Pahala sedekah dapat dibahagikan kepada empat jenis:
- Sedekah yang mendapat 10 pahala.
- Sedekah yang mendapat 70 pahala.
- Sedekah yang mendapat 700 pahala.
- Sedekah yang mendapat 7,000 pahala.
- Sedekah yang mendapat 10 pahala ialah apabila kita memberi makan kepada fakir miskin.
- Sedekah yang mendapat 70 pahala ialah apabila kita memberi sedekah kepada keluarga yang terdekat
- Sedekah yang mendapat 700 pahala ialah apabila kita memberi sedekah kepada kawan-kawan dan sahabat.
- Sedekah yang mendapat 7,000 pahala ialah apabila kita memberi sedekah kepada orang-orang yang mencari dan menuntut ilmu.
Rasulullah s.a.w bersabda:
"Barang siapa yang mempunyai harta, maka bersedekahlah dengan kekayaannya, dan barangsiapa yang mempunyai ilmu, maka bersedekahlah dengan ilmunya, dan barangsiapa yang mempunyai tenaga, maka bersedekahlah dengan tenaganya."
Rasulullah s.a.w. bersabda lagi:
"Sedekah itu dapat menutup 70 pintu kejahatan."
"Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada fakir miskin, maka itu adalah lebih baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan."Firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Qasha Ayat 77:
"Dan tuntutlah harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepada kamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan."
mohon nas dan dalil atau sumber dari mana 'pahala sedekah dapat dibahagikan kepada empat jenis'. saya x pernah mendengarnya.
ReplyDeleteKitab Durrotun Nashihin (Mutiara-mutiara Nasihat) tidak bisa dipertanggung jawabkan secara ilmiah, apalagi sebagai pegangan dalam beragama. Karena kitab ini banyak memuat kisah-kisah imajiner yang tak jelas sumbernya. (lihat Buku Aliran dan Paham Sesat di Indonesia, oleh Hartono Ahmad Jaiz, Pustaka Al-Kautsar, Jakarta).
ReplyDelete"Man kadzaba `alayya muta`ammidan fal-yatabawwa' maq`adahu minan-nar" (Barangsiapa berbohong kepadaku secara sengaja maka tempatnya di api neraka)
Tak payah nas atau dalil.Budak Kecik pun tahu sedekah tu dapat pahala.terserah kpd Allah nak bagi berapa banyak pun pahala.yg penting ikhlas.Ni bila Cerita ttg sedekah ttg solat ttg puasa ttg Ibadan terus je mintak dalil.tak pernah pulak dgr sedekah dapat dosa.nak sedekah sedekah taknak sudah.xpayah beria2 nak mintak dalil bagai.cari Sendiri.takpayah nak bagi penulis Cerita Ni malu atau tersinggung.
ReplyDeletewahabiol konon terer mintak dalil di mana mana kahkahkah
ReplyDeleteTak pernah sedekah ke sebb tu minta dalil? 😜
ReplyDelete