakan yang baik telah pergi menemui Tuhanya dalam usia 47 tahun.
Setelah keadaan kembali tenang dan pengumuman telah dibuat, kami semua bergegas ke rumahnya untuk menziarah dan mengucapkan salam takziah untuk keluarganya. Kumpulan yang tiba awal di rumah Allahyarham telah mengadakan bacaan Yassin dan tahlil arwah.
Bapa Allahyarham telah memaklumkan bahawa jenazah akan dibawa ke masjid Abu Ubaidah Al Jarrah yang lebih di kenali sebagai Masjid Seri Rampai untuk dimandi, dikapan dan disembahyangkan. Jenazah seterusnya akan dibawa ke Seksyen 3, Bandar Baru Bangi untuk disemadikan kerana keluarga Allahyarham menetap di sana.
Semua tugas-tugas memandi, mengapan dan sembahyang jenazah selesai kira-kira jam 3 petang. Setelah jenazah dimasukkan kedalam kenderaan jenazah maka berpisahlah kami semua teman-teman dengan Allahyarham buat selama-lamanya. Hanya bacaan ayat-ayat suci dan doa yang dapat kami sedekahkan untuk Allahyarham dengan harapan semoga roh beliau di tempatkan bersama-sama orang yang soleh.
Al Fatihah.....Aminnnnn......
Saksikan gambar-gambar yang sempat di rakam di rumah Allahyarham dan di masjid. Terima kasih juga diucapkan kepada En. Abdul Majid b. Mohd Yusof dari Bahagian Khidmat Teknikal kerana sudi menyumbangkan gambar-gambar yang dirakam olehnya untuk tatapan kita bersama.
Kelihatan ramai kawan-kawan yang datang berziarah
di rumah Allahyarham yang terletak di Blok C14
Seksyen 10, Bandar Baru Wangsa Maju,
Kuala Lumpur..
Jenazah telah selesai disembahyangkan
di Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah (Masjid Seri Rampai) dan
akan dibawa ke Seksyen 3,Bandar Baru Bangi untuk disemadikan...
*************************************************************
GAMBAR-GAMBAR DI BAWAH INI ADALAH KENANGAN MANIS
ALLAHYARHAM DALAM AKTIVITI SOSIAL YANG DISERTAINYA...
Allahyarham Jamaluddin b. Abdul Aziz
(26/8/66 - 8/4/2013)
47 Tahun...
Gambar diambil dalam program
Mencandat Sotong di Pulau Kapas,
Kuala Terengganu pada bulan April 2010.
Gaya Allahyarham semasa mencandat sotong...
Dari kiri: Allahyarham Jamaluddin, AJ, Najib dan Shahrul.
Kami semua berada di dalam bot yang sedang belayar
ke tengah laut untuk mencandat....
Allahyarham bersama keluarga dalam program
Che Hashim Deraman sedang 'menjual minyak' kepada
gadis-gadis yang turut serta dalam aktiviti memancing di Rawang.
Allahyarham Jamaluddin (baju biru) hanya memerhati
gelagat Che Hashim dari jauh sahaja...
Dari kiri: Allahyarham Jamaluddin, Mat Isa, AJ dan Johan.
Kami baru tiba di Airport Miri dalam
XPDC mendaki Gunung Mulu, Sarawak pada tahun 2008...
Allahyarham Jamaluddin bersama
En. Wan Mokhtar di kaki Gunung Mulu.
En. Wan Mokhtar di kaki Gunung Mulu.
Allahyarham Jamaluddin (baju merah) sedang menikmati
makan malam di cafe Royal Mulu, Sarawak...
En. Zulkifli Ariffin bergambar bersama Allahyarham di Airport Miri...
Allahyarham Jamaluddin bergambar ramai
bersama peserta XPDC sebelum mendaki Gunung Mulu...
Allahyarham menaiki bot panjang untuk keperkampungan Penan,
Mulu, Sarawak. Di tengahnya adalah Pak Lah dan Noslan...
Pasukan pendaki sedang mendengar taklimat dari En. Wan Mokhtar...
Turut kelihatan adalah Allahyarham Jamaluddin (baju merah)...
Gambar menunjukkan Allahyarham bersama
peserta XPDC di dalam Gua Mulu...
Allahyarham Jamaluddin berehat di kolam renang
tempat penginapan kami di Royal Mulu.
Di sebelahnya ialah Mr. AJ, Mazlan (baju jalur)
dan Saratjuddin (baju merah)...
dan Saratjuddin (baju merah)...
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahtarham dan di tempatkan bersama-sama orang yang salleh. Amin ya rabbal alamin.
ReplyDelete[Nota : Masih teringat Allahyarham yang sering saya bertemu di lift FELCRA Berhad pada waktu pagi, tengahari atau petang].....
Semoga Roh Allahyarham sahabat kita ini d tempatkan bersama golongan org2 yg beriman dan semoga Keluarga terdekat lebih tabah dan kuat menerima ujian dri Allah s,w,t…kita semua juga bakal menemui Penciptanya Cuma Keadaan,bila dan dimana hanya menjadi RAHSIA Allah s,wt…oleh itu pesiapkanlah dengan bekalan yang telah di perintahkan.
ReplyDeleteTerima kasih, kalau blogger meninggal, sapa nak hantar gambar ye
ReplyDeletetakziah kepada keluarga Allahyarham.. semoga ALLAHYARHAM ditempatkan di sisi Allah SWT..
ReplyDeleteSemoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan di tempatkan bersama-sama orang yang salleh. Al-Fatihah utk Allahyarham dan Takziah utk keluarga Allahyarham.
ReplyDeleteDari Sarawak
Takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan dicucuri rahmat olehNya.
ReplyDeleteSemoga AJ dapat teruskan usaha murni ini dan mendapat ganjaran dari Allah S.W.T.
AL FATIHAH...
Innalillah...
ReplyDeletePernah masa lepas waktu kerja dekat opis, kereta sy x bole start dan terpaksa jumper kereta. Arwah dtg membantu utk jumper kereta sy ,sedangkan waktu itu arwah dan keluarga mahu pergi makan malam.Terasa agak mengganggu arwah dan sekeluarga ketika itu, tetapi dia cakap tak apa, benda kecik je, simple je katanya.. Seusai kereta siap, pertolongan arwah sy balas dgn ucapan terima kasih kerana huluran sedikit wang yg sy ingin berikan ditolak mentah-mentah. Saya rasa seperti tidak cukup dgn ucapan terima kasih itu, keesokan atau lusanya sy dtg jumpa arwah dan beri sebiji kek coklat moist sebagai penghargaan atas pertolongan beliau. Arwah sambut dengan senyuman. :) Setiap kali jumpa, arwah tidak pernah lokek dengan senyuman. Ada sahaja cerita bila bertembung dengannya. Itulah Encik Jamaluddin B. Abd Aziz cawangan P&P dan Tanam Semula. Agak terkejut bila dapat berita beliau meninggal semalam. Saya curi masa ( bos ada dekat opis,agak susah nak keluar kalau bos tengah bz) dengan niat pergi menziarahi arwah dan sekujur tubuh diruang tamu telah terbentang. Lantas sy capai yassin dan membacanya dengan nada dan nafas yg tersekat-sekat menahan sebak. Melihat anak arwah kelihatan sugul disisi ayah mereka membuatkan rasa sebak lagi menjadi. Selesai baca, sy dan rakan minta izin utk pulang dan sempat memeluk isteri arwah dan beri kata-kata semangat. Humm.. Dia bukanlah seorang yang berpangkat besar, bukanlah org ternama dan kaya. Tetapi kerana satu kebaikan yg dia buat pada sy , sy sentiasa ingat smpai bila-bila. Even bertembung beliau dimana-mana sy sentiasa ingat. Dan surah yassin itulah hadiah yg sy sedekahkan atas kebaikan dan pertolongan arwah walaupun sekali. Semoga arwah ditempatkan bersama-sama org yg beriman.
Al-Fatihah.... :(
Takziah....Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama orang yang soleh....
ReplyDeleteAmiiiiin....
TERIMA KASIH DIATAS PEMAKLUMAN.
ReplyDeleteSEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KE ATAS ARWAH.
TERIMA KASIH.
Terima kasih saya ucapkan kepada kawan-kawan yang memberi respon ke atas artikel ini.
ReplyDeleteSesungguhnya kita berharap dan berdoa semoga roh Allahyarham di tempatkan bersama orang2 yang soleh...
Amiiiin...
Harap kita semua jaga kesihatan...
Ucapan Takziah daripada semua Staf FELCRA Berhad Kawasan Sg. Poho, Jerantut Pahang buat Keluarga Allahyarham.
ReplyDeleteSALAM TAKZIAH DAN AL FATIHAH DARI KAMI STAF FB KAWASAN POGOH KPD.KELUARGA ALLAHYARHAM
ReplyDeleteSalam takziah dan Al-Fatihah daripada kami, staf Felcra Berhad Kawasan Hulu Satak.Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.
ReplyDeleteTerima Kasih. Alfatihah untuk aruah
ReplyDeletesemoga rohnya aman di sana...
Takziah diucapkan daripada warga FELCRA Berhad Kawasan Banggol Gajah Mati, Terengganu.
ReplyDeleteAlfatihah...
ReplyDeleteDilahirkan disambut dengan orang tersayang dan kembali diiringi orang disayangi, amin, semoga dicucuri rahmat dan di ampuni dosa. AlFatihah. Kita ni mcmna.
ReplyDeleteTakziah diucapkan daripada warga felca bekalan dan perkhidmatan,hq,...
ReplyDeleteal-fatihah
takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham..dari FB Sekijang...
ReplyDelete